Rendang Tok Buat Teringat Keluarga Di Kampung


Rendang tok adalah antara variasi rendang yang paling enak. Kenapa? Kerana rasa daging yang diperap dan direneh dengan rempah ratus yang penuh berperisa membuatkan rendang tok mempunyai tempat yang istimewa dalam kalangan penggemar rendang. Sebagai seorang cef, saya secara peribadinya, cukup suka menyediakan rendang tok untuk jamuan keluarga mahupun untuk sambutan perayaan. Meskipun sedikit renyah, tetapi saat saya melihat kepuasan dan nikmat di wajah semua orang yang mencuba rendang tok hasil masakan saya ini, segala kerja keras memasak di dapur memang terasa berbaloi.
Dengan pengalaman saya bekerja sebagai cef profesional selama 15 tahun, ada kalanya, menyediakan hidangan yang memerlukan masa untuk disediakan seperti rendang tok sebagai hidangan promosi pada waktu perayaan, memang mencabar. Hal ini demikian kerana, tugas sebagai cef adalah bekerja secara efisien dan pantas, Oleh itu, resepi-resepi tradisi kegemaran ramai seperti rendang telah diubah suai oleh kami agar dapat memberikan rasa rendang berempah yang kita semua kenal dalam tempoh masa yang lebih singkat.
Saya memutuskan untuk ambil kesempatan ini untuk berkongsi resepi rendang tok saya bersama anda yang saya sendiri guna setiap kali saya perlu menyediakan rendang tok. Rahsia pada keenakan resepi rendang tok ini ialah proses perapan daging yang lama. Rempah ratus yang diperap bersama daging akan membuatkan daging menjadi lebih empuk dan cepat masak disamping dapat menyerap perisa rempah semaksimum yang boleh.
Bahan-Bahan:
a) Bahan Kisar
15 biji bawang merah8 ulas bawang putih5cm halia8 batang serai1 ketul kunyit hidup15 tangkai cili kering b) Bahan Sangai dan Dikisar
2 sudu besar jintan manis 2 sudu besar jintan putih 3 sudu besar ketumbar 1 cawan santan pekat c) Bahan Tumis
5 biji bawang merah, dihiris 5 ulas bawang putih, dihiris 1 ketul halia, dihiris 4 batang kayu manis 3 kuntum bunga lawang 5 kuntum bunga cengkih 6 biji buah pelaga d) Bahan Lain
1kg daging, dipotong menjadi ketulan 1 inci 2 helai daun kunyit, dihiris1/2 biji kelapa tua, dibuang kulit dan diambil isi yang dihiris dan disangai1 cawan kerisik15ml air asam jawa10ml air putih2 cawan santan3 helai daun limau purutGaram secukup rasaGula melaka secukup rasa Cara-Cara:
Perap daging semalaman bersama bahan kisar dan sangai.Dalam kuali besar, panaskan minyak atas api sederhana besar dan tumis bahan (c) hingga wangi dan bawang menjadi layu. Masukkan daging yang dperap. Kacau rata selama 2-3 minit.Selepas itu masukkan gula melaka, kerisik, air asam jawa, daun kunyit dan santan. Kacau rata dan biar mereneh selama 10 minit. Tambahkan sedikit air kalau rendang kelihatan sedikit mengering.Masukkan garam secukup rasa. Setelah daging menjadi lembut, baru masukkan daun limau dan juga hirisan isi kelapa yang disangai. Kacau rata dan biar masak selama 2-3 minit. Tutupkan api. Tak Cari Resepi Rendang Lain Dah! Memang cepat dan mudah resepi rendang tok ini. Langsung tak merenyahkan dan tidak mengambil masa yang terlalu lama untuk disediakan. Saya harap perkongsian saya ini dapat memanfaatkan dan membantu anda di rumah, khususnya ketika jamuan keluarga mahupun rumah terbuka.
Jika anda mempunyai resepi-resepi tradisional kegemaran anda yang anda ingin kongsi bersama saya dan pengikut Butterkicap, anda boleh hantarkan resepi dan kisah anda ke [email protected]. Moga kita sama-sama dapat terus mengukuhkan lagi ukhuwah kita menerusi makanan. Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat.
The post Rendang Tok Buat Teringat Keluarga di Kampung appeared first on Butterkicap.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.butterkicap.com/kitchen-lab/recipes/rendang-tok-buat-teringat-keluarga-di-kampung

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ayah Kena Covid 19 Saat Tarawih Di Masjid Kampung Kini 7 Anggota Keluarga Alami Gejala Sakit

Ayah Kena Covid 19 Saat Tarawih Di Masjid Kampung Kini 7 Anggota Keluarga Alami Gejala Sakit

papar berkaitan - pada 15/5/2020 - jumlah : 461 hits
Jumlah pasien positif Covid 19 di Solo tercatat ada sebesar 27 kasus per Rabu Jumlah pasien positif ini tak bertambah dalam beberapa hari terakhir Meski demikian terdapat penambahan jumlah Pasien Dalam Pengawasan dari 150 menjadi 158 kasus ...
Yb Jelajah Kampung Hulur Bantuan Keluarga Miskin

Yb Jelajah Kampung Hulur Bantuan Keluarga Miskin

papar berkaitan - pada 20/5/2020 - jumlah : 413 hits
Mohd Nor menziarahi salah satu keluarga yang kurang bernasib baik MARANG 20 Mei Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Payong Mohd Nor Hamzah melakukan jelajah ke setiap kampung dalam Dewan Undangan Negeri berkenaan bagi menghulurkan bantuan kepa...
Yb Di Kecam Netizen Gara Gara Kongsi Kisah Sebenar Isu Keluarga Daif Kampung Seri Damai Di Page Ustaz Ebit Lew

Yb Di Kecam Netizen Gara Gara Kongsi Kisah Sebenar Isu Keluarga Daif Kampung Seri Damai Di Page Ustaz Ebit Lew

papar berkaitan - pada 11/5/2020 - jumlah : 653 hits
KUANTAN Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Manis Dato Khairuddin Mahmud telah dikecam bertalu talu oleh netizen gara gara berkongsi kenyataan rasminya di page Ustaz Ebit Lew Demikianlah yang terjadi kepada seorang lagi wakil rakyat dari Pahan...
Masak Rendang Tok Asli Perak Kena Betul Betul Kering Baru Menjadi Resipi Legend Hari Raya

Masak Rendang Tok Asli Perak Kena Betul Betul Kering Baru Menjadi Resipi Legend Hari Raya

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 539 hits
Bila bercakap tentang rendang tok pasti kita teringat akan keenakan rendang tok asli Perak Rasanya yang cukup dan berempah dimakan bersama lemang atau ketupat memang membangkitkan selera Tak cukup hanya makan sekali pasti setiap yang merasa...
Punya Anak Jadi Bupati 2 Periode Ibu Ini Tolak Kemewahan Pilih Di Kampung Jual Sayur

Punya Anak Jadi Bupati 2 Periode Ibu Ini Tolak Kemewahan Pilih Di Kampung Jual Sayur

papar berkaitan - pada 24/5/2020 - jumlah : 485 hits
Memiliki kemewahan hidup menjadi sebuah impian bagi banyak orang Lain halnya dengan Margaretha Manhitu Seorang petani yang menjajakan hasil panennya di pasar ini memiliki banyak anak sukses Putra sulungnya seorang Bupati di Timor Tengah Uta...
15 Penduduk Kampung Di Indonesia Dijangkiti Covid 19 Selepas Buka Keranda Mayat

15 Penduduk Kampung Di Indonesia Dijangkiti Covid 19 Selepas Buka Keranda Mayat

papar berkaitan - pada 24/5/2020 - jumlah : 410 hits
Seramai 15 orang penduduk di Kampung Jati Mukim Waru Sidoarjo di Indonesia disahkan dijangkiti pandemik koronavirus selepas membuka keranda mayat pesakit COVID 19 untuk dimandikan tanpa kebenaran pihak berkuasa Menurut laporan Detik News Ga...
Tindakan Tatatertib Terhadap Penjawat Awam Terkandas Di Kampung Laggar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat

Tindakan Tatatertib Terhadap Penjawat Awam Terkandas Di Kampung Laggar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat

papar berkaitan - pada 26/5/2020 - jumlah : 450 hits
Penjawat awam boleh dikenakan tindakan tatatertib jika tidak kembali bekerja selepas Aidilfitri kerana terperangkap di kampung akibat melanggar larangan rentas negeri dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat Ketua Pengarah Perkhid...
Monolog Jiwa Menunggu Antara Bertahan Dan Menyerah

Lirik Lagu Sesaat Aina Abdul

Hutang Oh Hutang Peningnya Aku

Bayi Kembar Isteri Arwah Masdeh Rosmin Debaran Saat Kelahiran Cucu

Strawberry Manis

Ayam Goreng Berempah Dan Bab Sedekah Penghapus Dosa

Senarai Filem Tahun 2026

Makluman Gempa Bumi Lemah Di Perairan Batu Pahat Johor Pada 27 September 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Anak Muda Duit Kawan Atau Lawan

Tiramisu Sds

De La Te Coffee Alor Setar Cafe Ini Sesuai Untuk Lepak Santai

17 Tahun Menghilang Kumpulan X Factor Kembali Reunion Buat Peminat Teruja Helok Helok Walaupun Dah Berusia

Didakwa Tak Bayar Hutang Intan Najuwa Razman Razmi Beri Respon Henti Buli Kami Nak Kami Bun H Diri Ke

Tmj Mengulas Isu Fam Dan Fifa