Rendang Pedas Daging Stail Perak Dan Kurniaan Hadiah Raya



Selamat Hari Raya Aidil Fitri pada Nana, Alain, Adik, Aween, Ammar dan Aliya di London. Insya Allah,  Boy akan bertolak ke sana pada hari raya ketiga. Seronok mereka beraya di sana. Saya pun asalnya nak beraya di sana tapi bila memikirkan 10 akhir Ramadhan, saya mahu menumpukan pada ibadah di sini.
Haa cantik tak pinggan kuih dengan cawan jenama LEGLE France, hadiah hari raya  kurniaan DYMM Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin. Alhamdulillah tiada kata nak menggambarkan kegembiraannya menerima hadiah ini. Yang lebih mengembirakan ialah ingatan Tengku Permaisuri pada saya. Junjung Kasih, Tuanku. Ianya akan menjadi koleksi kesayangan saya. 
Saya amat bersyukur kerana Allah kurniakan kegembiraan ini buat saya, insan biasa yang tidak punya apa apa kelebihan pun. Saya kadang terasa malu dengan diri sendiri, apalah kelebihan saya untuk menerima kurniaan besar dan ingatan dari Tengku Permaisuri yang merupakan idola saya dari dulu. OK sekarang kita masuk pula bab resipi dan hidangan untuk hari raya tahun ini.

Kalau raya raya tahun sebelumnya, saya menyediakan rendang pedas ayam versi Bonda Mertua tapi kali ini saya tukar pada rendang pedas daging. Caranya sama sahaja dan bahannya juga sama. Cuma masa memasak untuk rendang daging lebih lama untuk menunggu daging empuk. 
Bercakap berkenaan rendang pedas daging yang sinonim dengan negeri Perak, pastinya saya terkenangkan waktu beraya di rumah bonda mertua di kampung. Saat yang paling seronok ialah waktu berbuka puasa. Masa tu rendang masih di kawah, jadi kita boleh pilih bahagian apa yang kita sukai. Kalau saya, pastinya hati hempedal selain bahagian kepak ayam. Kadang kadang ceduk dari kawah terus ke pinggan jer. 
Rendang yang dimasak sedikit kering namun masih ada terbit minyak juga. Jadi nampak sangat menyelerakan. Serdak yang banyak itu yang menyedapkan. Lagi lagi kalau dalam serdak tu, ada daging ayam yang hancur ketika dimasak. 
Nak serdak banyak, bahan yang digunakan mesti banyak dan semua bahan dihiris nipis nipis. Kecuali lengkuas dan kunyit hidup yang dikisar. Dulu kita tak faham kenapa nak hiris bila semuanya boleh dikisar. Betul tak? Rupanya memang ada perbezaan dari segi rasa. 
Uniknya rendang bonda mertua saya ini ialah penggunaan kelapa parut yang digoreng dan ditumbuk kasar. Tiada penggunaan kerisik seperti rendang lain. Itu yang menjadikan rendang ini tidak berkuah seperti rendang lain.
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa subscribe Azie Kitchen Youtube Channel untuk melihat video penyediaannya di SINI. Selamat mencuba......

Rendang Pedas Daging Stail Perak Oleh: Azie Kitchen
Bahan-Bahan:1 kg daging keting1 kg santan segar - 800 ml santan segar pekat + 200 ml air20-30 tangkai cili kering - guna 6-7 sudu besar½ biji kelapa parut - 1 cawan kelapa goreng 8 sudu besar 2 keping asam keping1 keping gula melaka - 90 gram1 sudu besar garam
Bahan hiris nipis:20 biji bawang merah - 500 gram8 batang serai4 inci halia - 50 gram4 helai daun kunyit - hiris halus
Bahan kisar:3 inci lengkuas - 20 gram2 inci kunyit hidup - 1 ½ sudu besar
Cara cara:Bersihkan dan potong daging kepada ketulan bersaiz lebih kurang 1 inci.
Masukkan kesemua bahan kecuali gula melaka, garam dan daun kunyit ke dalam kuali. Masak atas api sederhana sehingga daging empuk dan hampir kering.



Setelah daging empuk, masukkan gula melaka dan garam. Kacau sesekali supaya rendang tidak hangit. 
Akhir sekali, tabur dengan hirisan daun kunyit dan teruskan renih sehingga rendang kering yang disukai. Siap untuk dihidangkan.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2023/04/rendang-pedas-daging-stail-perak-dan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rendang Daging Untuk Raya

Rendang Daging Untuk Raya

papar berkaitan - pada 21/4/2023 - jumlah : 359 hits
Assalamualaikum WBTHILAL tidak kelihatan semalam menandakan hari ini umat Islam di Malaysia meneruskan ibadah puasa sehari lagi Esok barulah kita akan meraikan kemenangan menahan lapar dan dahaga selama sebulan Bagi mengelakkan kekalutan se...
Tetamu Datang Mengejut Waktu Raya Begini Cara Cepat Nak Lembutkan Daging Frozen Pantas

Tetamu Datang Mengejut Waktu Raya Begini Cara Cepat Nak Lembutkan Daging Frozen Pantas

papar berkaitan - pada 24/4/2023 - jumlah : 255 hits
Belum sempat memasak malah daging masih lagi di dalam tempat beku peti ais tetamu sudah menelefon untuk sampai ke rumah Memang cemas jadinya bila disaat begini Tak perlu cemas jika anda tahu cara mudah untuk memasak apa lagi melembutkan dag...
Gabungan Rasa Pedas Masam Stail Cina Muslim Sedap Sungguh Ayam Masak Cili Kering Ni

Gabungan Rasa Pedas Masam Stail Cina Muslim Sedap Sungguh Ayam Masak Cili Kering Ni

papar berkaitan - pada 19/4/2023 - jumlah : 373 hits
Kadang kadang kering idea nak masak apa untuk keluarga Lai lagi raya dah semakin hampir ni jadi nak masak yang mudah saja Kalau boleh biarlah resipi itu tidak renyah dan semua bahan untuk menyediakannya ada di dapur berkongsi satu resipi ya...
Buru Lailatulqadar Lebih Afdal Dari Teka Tarikh Raya Timbalan Mufti Perak

Buru Lailatulqadar Lebih Afdal Dari Teka Tarikh Raya Timbalan Mufti Perak

papar berkaitan - pada 10/4/2023 - jumlah : 403 hits
Umat Islam dinasihat menumpukan ibadat bagi memburu malam lailatulqadar daripada berpolemik mengenai tarikh Hari Raya Aidilfitri Memetik laporan Sinar Harian Timbalan Mufti Perak iaitu Datuk Zamri Hashim berkata orang ramai di negara ini ti...
Tujuh Tahun Menanti Adira Suhaimi Dapat Cium Tangan Madu Di Hari Raya Tiada Hadiah Lebih Bermakna

Tujuh Tahun Menanti Adira Suhaimi Dapat Cium Tangan Madu Di Hari Raya Tiada Hadiah Lebih Bermakna

papar berkaitan - pada 27/4/2023 - jumlah : 322 hits
Penyanyi jelita Adira Suhaimi meluahkan rasa gembira apabila dapat berpeluang bersama sama meraikan hari lebaran tahun ini bersama madu Datin Seri Sharifah Norshafila atau lebih dikenali sebagai Datin Red Penantian selama tujuh tahun itu be...
Hiburan Sertai Raya Fair Snap Win Bersama Ffm Online Hadiah Menarik Menanti Anda

Hiburan Sertai Raya Fair Snap Win Bersama Ffm Online Hadiah Menarik Menanti Anda

papar berkaitan - pada 20/4/2023 - jumlah : 309 hits
Mood raya dah pun tiba tinggal tunggu pengumuman je nanti Ni kami nak tanya macam mana dengan persiapan raya anda Dah lengkap ke semua Baju raya dah siap Kuih raya buat ke beli Advertisement Kalau yang buat kuih raya tu ada tak guna brand s...
Ayam Masak Rendang Cili Padi Pedas Pedas Sedap Sesuai Makan Dengan Nasi Impit Lemang

Ayam Masak Rendang Cili Padi Pedas Pedas Sedap Sesuai Makan Dengan Nasi Impit Lemang

papar berkaitan - pada 21/4/2023 - jumlah : 304 hits
Resipi rendang ada banyak versi Setiap satu mengikut selera orang yang memasaknya Salah satu jenis rendang yang menjadi kegemaran adalah Rendang Ayam Cili Padi Rasanya berlemak dan pedas pedas sesuai sangat dimakan bersama nasi impit atau l...
Raikan Raya Dengan Kempen Go Vivo Go Raya Dan Menangi Hadiah Bernilai Sehingga Rm70 000

Raikan Raya Dengan Kempen Go Vivo Go Raya Dan Menangi Hadiah Bernilai Sehingga Rm70 000

papar berkaitan - pada 19/4/2023 - jumlah : 313 hits
vivo Malaysia menyediakan hidangan istimewa untuk rakyat Malaysia pada musim Ramadan ini dengan kempen Go vivo Go Raya mereka Mulai 15 April hingga 1 Mei 2023 pelanggan yang membeli telefon pintar vivo berharga RM800 ke atas akan berpeluang...
Tak Renyah Pun Begini Caranya Masak Rendang Daging Sempoi Dan Sedap

Tak Renyah Pun Begini Caranya Masak Rendang Daging Sempoi Dan Sedap

papar berkaitan - pada 19/4/2023 - jumlah : 439 hits
Enaknya rendang daging dimakan bersama pulut ketupat ataupun lemang Memasaknya juga tidak sukar jika menggunakan resipi yang mudah namun masih mendapat hasil rendang yang sedap Rendang daging akan sentiasa mendapat sambutan terutama pada Ha...
Lirik Lagu Untuk Yang Bersamanya Mahalini

Sarapan Sa Pagi Ini Jumaat 19 Dec 2025

Austrian Avalanche Our 7 Favorite Custom Ktm Motorcycles

Penyakit Jantung Iskemia Terus Jadi Punca Utama Kematian Di Malaysia Selangor Catat Jumlah Tertinggi

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Pahang Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pahang Perhebat Usaha Cegah Rasuah

Diskaun Tol 50 Hari Krismas 2025 Tarikh Waktu Pelaksanaan

Paper Cup Viral Kenapa Rekaan Simple Lebih Menarik Pelanggan

Kejayaan Mihas Shanghai Jualan Melonjak Melebihi Jangkaan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Salam Takziah Buat Seluruh Ahli Keluarga

The Lodge Maribaya Bandung Lokasi Aktiviti Menarik Dan Spot Bergambar Cantik

Anugerah Rekod Nilam

Reset Hidup Untuk Tahun 2026 Cara Mulakan Semula Tanpa Tekanan

The Roi Of A Coffee

Fungsi Sleeve Paper Cup Dalam Industri Kafe F B