Senarai 10 Resepi Biskut Raya Moden Dan Mudah 2020


Senarai 10 Resepi Biskut Raya Moden Dan Mudah | Salam semua, resepi biskut raya antara yang ramai orang cari kalau nak dekat musim raya puasa. Macam - macam orang nak buat biksut raya kan. Ada orang suka biskut raya moden dan tidak kurang juga ada orang suka biskut raya lama. Setiap tahun mesti ada biskut raya viral. Biasanya kalau biskut yang viral, orang akan ikut sebab dah terjebak netizen pakat buat biskut viral belaka.


Oklah tanpa melengahkan masa,sis nak share resepi biskut yang diambil dari page KELAB CINTA KETUHAR di facebook. Memandangkan pihaknya dah bagi free download ebook resepi, jadi
dengan sukacitanya kongsi dekat sini juga. Kali ini resepi biskut raya bergambar. Mungkin ada sesiapa yang ingin mencuba. Dah lama sis tak buat biskut.

Tahun lepas raya pun tak buat, tengoklah kalau tahun ni ada semangat sebab kalau bab terap - terap ni malas betul. Wani memang peminat buttercup. Packaging untuk buttercup yang berat 1 kilo tu dah tukar. Tak perasan pulak bila ia tukar. Last beli dalam tin kecil. Kalau dulu dalam tin. Sekarang paket dalam bekas plastik

Terima kasih kepada penyumbang resepi biskut yang sudi berkongsi. Di antara resepi biskut moden seperti di bawah :


1. Resepi Aidilfitri Sukma Macadamia Cookies 

Bahan - Bahan 
250 gm mentega
100 gm gula perang
320 gm tepung
30 gm tepung jagung
100 gm parutan coklat putih
150 gm macadamia ( dibakar dan dicincang kasar )
30 gm kelapa kering
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanilla

Cara - Cara 
1. Pukul mentega sehingga lembut. Masukkan gula perang dan pukul hingga sebati.
2. Kemudian, masukkan kuning telur dan esen vanilla dan pukul lagi.
3. Masukkan tepung dan tepung jagung.
4. Akhir sekali, masukkan parutan coklat putih, kelapa kering dan macadamia.
5. Gaulkan sehingga sebati dan terap mengikut acuan yang disukai.
6. Panaskan oven terlebih dahulu. Bakar pada suhu ikut oven masing - masing selama 15 - 20 minit atau sehingga keperangan.
7. Keluar dair oven, sejukkan atas redai dan boleh disimpan dalam bekas kedap udara.


2. Resepi Biskut Secantik Syawal 

Bahan - Bahan 
80 gm gula aising
150 gm mentega
1 biji kuning telur
170 gm tepung gandum
60 gm tepung jagung
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh coffee emulco
40 gm peanut butter
40 gm kelapa kering
2 sudu besar serbuk koko

Cara - Cara 
1. Pukul gula, mentega dan kuning telur hingga sebati.
2. Masukkan bahan kering dan coffee emulco.
3. Pukul hingga sebati dan jadikan doh.
4. Canaikan doh dan terap.
5. Panaskan oven terlebih dahulu dan bakar pada suhu ikut oven masing -masing selama 15 - 20 minit.


3. Resepi Black & White Cookies 

Bahan - Bahan A
300 gm mentega
200 gm gula aising
100 gm gula halus
1/2 sudu teh esen vanila
1/2 sudu teh esen mentega

Bahan B 
4 biji kuning telur

Bahan - Bahan C 
2 sudu teh serbuk penaik
100 gm susu tepung
350 gm tepung gandum

Bahan - Bahan D 
150 gm nestum dikisar halus
200 gm serbuk badam
100 gm keju parmesan

Hiasan 
150 gm coklat putih ( dicairkan )
150 gm coklat gelap ( dicairkan )

Cara - Cara 
1. Putar bahan - bahan A sehingga separuh kembang. Kemudian, masukkan kuning telur dan gaul sehingga rata dan sebati.
2. Masukkan bahan - bahan C dan D dan sebatikan adunan sehingga mendapat doh yang lembut. Rehatkan doh.
3. Canai adunan sehingga mendapat ketebalan 3mm dan terapkan bentuk bujur.
4. Panaskan oven terlebih dahulu dan bakar ikut suhu oven masing - masing dalam 20 - 30 minit.
5. Sejukkan biskut dan kemudian celup ke dalam coklat hitam dan coklat putih.


4. Resepi Carrot Oat Cookies 
Bahan - Bahan A95 gm oat segera 90 gm tepung gandum penuh 5 gm serbuk penaik 3 gm serbuk kayu manis
Bahan - Bahan B 28 gm mentega ( dicairkan dan dibiarkan sejuk ) 1 biji telur 5 ml esen vanila 120 ml madu 
Bahan - Bahan C65 gm lobak merah ( diparut ) 20 gm walnut 20 gm coklat chip
Cara - Cara 1.  Campurkan bahan - bahan A dan ratakan
2. Pukul mentega bersama telur dan esen vanila shingga sebati
3. Kemudian, masukkan madu dan pukul lagi sehingga sebati
4. Masukkan bahan - bahan A ke dalam bahan - bahan B, gaul rata dan kemudian masukkan lobak merah, walnut dan coklat chip yang telah diparut. 5. Adunkan sehingga membentuk doh. Tutup doh dengan pembalut plastik dan sejukkan selama 30 minit di dalam peti
6. Dengan menggunakan sudu, bentukkan doh secara drop dan leperkan dengan garfu. 7. Panaskan oven terlebih dahulu dan bakar ikut suhu oven masing - masing dalam 12 - 15 minit atau sehingga masak
8. Sejukkan di atas dulang pembakar sebelum alihkan ke atas redai 


5. Resepi Chocolate Almond Cookies 
Bahan - Bahan 1/2 cawan mentega 1 cawan gula aising 1/4 sudu teh garam2 biji kuning telur1/2 sudu teh esen vanila 1/4 cawan serbuk koko 1 cawan tepung gandum 2/3 cawan badam cincang dibakar 
Cara - Cara 1. Pukul mentega bersama gula aising hingga sebati. 2. Masukkan telur kuning dan esen vanila. 3. Kemudian, masukkan serbuk koko dan tepung
4. Ambil secubit adunan, bulatkan dan golekkan di dalam badam cincang. Tekan sedikit di tengah - tengah untuk membuat lubang. 5. Panaskan oven terlebih dahulu dan bakar ikut suhu oven masing - masing sehingga masak. 6. Sebagai hiasan, paipkan coklat masakan yang telah dicairkan ke dalam lubang tersebut.  


6. Resepi Snowball Cookies 

Bahan - Bahan 
2 sudu besar mentega
200 gm tepung jagung
50 gm tepung sugee
200 gm susu pekat manis
1 sudu teh serbuk penaik
Pewarna biru

Hiasan
Gula snow

Cara - Cara 
1. Satukan semua bahan - bahan dan gaul sehingga sebati dan menjadi doh. Jika doh terlalu lembut, tambahkan lagi tepung jagung.
2. Bahagikan doh kepada dua bahagian. Ambil satu bahagian dan warnakan dengan warna biru.
3. Canai secara memanjang kedua - dua bahagian doh tersebut.
4. Pintal doh putih dan doh biru tersebut dan kemudian potong kecil - kecil. Bulatkan doh yang telah dipotong itu tadi dan timbang setiap satu untuk mendapatkan 7 gm sebiji. Susun di dalam loyang.
5. Panaskan oven terlebih dahulu dan bakar ikut suhu oven masing - masing dalam 20 - 25 minit.
6. Sejukkan biskut dan kemudian golekkan di atas gula snow dan letakkan dalam cawan kertas.


7. Resepi Oreo Strawberry Truffle Cup 

Bahan - Bahan 

Lapisan Bawah 
2 sudu besar mentega dicairkan
12 keping biskut oreo dihancurkan
2 sudu besar jem strawberi

Lapisan Tengah 
1 sudu teh mentega
150 gm coklat berperasa strawberi
25 gm krim putar

Lapisan Atas
1 sudu besar mentega
150 gm coklat susu
 25 gm krim putar

Hiasan 
Manik berwarna -warni
Cawan muffin kertas keras

Cara - Cara 

Lapisan Bawah 
1. Satukan serbuk biskut bersama mentega dan tekankan campuran tersebur ke dalam cawan kertas.
2. Letakkan jem strawberi di atas lapisan serbuk biskut itu tadi. Sejukkan palisan ini di dalam peti sejuk.

