Minum Madu Sebagai Ubat Atau Penawar


 


Minum madu sebagai ubat dan penawarada caranyaSelama ini, tujuan makan madu selain nak sihat tentu-tentulah nak sembuhkan penyakit. Tapi kenapa walau dah habis berbotol madu, sakitnya masih ada.. tak jadi ubat. Rupanya cara minum madu itu yang salah
Dr Hisham bin Hashim, seorang herbalis dan gemologis memaklumkan petua bukan sekadar apa yang difikirkan sebagai tinggalan orang dulu-dulu. Petua itu sebenarnya adalah daripada Rasulullah SAW
Mengamalkan pemakanan sunnah sepatutnya memberi kesan yang cukup baik. Antara makanan sunnah adalah habbatus sauda, madu lebah dan minyak zaitun. Tapi mengapa pemakanan yang disebutkan dalam al Quran mahupun hadis dengan kesan penyembuhan ini tetap tidak memberi kesan penyembuhan dalam diri seseorang
Maka itu, perlunya petua dirujuk kembali. Kerana antara petua dan ilmu itu, petua juga sama penting. Andai ada ilmu yang banyak sekalipun, tanpa cara betul mengamalkan petua, Petua tetap tidak menjadi ubat
Madu lebah mempunyai kesan penyembuhan yang hebat. Yang mana lebah-lebah akan bekerja mengumpulkan nektar dengan berpandukan wahyu Allah. Haiwan kecil ini menggunakan laluan pergi dan balik seperti yang Allah arahkan. Punyalah hebat ciptaan Allah ini
Setiap nektar yang mahu dimasukkan ke sarang lebah itu pun ditentukan dahulu kualitinya oleh Ratu Lebah. Hanya yang terbaik saja yang lepas. Malah ketika nektar mahu dimasukkan ke dalam sarang, setiap makhluk berzikir. TAPI KENAPA BILA KITA MAKAN TETAP TAK JADI UBAT
Ini kerana apa yang kita amalkan itu tidak betul caranya. Memakan madu untuk tujuan penyembuhan perlu ada cara dan waktu makan yang tepat mengikut jenis-jenis penyakit yang mahu dirawat
“Sebab Allah cipta alam ini ada gelombangnya yang tersendiri. Ada elektro magnetnya. Allah jadikan bumi ini tidak terpisah. Jika anda jumpa kunci pembukanya (orang yang nak buka) untuk penyakit. Frekuensinya kena betul, insyaallah madu akan menjadi ubat.”Sebelum Ambil Madu, Betulkan Dulu Cara Hidup AndaSekiranya seseorang betulkan cara hidup, dia hampir-hampir tak perlu makan ubat. Ini cara betulkan kembali ‘way of life’ kita
1. Betulkan Cara MakanPerut adalah rumah penyakit. Ini yang Rasulullah lakukan sebelum makan. Baginda akan mencubit sedikit garam dengan menggunakan ibu jari dan jari manis. Lalu cubitan kecil tadi diletakkan pada bahagian lidah yang paling masin, iaitu di tepi lidah. Ketika garam menyentuh lidah, air liur akan keluar dan merembeskan asid
Bermakna sebelum nasi masuk ke mulut, asid sudah keluar dulu. Asid inilah nanti akan ke bawah dan makanan berada di atasnya untuk dicernakan
Sebaik selesai makan, ambil semula garam dengan cara sebelum makan tadi. Cara ini membuatkan makanan berada dalam badan tak melebihi 20 jam. Semua makanan yang melebihi 20 jam akan menyebabkan berlaku keracunan dalam perut. Menjadi amalan sunnah juga untuk hisap hujung jari selepas makan
Bermula dari ibu jari sampai jari kelingking dan ke ibu jari semula. Ini adalah fitrah yang telah Allah tentukan untuk menjaga keseimbangan hormon manusia
2. Makan Buah Dengan BetulBuah perlu dimakan sebelum ambil makanan yang berat. Konsepnya sama seperti di atas, untuk mengelakkan pengumpulan gas dalam perut yang boleh mengakibatkan keracunan
3. Tidur Dengan Cara Yang Rasulullah AjarSebelum tidur, kibas-kibas dahulu tempat tidur. Baca doa tidur, 3 Qul (Al Ikhlas, Al Falaq dan An Nas) dan sebagainya. Badan mengiring ke kanan kerana ia ada bersangkutan dengan paru-paru
Ketika bangun, menggeliat dulu kanan dan kiri serta tengah dan melonjakkan kaki. Kemudian minum air secawan. Jangan sesekali minum berdiri. Minum secara duduk untuk elakkan sakit lutut ketika usia mencecah 40 tahun
Rasulullah juga amalkan makan daging kambing dari kaki kanan yang bahagian hadapan. Sebab di situ tiada kolesterol
4. Cara Mandi Untuk Elakkan Rebah Dalam Bilik AirSebelum masuk bilik air, langkah dengan kaki kiri, baca doa untuk masuk ke dalamnya. Dalam bilik air suhu gelombangnya tak sama macam ruang lain di rumah anda. Dalam itu, banyak benda tak elok suka duduk
Dah masuk, jangan terus jirus kepala. Siram dulu dari kaki sampai kepala lutut. Beralih pula ke pinggang naik ke bahu. Patah semula jirus ke kaki. Masa yang sama anda akan rasa haba panas keluar dari celah ketiak. Bila haba panas dah keluar habis, barulah jirus kepala
Kalau masuk bilik air terus jirus kepala, itu yang boleh jadi darah tinggi. Nak keluar bilik air pula langkah dengan kaki kanan. Baca doa keluar bilik air
Apabila ‘way of life’ ini dapat dikembalikan dengan cara yang betul. Baik anda sedang makan ubat-ubatan dari hospital, mahupun herba, ia akan memberi kesembuhan yang lebih sempurna
Cara Betul Minum Madu Sampai Jadi Ubat Untuk Sembuhkan Penyakit1. Pilih Madu Yang Asli, Caranya.
Hati-hati ketika membeli madu. Ini kerana, 60 peratus madu yang ada di pasaran banyak yang tiruan. Banyak petua dikongsikan untuk mengesan madu asli. Misalnya, tengok yang paling likat, tak dihurung semut dan sebagainya. Tapi dengan kepandaian sekarang semua itu boleh direka
Cuma satu cara ini, manusia tak boleh tiru. Caranya : Ambil piring, tuangkan madu satu sudu kecil di atasnya. Kemudian, siramkan air suam. Goncang. Jika madu asli, anda akan nampak ia membentuk corak sarang lebah atau heksogan
2. Minum Madu Untuk Rawat Sakit Di Bahagian KepalaPenyakit yang dialami di bahagian kepala seperti migrain, madu hendaklah diminum terus. Jangan dicampur air. Oleh sebab penciptan bumi dan manusia yang daripada tanah ini tidak terpisah, ada gelombang yang berputar 24 jam maka jadual makan madu perlu tepat. Untuk rawatan di bahagian kepada, ambillah selepas waktu subuh tapi sebelum habis waktu dhuha
2. Untuk Rawatan Bahagian BadanMasalah berkaitan perut, usus untuk capai nikmat kesembuhan maksima minumlah madu dengan air suam. Madu walaupun sejenis cairan ia mengandungi atom yang kuat. Sebab itu, dia kena dicairkan dengan air
Cara minum : Ambil satu sudu teh saja pada waktu selepas dhuha ke zohor. Biar sedikit asalkan istiqomah
Kacau madu ikut arah lawan jam. Ini kerana semua benda yang lawan jam akan menghasilkan tenaga. Manakala yang ikut jam akan menguraikan energi dan tak jadi ubat. Contoh paling mudah, ketika orang bertawaf dan pokok yang menjalar
3. Ambil Madu Untuk Rawat Bahagian Pinggang Ke BawahCara minum : Masa yang perlu diambil ketika ambil madu antara waktu zohor ke asar
4. Rawatan Bahagian BawahWaktu minum madu adalah antara asar ke maghrib. Sebab gelombang pada waktu ini menurunkan sistem imun badan kita
Tip Ini Penting
√ Penyakit ini datang sebab adanya suhu panas dan sejuk. Bila kita sakit, majoriti suhu badan akan meningkat. Ketahanan badan pula menurun
√ Macam mana nak tahu sama ada badan kita sedang panas atau sejuk. Check cuping telinga. Kalau cuping telinga sejuk bermakna badan kita tengah panas dan kalau cuping telinga panas, bermakna badan anda sejuk
√ Sebab itu, campuran air dan madu pun kena betul. Untuk dapatkan madu yang panas, kena tuang air dulu dalam gelas baru letak madu. Manakala untuk dapatkan madu sejuk, letak madu dulu dalam gelas barulah tuang air
Jika Badan PanasCara minum madu -> madu dulu dalam gelas baru campur air = madu sejukDan bila diminum dengan cara ini ia akan sejukkan badan
Jika Badan SejukIni cara minum madu -> tuang air dulu dalam gelas baru campur madu = madu panas√ Selepas minum madu, jangan makan campuran ikan dengan susu. Elakkan makan ikan dengan daging. Ini yang dikatakan laut jangan bertemu darat. Tak bagus untuk perut
√ 1 sudu kecil madu kelulut bersamaan dengan 10 sudu kecil madu biasa. Ini kerana lebah kelulut itu kecil, ia boleh masuk sampai ke rongga bunga. Tapi hati-hati ketika membeli madu kelulut. Jangan cari yang berwarna susu kerana dibimbangi ada campuran buah laici yang masam
√ Madu mentah ini boleh ‘boost’ energi seseorang. Jika mahu memandu jarak jauh katakan pukul 4 petang nak bergerak, jam 8 pagi dah kena minum
√ Jangan letak madu di tempat yang akan mengubah molekul madu. Dalam peti ais misalnya
√ Madu juga boleh jadi ubat mata yang mujarab. Campurkan dengan air hujan dan titiskan di mata. Nanti akan ada rasa pedih. Titikkan antara waktu selepas subuh dan sebelum dhuha. Kenapa ikut prinsip minum madu yang dinyatakan di atas untuk rawatan di bahagian kepala
Kalau tidak ikut waktu yang tepat, ia menghilangkan rasa sakit tapi tidak menghilangkan penyakit
selamat mencubasumber Fb

