Rendang Udang Apam Johol Antara Resipi Menarik Yang Dikongsi Dalam Rasa Nostalgia Kampung Style
Minggu kedua Rasa Nostalgia Kampung Style menyaksikan lima orang selebriti tanah air iaitu Betty Rahmad, Sazzy Falak, Ezzrin Loy, Ustazah Asni Mansor dan Aishah Retno bersama Chef Wan dan Chef Ismail sebagai hos jemputan berkongsi resipi nostalgia masing-masing di bulan Ramadan.
Episod ke-6 menampilkan gandingan Chef Wan sebagai hos dan Betty Rahmad sebagai selebriti jemputan. Dua menu yang menjadi pilihan mereka Sambal Bilis Jering Cambah dan Kuih Onde-Onde. Hasilnya nampak sedap-sedap belaka. Memang kecur liur dibuatnya.
Dalam Rasa Nostalgia Kampung Style episod 7, Chef Wan pula telah memasak menu ‘special’ untuk Sazzy Falak iaitu Ayam Kalio dan Cucur Jagung Dhal. Wow nampak sungguh menyelerakan. Cara nak buatnya juga cukup mudah.
Dalam episod 8, Chef Wan dan Ezzrin Loy telah memilih Rendang Udang dan Puding Karamel sebagai menu nostalgia untuk berbuka puasa. Rendang Udang tu memang nampak meriah. Anda memang wajib cuba untuk Hari Raya nanti.
Bulan puasa ni semua nampak sedap. lebih-lebih lagi kalau lauk pauk kampung. Memang berselera makan masa berbuka. Untuk episod ke-9, Chef Ismail bersama Ustazah Asni Mansor untuk memasak menu nostalgia iaitu Daging Salai Lomak dan Apam Johol. Wah, hebat juga menunya!
Episod ke-10 pula menyaksikan Aisha Retno masuk dapur. Ha…Biasa tengok di pentas nyanyian je. Kali ni, bersingsing lengan masak menu nostalgia Ramadan. Meriah betul jadinya. Aisha memilih Bakso dan Lompat Tikam untuk dihidangkan kepada Chef Ismail.
Nampaknya, semua resipi mereka sedap-sedap belaka. Hasilnya pun memang nampak menyelerakan. Apatah lagi bila menggunakan rempah BABA’S. Bertambah enak masakan dibuatnya. Kami kongsikan 10 resipi yang boleh dicuba nanti. Jom kita lihat bahan-bahannya.
SAMBAL BILIS JERING CAMBAH
BAHAN-BAHAN:
1 sudu besar BABA’S Serbuk Cili
1 sudu besar BABA’S Serbuk Kunyit
1 sudu besar BABA’S Serbuk Ketumbar
2-3 biji bawang merah | dikisar
2 ulas bawang putih | dikisar
Halia | dikisar
Lengkuas | dikisar
Cili padi hijau secukupnya | dikisar
5 tangkai cili merah besar | dikisar
Sedikit belacan | dikisar
1 helai daun limau purut | dikisar
Sedikit air
Garam
Minyak masak
Ikan bilis
Jering cambah secukupnya | dihiris sederhana
CARA MEMASAK:
Gaulkan rata BABA’S Serbuk Kunyit bersama ikan bilis. Goreng ikan bilis sehingga garing.
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dengan api sederhana atau kecil hingga pecah minyak. Masukkan BABA’S Serbuk Cili. Sesekali kacau untuk elakkan hangus.
Bila sambal sudah masak, bolehlah masukkan ikan bilis yang telah digoreng tadi bersama jering cambah. Gaul rata.
Tambahkan BABA’S Serbuk Ketumbar dan sedikit garam. Gaul sebati.
Siap untuk dihidangkan.
KUIH ONDE-ONDE
BAHAN-BAHAN:
5-6 helai daun pandan
1 ½ cawan air
1 cawan tepung pulut
2 sudu besar tepung berasa/tepung gandum
¼ sudu kecil pewarna hijau
Gula melaka secukupnya
Garam
Kelapa parut | gaul bersama kuih
CARA MEMASAK:
Gunting kasar daun pandan. Kisar dengan air dan tapis. Ambil airnya sahaja.
Masukkan tepung pulut dan tepung beras.
Tuang air daun pandan sedikit demi sedikit.
Masukkan pewarna hijau jika mahu.
Uli menjadi doh dan ketepikan.
Potong kepada kiub kecil gula nise @ gula melaka.
Kemudian, ambil secubit doh, uli bulat dan leperkan.
Letak gula di tengah, tutup rapat dan bulatkan sekata.
Panaskan air. Air perlu dalam jumlah yang banyak supaya ada ruang untuk buah melaka timbul.
Bila dah terapung, boleh angkat dan gaul dengan kelapa parut ketika masih panas.
