Resepi Biskut Femes Emes Yang Popular Tu Gerenti Jadi Dan Sedap


Apabila rasa kerajinan melampaui rasa kemalasan, maka terjadilah sebalang biskut femes emes yang popular di mana saja tu. Biskut ini mudah sebenarnya nak buat tapi harganya yang di jual di kiosk pasaraya boleh tahan mahalnya. Jadi buat sendiri dan cari resepi biskut femes emes yang popular tu di carian google jer

Resepi Biskut Femes Emes Yang Popular Tu, Gerenti  Jadi Dan Sedap
Apabila berjalan-jalan di pasaraya, semerbak bau biskut ini yang di bakar di kiosk. Mengundang keiginan nak membelinya. Apa kata kita buat sendiri biskut ni. Bukannya susah, lenyek-lenyek guna senduk kayu, campur coklat chip 2 cawan, dah siap seketul adunan. Boleh lenyek-lenyek dan bentukkan untuk di bakar



Biskut ni tak perlu pakai acuan. Bentuk tak perlu di kisahkan. Ambil seketul kecil sebesar ibu jari, letak saja atas dulang pembakar. Apabila masak, sedang elok saja rupanya. Untuk biskut ini, rupa paras bukan menjadi ukuran, Kesedapannya yang paling di utamakan. Lihat sajalah yang di jual di pasaraya tu, tak ada bentuk pun... kan

Resepi Biskut Femes Emes Yang Popular Tu, Gerenti  Jadi Dan Sedap
Bahan:
250gram marjerin1 1/4 cawan gula perang1sk esen vanila1 biji telur (ambil kuningnya saja)2 1/2 cawan tepung gandum1/2 cawan tepung jagung1sk baking powder1sk soda bikarbonat6sb minyak masak2 cawan coklat chip
Cara-cara:
Masukkan marjerin ke dalam mangkuk adunan bersama gula perang, telur kuning dan esen vanila. Gaul sebati saja. Tak perlu lama ya. 
Seterusnya masukkan tepung gandum, tepung jagung, sida bikarbonat dan baking powder yang telah di ayak bersama terlebih dahulu.  Masukkan juga minyak masak. Kacau rata sehingga bergaul  kesemuanya

Tambahkan  coklat chip ke dalam adunan. Gaul rata sekali lagi. Masukkan ke dalam peti sejuk sekejap iaitu kira-kira dalam setengah jam. Tekstur aduan memang agak lembik yer

Bentuk Adunan Biskut Femes Emes Yang Popular Tu Sebelum Masak
Selepas setengah jam, Bentukkan lebih kurang seketul kecil sebesar ibu jari dan susun ke dalam loyang. Jarakkan adunan jauh sikit antara satu sama lain sebab nanti biskut mengembang

Bakar lebih kurang 20 minit dengan suhu 150c. Cara dan waktu pembakaran ikut oven masing-masing tau. Apabila biskut menunjukkan tanda keperangan di bahagian bawahnya, bolehlah di angkat. Sejukkan terlebih dahulu sebelum di simpan dalam balang kedap udara

Aku buat hari tu dapatlah dalam lebih dari 100 keping. Aku buat taklah besar sangat dan taklah kecil sangat. Puas jugalah makan bersama anak-anak. Sekejap saja dah licin sebalang besar. Lepaslah rasa teringin nak merasa makan biskut femes emes yang popular itu. Masa membuat tu, rumah aku semerbak bau biskut ni macam bau di pasaraya tu. 
Nak dapatkan macam-macam resepi dari blog ini, klik  SINI
p/s: Al kisahnya, inspirasi dari biskut yang aku buat ni, sekarang anak perempuan aku dah buat niaga pula. Di tambahnya gaya hipster iaitu layer topping coklat. Laku keras juga jualannya tau...

#kredit Nurul Shafira (MAHN)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.huhahuhajerr.com/2020/03/resepi-biskut-femes-emes-yang-popular-tu-gerenti-jadi-dan-sedap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Senarai 10 Resepi Biskut Raya Moden Dan Mudah 2020

Senarai 10 Resepi Biskut Raya Moden Dan Mudah 2020

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 1479 hits
Senarai 10 Resepi Biskut Raya Moden Dan Mudah Salam semua resepi biskut raya antara yang ramai orang cari kalau nak dekat musim raya puasa Macam macam orang nak buat biksut raya kan Ada orang suka biskut raya moden dan tidak kurang juga ada...
Resepi Dan Rahsia Udang Goreng Nestum Simple Rangup Dan Sedap

Resepi Dan Rahsia Udang Goreng Nestum Simple Rangup Dan Sedap

papar berkaitan - pada 4/3/2020 - jumlah : 596 hits
Resepi Udang Goreng Nestum Simple Dan Sedap Sebut sahaja nak masak apa dengan udang kadang kadang yang paling mudah buat sambal udang kalau tak pun goreng kunyit dengan bawang Sis jarang nak buat gulai dengan udang melainkan kalau gulai uda...
Resepi Sambal Udang Petai Yang Sangat Sedap Dan Senang Untuk Dimasak

