Renew Debit Card Atm Bank Islam
kredit www.bankislam.com
Assalamualaikum kepada semua sahabat-sahabat blogger. Naim doakan semua baik-baik belaka.Sebenarnya otak tepu memikir idea untuk menulis di dalam blog ini. Terlintas seperkara ini.Pada hari rabu baru-baru terima mesej dari Bank Islam.
Mesej dari Bank Islam berbunyi :-
" BIMB: Kad Debit-i anda akan tamat tempoh dalam masa 1 bulan, kunjungi cawangan Bank Islam untuk pembaharuan kad.Abaikan mesej ini jika kad telah diperbaharui."
Selama ini tak perasaan kad atm ada tarikh tempohnya. Naim ingat tiada tarikh luput. Menjadi satu kerja kena pergi Bank Islam yang berdekatan dengan rumah Naim. Ia terletak di bandar Jitra. Lebih kurang 3 kilometer dari rumah Naim.Naim fikir pada hari Khamis keesokan ( Khamis 19 Ogos 2021 ) kena juga pergi Bank Islam di Jitra jika tidak renew awal takut tidak boleh guna kad debit di mesin ATM.
Sebelum jejak kaki ke Bank Islam, Naim cuba google dahulu apa yang patut lakukan untuk renew kad debit ATM ini. Takut ada banyak perkara di lakukan kan tambahan pula sekarang PKP atau bahasa baharu iaitu FASA. Makluman semua negeri Kedah masih di Fasa 1. Sebab memiiih hari Khamis keesokan kerana Khamis di kedah, adalah half day kerja.Yang pasti orang tidak lama ramai sangat akan tetapi ia meleset juga andaian Naim.
Pada pagi Khamis, sekitar jam 9.40 pagi Naim sudah sampai di Bank Islam Jitra, seperti biasa kena beratur di musim Pendemik Covid-19.Biasa beratur di luar bank mengambil masa dalam 20 minit kerana di dalam terhad 8 orang sahaja untuk pelenggan. Naim tidak tahu pula di tempat lain. Bila di benar masuk , petugas Bank Islam menanya Naim urusan apa, Naim memberitahu renew kad bank atm, beliau meminta kad pengenalan dan kad atm lama. Kemudian beliau memberi nombor giliran untuk urusan seterusnya.
Pabila giliran Naim , Naim pergi ke kaunter dan serah kad pengenalan dan kad atm lama, yang menjaga kaunter tersebut , menyuruh ibu tangan untuk mengimbas cap jari di mesin . Proses itu berjalan selama 5 minit juga dan beliau memberi dua helaian kertas untuk Naim turunkan tanda tangan untuk kad debit baharu. Sebelum ini kita kena isi borong kan, ia tidak perlu lagi kemungkinan besar had masa pelanggan di dalam permis Bank Islam .
Setelah selesai tanda tangan, beliau berkata duduk dahulu untuk proses kad debit baharu. Naim ingat Naim seorang yang datang hari tersebut untuk renew kad debit akan tetapi ada dua tiga orang yang memperbaharui kad debit atm. Menunggu kad debit lama juga hampir 15 minit. Akhirnya nama Naim di panggil untuk mengambil kad debit tersebut. Proses ia berjalan , iaitu masukkan password card debit tersebut sebanyak dua kali. Setelah selesai, yang jaga kaunter tersebut, perlu cuba di mesin atm .ALhamduillah kad debit ATM aktif dan bakal expired 2026 kalau tidak silap. Settle satu perkara pada minggu ini dan tidak perlu fikir lagi.
Kepada sahabat-sahabat cepat check kad atm anda, jika tarikh hampir tamat tempoh segera ke bank untuk memperbaharui kad debit anda. Gambar di bawah adalah waktu operasi seluruh Malaysia Bank Islam dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara berkuasa 20 0gos 2021. Klik pada gambar tersebut senarai seluruh Malaysia Bank Islam yang beroperasi dan tutup.
Musim Pandemik ini Kad ATM sangat perlu jika memerlukan wang . Semoga ALlah memelihara kita daripada wabak Covid-19. Semoga semua sahabat-sahabat blogger di dalam lindungan Allah. Amin!.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://pemudattbc.blogspot.com/2021/08/renew-debit-card-atm-bank-islam.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+KeArahMencariRedhanya+(Ke+Arah+mencari+redhaNYA)