Resepi Abakus Keladi Hakka


Terdapat pelbagai jenis masakan tradisional Cina vegetarian anda boleh pelajari. Malangnya, tidak ramai yang berkongsi masakan-masakan ini dalam bahasa Melayu. Oleh sebab itulah, hanya makanan-makanan tradisional Cina yang popular seperti Char Koey Teow, Mi Tarik, Chee Cheong Fun dan sebagainya yang diketahui umum.
Oleh itu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mendedahkan resepi-resepi masakan Cina lain, khususnya daripada suku keturunan berbeza seperti masakan Hakka yang kebanyakkannya cukup berkahsiat dan mudah untuk disediakan.

Pernah Dengar Pasal Hidangan Keladi Abakus? Masyarakat Hakka mempunyai gaya masakan yang cukup unik berbanding suku kaum Cina yang lain. Gaya masakan Hakka menumpukan pada penyerlahan tekstur bahan makanan yang digunakan berbanding gabungan rasa. Bagi mereka, tekstur makanan itu merupakan penyumbang kepada keenakan makanan itu sendiri. Oleh itu, kebanyakan makanan hakka melibatkan proses masakan merebus dan memanggang.
Resepi Keledek abakus yang saya ingin kongsikan kali ini dirasa sangat sesuai untuk memperkenalkan kepada anda gaya masakan Hakka. Resepi ini menonjolkan perisa semula jadi dan tekstur keladi dalam cara yang terbaik. Saya janji, lepas anda cuba masakan ini, anda pasti nak cuba lagi masakan lain!
Bahan-Bahan:
a) Bahan Perapan Ubi Keladi
600g ubi keladi, dipotong menjadi ketulan kecil200g tepung ubi1/2 sudu teh garam1 sudu teh lada sulah2 sudu besar minyak masak sayuran1/2 cawan air panas b) Bahan Tumis
Biji keladi abacus4 ulas bawang putih, dicincang8 biji bawang merah, dihiris nipis80g udang kering, direndam dalam air selama 5 minit dan dihiris30g sotong kering, direndam dalam air dan dipotong dadu40g cendawan shiitake kering, direndam dan dipotong dadu40g kulat hitam, dihiris nipis30g jeruk lobak putih manis, dihiris nipis30g jeruk lobak putih asin, dihiris nipis c) Bahan Perasa
3 sudu besar kicap masin3 sudu besar serbuk stok ayam1 sudu teh garam1 sudu besar minyak bijan1 sudu besar cuka ptih1 sudu besar lada sulah2 sudu besar epingan cili kering d) Bahan Hiasan
2 batang daun bawang, dihiris2 sudu besar bawang goreng rangup1 batang cili merah, dihiris nipis
Cara-Cara:
a) Menyediakan Keladi Abakus
Kupas kulit keladi dan potong menjadi hirisan tebal.Kukus keladi selama 30 minit hingga empuk atas api sederhana besar. Gunakan garfu untuk memeriksa tekstur ubi selepas 30 minit.Masukkan keladi yang siap dikukus ke dalam pemproses atau pengisar makanan sementara masih panas.Kisar hingga keladi halus dan lenyek sepenuhnya.Masukkan keladi yang sudah dikisar ke dalam mangkuk besar.Masukkan tepung ubi, garam dan lada sulah. Gaul rata menggunakan tangan.Masukkan minyak masak sayuran.Tambahkan air panas-panas dengan hati-hati dan sedikit demi sedikit. Gunakan sudu kayu untuk meratakan air panas. Apabila doh sudah sejuk, anda boleh terus menggaul menggunakan tangan hingga doh menjadi halus dan digaul sebati.Apabila sudah siap, bahagikan doh kepada ketulan kecil. Letakkan doh atas dulang yang dilapik kertas bakar untuk mengelakkan doh melekat pada dulang.Bulatkan setiap doh menjadi bebola. Gunakan jari telunjuk dan tekan perlahan-lahan untuk membentuk lubang di tengah-tengah doh atau gunakan penyepit kayu.Didihkan satu periuk air. Masukkan biji keladi abakus sedikit demi sedikit semasa air sedang mendidih. Biji keladi akan terapung apabila sudah masak.Dengan penapis, keluarkan biji keladi dan terus cuci di bawah air sejuk selama beberapa saat. Proses ini akan menghentikan biji keladi daripada terus masak.Anda boleh simpan biji keladi di dalam peti sejuk selama 1 minggu atau di peti beku selama 1 bulan dalam bekas kedap udara. Pastikan biji keladi sudah sejuk sebelum menyimpan.
b) Menggoreng Keladi Abakus
Rendam semua bahan kering selama 5 minit secara berasingan. Kemudian, hiris udang menjadi ketulan kecil, hiris nipis-nipis cendawan shiitake kering, kulat hitam dan sotong kering.Rendam dan bilas jeruk lobak putih asin dan manis.Cincang bawang putih dan bawang merah.Campurkan kesemua bahan perasa bersama.Panaskan minyak dalam kuali atas api api kecil. Goreng bawang merah hingga perang keemasan. Keluarkan bawang goreng dan letakkan dalam mangkuk.Dalam kuali yang sama, goreng udang kering dan sotong kering hingga keemasan.Masukkan bawang putih, cendawan dan kulat hitam. Terus menggoreng dan gaul rata.Masukkan semua bahan perasa dan empingan cili kering.Akhirnya, masukkan biji keladi dan goreng hingga semua bahan digaul rata. Rasa dan boleh tambah diperasakan jika perlu.Hidangkan masakan keladi ini dalam pinggan bujur dan hias dengan bawang goreng, hirisan cili merah dan daun bawang.
Nota:
Jika anda sukakan keladi abakus dengan tekstur yang lebih lembut, tambahkan 100g keladi lagi.Jika anda suka keladi yang mempunyai tekstur gebu, tambah 30g tepung ubi.Untuk Biji Keladi beku, biar mencair di dalam peti sejuk selama 1 hari sebelum menggireng. Goreng Biji Keladi dengan lebih lama kerana biji ini dibekukan terlebih dahulu. Biji keladi sudah siap dimasak apabila teksturnya lembut.
Rangup, Lembut, Puas! Wah, dari sini saya boleh bau dan bayangkan bebola keladi yang rangup di luar dan lembut di dalam. Memang syok makan pada waktu minum petang sambil dicicah sos. Itupun, kalau anda rasa kekok makan dengan nasilah seperti saya.
Jangan lupa untuk kongsi gambar bersama saya dan Butterkicap di laman media sosial. Kita sama-sama membuat kuih, takkanlah tak nak berkongsi kejayaan juga, kan?
Jangan lupa untuk letakkan #butterkicap dan @#justinescakesandkueh pada gambar anda. Tak sabarnya nak tengok!
The post Resepi Abakus Keladi Hakka appeared first on Butterkicap.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.butterkicap.com/feature-article/feature-recipe/resepi-abakus-keladi-hakka

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Cucur Kentang Simple Ikut Bahan Yang Ada Di Dapur

Resepi Cucur Kentang Simple Ikut Bahan Yang Ada Di Dapur

papar berkaitan - pada 25/6/2019 - jumlah : 717 hits
Resepi Cucur Kentang Simple Ikut Bahan Yang Ada Di Dapur Bila anak jenis memilih makanan kita sebagai ibu ni memang susah hati Macam macam cara kita cuba nak tarik minat dia untuk makan Bila kinah nampak yang Thahirah ni suka sangat makan k...
Tidak Sah Jika Ke Terengganu Tak Makan Kuih Bom Ikan Jom Tengok Resepi

Tidak Sah Jika Ke Terengganu Tak Makan Kuih Bom Ikan Jom Tengok Resepi

papar berkaitan - pada 25/6/2019 - jumlah : 765 hits
Tidak Sah Jika Ke Terengganu Tak Makan Kuih Bom Ikan Jom Tengok ResepiKuih Bom Ikan tepung paungResepinya
Agar Agar Lapis Milo Dan Susu Yang Lembut Dan Sedap Resepi Sukatan Cawan

Agar Agar Lapis Milo Dan Susu Yang Lembut Dan Sedap Resepi Sukatan Cawan

papar berkaitan - pada 25/6/2019 - jumlah : 1457 hits
As Salam Agar Agar Lapis Milo Yang lembut dan Sedap Resepi Sukatan Cawan Alhamdulillah Syukur atas kesempatan masa yang Allah pinjamkan dapatlah saya akhirnya gagahkan diri yang sedia gagah untuk update blog Dah 18 Syawal wei Kejap bona eh ...
Resepi Salad Sotong Bakar Ambrosia Ala Chef Wan

Resepi Salad Sotong Bakar Ambrosia Ala Chef Wan

papar berkaitan - pada 25/6/2019 - jumlah : 337 hits
Kami sudah kongsikan dua resepi berasaskan epal oleh Datuk Chef Wan Kami pasti anda mahukan lagi resepi resepi menarik lain beliau Nasib baik untuk anda kami ada satu lagi resepi untuk dikongsi bersama oleh Datuk Chef Wan Sudah bersedia nak...
Resepi Tumis Sayur Kacang Panjang Dan Carot Bersama Udang Kertas

Resepi Tumis Sayur Kacang Panjang Dan Carot Bersama Udang Kertas

papar berkaitan - pada 25/6/2019 - jumlah : 1205 hits
Aku masak menu sayur ini beberapa hari lepas iaitu tumis sayur kacang panjang dan carot bersama udang kertas Untuk mendapatkan khasiat pemakanan yang benar benar berkesan diet yang betul perlulah di ikuti berpandukan piramid makanan Menu sa...
Resepi Waffle Rangup Gebu Macam Dekat Kedai

Resepi Waffle Rangup Gebu Macam Dekat Kedai

papar berkaitan - pada 29/6/2019 - jumlah : 1091 hits
Resepi Waffle Rangup Gebu Macam Dekat Kedai Rutin waktu bekerja dulu setiap kali turun dari LRT mesti kena lalu depan kedai jual Waffle Setiap kali lalu mesti tergoda dengan bau Waffle yang macam memanggil manggil suruh beli Harum semerbak ...
Resepi Pancake Yang Mudah Dan Cepat Disediakan Untuk Sarapan Pagi

Resepi Pancake Yang Mudah Dan Cepat Disediakan Untuk Sarapan Pagi

papar berkaitan - pada 28/6/2019 - jumlah : 906 hits
Hi semua Ramai yang tak suka masak sarapan pagi sebab letih dan biasanya tak ramai yang suka sarapan diawal pagi Paling senang beli je la Bukan nya apa nak masak pagi pagi tu leceh la Dah la nak kena siap cepat cepat sebab nak pergi kerja a...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya