BAHAN-BAHAN:6 ketul daging ayam. Gunakan sebelah atas peha ayam atau isi yang tebal. Kalau masak dan makan di rumah elok beli peha ayam penuh dan dibuang tulang seperti chicken chop. Bagi berniaga takat nak jual berharga dua atau tiga ringgit seketul, biarkan tulangnya. Ia nampak besar sedikit.3 sudu besar (tbsp) santan pekat.2 batang serai diketuk memanjang supaya masa gorengan ia akan terurai dan cantik dalam hidangan.2 helai daun salam atau bay leaf tempatan. Boleh dapati di pasar malam atau pasar tani. Daun yang terlebih, keringkan dan simpan. Boleh digunakan untuk masakan akan datang. Daun Salam dalam masakan akan mewangi lauk kepada rasa kemanisan.1 sudu besar serbuk ketumbar. serbuk ketumbar atau biji rempah boleh dibeli dikedai mamak, seringgit sudah perolehi banyak. Goreng kering dikuali sehingga keharumannya naik. biarkan dia sejuk dan kisar dalam pengisar kering (kecil) dan simpan serbuknya didalam bekas kedap udara. Kalau kita ada hobi masak, perlu ada serbuk-serbuk rempah yang buat sendiri seperti jintan manis, jintan putih, lada hitam, lada putih. Kalau disimpan dalam bekas kedap udara boleh digunakan berbulan-bulan lamanya. Rempah-rempah ini adalah asli dan sangat wangi dalam masakan dari berbedza dengan serbuk rempah yang dibeli dalam bungkusan yang biasanya dicampur dengan tepung beras dan rempah yang sangat berkualiti rendah (dasar perniagaan kaut untung). Serbuk rempah yang dibeli itu biasanya perlu digoreng semasa masakan atau pun perlu masukan dalam minyak panas semasa tumis, ini akan menyebabkan rempah ini mudah hangus dan berasa pahit. Untuk elakan ini, sediakan rempah yang telah digoreng kering dan kisar dan masukkan terus dalam masakan masakan.1 sudu kecil (tsp) jintan putih. Ramai salah faham kenali jintan putih dan jintan manis. Jintan putih dalam bahasa Inggeris digelar “cummin seed”. Jintan Putih digelar “Fennel seed”. Gelaran jintan putih disebabkan ada “Jintan Hitam” atau disabdakan Nabi s.a.w ” ibu bagi segala ubat”,“Habastussauda”. Jintan Putih berbentuk halus dan Jintan manis gemok dan pendek. Jangan silap.1 sudu besar gula merah. Gula pasir jangan digunakan dalam gorengan ia akan jadi Karbon bila digoereng menjadi hitam disebabkan bahan kimia dalam proses menjadikan gula pasir.BAHAN UNTUK PERENCAH (KISAR ATAU TUMBUK).5 ulas bawang putih telah dikopek kulit.2 cili merah.1 inci kunyit hidup1 inci lengkuas saiz ibu jari dihiris.1 inci halia dihiris.3 biji buah keras dihancurkan.Nota: Anda perhatikan bahan-bahan yang digunakan kebiasaannya untuk membakar ayam dalam oven gunakan minyak masak dalam perencah tetapi resepi Indonesia ini gunakan buah keras atau buah kemiri. Buah kemiri punyai kandungan minyak yang sangat harum. Dengan sebab inilah mamak haji terpikat dengan resepi-resepi Indonesia yang asli|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |