Rendang Kerang Yang Sangat Sedap



Selain emosi tidak stabil kerana diuji dengan masalah kesihatan, saya juga agak kesedihan bila memikirkan tidak lama lagi Ammar, cucunda kesayangan saya akan berpindah masuk ke rumah mereka. Saya tahu detik dan saat ini pasti berlaku. 

Walaupun saya memang telah bersedia, tetapi hakikatnya tidak semudah itu. Kesedihan membayangkan bila rumah kami yang agak besar ini kembali sunyi tanpa suara dan tangisan seperti sebelum kelahiran Ammar. 

Bukan senang untuk memujuk hati sendiri atas sesuatu yang memang diketahui jawapan dan jalan penyelesaiannya. Yang pasti suatu hari, anak anak akan pasti meninggalkan kita. Saya hanya perlu mempersiapkan diri untuk satu hari bila kita juga akan bersendirian. Melakukan pengisian dengan aktiviti yang boleh memberi manafaat pada diri sendiri di dunia dan akhirat.

Teringat arwah Bonda menjalani kehidupan bersendirian di pengajian Pondok Pasir Tumbuh sejak tahun 1995 sehingga beberapa bulan sebelum beliau meninggal pada tahun 2014. Arwah berpindah sebaik sahaja pemergian ke rahmatullah arwah Ayahanda saya pada 13 Mei 1995. Semoga roh mereka berdua dicucuri Rahmat Nya dan diampunkan segala dosa. Aameen. Begitulah caranya seseorang patut menghabiskan masa masa yang ada. 


Saya dengan Pengasuh Ammar menengok nengok Instagram. Tiba tiba terpandang IG Zarina Zainuddin yang menjual pulut kuning dan rendang kerang. Teringat pulak masih ada baki isi kerang dalam peti. Hahaha dengan melihat gambar secara tiba tiba memberi idea apa yang hendak dimasak. 
Isi kerang ini adalah baki selepas memasak kerang goreng dengan kacang panjang di SINI dan Rendang Pucuk Paku dengan Kerang di SINI. Rasanya dalam 1 kg kerang yang sama dengan 1 mangkuk isi kerang. 

Anak saya Aween memang penggemar kerang. Bila lauk berasaskan kerang, memang dia makan menambah nambah dan mengulang ngulang. Saya pulak memang dah lama mengidam nak makan rendang kerang tetapi sejak allergi, terpaksa lah menangguh hasrat tersebut sehinggalah menjadi kenyataan pada hari ini. 

Rendang kerang selain sedap dimakan dengan nasi putih, juga sangat sedap dimakan dengan nasi lemak dan pulut kuning. Saya menyediakan rendang hari ini yang agak kering. Jika suka basah basah, jangan dikeringkan. Semuanya ikut citarasa masing masing. 

Jom layan resepi yang saya gunakan hari ini dan video penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Selamat mencuba...

Rendang KerangOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:1 mangkuk isi kerang - 1 kg kerang1/2 - 3/4 biji kelapa parut - santan1 batang serai - ketuk2 sudu besar cili kisar kering1 keping asam keping1 sudu besar garam kasar1 sudu besar gula Melaka1 sudu besar kerisik1/2 helai daun kunyit - hiris
Bahan kisar:3 ulas bawang merah3 ulas bawang putih1/2 inci halia1/2 inci lengkuas1/2 inci kunyit hidup1 batang serai
Cara cara:Masukkan bahan kisar dan santan ke dalam kuali. Kacau sehingga mendidih dan kuah pekat. 
Masukkan asam keping dan garam. Terus kacau sehingga ianya terbit minyak. 
Setelah kuah hampir kering dan terbit minyak, masukkan kerisik dan gula Melaka. Kacau lagi. 
Setelah kuah naik minyak cantik, tuangkan isi kerang dan kacau rata. 


Akhir sekali tabur daun kunyit dan sesuaikan rasa. Bolehlah ditutup api dan sedia untuk dihidangkan dengan nasi putih, nasi lemak atau dengan pulut kuning. 


Nota:Jika suka rendang sedikit basah, jangan dikeringkan sangat rendang. Semuanya terpulang pada citarasa. 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.aziekitchen.com/2018/11/rendang-kerang-yang-sangat-sedap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rendang Pucuk Paku Dengan Kerang

Rendang Pucuk Paku Dengan Kerang

papar berkaitan - pada 24/11/2018 - jumlah : 936 hits
Selamat berhari minggu semua Hari minggu ke hari bekerja sama jer buat saya sekarang ini Masa berjalan pantas Pejam celik pagi dah bertukar malam dan malam bertukar menjadi pagi OK hari ini kalau anda tercari cari idea nak masak apa jom lay...
Indomie Perisa Salted Egg Dengan Mi Kerinting Baru Sedap Ke

Indomie Perisa Salted Egg Dengan Mi Kerinting Baru Sedap Ke

papar berkaitan - pada 28/11/2018 - jumlah : 791 hits
Indomie Perisa Salted Egg Dengan Mi Kerinting Baru Sedap Ke Semenjak pelancarannya di Indonesia bulan Ogos lalu dah jadi viral Indomie perisa Salted Egg baru ni yang dikatakan pelik kerana menggunakan jenis mi kerinting yang berbeza daripad...
Resepi Smoothie Yeo S Epal Leleh Ringkas Tapi Sedap

Resepi Smoothie Yeo S Epal Leleh Ringkas Tapi Sedap

papar berkaitan - pada 27/11/2018 - jumlah : 556 hits
Resepi Smoothie Yeo s Epal Leleh Ringkas Tapi Sedap Hai Assalamualaikum sebenarnya first time tau zaza nak cuba buat smoothie ni biasa tengok rakan rakan je yang share So zaza pun nak try lah jugak nak tahu rasanya macam mana Untuk Smoothie...
Cara Buat Kerepek Pisang Tanduk Yang Rangup Dan Sedap

Cara Buat Kerepek Pisang Tanduk Yang Rangup Dan Sedap

papar berkaitan - pada 28/11/2018 - jumlah : 1055 hits
Cara Buat Kerepek Pisang Tanduk Siapa yang suka makan kerepek pisang Dan ada yang tak sukakannya Saya rasa kebanyakan orang suka makan kerepek terutamanya kerepek yang jarang kita dapat beli selalu kerana harganya yang agak mahal Kalau mahu...
Resepi Asam Pedas Ikan Pari Yang Terlajak Mudah Dan Sedap

Resepi Asam Pedas Ikan Pari Yang Terlajak Mudah Dan Sedap

papar berkaitan - pada 28/11/2018 - jumlah : 552 hits
Assalamualaikum Resepi Asam Pedas Ikan Pari Yang Terlajak Mudah Dan Sedap Ikan pari siapa makan ikan pari ada tak kita ni jenis tak makan ikan pari tapi ikan pari kering makan pulak yang hidup macam ni tak makan D Walaupun tak makan ikan pa...
Roti Chicken Floss Paling Sedap Ada Di Breadtalk Avenue K

Roti Chicken Floss Paling Sedap Ada Di Breadtalk Avenue K

papar berkaitan - pada 29/11/2018 - jumlah : 797 hits
Minggu lepas penulis berpeluang menghadiri pelancaran kedai konsep roti BreadTalk kelahiran Singapura yang membuka cawangan di Avenue K Ditubuhkan di Singapura pada tahun 2000 BreadTalk telah berkembang menjadi rantaian bakeri yang sangat p...
Tempah Kuih Tradisional Murah Dan Sedap Di Salak Tinggi

Tempah Kuih Tradisional Murah Dan Sedap Di Salak Tinggi

papar berkaitan - pada 27/11/2018 - jumlah : 1052 hits
Korang penggemar kuih tradisional tak Kalau suka korang suka kuih apa ye Gee ni bukan penggemar kuih sangat sebab kebanyakkan kuih tradisional sangat manis ting ting ting gitu Haaa gitu TAPI kalau ada kuih yang dibuat manis dia seiring deng...
6 Tempat Sarapan Sedap Di Puncak Alam

6 Tempat Sarapan Sedap Di Puncak Alam

papar berkaitan - pada 28/11/2018 - jumlah : 1576 hits
Lama tak kongsi episod jalan jalan cari makan Kali ini kita nak share 6 tempat cadangan sarapan atau breakfast sedap di Puncak Alam Banyak projek projek baru sedang giat membangun di kawasan Puncak Alam ni atau dikenali dengan Shah Alam 2 P...
My Kuali Sup Tulang Sedap

My Kuali Sup Tulang Sedap

papar berkaitan - pada 27/11/2018 - jumlah : 548 hits
Asalamualaikum dan selamat tengah hari Isnin yang ceria Cuti sekolah dah bermula dan kita mak mak SAHM ni pasti banyak luangkan masa didapo untuk menyiapkan hidangan buat keluarga terutamanya anak2 yang bercuti dan apa menu untuk disajikan ...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Cuti Sekolah Tak Bosan Pelbagai Aktiviti Untuk Anak Anak

Telefilem This Is Pilah

Tip Masak Sagu Supaya Hasilnya Cantik Tak Melekat

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Kemalangan Tayar Lori Tercabut Punca Kronologi Kematian

Racun Rumput Paling Kuat Tips Penggunaan Racun Selamat