Resepi Agar Agar Sedap Milo Lapis Oreo Senang Je Nak Buat


Sejak dua menjak ni saya banyak memasak di dapur menggunakan resepi baru yang saya Google di internet. Disebabkan nakkan kelainan saya selalulah try and error resepi yang nampak sedap di internet, sebabnya dah terasa bosan bila asyik makan lauk dan masakan yang sama.



Selain menu masakan, saya cari juga resepi pencuci mulut buat minum petang. Jadi bila dah jumpa resepi yang sedap dan menjadi, maksudnya saya kena update resepi di blog ini supaya senang saya nak buat rujukan bila kembali nak buat balik nanti. 


Jadi kalau awak datang ke blog ini disebabkan nak cari resepi, jangan risau..semuanya saya dah buat dan rasa, in shaa Allah sedap. Bolehlah awak pun buat sama okeh. Ha, antara resepi sedap yang saya dah cuba adalah resepi kat bawah ini, Resepi Agar-agar Milo Lapis Oreo daripada blog Intai Dapur. Jom cuba buat!


Resepi Agar-agar Sedap Senang Nak BuatDalam musim panas sekarang, kalau dapat makan agar-agar sejuk yang baru dikeluarkan dari peti ais memang umph! Nak pulak rasa agar-agar tu tak terlalu manis dan ada campuran oreo di dalamnya, memang tak sedar bila habis makan. Tau-tau pinggan dah kosong je.




Okay, resepi ni senang je nak buat dan tak perlu guna banyak bahan pun. Cuma part yang agak makan masa adalah masa nak tunggu lapisan agar-agar mengeras untuk kita tambah lapisan agar-agar lain. Selain itu, semua easy peasy je nak buat.


Tips Buat Agar-agar Milo OreoTips utama yang saya rasa ramai tak tau adalah, masa nak tambah lapisan agar-agar, jangan tunggu sampai agar-agar betul-betul dah keras baru tambah lapisan baru. Ini kerana bila kita potong agar-agar kepada saiz kecil dan nak makan nanti, lapisan agar-agar mudah terlerai. Kalau nak tambah lapisan agar-agar, tambah masa agar-agar tak berapa keras dan masih lembut.


Tapi masalahnya bila kita tambah lapisan agar-agar masa lapisan bawahnya masih lembut, risau pula lapisan pecah dan bercampur dengan lapisan yang baru ditambah. Terus rosak pulak lapisan agar-agar kita nanti. Jadi kalau nak elakkan masalah ni, kita boleh tunggu agar-agar mengeras dulu, lepastu kita cucuk dengan garfu pada lapisan atas agar-agar sebelum tambah lapisan baru. Tujuannya nak jadikan pegangan lapisan pada agar-agar jadi lebih kuat dan tak mudah lerai masa nak makan nanti. 


Resepi Agar-agar Milo Lapis Oreo

Bahan-bahan
Serbuk agar-agar - 10gram (perisa asli)
Gula - 100gram
Biskut oreo - 1 pack (patahkan kepada 4 bahagian)
Serbuk milo - 3/4 cawan
Susu cair - 1 tin (400 liter)
Air masak - 750 liter


Cara Masakan
1. Masukkan air dan serbuk agar-agar ke dalam periuk dan masak hingga serbuk agar-agar larut.
2. Kemudian, masukkan gula dan kacau hingga semua larut.
3. Seterusnya masukkan pula susu cair dan kacau hingga mendidih.
4. Setelah mendidih, boleh tutup api. Keluarkan 1/3 bahagian larutan ke dalam periuk kecil yang lain.
5. Atas api yang kecil, masukkan milo ke dalam periuk yang mengandungi 2/3 bahagian larutan agar-agar. Kacau sebati hingga serbuk milo larut sepenuhnya.
6. Masukkan setengah bahagian larutan mengandungi milo ke dalam bekas acuan. Baki larutan selebihnya diketepikan. Larutan agar-agar tanpa milo diletakkan pula di atas api kecil dan dipanaskan untuk mengelakkan agar-agar membeku.
7. Setelah agar-agar lapisan pertama mengeras, cucuk permukaan atas agar-agar dengan garfu secara rawak, kemudian tuangkan semua lapisan agar-agar tanpa milo di atasnya. Kalau nak masukkan lapisan masa agar-agar masih lembut, boleh gunakan senduk dan masukkan lapisan agar-agar secara berhati-hati.
8. Susun biskut oreo dalam lapisan agar-agar kedua dan biar ia membeku. Seterusnya cucuk bahagian permukaan agar-agar setelah keras dan tuang baki agar-agar milo ke atasnya. Untuk lebih sedap, boleh masukkan agar-agar ke dalam peti ais.