Lapisan Tengah 
1. Cairkan mentega bersama coklat dan krim putar.
2. Kacau sehingga keseluruhan coklat telah cair dan rata .
3. Letakkan campuran tersebut di atas lapisan bawah tadi.
4. Sejukkan selama 10 minit.

Lapisan Atas 
1. Cairkan mentega bersama coklat susu dan krim putar.
 2. Kacau hingga keseluruhan coklat telah cair dan rata.
3. Letakkan campuran ini ke atas lapisan tengah tadi.
4. Taburkan manik di atas sebagai hiasan.
5. Sejukkan selama 10 minit lagi.

Tips
1. Cadangan disimpan di dalam peti sejuk.
Gunakan perisa jem berlainan untuk mendapatkan rasa yang berbeza.
3. Coklat putih juga boleh digunakan untuk lapisan tengah.
4. Gunakan cawan muffin kertas keras.


8. Resepi Syawal Fancy Cookies 

Bahan - Bahan 
75 gm mentega dicairkan
4 biji putih telur
1/4 sudu teh garam
150 gm gula
150 gm tepung
30 ml krim putar
1/4 sudu teh esen vanila

Hiasan 
250 gm coklat gelap dicairkan
50 gm coklat putih dicairkan

Cara - Cara 
1. Pukul putih telur bersama garam dan gula sehingga kembang dan kemudian masukkan tepung.
2. Masukkan mentega yang telah dicairkan, krim putar dan esen vanila.
3. Paipkan adunan ke atas dulang membakar atau dulang lidah kucing.
4. Panaskan oven dan bakar ikut suhu oven masing - masing selama 10 minit atau sehingga masak.
5. Sejukkan, susun di atas redai dan tuangkan coklat gelap cair ke atas biskut itu tadi. Taburkan manik - manik di kedua- dua hujung biskut dan biarkan coklat keras.
6. Bila dah keras, lorekkan dengan coklat putih.
7. Kemudian tabur manik - manik gula dan keraskan.


9. Resepi White Flake Cookies 

Bahan - Bahan A
125 gm mentega
70 gm gula aising
1 biji kuning telur
1 sudu teh madu
1 sudu teh krim putar ( tenusu )

Bahan - Bahan B
30 gm badam kisar
20 gm bijirin milo dikisar halus
1 sudu besar serbuk koko
20 gm tepung jagung
200 gm tepung gandum

Hiasan 
Croquant
Nestum
Coklat masakan putih

Cara - Cara 
1. Panaskan ketuhar pada suhu 150 C.
2. Sebatikan semua bahan - bahan A sehingga rata.
3. Masukkan bahan - bahan B dan adunkan sehingga menjadi doh yang lembut.
4. Canai doh sehingga nipis dan terap. Aturkan di dalam dulang pembakar dan bakar selama 30 minit.
5. Celupkan biskut ke dalam coklat masakan putih dan golekkan dalam campuran croquant dan nestum.


10. Resepi Biskut Yummy Mushroom 

Bahan - Bahan 
130 gm mentega
20 gm crisco
80 gm gula
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanila
170 gm tepung gandum
20 gm tepung jagung
20 gm serbuk kastard
1/ 8 sudu teh serbuk penaik
30 gm nestum
40 gm emping jagung
20 gm serbuk badam

Hiasan 
Coklat masakan

Cara - Cara 
1. Pukul mentega, crisco, gula dan esen vanila hingga sebati.
2. Masukkan semua bahan - bahan kering yang lain dan gaul sebati.
3. Canai doh dan terapkan dengan acuan
4. Panaskan oven dan bakar pada suhu 140 C selama 25 minit.
5. Stelah sejuk, celupkan biskut ke dalam coklat masakan yang telah dicairkan.

Baca Sini : Resepi 30 Hari Menu Berbuka Puasa
Baca Sini  : Ini 5 Resepi Menu Kerabu Kelantan Yang Sedap Untuk Juadah Berbuka Puasa
Baca sini : Koleksi Biskut Raya Moden Dan Popular
                                           

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.wanisukarno.com/2018/05/senarai-10-resepi-biskut-raya-moden-dan-mudah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Senarai Telefon Harga Bawah Rm500 Bagi Tahun 2020

Senarai Telefon Harga Bawah Rm500 Bagi Tahun 2020

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 562 hits
Bg thn 2020 ini sebenarnya masih ada lg telefon harga bawah RM500 tetapi taklah byk pilihan berbanding telefon pd harga yg lebih tinggi Telefon harga
Resepi Shellout Di Rumah Mudah Sangat

Resepi Shellout Di Rumah Mudah Sangat

papar berkaitan - pada 22/2/2020 - jumlah : 675 hits
Shellout di rumah Bahan bahan seafood yang korang suka bawang putih bawang kecil sayur Bahan tumisan kicap untuk hasilkan warna gelap masakan cili kisar rempah kari daging butter sos bbq sos tiramCara caranya Cairkan butter tumis bawang put...
Senarai Bantuan Perniagaan Untuk Usahawan 2020

Senarai Bantuan Perniagaan Untuk Usahawan 2020

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 1358 hits
Ramai orang mempunyai impian untuk membina empayar perniagaan sendiri Lihat saja di negara kita ini saban hari kita mendengar usahawan baru muncul dengan pelbagai jenis perniagaan samada pertanian perkhidmatan perlancongan dan produk Apabil...
Senarai Bantuan Untuk Rakyat Dalam Pakej Rangsangan Ekonomi 2020

Senarai Bantuan Untuk Rakyat Dalam Pakej Rangsangan Ekonomi 2020

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 459 hits
Perdana Menteri Interim Tun Dr Mahathir Mohamad telah membentangkan Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 Memperkukuh Keyakinan Merangsang Pertumbuhan Melindungi Pekerjaan bagi meningkatkan semula ekonomi dalam negara yang terjejas akibat penularan...
Sampul Duit Raya 2020 Rare Branded Stylista Cantik Corak Bunga

Sampul Duit Raya 2020 Rare Branded Stylista Cantik Corak Bunga

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 1115 hits
Kami menjual sampulduitraya design rare untuk anda LV Gucci Chanel VS Adidas Macam lagi Saiz besar duit RM100 Tak perlu lipat dan gam Design boleh campur STOK TERHAD 1 pack 3 packs RM 106 packs RM 209 packs RM 30Whatsapp 013 3888584 untuk t...
Drama Ramadhan Dan Raya 2020

Drama Ramadhan Dan Raya 2020

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 1051 hits
Ramadhan bakal menjelma Korang yang belum habis ganti puasa cepat cepat ganti ya Drama apa yang menarik sepanjang Ramadhan nanti Ini dia
Resepi Biskut Florentine

Resepi Biskut Florentine

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 1417 hits
Resepi Biskut Florentine Bahan bahan 500 gram tepung florenta500 gram almond flakes200 gram biji labu 200 gram biji bunga matahari20 gram bijan hitam sukatan kekacang tok suka hati sebenarnya letak banyak mana nok disuka kitak bah Cara cara...
Senarai 50 Orangterkaya Malaysia 2020

Senarai 50 Orangterkaya Malaysia 2020

papar berkaitan - pada 6/3/2020 - jumlah : 500 hits
Berikut adalah senarai terkini 50 orang paling kaya di Malaysia menurut laporan majalah Forbes Ranking disusun berdasarkan nilai bersih mereka pada permulaan bulan Mac 2020 Senarai tahun 2020 menyaksikan penyusutan jumlah kekayaan sebanyak ...
5776 Notis Senarai Terkini Aktivis Individu Yang Tidak Lagi Bernaung Di Bawah Ppim Ppim 03 03 2020

5776 Notis Senarai Terkini Aktivis Individu Yang Tidak Lagi Bernaung Di Bawah Ppim Ppim 03 03 2020

papar berkaitan - pada 5/3/2020 - jumlah : 636 hits
Dimaklumkan bahawa individu berikut tidak lagi mempunyai kaitan dengan Persatuan Pengguna Islam Malaysia PPIM MENAFIKAN kaitan secara langsung atau tidak langsung dengan mereka berkuat kuasa serta merta Sila hubungi talian hotline PPIM di 0...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


Tidur Di Masjid Istimewa Pas Menjelas Kehidupan Saranan

178 House A Contemporary Architectural Marvel In Jalisco Mexico

18 Indonesian Cops Held For Alleged Extortion Of Malaysians At Concert

Jkr To Repair Four Sinkholes On Lojing Gua Musang Road

Umno Ns Harap Bahagi Kerusi Dun Sama Rata Untuk Pru

Myplayvip