Rendang Pucuk Paku Dengan Kerang



Selamat berhari minggu semua. Hari minggu ke hari bekerja, sama jer buat saya sekarang ini. Masa berjalan pantas. Pejam celik, pagi dah bertukar malam dan malam bertukar menjadi pagi. OK hari ini kalau anda tercari cari idea nak masak apa, jom layan resepi Rendang Pucuk Paku dengan Kerang. Masih sempat lagi untuk ke pasar mencari pucuk paku dan kerang untuk dimasak buat hidangan tengahari ini.

Kali pertama saya dengar berkenaan masakan Rendang Pucuk Paku dengan Kerang dari Cikgu Zaleha, sahabat alumni sewaktu kami minum beramai ramai di restoran selepas majlis perkahwinan anak Datin Nik Junainah di Melaka. 
Sejak itu, saya memang mencari peluang untuk mencubanya. Maklumlah bukan senang nak mencari pucuk paku yang elok. Kebanyakan pucuk paku dah tua. Selain itu, saya jarang membeli kerang. Jadi bila dua bahan utama ini tiada di rumah, menyebabkan saya asyik menangguh hasrat untuk mencubanya.

Selepas saya membeli kerang untuk dimasak Kerang Goreng dengan Kacang Panjang di SINI, dan ada pula isi kerang yang lebih, saya terus meminta Hubby mencari pucuk paku di kedai runcit. Pucuk paku tidak perlu direbus, setelah dibasuh dan tos, tuangkan terus ke dalam kuali dan masak sehingga kering.

Harga kerang bolehlah tahan mahalnya. Sekilo berharga RM13. Saya beli 2 kilo kerang dan menghasilkan sebekas isi kerang seperti dalam gambar di bawah. 

Cara saya merebus kerang adalah dengan hanya memasukkan kerang yang telah dibersihkan ke dalam kuali tanpa air. Tutup kuali dan biarkan beberapa minit. Buka penutup dan kacau sehingga kerang kelihatan terbuka. 

Tutup api dan terus dimasukkan air ais ke dalam kuali bagi menghentikan kerang dari terus masak dan isi kerang juga akan menjadi lebih cantik. Tidak kecut.  

Memang sedap rendang kerang ini. Resepi tradisional Nogori yang sangat serasi gandingan antara pucuk paku dan kerang yang membangkitkan rasa manis kerang. Rasanya juga sangat unik. Sebelum ini saya menyediakan Rendang Pucuk Ubi pun sangat sedap. Boleh tengok resepi di SINI. Masakan tradisional berasaskan ulam dan sayur sayuran ini memang sedap.
Jom layan resepi di bawah ini dan juga video penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel di SINI.

Rendang Pucuk Paku dengan KerangOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan: 2 ikat pucuk paku - cuci dan toskan 1 mangkuk isi kerang - lagi banyak lagi sedap1 sudu besar cili kering kisar - opsyenal
1 biji kelapa - santan3 batang serai - ketuk 
2 sudu besar kerisik 
2 helai daun kunyit - hiris halus 
1 sudu besar garam  
Bahan kisar: 20 tangkai cili api 
6 ulas bawang merah 1 inci kunyit hidup 
1 inci halia 1/2 inci lengkuas - opsyenal
Cara-cara:Satukan bahan kisar dengan santan dan serai ke dalam kuali. Masak hingga kuah pekat. 



Setelah kuah pekat, masukkan pucuk paku dan kacau rata. 


Bila terbit minyak, masukkan kerisik dan sedikit garam terlebih dahulu kerana bila rendang kering, akan lebih terasa masinnya.  



Setelah kuah hampir kering, baru dimasukkan isi kerang dan kacau rata. Saya memasukkan kerang di akhir kerana tidak mahu kerang menjadi terlalu kecut kerana kerang pun telah direbus.  


Kemudian dimasukkan daun kunyit. Kacau lagi sehingga kering kerana lagi kering, lagi tahan lama. Atau biarkan berkuah sedikit, ikut yang mana disukai. Perlu sentiasa dikacau dengan menggunakan api perlahan supaya tidak hangus dan kering sekata.  


Setelah kering, sesuaikan rasa garamnya. Bolehlah ditutup api dan sedia untuk dihidangkan dengan nasi putih.

Nota:
Rendang saya hari ini, tidak kering sangat kerana saya suka makan rendang yang sedikit basah. 