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://terengganumyheritage.blogspot.com/2025/11/minum-madu-sebagai-ubat-atau-penawar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cemburu Atau Iri Hati Saja

Cemburu Atau Iri Hati Saja

papar berkaitan - pada 8/11/2025 - jumlah : 117 hits
Alif JamilSatu keluarga PMX Anwar Ibrahim di Cherok To Kun Penang menjaga aurat dan sopan Rumah abg dan adik beliau Yang pelik skali 4 Negeri Pas ambik Mahathir jadi Penasihat SG4 Lepas tu kata Anwar ni liberal Mahathir tak pula Padahal Anw...
Lebih Utama Gaya Atau Prestasi Pilihan Pembeli Kereta Di Zaman Kini

Lebih Utama Gaya Atau Prestasi Pilihan Pembeli Kereta Di Zaman Kini

papar berkaitan - pada 6/11/2025 - jumlah : 141 hits
Ramai yang sanggup menghabiskan wang untuk menukar coverset rim atau ekzos tetapi apabila tiba pasal helmet mereka masih menggunakan yang longgar atau langsung tidak memakainya Satu hentakan kecil di kepala boleh menentukan antara hidup dan...
Nak Tahu Ayam Segar Atau Tak Lihat Warna Buntut Ayam Untuk Elak Beli Ayam Tak Halal

Nak Tahu Ayam Segar Atau Tak Lihat Warna Buntut Ayam Untuk Elak Beli Ayam Tak Halal

papar berkaitan - pada 5/11/2025 - jumlah : 157 hits
Bila pergi pasar ramai yang pegang dada ayam untuk rasa lembut ke tidak ada yang hidu bau nak pastikan segar ke dah berumur Tapi sebenarnya rahsia ayam segar terletak pada satu bahagian yang ramai tak sangka buntut atau tongkengnya Ya bahag...
Mertua Atau Mentua Ini Jawapan Rasmi Dari Dbp

