Resepi Char Koay Teow Pulau Pinang Lengkap Dengan Pes Char Koay Teow Dan Cili Jeruk


RESEPI CHAR KUEY TEOW PULAU PINANG LENGKAP DENGAN PES CHAR KOAY TEOW DAN CILI JERUK. Anak-anak CH memang suka makan char koay teow atau koay teow goreng. Boleh dikatakan tiap-tiap minggu memang akan beli. Bila beli tu terasa duit keluar laju ja sebab harga char koay teow dah naik jadi RM5 sepinggan/ sebungkus. Dulu RM3.50 - RM 4.00 saja... Disebabkan CH nak berjimat untuk penuhkan tabung kabinet dapur, meja study dan wardrobe.. So, CH google la resipi char kuey teow Pulau Pinang lengkap dengan pes char koay teow dan cili jeruk. Simpan di sini dulu. Nanti weekend atau bila free baru CH buat pes char koay teow tu dan simpan dalam peti sejuk. Bila nak guna, kita ambil dan masak ja

RESEPI CHAR KUEY TEOW PULAU PINANG LENGKAP DENGAN PES CHAR KOAY TEOW DAN CILI JERUK
Resepi Char Koay Teow Pulau Pinang Lengkap dengan pes char koay teow dan cili jeruk

Bahan-Bahan 
- 1 kg. kuey teow
- 7 biji telur
- 300gm taugeh
- 250 gm daun kucai-1/2 kilo udang besar segar bersaiz " A"
- 250 gm Cili giling
- 5 ulas bawang putih (kupas kulitnya dan ditumbuk kasar/crush dan masukan dalam cili boh)
- 1 cawan minyak masak
- Sos dan cili jeruk yang kita telah sediakan (rujuk resipi di bawah)

CARA-CARA PENYEDIAAN:
1. Bersihkan udang. Jangan buang kepala dan kulit. Cuma gunting sesungut dikepalanya

2. Daun kucai dibersihkan dan potong sepanjang 1 inci

3. Taugeh dibasuh bersih

4. Panaskan kuali dengan api yang paling keras, apabila kuali mula panas masukkan 2-3 sudu besar minyak masak.Bila minyak panas,masukkan udang sebanyak tiga ekor dan goreng cuma 15- 20 saat saja. Bila kulit udang bertukar warna kemerahan segera keluarkan udang dan asingkan. Matikan api dapur. Minyak goreng udang tadi biarkan dalam kuali.

5. Panaskan kembali kuali, bila minyak mula panas dalam kuali... masukkan 1 sudu kecil cili giling (kepedasan terpulang pada rasa anda) - tumiskan

6. Apabila cili mula pecah minyak, masukkan segenggam mee kuey teow, sedikit taugeh dan sedikit daun kucai. Jangan biarkan taugeh dan kucai anda melecur dalam proses ini. Masakan perlu pantas dengan api dapur yang keras cuma 3-5 saat sudah mencukupi untuk proses ini

7. Terus masukkan 2 senduk pes (berkuah lebih) yang telah sediakan ke dalam kuali . Pecahkan telur dan masukkan ke dalam kuali. Apabila telur putih mula menujukkan tanda masak, segera matikan api dapur dan keluarkan kuali dan tuang char kuoy teow kedalam pingan hidang tersedia

8. Hiaskan diatas char koay teow anda dengan udang goreng tadi dan juga cili jeruk untuk menambahkan kelazatan. Jangan lupa baca komen mamak haji yea


PENYEDIAAN PES / KICAP ATAU KUAH CHAR KUOY TEOW PULAU PINANG
Bahan-Bahan:
2 liter air panas (setelah mendidih)
1 cawan gula pasir
3 sudu besar perasa makanan (Aji No Moto)
250 ml (1 cawan) Kicap cair masakan cina
125 ml (1/2 cawan) Kicap sos ikan berjenama gambar Ikan
250 ml (1 cawan) Kicap sos ikan berjenama gambar Sotong