Saya ubah sedikit resepi ini daripada resepi asal. Saya tukarkan berat gula kepada 100gram sahaja daripada resepi asal sebanyak 130gram kerana mahukan rasa yang tak terlalu manis kerana tambahan oreo dengan krimnya dah buatkan agar-agar rasa manis. Sebelum ini saya dah buat agar-agar dengan sukatan gula 130gram tapi anak-anak beritahu rasanya terlalu manis, sebab itu saya kurangkan sukatan gula. 


Tapi kalau awak rasa agar-agarnya terlalu tawar, bolehlah ditambah gula mengikut kehendak sendiri ya. Mungkin boleh tambah sukatan gula kepada 120gram. Apapun, selamat mencuba lah resepi yang easy peasy ni!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.nurzariniismail.com/2023/10/resepi-agar-agar-sedap-milo-lapis-oreo.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Puding Oreo Milo Ni Bukan Je Sedap Mudah Sangat Nak Buat Confirm Jadi

Puding Oreo Milo Ni Bukan Je Sedap Mudah Sangat Nak Buat Confirm Jadi

papar berkaitan - pada 3/10/2023 - jumlah : 184 hits
Barulah lengkap rasanya jika usai menikmati hidangan menu utama disusuli pula dengan menu pencuci mulut Bukan sahaja lemak manis rasanya malah bertambah enak apabila dijamah sejuk sejuk seperti Puding Orea Milo ini Barulah sempurna Jadi apa...
Resepi Sos Cili Thai Homemade Senang Sangat Modal Tak Sampai Rm5

Resepi Sos Cili Thai Homemade Senang Sangat Modal Tak Sampai Rm5

papar berkaitan - pada 2/10/2023 - jumlah : 265 hits
Bagi penggemar sos cili thai rasanya memang tka smaa dengan sos cili biasa Biasanya sos ini sesuai untuk dicicah dengan makanan bergoreng seperti cucur keropok celup tepung dan sebagainya Harga untuk sos cili thai pun lebih kurang harganya ...
Lauk Terpaling Sedap Ikan Rebus Goreng Style Pantai Timur Simple Je Nak Buatnya

Lauk Terpaling Sedap Ikan Rebus Goreng Style Pantai Timur Simple Je Nak Buatnya

papar berkaitan - pada 28/9/2023 - jumlah : 231 hits
Orang dulu dulu untuk pastikan ikan dapat disimpan lama meskipun tidak mempunyai peti sejuk mereka ada caranya yang tersendiri Selain ikan boleh dikeringkan menjadi ikan masin atau diperam menjadi pekasam bahkan kerap kali juga akan dijadik...
Resepi Rahsia Ayam Goreng Sedap Sampai Ke Tulang

Resepi Rahsia Ayam Goreng Sedap Sampai Ke Tulang

papar berkaitan - pada 2/10/2023 - jumlah : 203 hits
Rahsia keenakan ayam goreng hingga ke tulang ialah brine atau rendam ayam dalam air garam 1 Guna 3 sudu garam untuk seekor ayam sebaiknya garam bukit untuk rasa lemak masin 2 Cucuk2 daging ayam dengan garfu supaya garam meresap ke dalam 3 R...
Resepi Maggi Goreng Thai Viral Nampak Sedap Komfirm Terliur Dibuanya