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.aziekitchen.com/2018/11/rendang-pucuk-paku-dengan-kerang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rendang Kerang Yang Sangat Sedap

Rendang Kerang Yang Sangat Sedap

papar berkaitan - pada 28/11/2018 - jumlah : 986 hits
Selain emosi tidak stabil kerana diuji dengan masalah kesihatan saya juga agak kesedihan bila memikirkan tidak lama lagi Ammar cucunda kesayangan saya akan berpindah masuk ke rumah mereka Saya tahu detik dan saat ini pasti berlaku Walaupun ...
10 Rahsia Pucuk Paku Yang Ramai Orang Tak Tahu

10 Rahsia Pucuk Paku Yang Ramai Orang Tak Tahu

papar berkaitan - pada 19/11/2018 - jumlah : 822 hits
10 Rahsia Pucuk Paku Yang Ramai Orang Tak Tahu Pucuk paku makanan hutan yang tumbuh meliar Dulu kat kampung selalu kutip aje kat tepi jalan Sekarang ni nak makan kena beli la kat pasar Pucuk paku nampak biasa tapi khasiatnya luar biasa Jang...
Iman Koey Teow Kerang Taman Pandan Alor Setar

Iman Koey Teow Kerang Taman Pandan Alor Setar

papar berkaitan - pada 21/11/2018 - jumlah : 372 hits
Iman Koey Teow Kerang Taman Pandan Alor SetarTengahari tu aku berpusing pusing di Alor Setar Kedah mencari restoran makanan tengahari Last last ternampak restoran Iman Koey Teow Kerang ni dan tetiba plak rasa macam nak makan koey teow keran...
7 Pengungsi Gempa Palu Di Maratua Keracunan Kerang Satu Meninggal Dunia

7 Pengungsi Gempa Palu Di Maratua Keracunan Kerang Satu Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 23/11/2018 - jumlah : 466 hits
Sejauh ini menurut Marsudi warga Maratua relatif tidak mengalami keracunan parah saat menyantap kerang yang diambil di Maratua Biasanya pusing pusing sedikit mual dinetralisir dengan air kelapa tambahnya
Kerang Goreng Dengan Kacang Panjang

Kerang Goreng Dengan Kacang Panjang

papar berkaitan - pada 21/11/2018 - jumlah : 705 hits
Masih ingat lagi ketika saya baru mula bekerja selepas menamatkan pengajian di universiti Setiap pagi saya selalu membeli nasi lemak yang dijual di depan pintu pagar keluar pejabat saya Nasi lemak yang dijual di atas van oleh sepasang suami...
Ara Johari Paku

Ara Johari Paku

papar berkaitan - pada 25/11/2018 - jumlah : 1800 hits
Lirik Lagu Ara Johari Paku Lirik Lagu Malaysia Terbaru Ara Johari Paku Lirik Terbaru Title Paku Artist Singer Ara Johari Song Writer Tukang Musik and Kadok Album Paku Single Genre Pop Slow Rock Malaysia Label Rocketfuel Network Malaysia Lan...
Gulai Lemak Pucuk Ubi Dan Petai

Gulai Lemak Pucuk Ubi Dan Petai

papar berkaitan - pada 14/11/2018 - jumlah : 921 hits
Sebetulnya setiap kali saya ditimpa sakit yang memerlukan saya dimasukkan ke ward dan seterusnya bercuti sakit yang lama perkara utama yang selalu mengganggu saya ialah memikirkan urusan pejabat Tetapi bila difikirkan kembali urusan kerja t...
Pencuri Babak Belur Diamuk Massa Usai Gondol Satu Kardus Paku

Pencuri Babak Belur Diamuk Massa Usai Gondol Satu Kardus Paku

papar berkaitan - pada 30/11/2018 - jumlah : 211 hits
Nahas belum sampai jauh melarikan diri ia justru terkepung warga yang mendengar teriakan penjaga gudang Alhasil Sulaiman pun babak belur seluruh tubuhnya dihajar massa
Wordplay And Slang For Brand Name

Staycation Di Swiss Garden Kuantan Makbul

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Seketika Di Tugu Negara

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Apa Itu Thyroid Tummy Punca Perut Buncit Yang Jarang Disedari

Topvision Daripada Pasaran Leap Ke Pasaran Ace Bursa Malaysia Securities Berhad

Pengalaman Stay Casabella Homestay Di Batam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Coffee 2 0 Brewing The Future Of A Beloved Beverage

Daun Gugur Dijadikan Baja Kompos