Caranya: 
Adunkan rata semua bahan-bahan tersebut dalam sebuah bekas sehingga gula larut. Pes anda telah sedia

Anda boleh tambah sos tiram tapi awas dengan kemasinan pes anda yea, maka anda perlu selaraskan bahan-bahan. Anggaran kuantiti bahan-bahan diberikan adalah sebagai panduan untuk perniagaan

Pes ini digunakan dalam anggaran satu senduk/ 1/2 cawan untuk 1 genggam mee kuoy teow. Anda perlu cuba dulu..berapa anggaran pes yang anda perlukan dengan kuantiti masakan anda. Selebihnya anda boleh simpan dipeti sejuk..boleh gunakan untuk bee hoon goreng biasa atau mee kuning. Anda juga boleh menyediakan Kuoy teow goreng yg kering

Resepi Jeruk Cili Hijau Muda
Jeruk Cili Hijau Muda

Bahan-Bahan:
250 gm cili hijau muda
1 cawan cuka
4 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
2 cawan air untuk masak cili


CARA MENYEDIAKAN:
Cili hijau dibasuh dan dipotong (cross cut) mengikut size ketebalan yang dikehendaki. Di rendam dalam air kapur ( sedikit kapur masakan dilarutkan dalam air)..selama 1-2 jam untuk mendapatkan keranggupan dan kekentalan cili. Bersihkan dengan dgn air sekurang-kurangnya 3 X kali sebelum digunakan

Masak 2 cawan air sehingga mendidih. Bila air mendidih, tutup api dapur.Masukkan cili dalam bekas air mendidih dan kacau rata. Proses perlu buat cepat dalam 20-30 saat saja. Angkat cili dan toskan cili di dalam penapis. Buang air digunakan tadi

Masukkan Cuka, gula dan garam, dalam bekas stainless steel di atas api dapur yang kecil. Jangan sampai mendidih pulak..suhu yang diperlukan cuma 60-70 darjah centigrade atau cuma nak larutkan garam dan gula dalam cuka. Tutup api dan masukkan potongan cili anda ke dalam campuran air cuka tersebut. Dalam 30-45 minit cili jeruk anda boleh digunakan. Yang berlebihan kita perlu simpan dalam peti sejuk. boleh gunakan selama 1 bulan. Perlu di simpan dipeti sejuk kerana kita tidak gunakan pengawet penghalang kulat




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.yatizul.com/2020/07/resepi-char-koay-teow-pulau-pinang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ketua Menteri Pulau Pinang Disoal Sprm Berkenaan Isu Projek Terowong

Ketua Menteri Pulau Pinang Disoal Sprm Berkenaan Isu Projek Terowong

papar berkaitan - pada 7/7/2020 - jumlah : 336 hits
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow berada di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk disoal berhubung projek terowong dasar laut dan jalan bernilai RM6 3 bilion Chow tiba di bangunan terletak di Jalan Northam itu pada...
Perlekeh Hari Jawi Polis Tahan Dua Lelaki Di Pulau Pinang Perak

Perlekeh Hari Jawi Polis Tahan Dua Lelaki Di Pulau Pinang Perak

papar berkaitan - pada 16/7/2020 - jumlah : 460 hits
Polis menahan dua lelaki yang disyaki membuat komen memperlekeh pengumuman kerajaan berkenaan hari Jumaat sebagai Hari Jawi menerusi media sosial dalam dua serbuan di Perak dan Pulau Pinang semalam dan hari ini Timbalan Pengarah Jabatan Sia...
Skandal Terowong Dasar Laut Pulau Pinang Video

Skandal Terowong Dasar Laut Pulau Pinang Video

papar berkaitan - pada 19/7/2020 - jumlah : 288 hits
Antara Wang Airmata Rakyat Suara Tv The post appeared first on
Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang Chong Eng Akui Disoal Sprm Mengenai Terowong Dasar Laut Lebuh Raya

Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang Chong Eng Akui Disoal Sprm Mengenai Terowong Dasar Laut Lebuh Raya

papar berkaitan - pada 7/7/2020 - jumlah : 284 hits
Exco Pembangunan Keluarga dan Wanita Chong Eng mengakui beliau disoal mengenai projek terowong dasar laut dan tiga lebuh raya yang terkandung dalam Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang Beliau yang ditemui di luar pekarangan Ibu Pejabat Sur...
Wanita Ini Kongsi Buat Pes Lemak Cili Padi Sejuk Beku

Wanita Ini Kongsi Buat Pes Lemak Cili Padi Sejuk Beku

papar berkaitan - pada 16/7/2020 - jumlah : 330 hits
Untuk menjimatkan masa di dapur pes masakan elok dibuat siap siap dan disimpan dalam peti sejuk Pes yang telah siap dibuat boleh menjadikan kerja memasak di dapur lebih mudah dan pantas Bagi wanita yang menggunakan facebook Hani Mynis dia m...
Doktor Tukar Pengakuan Bersalah Joging Ketika Pkp Di Pulau Pinang

Doktor Tukar Pengakuan Bersalah Joging Ketika Pkp Di Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 14/7/2020 - jumlah : 203 hits
Seorang pakar kardiologi menukar pengakuan tidak bersalah kepada bersalah di Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan melanggar undang undang kawalan penyakit berjangkit dengan berjoging di sebuah taman di sini ketika tempoh perintah kaw...
Resepi Ikan Keli Masak Lemak Cili Api

Resepi Ikan Keli Masak Lemak Cili Api

papar berkaitan - pada 14/7/2020 - jumlah : 595 hits
Hi korang Semalam SA sempat masak untuk makan malam seawal pukul 6 petang SA dh bersiap sedia kat dapur hujan seharian semalam kan dari subuh Badan dh penat sangat sebenarnya tapi memansangkan Mak Abah tak sihat so SA kena la lupakan sekeja...
Lantikan Politik Ppbm Mungkin Hilang Jawatan Kata Pemimpin Ph Pulau Pinang

Lantikan Politik Ppbm Mungkin Hilang Jawatan Kata Pemimpin Ph Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 10/7/2020 - jumlah : 254 hits
Timbalan Pengerusi PH dan ketua PKR Pulau Pinang Muhammad Bakhtiar Wan Chik berkata negeri lain seperti Selangor dan Negeri Sembilan sudah mula menyingkirkan lantikan politik dari PPBM GEORGE TOWN Lantikan politik dari PPBM di Pulau Pinang ...
Satu Lagi Kes Baru Je Di Pulau Pinang

Satu Lagi Kes Baru Je Di Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 7/7/2020 - jumlah : 253 hits
Satu lagi kes baru Japanese Encephalitis dilaporkan di Pulau Pinang membabitkan daerah Barat Daya menurut kenyataan Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang Menurut kenyataan berkenaan selain kes baharu itu dua lagi kes sebelum ini di daerah S...
Kadir Jasin Warns Pmx Ph Against Falling Into The Trap To Free Najib

Lesson In Economics From Hawkers Rebellion

Pjd Link Cancellation Fahmi Tells Govt Critics To Read Pwd Statement

Is Now A Good Time To Buy Property In 2024

Masverse Unveils Groundbreaking Blockchain Platform

Tiga Lelaki Bakar Anak Kucing Diburu Polis

Dap Leader Unsurprised By Mca S Decision To Not Campaign For Its Candidate

Banjir Besar Dubai 2024 Ustaz Azhar Idrus



Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023


Legacy Credit Emerges As A Substantial Shareholder In Vci Global

Sempena Mother S Day Enfagrow A Mindpro Menjemput Semua Ibu Ibu Untuk Hasilkan Lagu

Gsk Raya Open House Dan Minggu Imunisasi Sedunia

Power Of Storytelling In Marketing

Lirik Lagu Berharap Kau Kembali Fabio Asher

Bisikan Setan