Resepi Ayam Penyet Mudah Versi Dapurciksue


Renyah tapi sedap.Nasi ayam penyet ni Cik Sue mula suka makan bila kerja di KLCC sebelum kahwin,selalu keluar lunch naik motor di kawasan Kg Baru,Kuala Lumpur.Mula-mula dulu tak nak cuba sebab nampak simple dan tak de kuah sangat,Cik Sue jenis yang makan nasi nak berkuah,lepas tu tengok sambalnya macam pedas berapi je dengan cili padi,tak berani la.Sekali Mr D bawa makan kat Ayam Penyet Mak Maya di Kg Baru katanya kawan office bagitahu sedap,eh kitapun cuba la juga,terus la jatuh hati.Kebetulan  kat kedai tu diorang memasak Nasi Ayam Penyet tu depan-depan kita dok makan,jadi memang nampak la diorang perap ayam,buat rempah dan goreng sampai siap,dok basuh beras ,tanak nasi semua,apa lagi memang lekat la dalam memori Cik Sue ni

Baca juga Resepi Nasi Ayam Mudah guna NoxxaResepi Ayam Penyet Versi Dapurciksue  Resepi ni Cik Sue buat dah beberapa kali,agak renyah sebenarnya tapi sebab nak makan sedap ,kita buat la sendiri kat rumah,puas nak makan banyak-banyak atau nak jamu keluarga.So Cik Sue simpan sini la resepinya senang nak tengok semula nanti :


Nampak agak renyah tapi tak de la leceh sangat pun,nasi tu Cik Sue masak buh daun pandan je,tanak je macam biasa.Tapi kata orang kalau kukus lagi sedap,ha lebih lembut la kot kan,jenis beras pun main peranan juga.Tapi nak masak kat rumah guna la apa yang ada



Baca juga Resepi Nasi Arab Mudah 

Tempe dan Tauhu Goreng.
Bahan Tempe potong ikut suka Tauhu potong ikut suka Tepung Bistari spicy secubit serbuk kunyit secubit garam air
Cara: Bancuh tepung bistari dengan air kunyit dan garam,celup tauhu dan tempe,goreng hingga masak dan garing,toskan



Ayam Penyet

Bahan : Ayam Rebus dengan Halia ketuk Kunyit hidup ketuk Daun bay /pandan Bawang merah hiris Bawang putih hiris Sup Bunjut Air (tak perlu tumis,rebus je semua dalam periuk)  Dah masak ,toskan ayam simpan air rebusan kalau nak buat sup

Bahan perap Sangai (goreng tanpa minyak) Jintan manis Jintan putih Ketumbar Lada putih Blend kering bahan sangai
Cara:  Gaulkan dengan serbuk kunyit,serbuk kari ayam dan garam
Perap minimum 2 jam dan gorengkan dgn api perlahan bagi garing
Hidangkan dengan serbuk rempahnya
Kalau nak ala-ala kedai korang hempuk je ayam tu dengan alu lesung baru la jadi penyet,cik sue tu dah malas biar je cenggitu heheheh




Bahan: 8 biji Cili api 3 Cili besar merah atau hijau 4 Bawang merah 2 Bawang putih  1/2 sudu belacan 2 biji tomato garam dan gula
Cara:  Goreng semua bahan kecuali garam dan gula sampai layu,toskan dan tumbuk ,tak lumat pun tak pe,nak blend pun boleh tapi jgn blend hancur lumat
Masukkan dalam kuali semula tumis sampai pecah minyak dan perasakan dengan garam dan gula

Sambal kicap tu masukkan je sambal cili dalam kicap manis ABC dan gaul


Dahhhhh,itu je,senang je,dah siap semua hidang la dengan sayur kobis,tomato dan timun,kalau ada salad pun ok gak,senang je sebenarnya tapi tak dapat la tandingi Nasi Penyet Wong Solo feveret Cik Sue tu hehehehhe setakat nak makan kat rumah lulus dah ni

Selamat mencuba

Meh cuba Resepi Nasi Ayam yang senang 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sueizza.my/2020/04/resepi-ayam-penyet-mudah-versi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
3 Resepi Bayam Mudah Dan Sedap

