Perlekeh Hari Jawi Polis Tahan Dua Lelaki Di Pulau Pinang Perak



Polis menahan dua lelaki yang disyaki membuat komen memperlekeh pengumuman kerajaan berkenaan hari Jumaat sebagai ‘Hari Jawi’ menerusi media sosial, dalam dua serbuan di Perak dan Pulau Pinang, semalam dan hari ini.

Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman DCP Mior Faridalathrash Wahid berkata dua lelaki berusia 25 dan 35 tahun itu masing-masing ditahan di Tanjung Rambutan, Perak dan Butterworth, Pulau Pinang.

Menurutnya, kedua-dua mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor untuk siasatan mengikut Seksyen 505 (c) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi 1998.




"Kedua-dua mereka ini ditahan dan direman kerana memuat naik kenyataan di laman sosial berhubung hari Jumaat sebagai Hari Jawi.

"Seorang lagi individu yang berkaitan dengan kes ini sedang dicari bagi membantu siasatan dan polis sudah mengenal pasti identiti lelaki berkenaan," katanya kepada Bernama.

Ahad lepas, satu kertas siasatan dibuka selepas laporan polis dibuat di Kluang, Johor berhubung komen netizen yang memperlekeh hari Jumaat diumumkan sebagai 'Hari Jawi'.

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri mengumumkan Jumaat sebagai Hari Jawi dalam usaha mengekal dan memperkasa sebahagian tradisi dan kebudayaan yang membentuk Malaysia sehingga hari ini.

Dalam perkembangan lain, Mior Faridalathrash berkata pihaknya akan mendapatkan pendapat pakar sejarah berhubung buku yang dikaitkan dengan dakwaan penghinaan terhadap Jata Negara bagi membantu siasatan.

"Siasatan mendapati ada beberapa artikel dalam buku itu berunsur hasutan dan kita akan mendapatkan pakar sejarah tempatan dalam masa terdekat," katanya.

Beliau berkata lapan penulis buku tersebut sudah dipanggil semalam untuk memberi keterangan.

Katanya lagi kertas siasatan akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya pada minggu depan untuk tindakan selanjutnya.

Sebelum ini Bernama melaporkan pereka gambar dan penerbit buku sudah hadir memberi keterangan bagi melengkapkan siasatan kes berkenaan.

Pada 30 Jun lepas, polis menyerbu sebuah syarikat percetakan di Petaling Jaya dan merampas sejumlah 313 naskhah buku didakwa menghina Jata Negara.

Setakat ini, polis sudah menerima 203 laporan berhubung isu berkenaan dan empat kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 5 Akta Lambang dan Nama 2016, Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 8(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

- Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2020/07/perlekeh-hari-jawi-polis-tahan-dua.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dua Lelaki Ditahan Perlekeh Hari Jawi

Dua Lelaki Ditahan Perlekeh Hari Jawi

papar berkaitan - pada 16/7/2020 - jumlah : 318 hits
KUALA LUMPUR 15 Julai Polis menahan dua lelaki yang disyaki membuat komen memperlekeh pengumuman kerajaan berkenaan hari Jumaat sebagai Hari Jawi menerusi media sosial dalam dua serbuan di Perak dan Pulau Pinang semalam dan hari ini Timbala...
2 Ditahan Disyaki Perlekeh Jumaat Sebagai Hari Jawi

2 Ditahan Disyaki Perlekeh Jumaat Sebagai Hari Jawi

papar berkaitan - pada 15/7/2020 - jumlah : 428 hits
Polis sedang mencari seorang lagi individu berkaitan kes itu yang sudah dikenal pasti identitinya
Kerajaan Pulau Pinang Batal Majlis Rasmi Sambutan Ma Al Hijrah Hari Pahlawan Maulidur Rasul

Kerajaan Pulau Pinang Batal Majlis Rasmi Sambutan Ma Al Hijrah Hari Pahlawan Maulidur Rasul

papar berkaitan - pada 4/7/2020 - jumlah : 385 hits
Kerajaan Pulau Pinang memutuskan untuk menjadualkan semula sembilan majlis rasmi di peringkat negeri bagi tahun ini susulan penularan wabak koronavirus yang melanda dunia Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Datuk Law Choo Kiang...
Satu Lagi Kes Baru Je Di Pulau Pinang

