Rendang Kerang Cili Padi Yang Sangat Sedap





Telah lama saya sedang mencari buku persiapan menjelang kematian oleh Ustaz Ahmad Dasuki. Ramai yang tidak tahu persiapan yang perlu dibuat. Kita juga tidak tahu jika apa yang kita alami adalah tanda kita sedang menghadapi saat kematian. Agen yang saya hubungi memberitahu buku dah out of stock. Insya Allah saya akan terus mencari.
Saya kongsikan intipati dari ceramah Ustaz Ahmad Dasuki di youtube di mana setiap orang akan mula rasa menyesal bila malaikat mula datang berdiri di hadapan kita untuk mencabut roh kita. Malaikat istihar bahawa telah datang saat sakaratul maut yang penuh dengan kebenaran dalam kehidupan kamu. Kematian yang kamu lari dalam hidup kamu selama ini. Orang yang makan ubat segenggam setiap pagi untuk apa. Untuk sihat dan lambat mati. 
Kita akan minta dengan malaikat supaya mohon dari Allah untuk tidak dimatikan supaya ada peluang untuk bersedekah dan menjadi hamba Allah yang soleh sedang ajal tidak dapat ditangguh. Di waktu itu, kita akan ditunjuk balik semua amalan yang pernah kita kerjakan sepanjang hidup. 
Kita keliru apa ni, mati ke apa ni. Masa ni belum mati lagi. Kamu tak boleh nak bayangkan dalam pemikiran kita sesakit masa sakaratul maut. Rasulullah suruh kita belajar. Ini masa paling penting dalam hidup. Bila sahabat tanya macam mana sakitnya Rasulullah. 
Rasulullah ajar macam mana cara nak lalui saat sakaratul maut. Badan seolah badan dirobek dan ditarik atas bara api yang panas dan ditarik atas kapas yang basah. Iman Ghazali berkata sakit sakaratul maut sehingga lidah mengesot masuk ke dalam. Sakit yang sehingga mata hitam menjadi putih. Kedengaran hanya dengusan. 
Sakit meneran masa bersalin adalah hanya 1 juzuk dari 99 juzuk kesakitan kematian. Saat sakaratul maut, masih ada peluang untuk bertaubat tapi kita tidak mengambil peluang tersebut kerana syaitan menghasut supaya tidak bertaubat. Masa roh dihujung kaki, kita masih boleh bertaubat. 
Tapi ramai orang tak bertaubat sebab tak tahu kerana tak pernah dengar ceramah agama tentang kematian. Roh akan ditarik naik sehingga ke lutut dan naik sehingga ke pusat. Kemudian roh akan turun semula. Ketika ini kita akan keliru dengan pujukan syaitan bila mana syaitan akan kata, tengok kamu belum nak mati, roh turun balik. 
Roh akan turun dari pusat sehingga ke kemaluan dan kemudian akan direntap terus sehingga ke halkum. Masa roh berada di halkum, baru kita tahu kita akan mati. Jika ketika ini baru hendak bertaubat, telah dikira terlambat. Pintu taubat telah ditutup. Mata mula pandang kanan dan kiri melihat semua yang kita lakukan samada kecil atau besar. Kita akan sambung di entri akan akan datang tentang 3 perkara yang seorang mukmin perlu jaga supaya boleh menjawab soalan kubur dan kubur akan dilapang sejauh 70 hasta. 

Kali ini saya ingin kongsikan Rendang Kerang cili padi yang terlajak sedap. Memasak rendang ini sangat mudah sebenarnya tapi perlu nak memastikan santan berketul dan sebagainya. Kacau jer sehingga kuah kering. 
Saya tengok ada orang yang masak rendang kerang dengan dicampurkan sekali pes rendang segera. Saya hanya guna pes rendang segera bila bercuti ke luar negara sahaja. Kalau tidak, memang akan memasak rendang from scratch. Boleh tengok resepi rendang kerang saya sebelum ini di SINI. 
Saya memang suka rendang kerang tapi nak mencari kerang yang segar agak sukar. Kena ke pasar Taman Tun, baru jumpa. Harga memang mahal. RM18 sekilo. Saya beli 2 kilo, dapatlah 450 gram isi kerang.
Cara rebus kerang yang saya belajar ialah selepas dibasuh, direndam kerang dengan sedikit garam selama 20 minit untuk membersihkan kekotoran dan membuang toksin jika ada. Kemudian masukkan kerang ke dalam kuali tanpa memasukkan air. 
Tutup kuali dan biarkan selama 5 minit. Selepas itu angkat dan masukkan kerang dalam besen yang mengandung air ais atau masukkan ketulan air batu. 
Biarkan seketika sebelum dikopek. Jadi isi kerang akan masih kelihatan segar dan tidak kecut. Lepas tu, boleh dimasukkan dalam bekas dan disimpan dalam peti ais jika tidak terus menggunakannya. 

Untuk rendang saya hari ini, walaupun ianya rendang cili padi tapi saya letak juga sedikit cili kering kisar supaya lebih cantik warnanya. Tidaklah terlalu kuning seperti mana rendang cili padi yang hanya menggunakan cili padi semata.
Rendang kerang yang sangat sedap ini sangat versatile dan banyak yang boleh digandingkan dengannya selain makan dengan nasi putih. Sedap dimakan dengan nasi lemak, pulut kuning, mee hoon goreng atau dimakan dengan lemang. Pendek kata semua sedap. 
Jom layan resepi di bawah ini. Jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba...