3 Resepi Bayam Mudah Dan Sedap

papar berkaitan - pada 14/6/2023 - jumlah : 231 hits
Assalammualaikum dan Salam SejahteraAbam ni tak gemar sangat makan sayur tapi ada satu sayur ni abam suka sangat makan bagilah masak apa pun mesti abam makan Sayur Bayam nama sayur tu ok jom abam nak kongsikan resepi mudah yang abam selalu ...
Nasi Lemak Hijau Pandan Resepi Mudah

Nasi Lemak Hijau Pandan Resepi Mudah

papar berkaitan - pada 15/6/2023 - jumlah : 376 hits
Assalamualaikum w b t Nasi Lemak Hijau Pandan Bila sebut pasal Nasi Lemak mesti ramai yang suka Ia antara salah satu menu wajib untuk sarapan The post appeared first on
Koleksi Resepi Udang Yang Mudah Dan Sedap

Koleksi Resepi Udang Yang Mudah Dan Sedap

papar berkaitan - pada 15/6/2023 - jumlah : 560 hits
Koleksi Resepi Udang Yang Mudah Dan Sedap Siapa sini suka makan udang Rasanya ramai yang suka kan Termasuk la Zati hehehe Sebenarnya pelbagai masakan yang kita boleh masak dengan udang ni Jom layan resepi resepi dibawah mana la tau kot bole...
Ayam Percik Lebih Mudah Dengan Dapur Howaro C Rinnai

Ayam Percik Lebih Mudah Dengan Dapur Howaro C Rinnai

papar berkaitan - pada 22/6/2023 - jumlah : 325 hits
Saya memasak ayam percik kali menggunakan Dapur Howaro C dari Rinnai Malaysia Memang best kerana ada beberapa fungsi pada dapur yang memudahkan kerja kita Antaranya fungsi yang boleh diguna untuk merebus atau memasak air atau masakan berkua...
Simple Tapi Menyengat Cuba Versi Ayam Kari Masak Kicap Ni Pula Lain Macam Sedapnya

Simple Tapi Menyengat Cuba Versi Ayam Kari Masak Kicap Ni Pula Lain Macam Sedapnya

papar berkaitan - pada 9/6/2023 - jumlah : 267 hits
Tak sah kalau tak ada menu masak kicap setiap minggu Wajib untuk anak anak yang cukup sukakan ayam masak kicap Apa kata kali ini kita olah resipi masak kicap jadi lebih power Resipi perkongsian Superdaddy Khairul Abdullah dengan penambahan ...
Mudah Dan Simple Buat Ayam Panggang Madu Guna Air Fryer

Mudah Dan Simple Buat Ayam Panggang Madu Guna Air Fryer

papar berkaitan - pada 15/6/2023 - jumlah : 347 hits
Ayam panggang madu adalah salah satu hidangan yang mudah dan sedap untuk disediakan di rumah Anda boleh menggunakan air fryer untuk memanggang ayam dengan lebih cepat dan sihat Berikut adalah resepi untuk ayam panggang madu menggunakan air ...
Ayam Serai Thai Yang Mudah Dimasak

Ayam Serai Thai Yang Mudah Dimasak

papar berkaitan - pada 16/6/2023 - jumlah : 203 hits
Masakan berasaskan ayam memang banyak kan Lagipun lauk ayam ni ada orang makan hari hari pun tak jemu especially budak budak Cuma para ibu la kena pandai dan kreatif mempelbagai resepi lagi lagi masakan yang menjadi kegemaran mereka Berbali...
Resepi Ayam Kukus Halia

Resepi Ayam Kukus Halia

papar berkaitan - pada 18/6/2023 - jumlah : 148 hits
Assalamualaikum Demam demam ni takde selera makan scroll telegram jumpa resepi ni Mak Pah pun boleh makan rasanya cuma dia x suka bau halia tu pandai la SA adjust nanti SA cadang nak buat untuk naikkan selera makan Mak Pah Mak Pah dah nampa...
Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation