Rendang Maman Makanan Tradisi Gemencheh
Memori Ghondang Maman dan MoncehSekitar tahun 2003 - 2005 saya menetap di Gemencheh, Negeri Sembilan. Gemencheh atau dalam loghat tempatan disebut Monceh. Suatu tempat yang belum pernah saya kunjungi sebelumnya. Takdir membawa saya dan suami ke Monceh atas sebab pekerjaan. Banyak pengalaman baru juga kenangan sepanjang saya menetap di sana. Emm...terus terasa nak menulis kisah lalu, sekadar untuk mengabadikan memori dalam bentuk penulisan. Tapi kena ‘korek’ gambar lama dululah untuk menyorot memori lalu tu
Berbalik kisah Rendang Maman atau dalam loghat tempatan Ghondang Maman. Sebelum saya tinggal di Gemencheh, saya memang tak pernah tau kewujudan Rendang Maman. Walaupun sebelumnya saya pernah menetap selama 5 tahun di Negeri Sembilan (lebih tepat di asrama sekolah di Labu). Mungkin sebab saya tak pernah satu dorm dengan kawan-kawan yang berasal dari Gemencheh. Rendang Maman ni merupakan makanan tradisi Gemencheh, dihasilkan daripada daun maman.
Kali pertama saya merasa Rendang Maman ni apabila jiran depan rumah (sewaktu menetap di Gemencheh), seorang kakak yang baik hati datang ke rumah saya dan menghulurkan satu bekas Rendang Maman air tangannya. Pertama kali masuk ke mulut, err...saya rasa agak pelik dengan rasa daun maman. Dan ada la sikit rasa pahit. Tapi lepas cuba jugak makan dan habiskan, perasaan pelik tadi bertukar jadi suka. Hehe. Kakak jiran depan rumah tu pulak rajin beri Rendang Maman, memang suka sangatlah saya
Pencarian Rendang Maman...Selepas berpindah keluar dari Gemencheh, saya tak lagi dapat merasa Rendang Maman. Pernah beberapa kali jumpa dan beli di ekspo makanan atau pasar pagi di Negeri Sembilan, tapi kecewa sebab rasanya tak menepati selera. Tak sama seperti hasil air tangan kakak jiran depan rumah di Gemencheh
Sehinggalah sebelum Ramadan baru-baru ini, seorang kawan sekolah saya (berasal dari Gemencheh) membuka jualan Rendang Maman hasil air tangan orang kampungnya. Memang pantas la saya buat pesanan bila dia kata boleh pos. Asalnya dia jual dalam bekas plastik je, tapi demi memenuhi permintaan orang jauh seperti saya maka dia buatlah juga dalam pek aluminium foil
Alhamdulillah...diterima dalam keadaan baik. Teliti pembungkusannya, siap masuk dalam plastik, kemudian ‘bubble wrap’ dan bungkus pula dengan kertas surat khabar. Servis pihak kurier pun pantas - pos semalam, hari ni sampai
Saya beli Rendang Maman ayam dan daging. Nak cuba tiap satu. Harga RM16 / pek, berat 230 gram setiap pek. Caj pos 2 pek ni RM10
Satu pek Rendang Maman dapat banyak gini. Alhamdulillah...sedap! Memang inilah rasa yang saya cari. Rendang Maman dimakan bersama nasi panas ni dah cukup membuka selera. Seronok rasanya dapat jumpa rasa yang saya inginkan
Sekarang ni dah habis pun 2 pek Rendang Maman, saya dah buat pembelian lagi beberapa pek. Beli lebih terus, jimat caj pos. Simpan dalam peti sejuk, bila-bila nak makan buka je satu pek dan panaskan
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ujieothman.blogspot.com/2021/05/rendang-maman-makanan-tradisi-gemencheh.html