Resepi Bihun Goreng Singapore Longan Lime Juice Menggunakan Produk Dari Segi Fresh Market
Sebelum bulan Ramadhan tiba, mama dah memang buat persiapan awal untuk menyambut bulan yang penuh mulia ni. Seperti semua ibu-ibu yang lain mama akan masak juadah setiap hari dan berbuka bersama keluarga tersayang. Tahun ini mama cuba masak setiap hari dan say no to bazar untuk mengelakkan pembaziran. Jadi pastinya mama akan beli stok barangan dapur untuk waktu sesak. Jangan tak tahu semua stok yang mama beli ni sangat berguna kalau masa tu mama tengah kekeringan idea untuk masak.
Sudah menjadi kebiasaan bab beli barangan dapur ni mama suka pergi Segi Fresh Market. Bukan sahaja beli barang basah malah barangan dapur kering pun mama pergi beli sini. Dari segi harga memang Segi Fresh Market menjadi teratas pilihan mama tau. Bagi yang berniaga tu mama sarankan korang datang la ke Segi Fresh bukan sahaja korang dapat harga borong malah murah!! Oh ya surirumah diluar sana yang nak berjimat pada zaman serba yang mahal ni datang jer lah beli kat Segi Fresh Market memang berbaloi.
Untuk awal Ramadhan ni mama kalau boleh tak nak masak banyak jenis sebab letih kan mengurus hantar anak pergi sekolah, lepas tu nak masak untuk berbuka memang badan pun tak bertenaga. Jadinya mama beli stok barangan dapur dari bihun, sardin tin, susu pekat manis, sos cili, coffee 3 in 1, minuman coklat dan tisu dari Segi Fresh Market. Tak sangka Segi Fresh mengeluarkan produk jenama sendiri seperti Crown's Choice, Trader's Choice, Berkat dan Sedaap. Kemarin mama dah siap masak juadah berbuka iaitu Bihun Goreng Singapore dan Longan Lime Juice. Dua menu ni mama guna barangan dari Segi Fresh.
Walau mama masak juadah berbuka yang simple macam ni tapi sangat menyelerakan kami sekeluarga. Bihun Berkat ni mama ingatkan hancur ketika goreng tapi takkkk yer memang elok bihun goreng singapore mama. Lepas ni nak beli bihun beli jer jenama ni memang terbaik la. Selalu beli jenama lain mesti hancur hahaha ker mama yang tak pandai masak. Untuk air pula mama buat Longan Lime Juice yang super mudah dan sedap yakmat!. Hahhh berebut kami anak beranak tau! Pertama kali mama beli Longan tin keluaran Trader's Choice ni memang terkejut sebab isi buah longan tu besar-besar. Heyy kenapa mama baru tau ni. Sedih betul. hahahah. Dah jom mama nak share Resepi Bihun Goreng Singapore & Longan Lime Juice yang mudah ni
Resepi Bihun Goreng Singapore
Bahan-bahan :-1 Peket Bihun Berkat (Direndam air biasa)5 ulas Bawang Putih3 ula Bawang Merah1 Sudu kecil Lada HitamIsi Ayam / Udang / Sotong1 Kiub AyamCarrotSayur SawiCara-caranya :-Kisarkan bawang putih, bawang merah dan lada hitam sehingga hancur.Panaskan minyak, tuang bahan kisar dan kacau sehingga wangi.Kemudian masukkan isi ayam / udang / sotong ke dalam bahan kisar dan masak seketika.Selepas itu, tambahkan air dan juga kiub ayam. Masukkan carrot dan batang sawi.Masukkan garam dan tuangkan bihun yang telah direndam. Gaul sehingga sebati.Akhir sekali masukkan sayur sawi dan gaul mesra.Untuk Bihun Goreng Singapore ni sangat sedap dimakan dengan cili padi potong kicap bersama telur dadar yang dipotong. Memang sedap dijamu untuk keluarga tersayang. Masing-masing makan tak tengok kiri kanan tau. Cubalah bahan-bahan pun mudah bukan.
Resepi Longan Lime Juice1 Tin Longan Trader's Choice2 Sudu Lime PowderAir SejukAis KiubTuangkan Longan tin dan masukkan air sejuk. Kemudian bancuh lime powder dan tuang ke dalam air longan tadi. Jangan lupa letakkan ais kiub untuk lagi sejuk. Hahh resepi ni korang tak perlu gula lagi sebab dalam longan tin tu memang dah manis air buah dia. Juice ni rasa manis buah dan masam dari lime tu memang sesuai untuk menghilangkan dahaga sepanjang hari kita berpuasa.
Air Sirap Bandung Soda Berlaici pun sedap juga
Resepi Air Sirap Bandung Soda BerlaiciLaici Tin Trader's ChoiceSusu Krimer Sejat Trader's ChoiceKrimer Manis SedaapSirap MerahAir SodaAir SejukAis KiubBancuhkan sirap merah dengan 2-3 sudu krimer manis, kemudian tuangkan laici tin ke dalam mangkuk. Kemudian tuangkan susu krimer sejat dan air sejuk. Kacau sebati dan akhir sekali tuang air soda dan masukkan ais kiub untuk tambah lagi sejuk. Perghh terliur ker idok. hahaha.
Selepas solat terawih jer mama hidangkan Premix Coffee keluarann Segi Fresh untuk en papa. Hahah senang ada coffee 3 in 1 ni mudah kerja mama. Koyak satu sachet dan tuang ke dalam cawan lepas tu masuk air panas dah siap!!! Rasa coffee memang padu sampai tak tido malam lah. Suka pulak rasa coffee keluaran Segi Fresh ni sedap dan harga murah. Sepeket besar Premix Coffee ni ada 30 sachet oihh..
Banyak lagi stok barangan dapur dari Segi Fresh Market ni. Mama ni kalau buntu nak masak apa mama boleh jer guna stok apa yang ada dekat dapur. Contoh sardin tin tu mama nak masak sambal sardin ker, sardin masak lemak cili padi ker. Hahh macam-macam la boleh buat dengan sardin tin ni kan. Air chocolate tu mama duk nampak buat agar-agar coklat. Fuhh tak sabar pulak nak masak semua stok barang dari Segi Fresh ni.
Alang-alang mama buat stok lepas ni mama boleh jer beli dekat Segi Fresh Market. Berbaloi la produk jenama dari Segi Fresh tau kualiti setanding dengan produk jenama lain dipasaran. Harga pula murah dan berbaloi memang mama buat stok terus la untuk bulan Ramadhan ni bagi mudah mama masak.
Untuk maklumat lanjut dan promosi menarik boleh layari :-
Website : www.segifresh.comFacebook : www.facebook.com/segifreshInstagram : www.instagram.com/segifreshmarket
Love,
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.mamajue.com/2019/05/resepi-bihun-goreng-singapore-longan.html