Rendang Kerang Cili PadiOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:2 kg kerang direbus - 500 gram isi2 cawan santan segar pekat1 sudu besar cili kisar 1 sudu besar kerisik1 keping asam keping2 helai daun kunyit - hiris 1 batang serai - ketuk1 sudu kecil garam1 cawan minyak
Bahan kisar:9 biji bawang merah7 ulas bawang putih10-12 tangkai cili api - ikut suka pedas3 batang serai1 inci halia1 inci kunyit hidup1 inci lengkuas
Cara cara:Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau. Masukkan cili kisar dan tumis lagi sehingga terbit minyak. 

Masukkan santan, asam keping dan kacau rata. Masak sehingga terbit minyak. 
Setelah terbit minyak dan hampir kering, masukkan kerisik dan garam secukup rasa. Masukkan daun kunyit yang dihiris. Kacau rata. 
Akhir sekali, masukkan kerang dan kacau rata sehingga kering yang disukai.  


Tabur sedikit lagi daun kunyit dan tutup api.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2020/11/rendang-kerang-cili-padi-yang-sangat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Rendang Kerang Yang Boleh Anda Cuba Pasti Sedap

Resepi Rendang Kerang Yang Boleh Anda Cuba Pasti Sedap

papar berkaitan - pada 8/11/2020 - jumlah : 440 hits
Rendang kerang selain sedap dimakan dengan nasi putih juga sangat sedap dimakan dengan nasi lemak dan pulut kuning Dalam posting ini saya kongsikan rendang jenis kering Sebelum itu jangan terkejut jika harga redang kerang agak mahal makluml...
Resepi Nasi Goreng Cili Padi Ikan Tumbuk Buat Sarapan Pun Sedap

Resepi Nasi Goreng Cili Padi Ikan Tumbuk Buat Sarapan Pun Sedap

papar berkaitan - pada 25/11/2020 - jumlah : 553 hits
Resepi Nasi Goreng cili Padi Ikan Tumbuk Buat Sarapan Pun SedapPening fikir nak sarapan apa pagi ni Jangan tunggu lagi jom makan nasi goreng
Masak Lemak Cili Api Udang Dengan Nenas Yang Sedap

Masak Lemak Cili Api Udang Dengan Nenas Yang Sedap

papar berkaitan - pada 12/11/2020 - jumlah : 472 hits
Sesungguhnya nikmat kesihatan sangat besar dan tidak ternilai Telah lebih setahun Hubby melakukan CT angiogram untuk melihat samada terdapat blockage dalam saluran arteri ke jantung dan dinasihatkan untuk melakukan procedure CT angioplasty ...
Cara Buat Thai Bread Creamy Chicken Sangat Sedap Tak Muak

Cara Buat Thai Bread Creamy Chicken Sangat Sedap Tak Muak

papar berkaitan - pada 22/11/2020 - jumlah : 800 hits
Sarapan apa ya pagi ni Ada yang suka makan yang berat seperti nasi lemak dan makanan bergoreng Kalau yang suka makanan yang ringkas roti sudah memadai Namun roti boleh dipelbagaikan cara untuk menambah rasa yang lebih enak seperti resipi in...
Resepi Ayam Bakar Ala Kenny Rogers Paling Simple Sedap Sangat

Resepi Ayam Bakar Ala Kenny Rogers Paling Simple Sedap Sangat

papar berkaitan - pada 9/11/2020 - jumlah : 653 hits
Hi korang Jumaat lepas punya menu ni hahaha lupa plak nak publish biasa la kan bila dah WFH ni macam macam menu keluar sedar sedar jer dah naik berkilo kilo badan hehehe sebenarnya Jumaat tu dah lambat nak buatkan menu untuk Dania Tak sempa...
Hanya Guna Sukatan Cawan Kuih Permata Zamrud Sangat Sedap Dimakan

Hanya Guna Sukatan Cawan Kuih Permata Zamrud Sangat Sedap Dimakan

papar berkaitan - pada 13/11/2020 - jumlah : 244 hits
Melalui facebook Rasa Share Resipi Hidayati Hana telah berkongsi resipi kuih permata zamrud Kuih ini nampak sangat mewah dengan rona hijau putih Ditambah pula dengan inti kelapa yang dimasak bersama gula merah Manis manis lemak gitu Kuih Pe...
Scone Homemade Sedap Macam Di Cameron Highland Ini Cara Buat Guna 3 Bahan Je

Scone Homemade Sedap Macam Di Cameron Highland Ini Cara Buat Guna 3 Bahan Je

papar berkaitan - pada 18/11/2020 - jumlah : 325 hits
Scone yang sedap macam yang dijual di Cameron Highland tidak susah dihasilkan jika jumpa resipi yang tepat Malah sejak kebelakangan ni resipinya makin meniti di bibir peminat pastri dek kerana kemunculannya dalam sebuah drama TV Anda nak cu...
Bihun Sup Daging Sambal Kicap Memang Super Sedap

Bihun Sup Daging Sambal Kicap Memang Super Sedap

papar berkaitan - pada 18/11/2020 - jumlah : 575 hits
Tengahari ni kalau dapat makan Bihun Sup memang sedap sungguh lagi lagi pulak ada sambal kicap Jus daging segar yang meresap dalam kuah tu yang tambah menggetar selera Ni Bihun atau Mihun Sup Daging serta Sambal Kicap dari Mariana Zainal na...
Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya