Rendang Daging Peparu Resipi Arwah Bonda








          Arwah Bonda Kjee is a very simple woman. Macam Kjee juga lah. Justeru makanan yang disediakan, semua yang simple. Yang tak payah keluar masuk hutan cari bahan. Tetapi semua makanan air tangan beliau, memang sedap. Cukup perisa. Yang penting katanya, cukup garam, cukup gula  cukup masam. Harus seimbang rasa.

          Jadi apabila Kjee plan buat Rendang Daging resipi arwah Bonda (of course without a recipe), Kjee terfikir betapa mudahnya cara beliau. Bahan-bahan asas sahaja seperti Cili Kering kisar, Bawang besar, Bawang Putih, Halia, Lengkuas, Serai, Santan dan Kerisik.

          Kjee tengok resipi orang lain ada jintan, ketumbar dan buah keras bagai. Berjela-jela bahan-bahannya sehingga budak yang baru nak belajar memasak pun give-up. Bukan budak aje, Kjee pun kalau study satu-satu resipi dan tengok banyak sangat bahan, terus Kjee tak jadi buat.

          Anyway, semalam Kjee teringin nak makan Rendang Daging Campur Peparu ikut resipi Arwah Bonda. Tetapi kalau dia buat, tak sah kalau tak ada letak juga limpa dan hati Lembu. Mesti beli yang fresh. Kata Bonda, organ dalaman binatang tak diketahui berapa lama dia dah bekukan. Kjee pergi cari Limpa dan juga Hati Lembu semalam. Sold out. Yang ada hanya Peparu. Oleh kerana dalam fridge ada ½ kilo daging pepejal, maka Kjee belilah ½ kilo Peparu.

          Pulang ke rumah, Kjee potong daging dan Peparu dan rebus dalam Pressure Cooker. Ini cara orang malas. Kalau rajin, tak payahlah rebus. Tapi korang kena rendang sehingga daging dan peparu lembut. Kjee tak ada kesabaran itu. Sementara direbus lebih kurang 30 minit, sediakan bahan-bahan lain.

          Kjee masih ingat arwah Bonda kata, untuk satu kilo daging, kena guna santan dari dua biji kelapa. Semalam Kjee beli 1 kilo pati santan yang bersamaan dengan dua biji kelapa. Satu mangkuk cili kering kisar, 5 labu bawang sederhana besar, 5 ulas bawang putih, 2 inci halia, 1 inci lengkuas, 3 batang serai, 3 sudu makan kerisik, 1 helai daun kunyit dan 2 helai daun limau purut (kalau suka).

          Kisar bawang besar, bawang putih bersama halia. Tumbuk pun boleh tetapi mesti halus-halus. Serai diketuk, begitu juga lengkuas dan daun kunyit dicarik dan dipintal. Kalau guna daun limau purut, bolehlah letak juga. Ramas dulu daun itu untuk keluarkan aromanya. Masukkan ke dalam kuali dan campur bersama cili kisar. Kalau nak pedas, boleh tambah lagi atau ketuk-ketuk beberapa biji cili padi. Masukkan daging dan peparu yang telah direbus bersama airnya itu. Kacau hingga rata.

          Maka seterusnya, guna api sederhana besar dan rendanglah sambil kacau skali sekala. Kjee guna non stick wok jadi tak risau hangit pada dasar kuali. Apabila air sudah hampir kering, masukkan santan dan gaul bagi mesra. Teruskan merendang.

          Apabila sudah hampir kering, masukkan 3 sudu besar kerisik dan gaul bagi sama rata. Masukkan juga 2 keping asam gelugor. Kemudian apabila Rendang sudah nampak terbit minyak, letak garam dan sedikit gula. Kacau rata.

         Itu aje resipi mudah Arwah Bonda. Sedap makan dengan nasi impit, lemang, pulut dan juga nasi. Selamat mencuba.









Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dapurkakjee.blogspot.com/2017/11/rendang-daging-peparu-resipi-arwah-bonda.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resipi Rezeki Rancangan Travelog Masakan

Resipi Rezeki Rancangan Travelog Masakan

papar berkaitan - pada 15/11/2019 - jumlah : 510 hits
Original Content Resipi Rezeki adalah sebuah rancangan TV terbaru terbitan RTM yang berunsurkan travelog masakan Ia disiarkan melalui saluran TV Okey dan diterajui oleh pelakon Sumber Dilarang Plagiat Tanpa Kebenaran
Resipi Muffin Brokoli Dan Keju Untuk Bayi Berlatih Makan Sendiri

Resipi Muffin Brokoli Dan Keju Untuk Bayi Berlatih Makan Sendiri

papar berkaitan - pada 18/11/2019 - jumlah : 415 hits
Hi mommies Pernah cuba beri bayi peluang untuk suap makanan sendiri tak Ini dikenali sebagai led weaning dan hanya boleh dilakukan di bawah pengawasan parents Kalau nak cuba pastikan anda beri si manja makanan bersesuaian Nah ini resipi yan...
Resipi Apam Susu Ikut Sukatan Cawan

Resipi Apam Susu Ikut Sukatan Cawan

papar berkaitan - pada 14/11/2019 - jumlah : 554 hits
Kuih apam memang menjadi kegemaran ramai Bukan hanya sedap dimakan ketika minum petang bila bila masa pun boleh menikmatinya Jom kita cuba buat apam susu Selain rasanya yang sedap ia mudah Sudah pasti mereka yang kurang mahir akan tertarik ...
Dapur Bujang Resipi Laksa Lemak Tersedap Di Dunia

Dapur Bujang Resipi Laksa Lemak Tersedap Di Dunia

papar berkaitan - pada 13/11/2019 - jumlah : 597 hits
Assalamualaikum and Hello guys Actually sekolah aku ada buat potluck sikit harini sempena jamuan akhir tahun bagi meraikan guru guru dan murid murid Aku pun kemain ligat la duk berfikir nak bawa apa untuk potluck harini Disebabkan aku actua...
40 Tahun Resipi Warisan Turun Temurun Restoran Uncle Chong S Bukit Jalil

40 Tahun Resipi Warisan Turun Temurun Restoran Uncle Chong S Bukit Jalil

papar berkaitan - pada 12/11/2019 - jumlah : 450 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan rakan sekalian Siapa yang duduk area Bukit Jalil dan yang sekawasan dengannya kini korang boleh mencuba makanan resipi turun temurun sejak 40 tahun lamanya Sebelu...
3 Resipi Roti Ringkas Sedap Boleh Buat Sendiri Sedap Mudah

3 Resipi Roti Ringkas Sedap Boleh Buat Sendiri Sedap Mudah

papar berkaitan - pada 13/11/2019 - jumlah : 409 hits
Kalau anak anak korang suka sarapan dengan roti korang mesti cuba resipi yang ringkas dan senang ni kalau ada mesin pembuat roti lagi senang Pejam je mata gerenti jadi ye Apapun tiga menu roti yang dikongsikan ini sangat sedap dan shat Ia b...
7 Manfaat Air Lemon Dan Resipi Untuk Turunkan Berat Badan

7 Manfaat Air Lemon Dan Resipi Untuk Turunkan Berat Badan

papar berkaitan - pada 19/11/2019 - jumlah : 427 hits
Detox water menggunakan Lemon sangat femes dan digunakan sebagai minuman terbaik bagi mencuci usus dan menurunkan berat badan Anda boleh minum air lemon secara suam atau gantikan dengan air masak dengan lemon dan ramuan buahan lain dan disi...
Jom Buat Sendiri Resipi Pancake Lembut Gebu Dan Sedap Ala Mcd Sesuai Dijadikan Sarapan

Jom Buat Sendiri Resipi Pancake Lembut Gebu Dan Sedap Ala Mcd Sesuai Dijadikan Sarapan

papar berkaitan - pada 20/11/2019 - jumlah : 810 hits
Siapa suka makan pancake MCD Ni ada cara nak buat sendiri je pancake lembut gebu dan memang senang gila nak buat Korang boleh buat sarapan sebelum pergi kerja atau disajikan buat anak anak ke sekolah Jom kita selongkar
Resipi Masakan Sunda Paling Sedap Pasti Kecur Liur

Resipi Masakan Sunda Paling Sedap Pasti Kecur Liur

papar berkaitan - pada 26/11/2019 - jumlah : 689 hits
Anda suka makanan bakar yang pedas Seleksi masakan Sunda Indonesia ni pasti kena dengan selera anda Rata rata masakannya memang menyengat tapi sedap Pasti berpeluh kalau cuba Kalau nak cuba masak sendiri ini ada tiga resipi yang dikongsikan...
Johor Apa Yang Menarik Di Iskandar Puteri

Business Marketing For Success

Ayam Madu Sira Masak Guna Resipi Ni Memang Sangat Sedap

Andika Putera Biodata Usahawan Kacak Geng Old Money

Ikan Siakap Masak Berlada

Biarkan Aku Menangis

Apa Itu Old Money Memahami Konsep Old Money Dan Keistimewaannya Yang Unik

Lirik Lagu Nombor 1 Sleeq


echo '';
Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 39 Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024 Persaingan Merebut Tiket Ke AJL Anugerah Juara Lagu

Biodata Terkini Fairuz Selamat Q Face Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Izinkanlah

Biodata Terkini Arrora Salwa Salwa Razak Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Ahmad

Biodata Terkini Penyanyi Liza Aziz Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Adik Beradik Kepada Azlina Aziz

Senarai Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Tonton Konsert Minggu 1 Pada 24 November Live Di Astro Ria Sooka Online


Breakfast Hari Ini

Lirik Lagu Sejarah Dato Sri Siti Nurhaliza

Latheefa Koya Tak Nak Masuk Umno Ker

Wings Mayang Sulit Chord

Siti Nurhaliza Sejarah Chord

Fakta Tentang Susu Kucing Dan Jenama Susu Untuk Dicuba