Rendang Ayam Sedap
Asalamualaikum dan salam khamis...
masih dalam mood hari raya? buat kak rose memang tak terasa sangat sbb memang tak kemana2 pun hari raya ni.. cuma sambut bersama keluarga kecil kami, ya lah dalam masa pkpb kan.. dan bila pkpb dah lifted dan digantikan dengan pkpp, masa ni lah baru boleh berhari raya dengan adik beradik kan.. tapi kan tak lah nak berbebut2 nak balik kampung.. masih dalam keadaan berhati2 dan kita jaga kita.. minggu depan baru kami plan nak balik kampung, gader2 adik beradik... so ni nak tepek rendang ayam yang kak rose buat untuk pot luck di pejabat en asben.. resepi kak rose amik dari perkongsian di fb.. cuma gandakan bahan2 according to berapa ekor ayam yang di masak..yang ni kak rose masak untuk dua ekor ayam, so pandai2 lah nak gandakan ya. jom tengok caranya..
Bahan-Bahan:1 ekor ayam (saiz besar)1 senduk cili kisar1 mangkuk besar santan pekat1/2 mangkuk kecil ais asam jawa (kak rose guna asam keping)3 sudu besar kerisik2 helai daun kunyit2 helai daun limau purutgaram dan gula secukup rasa1 mangkuk besar minyak, untuk menumisBahan-bahan untuk rempah tumis:2 batang kayu manis3 kuntum bunga lawang5 biji buah pelagaBahan-bahan untuk kisar halus:1 biji bawang besar8 biji bawang merah5 ulas bawang putih2 inci halia3 ketul kunyit hidup2 inci lengkuas2 batang serai
Cara Penyediaan:Cara-cara untuk rendang:Bersihkan ayam dan toskan.Panaskan minyak dan tumis bahan rempah tumis, bahan kisar halus dan cili kisar. Kacau perlahan dan masak sehingga pecah minyak dan garing. Warna bahan tumisan akan bertukar menjadi sedikit gelap.Masukkan pula ayam dan biarkan masak selama 5-10 minit. Air ayam akan keluar sedikit semasa proses ini.Masukkan santan pekat dan air asam jawa. Kacau perlahan-lahan di atas api sederhana sehingga kuah menjadi pekat.Masukkan kerisik, daun kunyit dan daun limau purut. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.Tabur dengan hirisan daun kunyit sebagai hiasan.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://seripayaku.blogspot.com/2020/06/rendang-ayam-sedap.html