Resepi Daging Harimau Menangis Yang Ringkas Dan Mudah
Assalamualaikum, hai semua. Dah nak masuk dua minggu kita semua berpuasa baru lah Kak Sue sempat nak berkongsi masakan Kak Sue lagi kat sini. Tahun nie pun rasa masa tak dan buat untuk Kak Sue nak menjengah ke sini. Kali nie Resepi Daging Harimau Menangis yang memang viral sana sini sekarang nie. Tapi resepi Daging Harimau Menangis nie Kakak yang masak dan cuba hari tu.. jom kita tengok resepinya jom..
Daging Harimau Menangis
Resepi Daging Harimau MenangisResepi Daging Harimau Menangis nie sebenarnya Kak Sue jumpa di IG Kak Yatie Kitchen. Sekarang nie Kak Sue atau Kakak memang suka cari resepi kat IG. Bukan setakat IG Kak Yatie aja, Wana Kamal dan Mori Said pun antara IG rujukan kami anak beranak.
Korang kalau tak ada idea nak masak, selain Kak Sue jemput datang blog Kak Sue nie.. boleh lah ke IG yang Kak Sue kongsi kat atas tadi tu. Semua resepi depa sedap-sedap belaka dan mudah nak disediakan. Cuma kadang Kak Sue ubah atau tambah sikit bahan dalam resepi tu ikut selera Kak Sue sekeluarga
Ubah pun tak ada lah melampau, contohnya kalau bahan tak ada, Kak Sue letak yang lebih kurang sama. Dan selalunya Kak Sue tambah kepedasan aja dalam setiap resepi tu. Okay lah, cukup lah bercerita pasal resepi di IG.. jom Kak Sue nak kongsi resepi Daging Harimau Menangis dengan korang jom..
Daging Harimau MenangisBahan : 1/2 kg daging1 biji bawang holand - dihiris nipis3 biji bawang putih - hiris nipis1 inci halia - dihiris nipis8 biji cili padi - di ketuk2 batang serai - diketuk3 helai daun limau purut - dicarik1 biji limau nipis - diperah jusnya2 biji tomato - dibelah empatDaun bawang - dipotong panjangSos tiram Adabi - secukup rasaKicap Manis Adabi - secukup rasaLada hitam - tumbuk kasar juga secukup rasaSerbuk lada hitam dan lada putih - secukup rasaMushroom Seasoning - secukup rasaBrown sugar - secukup rasa
Cara :Goreng daging dengan minyak sampai air daging kering. Toskan, kalau minyak banyak ya
Masukkan semua bahan yang dihiris tadi ke dalam kualiKemudian masukkan serai yang diketuk tadiMasukkan pula daun limau purutMasukkan sos tiram Adabi dan kicap manis Adabi, kacauKemudian perahkan jus limau nipis ke dalam masakan dan gaul sebatiMasukkan lada hitam yang ditumbuk tadi, serbuk lada hitam dan putih. Gaul lagi
Kemudian masukkan pula mushroom seasoning dan brown sugar
Kacau hingga bergaul mesraAkhir sekali masukkan daun bawang kacau lagi, tutup api
Sedia untuk dihidangkan
Korang boleh cuba resepi daging yang lain kat sini Resepi Daging Ketumbar Dato Rizalman
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.shuhaidakabdy.com/2021/04/resepi-daging-harimau-menangis-yang-ringkas-dan-mudah.html