AYAM KALIO
BAHAN-BAHAN:
1 sudu kecil BABA’S Serbuk Kunyit
1 sudu besar BABA’S Serbuk Ketumbar
1 sudu besar BABA’S Serbuk Jintan Manis
BABA’S Serbuk Lada Hitam
1 ekor ayam
300ml santan
10 tangkai cili merah | dikisar
10 tangkai cili padi | dikisar
5 biji buah keras | dikisar
6 batang serai | dikisar
2 helai daun limau purut | dikisar
Kulit limau purut | ambil warna hijau sahaja & dikisar
1 inci halia | dikisar
2 ulas bawang putih | dikisar
1 ulas bawang merah | dikisar
3 helai daun kaun kunyit | dihiris nipis
Sedikit air
Garam
Minyak masak
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga garing dan naik bau. Masukkan juga dua batang serai yang telah diketuk serta daun kunyit dan daun limau purut. Gaul rata.
Masukkan ayam. Bila ayam sudah agak kecut, boleh masukkan BABA’S Serbuk Kunyit, BABA’S Serbuk Ketumbar dan BABA’S Serbuk Jintan Putih. Gaul sebati.
Boleh tambahkan lagi daun limau purut jika suka.
Kemudian, masukkan santan. Gaul sebati.
Tambahkan juga BABA’S Serbuk Cili untuk menaikkan warna.
Masukkan garam secukup rasa. Perahkan jus limau mengikut cita rasa.
Reneh hingga kering dan pekat.
Siap dan sedia untuk dihidangkan.
CUCUR JAGUNG DHAL
BAHAN-BAHAN:
1 sudu besar BABA’S Serbuk Kunyit
1 sudu kecil BABA’S Serbuk Ketumbar
2 cawan tepung gandum
Garam
Bawang besar
Cili hijau | dihiris
1 mangkuk kacang dhal
2 biji telur
Udang kering
Daun kucai secukupnya
Soda bikarbonat
3 sudu besar jagung dalam tin
CARA MEMASAK:
Potong memanjang daun kucai dan potong dadu bawang besar.
Masukkan tepung gandum, soda bikarbonat, BABA’S Serbuk Kunyit, BABA’S Serbuk Ketumbar, garam, bawang besar, lada hijau, daun kucai, garam, kacang dhal, jagung dan udang kering ke dalam mangkuk. Gaul sebati.
Tambah air jika perlu.
Senduk adunan cucur dan masukkan ke dalam kuali.
Goreng hingga keperangan dan angkat.
RENDANG UDANG
BAHAN-BAHAN:
3 sudu besar BABA’S Serbuk Kari Ikan
1 sudu besar BABA’S Serbuk Ketumbar
1 sudu besar BABA’S Serbuk Cili
3 ekor udang galah
5 biji bawang besar | dihiris
5 ulas bawang putih
2 inci halia | dihiris
2 batang serai | dihiris
Minyak masak
Daun kunyit
Cili kisar
Santan
Kerisik
Gula melaka
Garam
Gula
CARA MEMASAK:
Tumis bawang merah, serai dan halia hingga kekuningan.
Kisar bawang besar, bawang putih serai dan halia.
Tuang bahan kisar ke dalam kuali berisi bawang merah, serai dan halia tadi.
Kemudian, masukkan cili yang dikisar, diikuti dengan BABA’S Serbuk Kari Ikan, BABA’S Serbuk Ketumbar dan BABA’S Serbuk Cili. Tambahkan sedikit air jika perlu.
Biarkan rempah masak untuk seketika. Kemudian, masukkan gula melaka, kerisik dan santan.
Masukkan udang galah dan biarkan rendang masak untuk seketika.
Akhir sekali, masukkan daun kunyit dan garam secukup rasa.
PUDING KARAMEL
BAHAN-BAHAN:
¾ cawan gula
6 biji telur
3 biji kuning telur
Sedikit garam
1 sudu teh esen vanilla
1 mangkuk kecil krim
300ml susu UHT
¼ cawan gula kastor
CARA MEMASAK:
Atas api perlahan, masak gula sehingga keperangan. Tuangkan ke dalam loyang pembakar.
Satukan telur, kuning telur, garam, esen vanilla, krim, susu UHT dan gula di dalam satu mangkuk dan gaul sebati.
Tuangkan ke dalam loyang pembakar dan bakar di dalam ketuhar selama 30-35 minit pada suhu 160C.
Siap dan sedia dihidangkan.
DAGING SALAI LOMAK
BAHAN-BAHAN:
3kg daging salai
1 mangkuk santan segar
3 keping asam keping
Segenggam pucuk ubi
BAHAN KISAR:
1 sudu besar BABA’S Serbuk Kunyit
4 ulas bawang merah
Segenggam cili padi kampong
Sedikit garam
Air secukupnya
CARA MEMASAK:
Masukkan daging salai dan bahan kisar ke dalam kuali. Masukkan juga asam keping.
Masukkan santan dan kacau sebati.
Kemudian, masukkan pucuk ubi. Sentiasa kacau.
Masak sehingga daging empuk.
Siap untuk dihidangkan.
APAM JOHOL
BAHAN-BAHAN:
Daun rambai
300gm tepung gandum
2 sudu besar marjerin
100gm gula merah | larutkan dengan 1 ½ cawan air
2 sudu besar gula pasir
½ bungkus yis
CARA MEMASAK:
Untuk menghidupkan yis; masukkan yis, gula pasir dan sedikit air ke dalam mangkuk. Tunggu hingga berbuih.
Satukan marjerin dengan tepung hingga sebati.
Tuangkan gula pasir dan gula merah ke dalam mangkuk.
Bila yis dah aktif, boleh masukkan ke dalam mangkuk. Tambahkan lagi sedikit air.
Gaul sebati. Kalau nak cepat, boleh kisar adunan menggunakan pengisar.
Pastikan bancuhan adunan tidak terlalu cair.
Perap adunan sehingga naik 2 kali ganda/perap sehingga 3 jam.
Bersihkan daun rambai sebelum membungkus.
Sapukan permukaan daun rambai dengan minyak dan letakkan bancuhan adunan.
Letakkan ¾ penuh adunan pada daun.
Kukus selama 15 minit atau sehingga masak.
BAKSO
BAHAN-BAHAN:
BEBOLA DAGING BAKSO:
500 gram daging lembu
2 ulas bawang putih | ditumbuk
1 biji bawang merah | ditumbuk
1 biji telur
1 sudu besar tepung jagung
Garam
SUP BAKSO:
1 sudu besar BABA’S Serbuk Lada Hitam
1 sudu besar BABA’S Serbuk Ketumbar
1 sudu besar BABA’S Serbuk Jintan Putih
500 gram tulang lembu
3-4 ulas bawang putih | ditumbuk
1 batang serai – diketuk
2 biji buah keras
Garam
Gula
3-4 liter air rebusan daging
BAHAN SAYURAN:
Kubis – hiris halus
Daun sup daun bawang – hiris halus
Bawang goreng
SAMBAL:
Segenggam cili padi merah
4-6 ulas bawang putih
1 sudu kecil cuka makan
Air rebusan daging
CARA MEMASAK:
BEBOLA DAGING BAKSO
Masukkan kesemua bahan bakso dalam satu bekas dan gaul hingga adunan menjadi halus
Masukkan adunan dalam peti sejuk lebih kurang 30 minit sebelum digentel bulat menjadi bebola daging mengikut saiz
Masak air hingga mendidih dan masukkan bebola daging, rebus menggunakan api kecil sehingga bebola timbul
Ceduk keluar dan masukkan ke dalam mangkuk yang berisi air ais.
SUP BAKSO:
Masukkan tulang lembu, bawang putih, BABA’S Serbuk Lada Hitam, BABA’S Serbuk Ketumbar, BABA’S Serbuk Jintan Putih dan masukkan air.
Masukkan buah keras, serai dan halia ketuk.
Rebus hingga mendidih. Masukkan daram dan gula secukup rasa.
SAMBAL:
Rebus cili untuk hilangkan rasa pijar.
Tumbuk sehingga lumatdan masukkan cuka
Tuang sedikit air rebusan daging
LOMPAT TIKAM
BAHAN-BAHAN:
UNTUK WARNA HIJAU:
1 cawan BABA’S Tepung Beras
3 cawan air (2cawan air + 1 cawan air daun pandan)
1 sudu kecil tepung jagung
Sedikit pewarna hijau pandan
Sedikit air kapur
KEPALA SANTAN:
2 cawan santan sederhana pekat
2 sudu besar tepung beras
Sedikit garam
PULUT MERAH:
1 cawan beras pulut
Sedikit pewarna merah
Santan cair
AIR NISE:
2 keping nise/gula Melaka
1 cawan air
Sedikit gula pasir
Sehelai daun pandan
CARA MEMASAK:
UNTUK WARNA PUTIH & HIJAU:
Masukkan tepung beras ke dalam mangkuk.
Masukkan santan dan gaul sebati. Jika terlalu pekat, boleh tambah air.
Masukkan sedikit tepung jagung untuk mendapatkan tekstur yang berkilat.
Jangan lupa masukkan garam dan air kapur.
Untuk bahagian berwarna hijau, tambahkan pewarna hijau pandan.
Di dalam periuk, masukkan adunan dan kacau sebati dengan api sederhana.
Kacau sehingga meletup-letup dan berkilat.
Masukkan ke dalam loyang atau bekas.
Mulakan dengan warna putih, diikuti dengan warna hijau.
KEPALA SANTAN
Kacau sebati dengan api sederhana sehingga mendidih
Tutup api dan terus kacau sehingga suam supaya tidak bergentel.
PULUT MERAH
Basuh beras pulut, rendam dengan pewarna merah dalam 15 minit.
Toskan beras pulut.
Masukkan beras pulut dalam acuan bersama santan cair paras tenggelam beras pulut dan sedikit garam.
Kukus sehingga masak.
AIR NISE:
Masukkan ketulan gula Melaka, daun pandan, sedikit gula pasir dan air secukupnya.
Masak sehingga larut.
The post Rendang Udang & Apam Johol Antara Resipi Menarik Yang Dikongsi Dalam Rasa Nostalgia Kampung Style appeared first on RASA.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://rasanakmasak.blogspot.com/2023/04/rendang-udang-apam-johol-antara-resipi.html