Resepi Churros Bites Juadah Sesuai Untuk Minum Petang
Resepi Churros Bites, Juadah Sesuai Untuk Minum Petang
Waktu petang sering dianggap sebagai waktu yang sesuai untuk berehat selepas seharian melakukan kerja. Pada waktu ini, ramai yang mula keluar mencari juadah yang sesuai untuk dinikmati bersama keluarga.
Dari pilihan kuih-muih tradisional yang dijual di pinggir jalan, kek yang bermacam-macam jenis di kafe, pau hangat dan macam-macam lagi.
Tidak kira juadah tersebut merupakan makanan tradisional atau moden, waktu minum petang ini juga mewujudkan suasana akrab bersama.
Selain dari membeli kuih-muih yang dijual di gerai tepi jalan, apa kata kalau anda cuba menyediakan juadah minum petang bersama keluarga di rumah.
Banyak resipi mudah yang dikongsi di laman sosial yang mungkin boleh dilakukan di rumah. Salah satu darinya ialah resipi churros bites yang telah dikongsikan oleh Che Sayang Kitchen di laman Facebook.
Ikuti perkongsiannya di bawah ini.
Bahan-bahan untuk churros bites
Dua sudu mentega atau marjerin
Satu cawan air
Garam
Satu cawan tepung gandum
Dua biji telur
Satu penutup kecil esen vanilla
Minyak
Gula
Serbuk kayu manis
BACA: Resipi Yong Tau Foo ‘Style’ Hakka, Rupanya Mudah Je Nak Buat
Cara penyediaan
Mula-mula, panaskan mentega atau marjerin dan masukkan air serta sedikit garam. Selepas itu, anda boleh didihkan dan biarkan ia mencair.
Selepas mentega cair, masukkan tepung gandum dan kacaukan ia cepat-cepat sehingga membentuk doh. Selepas doh terbentuk, sejukkan ia buat seketika.
Selepas doh anda sejuk, pindahkan ia ke dalam mangkuk dan masukkan sebiji telur ke dalam doh tersebut. Selepas itu, masukkan esen vanilla dan kacau rata.
Selepas semuanya sebati, masukkan sebiji lagi telur ke dalam doh tersebut. Jangan risau sekiranya doh tersebut terasing. Kacau sekata doh sehingga tekstur berubah menjadi kental.
Kemudian, anda boleh masukkan doh tersebut ke dalam piping bag. Selepas itu, panaskan minyak dan apabila minyak sudah panas, anda boleh pipe doh tersebut ke dalam minyak yang panas.
Pipe sedikit demi sedikit dan potong menggunakan gunting. Biarkan ia masak sekata. Selepas churros berubah keperangan, anda boleh angkat dan tos.
Sekiranya anda suka, anda boleh salutkan churros tersebut dengan gula dan serbuk kayu manis dan gaulkan sehingga ia sekata.
BACA: Resipi Tauhu Daging Kukus, Hidangan Mudah & Berkhasiat
Hidangan ini juga boleh dijadikan sebagai santapan pada waktu petang dan boleh dimakan bersama dengan sos coklat, jem atau pilihan lain mengikut citarasa anda.
Jangan lupa untuk mencuba resipi ini di rumah! Untuk melihat penyediaan dengan lebih jelas, sila tonton video di bawah ini.
Sumber: Che Sayang Kitchen
The post Resepi Churros Bites, Juadah Sesuai Untuk Minum Petang appeared first on Siakap Keli.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://siakapkeli.my/2025/11/08/resepi-churros-bites-juadah-sesuai-untuk-minum-petang/