Resepi Sambal Udang Petai Yang Sangat Sedap Dan Senang Untuk Dimasak

papar berkaitan - pada 5/3/2020 - jumlah : 421 hits
Resepi Sambal Udang Petai Yang Sangat Sedap dan Senang Untuk Dimasak Assalamualaikum Selamat pagi Sebut sahaja udang Ramai yang sukakannya Antara makanan laut yang paling banyak peminatnya Tapi tak semua boleh makan udang Ada yang ada alaha...
Resepi Ikan Cencaru Sumbat Sambal Sedap

Resepi Ikan Cencaru Sumbat Sambal Sedap

papar berkaitan - pada 6/3/2020 - jumlah : 1834 hits
Resepi Ikan Cencaru Sumbat Sambal SedappBahan bahan 6 ekor ikan cencaru2 genggam cili kering direbus3 biji cili merahSedikit cili padi2 biji tomato2 biji bawang besar4 ulas bawang merah4 ulas bawang putih1 inci halia2 inci belacan3 helai da...
Resepi Kari Ikan Tanpa Santan Yang Sedap Dan Mudah

Resepi Kari Ikan Tanpa Santan Yang Sedap Dan Mudah

papar berkaitan - pada 2/3/2020 - jumlah : 783 hits
Assalamualaikum Jumaat lepas Cik Rose masak kari ikan Kari ikan tanpa santan Sedap puji diri sendiri done hihi Kebetulan ada 2 ketul isi ikan jenahak Dok fikir nak goreng ka nak buat sambal Last last buat kari tanpa santan Sebab snatan tak ...
Resepi Ayam Goreng Popcorn Yang Superb Mudah Sedap

Resepi Ayam Goreng Popcorn Yang Superb Mudah Sedap

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 648 hits
Hidangan ini ringkas dan cukup popular dalam kalangan kanak kanak Untuk menyediakan sajian ini saiz ketulan ayam ini boleh disesuaikan menurut citarasa anda Namun begitu janganlah terlalu besar potongannya untuk memudahkan dimakan Bahan Bah...
Resepi Nasi Lemak Dengan 9 Jenis Sambal Nasi Lemak Yang Sedap

Resepi Nasi Lemak Dengan 9 Jenis Sambal Nasi Lemak Yang Sedap

papar berkaitan - pada 20/2/2020 - jumlah : 1211 hits
Resepi Nasi Lemak Dengan 9 Jenis Sambal Nasi Lemak Yang Sedap Salam semua sis memang peminat nasi lemak tegar Kalau masuk pasar pagi tempat sama sis beli nasi lemak dah masuk 6 kali beli dengan akak yang jual nasi lemak Memang padu nasi lem...
Resepi Siakap Stim Limau Ala Thai Yang Mudah Dan Sedap

Resepi Siakap Stim Limau Ala Thai Yang Mudah Dan Sedap

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 631 hits
Resepi Siakap Stim Limau Ala Thai Yang Mudah Dan SedapAssalamualaikum semuanya Kembali semula ke channel Papaglamz TV Hari ini saya akan tunjukkan cara mudah untuk membuat Sebenarnya nak masak ikan siakap stim limau ala Thai ini sangat muda...
Resepi Puding Roti Coklat Sedap Nikmat

Resepi Puding Roti Coklat Sedap Nikmat

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 551 hits
Lama dah rasanya Bella tak kongsikan resepi yang sedap sedap dekat blog Bella ni Asyik pasal mengandung dengan travel je sejak akhir akhir ni Yela dah jarang masak Masak pun makanan pantang Bella ada resepi baru nak kongsikan Jangan tak tah...
Trump S Victory Shows Power Of Greed And The Ultra Rich

What Grade Does Faisal Deserve For Abim S Role On Race Religion

Mahazalim Mahafiraun Mahakaya Why Didnt You Call Him Mahaliwat

3k 2025 Siap Sedia Sebelum Terlambat

Pas Should Nominate Abang Jo As Its Prime Minister Candidate

Kontroversi Penganugerahan Pembekal 5g Kedua Kepada U Mobile Pilihan Akhir Tetap Di Tangan Pengguna

Memahami Hipertiroidisme Dan Thyrotoxicosis

Mazda Cx 5 Suv Premium Dengan Fitur Modern Dan Performa Memukau


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley


Biskut Timbang Datang Lagi

Lirik Lagu Terima Kasih Masih Di Sini Glenn Samuel

Aku Awang Belanga

Melinda Cinta Satu Malam Chord

Thomas Arya Kecewa Yang Menyiksa

Fandi Ahmad Hampa Kesilapan Minit Akhir Punca Sri Pahang Fc Catat Seri 1 1 Dengan Selangor Fc