Mertua Atau Mentua Ini Jawapan Rasmi Dari Dbp

papar berkaitan - pada 5/11/2025 - jumlah : 106 hits
Original Content Dalam perbualan harian kita sering dengar orang menyebut mak mertua ayah mertua dan sesekali mentua Tapi bila tiba masa menulis artikel surat rasmi atau bahan penerbitan timbul pula persoalan Ejaan mana yang betul mertua at...
Pendakwaan Akhiri Hujahan Label Najib Sebagai Perancang Utama Jenayah 1mdb

Pendakwaan Akhiri Hujahan Label Najib Sebagai Perancang Utama Jenayah 1mdb

papar berkaitan - pada 31/10/2025 - jumlah : 163 hits
Pendakwaan Akhiri Hujahan Label Najib Sebagai Perancang Utama Jenayah 1MDB PUTRAJAYA 30 Okt Pihak pendakwaan dalam perbicaraan Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dakwaan penyelewengan RM2 3 bilion daripada 1Malaysia Development Berhad mem...
Admm Plus Perkukuh Peranan Sebagai Simbol Kestabilan Keamanan Serantau Khaled Nordin

Admm Plus Perkukuh Peranan Sebagai Simbol Kestabilan Keamanan Serantau Khaled Nordin

papar berkaitan - pada 2/11/2025 - jumlah : 136 hits
ADMM Plus Perkukuh Peranan Sebagai Simbol Kestabilan Keamanan Serantau Khaled Nordin Mesyuarat Menteri Menteri Pertahanan ASEAN bukan sekadar satu mekanisme untuk kerjasama pertahanan tetapi menjadi kuasa yang benar benar membawa keamanan d...
Keanggunan Nora Danish Terserlah Sebagai Wanita Berhijab Menerusi Amber Oasis 2 0 Mirage

Keanggunan Nora Danish Terserlah Sebagai Wanita Berhijab Menerusi Amber Oasis 2 0 Mirage

papar berkaitan - pada 1/11/2025 - jumlah : 167 hits
Keanggunan Nora Danish Terserlah Sebagai Wanita Berhijab Menerusi Amber Oasis 2 0 Mirage Assalamualaikum semua Kalau sebut nama Nora Danish mesti ramai yang terus terbayang wajah manis dan gayanya yang sentiasa nampak effortless Tapi sejak ...
Asean Perlu Kekal Sebagai Platform Utama Dialog Kerjasama Serantau Khaled Nordin

Asean Perlu Kekal Sebagai Platform Utama Dialog Kerjasama Serantau Khaled Nordin

papar berkaitan - pada 31/10/2025 - jumlah : 158 hits
ASEAN Perlu Kekal Sebagai Platform Utama Dialog Kerjasama Serantau Khaled Nordin Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyatakan bahawa ASEAN mesti kekal sebagai platform utama bagi dialog dan kerjasama serantau sambil menyer...
Cuti Santai 2 Hari 1 Malam Di Aloft Kuala Lumpur Sentral Makan Rehat Lepas Penat

Hiburan Tiada Istilah Sondol Menyondol Bella Astillah Minta Netizen Henti Kecam Ami Ilana

Gaji Kecil Bukan Alasan Ramai Anak Muda Dah Mula Simpan Emas Rm10 Je

Festival Pelancongan Saudi 2025 Kembali Ke Malaysia Dengan Program Arab Saudi Winter Is Alive

Nekad Terjun Kereta Takut Dipukul Suami

Delicious Wagyu Beef Joint Recipe

Birthday Dinner Di Secret Recipe

Cara Menjadi Hacker Bagi Pemula Panduan Lengkap Belajar Hacking Dari Nol


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jika Cinta Itu Buta Drama Penuh Plot Twist Sampai Geram Rasa Nak Sekeh Je

Kotak Produk Eco Friendly Pilihan Bijak Untuk Jenama Yang Prihatin Alam Sekitar

Food Plan

Penemuan Puteri Khok Phanom Di Misteri Sejarah Yang Tersembunyi

Senarai Pemain Futsal Malayan Tigress Untuk Kem Latihan Pusat Sebagai Persiapan Kejuaraan Antarabangsa

Cadangan Teresa Tak Hormati Sultan Kedah Jangan Sentuh Isu Babit Institusi Raja Mahdzir Khalid