Ayam Masak Merah Air Tangan Datin Furyna Sedap Berkuah Ini Rahsianya
Datin Furyna usahanita jelita dan kecil molek ini, pengasas produk kecantikan dan kesihatan Syarikat AuraWhite Global Sdn Bhd masih sempat berkongsi resipi Ayam Masak Merah yang dikatakan lain dari kebanyakan menu ayam masak merah yang ada. Nak tahu apa rahsianya, ini resipinya. Tak cukup satu Datin turut share satu lagi menu kegemarannya iaitu Sambal Paru.
AYAM MASAK MERAH
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam | potong sederhana100gm buah badam | kisar1 biji bawang besar | hiris bulat3 biji cli merah | hiris serong2 sudu makan puri tomato2 sudu makan sos cili1 sudu makan air asam jawa4 sudu makan cili kering kisar2 cawan santanGaram dan gula secukup rasaBAHAN KISAR:
1 biji bawang besar5 biji bawang merah3cm halia2cm lengkuas3 biji buah kerasCARA MEMASAK:
Ayam digaul dengan sedikit serbuk kunyit dan garam, perap sekejap dan goreng hingga 3/4 masak.Angkat dan toskan.Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing.Tambah puri tomato dan sos cili, kacau rata.Tambah ayam tadi dan gaul rata, kemudian tambah air asam jawa dan santan.Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.Biarkan mereneh atas api sederhana hingga kuah pekat.Sedia dihidangkan.
SAMBAL PARU
BAHAN-BAHAN::
500gm paru | rebus dan hiris nipis1 sudu makan air asam jawa1 biji bawang Holland | hiris bulat5 sudu makan pes cili keringGaram, gula dan perasa secukupnyaMinyak masak secukupnya | untuk menggoreng dan menumisBAHAN KISAR:
5 ulas bawang3 ulas bawang putih2cm halia2 batang serai CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, goreng paru yang telah direbus (jangan terlalu garing). Angkat dan ketepikan.Menggunakan kuali lain, panaskan sedikit minyak, kemudian tumis bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak.Masukkan pes cili kering, kacau rata hingga pecah minyak.Seterusnya masukkan air asam dan perasakan dengan garam, gula dan perasa secukup rasa.Apabila kuah agak garing masukkan hirisan bawang Holland bersama paru.Gaul rata kemudian tutup api.Sambal paru sedia dihidangkan.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://rasanakmasak.blogspot.com/2019/03/ayam-masak-merah-air-tangan-datin.html