Resepi Maggi Goreng Thai Viral Nampak Sedap Komfirm Terliur Dibuanya

papar berkaitan - pada 1/10/2023 - jumlah : 224 hits
Kalau anda selalu sangat makan maggi goreng versi Malaysia apa kata kali ini cuba pula resipi maggi goreng dari negara sempadan Thailand yang pasti rasanya sedikit berbeza Resepi maggi goreng thai ini biarpun memerlukan bahan bahan yang aga...
Dijamin Sedap Ikuti Resepi Makanan Korea Hanya Di Rumah Dari 5 Youtuber Ini

Dijamin Sedap Ikuti Resepi Makanan Korea Hanya Di Rumah Dari 5 Youtuber Ini

papar berkaitan - pada 2/10/2023 - jumlah : 255 hits
Orang ramai semakin mencari resepi memasak makanan Korea di rumah kerana banyak manfaatnya kalau masak sendiri Baca Ramai YouTuber makanan Korea menawarkan resepi yang mudah untuk semua jenis hidangan Maangchi Dari tahun 2007 hingga sekaran...
Resepi Agar Agar Tali Perisa Sirap Sukatan Cawan

Resepi Agar Agar Tali Perisa Sirap Sukatan Cawan

papar berkaitan - pada 27/9/2023 - jumlah : 256 hits
Resepi Agar Agar Tali Perisa Sirap Agar agar atau lengkung adalah kuih atau dessert yang bertahun kami memakannya Itulah makanan yang paling mudah dan murah nak dibuat semasa emergency nak hantar rumah jiran kenduri tahlil atau nak bawak po...
Roti Nan Homemade Gebu Gebas Ala Restoran Mamak Senang Sangat Nak Buat

Roti Nan Homemade Gebu Gebas Ala Restoran Mamak Senang Sangat Nak Buat

papar berkaitan - pada 6/10/2023 - jumlah : 292 hits
Roti Nan Homemade Gebu Gebas Ala Restoran Mamak Senang Sangat Nak Buat Roti Nan antara menu roti yang sering menjadi pilihan ramai ketika makan di restoran mamak Enak dimakan bersama kuah kari roti nan juga selalunya dimakan bersama ayam ta...
10 Resepi Sedap Ikan Siakap Pasti Buat Terliur

10 Resepi Sedap Ikan Siakap Pasti Buat Terliur

papar berkaitan - pada 26/9/2023 - jumlah : 228 hits
Ikan Siakap dikenali dengan nama Pla Krapong di Thailand dan dan ianya juga adalah antara ikan paling popular untuk masakan Thai di Thailand Thai cuisine Ikan siakap sering dimasak stim dengan air limau dan bawang putih garlic atau digoreng...
Kathryn And Sydney S Fantastic Pantyhose Adventure Part One

Orang Tua Sekarang Membunuh Anaknya Secara Halus

Seorang Sahaja Zul Ariffin Tersasul Doa Minta 4 Isteri

The American Society Of Cinematographers Over And Above The Frame Casin

Kenaikan Pangkat One Off Bagi Gred 9 10 11 Sspa

Isu Artis Mangsa Buli Syafiq Yusof Gesa Produksi Main Peranan Perlu Wujudkan Suasana Friendly

15 Creative Diy Fall Garlands To Spruce Up Your Autumn D Cor

Apabila Wanita Tertinggi Dan Paling Pendek Bertemu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


3k 2025 Siap Sedia Sebelum Terlambat

Mahazalim Mahafiraun Mahakaya Why Didnt You Call Him Mahaliwat

What Grade Does Faisal Deserve For Abim S Role On Race Religion

Trump S Victory Shows Power Of Greed And The Ultra Rich

12 Perkataan Baharu Yang Dimasukkan Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka

Lirik Lagu Kamu Tak Sendiri Jemimah Cita