Rendang Daging Padang Sedap



Sempena cuti Hari Krismas hari ini, saya ingin kongsikan satu resepi yang sangat istimewa iaitu Rendang Daging Padang. Sebelum masuk bab Rendang Daging Padang, saya ingin menulis bab lain dulu. Semasa ke Bangkok hari tu di SINI, saya belum benar benar sihat. Ketika itu, saya baru 2 minggu discharged dari hospital selepas prosedur pembuangan batu karang. Tapi saya ikut juga kerana tak mahu lah ketinggalan untuk bercuti bersama sama teman teman alumni. 

Sepanjang di sana, saya memang kurang minum kerana airnya terasa tersangat payau. Lagi pulak, bila sibuk berjalan ke sana sini, boleh terlupa untuk minum. Sampai ke bilik pula, dah mengantuk dan tak minum lagi.
Dua hari selepas balik, saya mulai merasai tekak kering dan mulai batuk batuk. Saya cepat cepat ke klinik dengan harapan ianya tidak melarat. Tapi ianya tidak menjadi, kerana sakit badan saya sehingga menggigil. Saya hanya terbaring sahaja di ruang keluarga. Lima hari saya terbaring lesu. Nasib baik Ros ada untuk menemani sepanjang Nana ke Penang. 
Memang demam saya kali ini, lain sekali. Tidak pernah lagi, selsema sehingga tidak dapat bangun selama 5 hari. Selera makan langsung hilang, sehari hanya mampu makan 2 sudu nasi sahaja. Itu pun kerana perlu makan sebelum makan ubat. Faktor usia juga salah satu penyebabnya. Apa apa pun, saya redha kerana ujian yang ditimpa ke atas kita adalah kerana Allah hendak menghapuskan dosa dosa kecil kita. Mudah mudahan. Aameen.  

Nasib baik tengah menghabiskan cuti tahunan. Jadi tak perlu nak fikir pasal kerja dan pejabat. Nampak gayanya sepanjang cuti ini, untuk saya merehatkan badan sahaja lah. Esok Insya Allah saya akan bercuti ke Jakarta. Walaupun lemah, Hubby cadangkan supaya saya ikut dan anggap ianya sebagai cuti untuk berehat rehat sahaja. Doakan semoga saya sihat dan dipermudahkan segala urusan ya.

Sekarang beralih pada bab rendang yang sangat sedap ini. Rendang ini disediakan ketika saya tengah tidak sihat. Saya hanya sempat merekodkan separuh sahaja dan terus naik tidur. Ros yang tolong mengeringkan rendang ini.


Resepi ini saya pelajari dari sepupu Puan Yarina, yang berasal dari Padang. Setiap kali ke rumah Puan Yarina, beliau akan bercerita keenakan rendang daging yang dibawa oleh sepupunya ke sini. 

Saya pula, memang pantang dengar masakan sedap, mesti nak dapatkan resepi. Jadi saya memujuk Yarina supaya menghubungi sepupu beliau di Padang. Alhamdulillah kerana sepupu beliau telah sudi menulis resepi dengan sukatan sekali.
Saya menyediakan rendang daging kali ini untuk dimakan bersama pulut kuning. Pulut kuning adalah antara masakan tradisional yang saya sangat suka makan dan juga sangat suka menyediakannya. 

Rendang ini lagi lama dipanaskan akan lagi keperangan warnanya dan lagi sedap. Jadi alang alang menyediakan rendang ini, elok dibuat banyak banyak sekali dan disimpan. 
Jom layan resepi yang saya olah di bawah ini. Memang berbaloi baloi dan tak rugi mencubanya. Selamat mencuba...


Rendang Daging PadangOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:1 kg daging - tanpa lemak dipotong sedikit tebal 2 liter santan - dari 3 biji kelapa Garam 
Bahan kisar halus:  10 biji bawang merah15 ulas bawang putih1 inci halia1 inci kunyit hidup2 inci lengkuas100 gram cili kering 1 sudu kecil serbuk ketumbar1 sudu kecil serbuk lada sulah
Bahan lain:2 batang serai  4 helai daun salam5 helai daun limau purut1 helai daun kunyit
Cara cara:Daging dicampur dengan bahan kisar halus serta garam secukupnya. Ketepikan.

Santan dimasak sehinga terbit minyaknya. Masukkan bahan bahan lain.  

Setelah santan mulai kelihatan terbit minyak, masukkan daging yang telah diperap dengan bahan kisar halus tadi. Masak sehingga hampir kering. Nota: saya pindahkan ke dalam periuk Noxxa dan masak selama 30 minit. 

Ketika hampir kering, besarkan api dan kacau sehingga kering. Keringkan mengikut kesesuaian selera. Sesuaikan rasa dan bolehlah ditutup api. 

Nota:
Rendang akan menpunyai banyak serdak dan berminyak. Dimasak lama lama sehingga rendang bertukar warna gelap berminyak.

