Bersedekah Depan Anak Ajak Hantar Makanan Pada Jiran Antara Cara Pupuk Amalan Bersedekah


Bulan Ramadhan sangat sinonim dengan amalan-amalan kebaikan khususnya bersedekah. Amalan bersedekah ini juga seringkali dipertanggungjawabkan kepada golongan orang dewasa. Namun amalan mulia bersedekah ini jarang-jarang diterapkan dan dititikberatkan kepada anak-anak kecil. Anak-anak kecil hanya menjadi pendengar setia topik sedekah di slot tazkirah tetapi bukan pelaku kepada amalan bersedekah. Ataupun, mereka hanya berperanan sebagai penerima pemberian orang dewasa.

Baca: Jom Join Cabaran RM10 SSPN X PA&MA
Ibubapa seharusnya menerapkan amalan yang sangat dituntut dalam Islam ini seawal mungkin kepada anak-anak. Bukan hanya sekadar pada lisannya, tetapi pada amalnya. Bak kata orang bijak pandai “melentur buluh biarlah dari rebungnya”.
Konsep bersedekah dalam Islam adalah terlalu luas untuk dikupas dan diperjelas dan ia tidak tertumpu kepada wang ringgit dan harta sahaja. Latih anak-anak untuk bersedekah.
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A, bahawa Rasulullah S.A.W. telah bersabda: “Apabila mati seorang manusia, terputuslah daripadanya amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya atau anak yang soleh yang mendoakan baginya.” (Riwayat Muslim).
Bagaimanakah mahu melatih si kecil untuk bersedekah? Mudah sahaja! Mari kita lihat alternatif ini.
“Tabung Subuh” Ibubapa boleh menyediakan tabung di rumah untuk anak-anak bersedekah sejurus selepas menunaikan solat subuh. Didik anak-anak untuk mengamalkannya setiap hari. Lama kelamaan anak-anak akan terbiasa dengan amalan bersedekah. Amalan bersedekah ini dapat menyucikan jiwa dan harta. Hati akan lebih tenang dan aman dengan bersedekah. Jiwa juga akan damai dan terhindar dari perasaan negatif.

Menyediakan Hidangan Iftar Ibu boleh mengajak anak semasa menyediakan hidangan untuk iftar. Masaklah lebih untuk diniatkan dikongsikan bersama jiran tetangga. Kemudian, bungkus makanan dan dengan menjaga SOP, ajaklah si kecil menghantar makanan tadi ke jiran tetangga kita. Kita niatkan juga agar perbuatan kita diteladani oleh si kecil dan menjadi amalannya. Dalam amalan bersedekah, kita perlulah ikhlas, bukan disebabkan balasan ataupun nama. Sedekah juga perlu dilakukan tanpa dihebahkan.
Muslim woman sharing food at Ramadan feast Keperluan asas Ibu bapa boleh membeli barang-barang keperluan asas untuk disedekahkan kepada fakir miskin. Ajak anak bersama-sama sorting dan packing barang-barang. Sambil packing, jelaskan pada mereka niat kita membeli dan mengagihkan barang-barang tersebut. Didik mereka untuk sama-sama berkongsi kegembiraan pada yang kurang bernasib baik. Sedekah juga diriwayatkan dalam hadis riwayat Muslim, bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: “Tangan di atas lebih baik daripada tangan di bawah. Tangan di atas adalah yang memberi dan tangan di bawah adalah yang meminta.” Ibarat tangan kanan yang memberi, tangan kiri tidak mengetahui.
Baju raya, kasut raya Sekiranya ada rezeki yang lebih, berkongsilah pada yang lebih memerlukan. Sharing is caring. Ajak anak pilih baju raya atau kasut raya. Tidak semestinya perlu ke shopping malls, online shopping pun sudah memadai di kala pandemik COVID-19 masih di luar sana! Tanya pendapat anak tentang barangan yang kita ingin beli. Terima pendapat anak, mereka pasti rasa sangat dihargai.

Memberi salam Bersedekah bukan sahaja berupa harta atau wang ringgit. Bersedekah boleh juga boleh diberikan dalam pelbagai bentuk. Hadiahkan salam pada guru atau sesama adik-beradik. Sebelum anak masuk ke pintu pagar sekolah, titipkan pesanan kepada anak-anak untuk memberi salam dengan cara normal baharu (meletakkan tangan kanan di dada kiri) kepada guru-guru, rakan-rakan, tukang kebun sekolah, mahupun pengawal keselamatan sekolah. Salam adalah doa yang dipanjatkan kepada Allah SWT terhadap orang yang ditemui.
Berpesan-pesanlah pada anak-anak untuk sentiasa istiqamah dalam berbuat amal kebaikan. Daripada Aisyah R.A., Nabi S.A.W. bersabda: “Wahai manusia lakukanlah amalan mengikut keupayaan kamu. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu jemu. Amalan yang paling Allah sukai ialah amalan yang berterusan walaupun sedikit.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Ingatkan anak-anak untuk terus istiqamah dalam melakukan kebaikan agar menjadi contoh teladan kepada orang lain. Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Riwayat Muslim).
Kredit: Dr. Rahimah Saimin
Pensyarah Kanan
Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU)
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
 
 
 
 
The post Bersedekah Depan Anak, Ajak Hantar Makanan Pada Jiran Antara Cara Pupuk Amalan Bersedekah appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/bersedekah-depan-anak-ajak-hantar-makanan-pada-jiran-antara-cara-pupuk-amalan-bersedekah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kedua Dua Tangannya Sunburn Hantar Makanan Guna Basikal Ahli Parlimen Ini Hadiahkan Motor

Kedua Dua Tangannya Sunburn Hantar Makanan Guna Basikal Ahli Parlimen Ini Hadiahkan Motor

papar berkaitan - pada 14/4/2021 - jumlah : 232 hits
Semalam tular satu kisah kegigihan seorang pemuda lelaki menjadi penghantar makanan dengan menggunakan basikal demi mencari rezeki yang halal Menerusi perkongsian Steven Sim Chee Keong yang merupakan ahli parlimen Bukit Mertajam di akaun Fa...
Cara Hantar Fail Dan Foto Melalui Telegram

Cara Hantar Fail Dan Foto Melalui Telegram

papar berkaitan - pada 10/4/2021 - jumlah : 566 hits
Susah nak nak hantar video File besar sangat tak lepas Selalu jadi tak kat korang situasi macam ni Biasanya bila nak send video dlm WhatsApp atau e mel kan Elok korang hantar kat Telegram Meh Abam Kie share tips nak hantar file besar di Tel...
5 Cara Elegan Hadapi Baby Shaming Stop Kepo Perkembangan Anak Orang Lain

5 Cara Elegan Hadapi Baby Shaming Stop Kepo Perkembangan Anak Orang Lain

papar berkaitan - pada 21/4/2021 - jumlah : 258 hits
Bisa bisanya banyak orang dewasa yang dengan tega melontarkan kalimat jahat ke bayi atau anak yang belum tahu apa apa
Kita Mungkin Tak Sempurna Tapi Didiklah Anak Cara Islam Biar Dia Bawa Kita Ke Jannah

Kita Mungkin Tak Sempurna Tapi Didiklah Anak Cara Islam Biar Dia Bawa Kita Ke Jannah

papar berkaitan - pada 27/4/2021 - jumlah : 275 hits
Islam merupakan agama yang lengkap dan sempurna Kesempurnaan Islam terserlah dalam semua aspek kehidupan manusia termasuklah pendidikan Menurut perspektif Islam pendidikan kanak kanak ialah proses mendidik mengasuh dan melatih rohani dan ja...
Cari Duit Poket Cucu Bekas Mb Terengganu Berbasikal Hantar Makanan

Cari Duit Poket Cucu Bekas Mb Terengganu Berbasikal Hantar Makanan

papar berkaitan - pada 20/4/2021 - jumlah : 279 hits
Kegigihan seorang remaja perempuan yang berbasikal ketika menghantar makanan ditempah pelanggan sejak dua bulan lepas baru baru ini mencuri perhatian penduduk sekitar di Chukai Kemaman Lebih menjadi perbualan orang ramai apabila insan terse...
Awani Ringkas Adakan Juga Pemilihan Jun Ini Guna Ejen Pengangkutan Hantar Ke Negara Jiran

Awani Ringkas Adakan Juga Pemilihan Jun Ini Guna Ejen Pengangkutan Hantar Ke Negara Jiran

papar berkaitan - pada 25/4/2021 - jumlah : 320 hits
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Astro AWANI LIVE https www astroawani com video terkini S...
Sebak Wanita Yang Memiliki 10 Anak Ini Menangis Depan Rumah Ternyata Perkongsian Yang Dibuat Telah Raih Perhatian

Sebak Wanita Yang Memiliki 10 Anak Ini Menangis Depan Rumah Ternyata Perkongsian Yang Dibuat Telah Raih Perhatian

papar berkaitan - pada 7/4/2021 - jumlah : 235 hits
Sebak memikirkan nasib 10 anaknya selepas diminta berpindah dari rumah sewa akhirnya bertukar kesyukuran hasil dari perkongsian yang dibuat oleh pemuda yang tidak dikenalinya
Rasa Masakan Korea Soondubu Jigae Beef Di Dubuyo

China S President To Host Official Dinner For Anwar

Drama One Cent Thief 2 Lakonan Syafiq Kyle Azira Shafinaz

I Bought A Toy Like Vape Online Mp Tells Dewan Chamber

Tip Mudah Santan Berketul Jadi Elok Semula Letak Sehelai Daun Ini Saja

Unlocking Savings Expert Tips For Finding Discounted Cigarettes In Australia

Kips Bay Decorator Show House Dallas 2024 An Exquisite Showcase Of Design

India Secebis Kenangan Di India Random Photos


echo '';
Biodata Terkini Penyanyi Illa Sabry Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Senyawa iQIYI Malaysia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Project Projek Exit Astro Originals

Pelajari Asal Usul Nama Makhluk Seram Kisah Fiksyen Barat Yang Terkenal

10 Fakta Filem Kahar Kapla High Council Yang Ramai Tak Tahu Prekuel Drama Project Projek High Council


Kisah Care Giver

Building Dreams One Brick At A Time Legoland Malaysia Resort Welcomes Malaysia S First Master Model Builder

Pilih Minyak Wangi Ikut Personaliti Korang

Kalendar Kuda 2025 Malaysia

Makan Yong Tau Foo Taiping

Layanan Samsat Batam Centre Kemudahan Dan Kecepatan Dalam Pelayanan Pajak Kendaraan