Satu Lagi Kes Baru Je Di Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 7/7/2020 - jumlah : 388 hits
Satu lagi kes baru Japanese Encephalitis dilaporkan di Pulau Pinang membabitkan daerah Barat Daya menurut kenyataan Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang Menurut kenyataan berkenaan selain kes baharu itu dua lagi kes sebelum ini di daerah S...
Ketua Menteri Pulau Pinang Disoal Sprm Berkenaan Isu Projek Terowong

Ketua Menteri Pulau Pinang Disoal Sprm Berkenaan Isu Projek Terowong

papar berkaitan - pada 7/7/2020 - jumlah : 466 hits
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow berada di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk disoal berhubung projek terowong dasar laut dan jalan bernilai RM6 3 bilion Chow tiba di bangunan terletak di Jalan Northam itu pada...
Covid 19 Kelantan Dan Dua Lagi Negeri Catat Pertambahan Kes Baharu Hari Ini

Covid 19 Kelantan Dan Dua Lagi Negeri Catat Pertambahan Kes Baharu Hari Ini

papar berkaitan - pada 18/7/2020 - jumlah : 374 hits
Kementerian Kesihatan Malaysia melalui laman Facebook mereka telah berkongsi maklumat mengenai pecahan kes baharu Covid 19 hari ini Dalam maklumat yang dikongsikan KKM hanya terdapat pertambahan 9 kes pada hari ini lima kes tempatan dan emp...
Lantikan Politik Ppbm Mungkin Hilang Jawatan Kata Pemimpin Ph Pulau Pinang

Lantikan Politik Ppbm Mungkin Hilang Jawatan Kata Pemimpin Ph Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 10/7/2020 - jumlah : 383 hits
Timbalan Pengerusi PH dan ketua PKR Pulau Pinang Muhammad Bakhtiar Wan Chik berkata negeri lain seperti Selangor dan Negeri Sembilan sudah mula menyingkirkan lantikan politik dari PPBM GEORGE TOWN Lantikan politik dari PPBM di Pulau Pinang ...
Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang Chong Eng Akui Disoal Sprm Mengenai Terowong Dasar Laut Lebuh Raya

Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang Chong Eng Akui Disoal Sprm Mengenai Terowong Dasar Laut Lebuh Raya

papar berkaitan - pada 7/7/2020 - jumlah : 441 hits
Exco Pembangunan Keluarga dan Wanita Chong Eng mengakui beliau disoal mengenai projek terowong dasar laut dan tiga lebuh raya yang terkandung dalam Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang Beliau yang ditemui di luar pekarangan Ibu Pejabat Sur...
3 Exco Pulau Pinang Beri Keterangan Kepada Sprm

3 Exco Pulau Pinang Beri Keterangan Kepada Sprm

papar berkaitan - pada 7/7/2020 - jumlah : 642 hits
GEORGE TOWN Tiga Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang hadir di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Pulau Pinang hari ini dipercayai berkait siasatan projek terowong dasar laut Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan n...
Malaysia Dan China Memperkukuh Kerjasama Anti Rasuah Dalam Mesyuarat Di Vienna

Petua Lama Untuk Melegakan Kembung Perut Anak Kecil

Buffet Shabu Shabu Yakiniku Di Shabu Shi Eco Ardence

Sesi Praktikal Dalam Kursus Kejurulatihan Profesional Diploma Afc Fam Membangunkan Kemahiran Dan Pengetahuan Pelatih

Anak Rajin Bantu Di Rumah Kunci Keyakinan Di Masa Dewasa

Ultimate Recipe For Beef Cheeks In Pressure Cooker

Hari Terbuka Tvet Yrms Ilkbs 2025 Memperkasa Belia Melalui Kemahiran Dan Peluang

Cuktech Perkenal Keperluan Pengecasan Pintar Untuk Setiap Peranti Moden


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Belum Terlewat Untuk Fam Kembali Ke Pangkal Jalan

From Romans Learn Shipbuilding From Malays To Flying Malays Top 10 Mockeries Levelled At Prof Sambal Belacan

Maritim Malaysia Aktifkan Operasi Carilamat Mangsa Bot Karam Di Perairan Langkawi

4 Hari Test Drive Hyundai Tucson Hybrid Ini Perkara Luar Biasa Berlaku Kat Aku

Trust Legal Process Says Ex Rep After Ewon S Premature Resignation

Kenali Josh Robinson Mengenai Susur Galurnya Memiliki Keturunan Berdarah Malaysia