Jika menggunakan periuk Noxxa, selepas 30 minit, keringkan dengan mengguna setting stir fry. Jika kuatir daging terlebih lembut, boleh keluarkan daging dan keringkan hanya kuah sahaja. Daging dimasukkan semula selepas kuah hampir kering.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.aziekitchen.com/2019/12/rendang-daging-padang-sedap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Onde Onde Comel Inti Coklat Sedap

Onde Onde Comel Inti Coklat Sedap

papar berkaitan - pada 24/12/2019 - jumlah : 625 hits
Onde onde Inti Coklat Mudah DisediakanSiapa yang tak kenal dengan kuih onde onde yang disalut kelapa parut bukan Sejenis kuih yang mudah disediakan dengan bahan bahan yang senang didapati Mai sendiri menggemari onde onde Bila gigit pecah ma...
Kicap Jalen Cenderahati Yang Unik Klasik Dan Sedap

Kicap Jalen Cenderahati Yang Unik Klasik Dan Sedap

papar berkaitan - pada 25/12/2019 - jumlah : 725 hits
assalamualaikum pagi pagi cuti krismas dah update blog hi hi hi hi time keje tak nyempat time cuti lah ye hidup blog ni hari ni kami tak ke mana mana aktiviti kemas buku rujukan nak start sorting buku patut beli utk kak Nurin PT3 2020 ada b...
Cadangan Kudapan Atau Minum Petang Yang Sedap Dan Mudah Disediakan Di Rumah

Cadangan Kudapan Atau Minum Petang Yang Sedap Dan Mudah Disediakan Di Rumah

papar berkaitan - pada 22/12/2019 - jumlah : 1124 hits
As Salam Cadangan Kudapan Atau Minum Petang Yang Sedap Dan Mudah Disediakan Di Rumah Tak tahulah style family korang macam mana tapi jika ada readers blog ini yang mempunyai citarasa sama atau lebih kurang dengan family saya ada beberapa me...
Resepi Ayam Percik Utara Cara Simple Tapi Sedap

Resepi Ayam Percik Utara Cara Simple Tapi Sedap

papar berkaitan - pada 21/12/2019 - jumlah : 411 hits
Resepi Ayam Percik Utara Cara Simple Tapi Sedap Daku memang sangat suka makan ayam percik termasuklah suami dan anak anak Cuma walaupun berada di Pantai Timur namun daku lebih suka ayam percik style utara Nak bezakan ayam percik utara denga...
Buat Penggemar Nescafe Lelaki Ini Kongsi Resepi Bancuhan Nescafe Paling Sedap Memang Padu

Buat Penggemar Nescafe Lelaki Ini Kongsi Resepi Bancuhan Nescafe Paling Sedap Memang Padu

papar berkaitan - pada 21/12/2019 - jumlah : 720 hits
Pemuda ini kongsi resepi bancuhan air nescafe paling sedap dan pekat persis kafe mahal oleh oleh lelaki yang mempunyai pengalaman bebelas bekerja sebagai barista di Starbuck Buat penggemar nescafe lelaki ini kongsi resepi bancuhan nescafe p...
Hanya 15 Minit Boleh Siapkan Bekal Anak Kembali Ke Sekolah Resipi Ini Confirm Sedap

Hanya 15 Minit Boleh Siapkan Bekal Anak Kembali Ke Sekolah Resipi Ini Confirm Sedap

papar berkaitan - pada 27/12/2019 - jumlah : 1448 hits
Waktu pagi adalah waktu yang cukup genting bagi para ibu untuk mempersiapkan segala hal terutama bagi ibu yang bekerja Memasak dan menyediakan bekalan makanan untuk anak anak ke sekolah memerlukan peruntukan masa yang sangat lama Ibu harus ...
Sedap Juga Murtabak Maggi Ni Rupanya

Sedap Juga Murtabak Maggi Ni Rupanya

papar berkaitan - pada 21/12/2019 - jumlah : 577 hits
Anak anak ana ni peminat setia sangat dengan video video masakan Khairul Aming Macam macam menu resepi dia depa duk try kat rumah bila balik cuti Ni tengah study week dua beradik ni lagi lah segala neka depa nak masak dan makan Okay lah jug...
Tempat Makan Paling Sedap Di Penang

Tempat Makan Paling Sedap Di Penang

papar berkaitan - pada 27/12/2019 - jumlah : 883 hits
AssalamualaikumBismillahSempena dengan cuti sekolah ini ada merancang nak pergi mana mana tak Banyak tempat menarik di Malaysia ini sampai tak tahu nak pilih destinasi percutian Sekiranya korang ingin bercuti di tempat yang mempunyai pasir ...
Rent A Mechanical Bull For The Ultimate Event Experience

Rafizi Dedah Cerita Bagaimana Kerjasama Malaysia Arm Tercetus

Resepi Laksa Lemak Kedah Bahan Bahan 1 Tin Sardin Buang Sos Dan Cuci

Madani Gov T Sending Palestinian Kids To International School Are The Expenses Borne By M Sian Taxpayers

Explainer What Is Opr And How Bank Negara S Decision Affects You

Ramkarpal Wants Preacher S Offensive Post Against Hindus Removed

Nikmati Sajian Eratkan Jalinan At Hilton Garden Inn Puchong Ramadan Buffet 2025

Agih Zakat Rm33 Juta Tenaga Nasional Berhad Komited Sokong Pembangunan Negara


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Gambar Konsert Sudirman Jalan Chow Kit Tahun 1986

Saifuddin Belum Buat Keputusan Tanding Pemilihan Pkr

Health Ministry S 5 Year Plan To Prevent Teens From Smoking

Daganghalal Strengthens Its Global Halal Trade Foothold At Gulfood 2025

The Wisdom Of Ramadan

Buy Diamond Pendants In Malaysia Discover Elegance At Diamond Talk