Remaja Kerdil Rayu Sumbangan Perubatan


 
Keadaan Kama Mirezzanial Kam Rezmie yang kini koma dan tidak sedarkan diri.PETALING JAYA: Ibu kepada seorang remaja yang pernah dinobatkan sebagai kanak-kanak paling kecil di dunia pada 2012, merayu sumbangan orang ramai untuk membantu membiayai kos rawatan anaknya yang kini dirawat di Pusat Perubatan Sunway selepas diserang sawan.
Masitah Mohd Yusof, 43, berkata, anaknya yang sebelum ini tidak mengalami sebarang penyakit dan sentiasa ceria tiba-tiba mengalami sawan petang kelmarin, menyebabkan badannya kejang dan mengeras.
Pada mulanya, beliau berkata, mereka berdepan kesukaran untuk mendaftar masuk ke hospital kerajaan selepas dimaklumkan semua hospital di Lembah Klang penuh, malah hospital yang mempunyai kekosongan pula tidak mempunyai kelengkapan untuk merawat anaknya.
“Selepas jam 3 pagi (semalam) baru anak saya dapat dibawa ke Pusat Perubatan Sunway selepas pihak hospital memaklumkan ada kekosongan dan pakar untuk merawat anak saya,” katanya kepada FMT.
Kama Mirezzanial Kam Rezmie, 17, yang kini koma dan tidak sedarkan diri, memerlukan kos rawatan harian kira-kira RM5,000 hingga RM10,000 sehari.
Beliau yang kini bergantung penuh kepada alat bantuan pernafasan mempunyai ketinggian hanya 90cm dan memakai baju saiz kanak-kanak berumur 1 hingga 2 tahun.
Penghargaan yang diterima Kama Mirezzanial Kam Rezmie selepas dinobatkan sebagai kanak-kanak paling kecil di dunia pada 2012.Masitah yang juga seorang suri rumah berkata, kos yang dimaklumkan oleh pihak hospital benar-benar di luar kemampuan keluarga memandangkan suaminya, yang bekerja sebagai pengusaha katering hanya bekerja seorang.
Katanya, lebih menyukarkan mereka sekeluarga apabila perniagaan suami terjejas teruk sejak pandemik Covid-19, menyebabkan simpanan mereka semakin menyusut.
“Simpanan suami sudah habis kami keluarkan untuk tampung kos perubatan anak untuk beberapa hari ini, saya merayu walaupun hanya RM1 pun, saya terima derma anda semua,” katanya yang terkejut dengan nasib menimpa anak sulungnya.
Masitah berkata, esok pihak hospital akan melakukan prosedur Imbasan Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) terhadap Kama Mirezzanial untuk mengetahui lebih lanjut tahap penyakit yang dihadapi anaknya.
“Tak tahu sampai bila Kama Mirezzanial akan dirawat di sini, kerana keadaan dia benar-benar lemah dan tidak memberi sebarang tindak balas,” katanya. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2021/09/remaja-kerdil-rayu-sumbangan-perubatan.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+M

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Vaksinasi Remaja 12 Hingga 17 Tahun Di Sabah Bermula Hari Ini

Vaksinasi Remaja 12 Hingga 17 Tahun Di Sabah Bermula Hari Ini

papar berkaitan - pada 16/9/2021 - jumlah : 286 hits
Remaja Labuan mendapat suntikan vaksin Covid 19 mereka pada 11 September 2021 KOTA KINABALU Kerajaan negeri memutuskan untuk memberi suntikan vaksin COVID 19 kepada remaja berusia 12 sehingga 17 tahun bermula hari ini Ketua Menteri Sabah Da...
Ums Mula Vaksinasi Remaja Dengan Vaksin Covid 19

Ums Mula Vaksinasi Remaja Dengan Vaksin Covid 19

papar berkaitan - pada 17/9/2021 - jumlah : 318 hits
Taufiq menemani Noraini semasa lawatan ke UMS PPV UMS sambut baik saranan Ketua Menteri sasar 3 000 penerima vaksin remaja 12 17 tahun pada hari pertama KOTA KINABALU Universiti Malaysia Sabah menyambut baik terhadap pengumuman Ketua Menter...
Hiburan Berhenti Kongsi Cerita Pesakit Kanser Mati Elyana Rayu Peminat Fahami Keadaannya Kini

Hiburan Berhenti Kongsi Cerita Pesakit Kanser Mati Elyana Rayu Peminat Fahami Keadaannya Kini

papar berkaitan - pada 27/9/2021 - jumlah : 288 hits
Penyanyi Elyana merayu kepada para peminat agar tidak tampil meninggalkan komen di Instagramnya mengenai cerita kematian membabitkan pesakit kanser ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementKata Elyana dia hanya mahu peminat lebih sensitif dan memaham...
Undi 18 Kerajaan Tak Rayu Kemenangan Anak Muda

Undi 18 Kerajaan Tak Rayu Kemenangan Anak Muda

papar berkaitan - pada 23/9/2021 - jumlah : 379 hits
Persatuan Pengundi Muda atau UNDI 18 menyokong tindakan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memutuskan untuk tidak merayu keputusan Mahkamah Tinggi Kuching mengarahkan kerajaan melaksanakan had umur pengundi 18 tahun ...
Kes Kerakyatan Anak Ikut Ibu Kerajaan Tak Perlulah Rayu Gesa Nazri

Kes Kerakyatan Anak Ikut Ibu Kerajaan Tak Perlulah Rayu Gesa Nazri

papar berkaitan - pada 21/9/2021 - jumlah : 273 hits
Ahli Parlimen Padang Rengas Nazri Aziz menggesa kerajaan menggugurkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi bahawa anak yang dilahirkan warganegara Malaysia di luar negara turut diberikan kerakyatan secara automatik oleh ibu mereka Lapo...
Rakyat Rayu Kerajaan Lanjut Tempoh Moratorium Zahid

Rakyat Rayu Kerajaan Lanjut Tempoh Moratorium Zahid

papar berkaitan - pada 23/9/2021 - jumlah : 202 hits
By 22 September 2021Ahmad Zahid HamidiKUALA LUMPUR UMNO menerima banyak cadangan daripada rakyat meminta tempoh moratorium sedia ada dilanjutkan Presidennya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata antara alasan ialah masih ramai yang hilang p...
Tujuh Remaja Terperangkap Di Sungai Kedondong Diselamatkan Bomba

Tujuh Remaja Terperangkap Di Sungai Kedondong Diselamatkan Bomba

papar berkaitan - pada 18/9/2021 - jumlah : 329 hits
Tujuh remaja terperangkap di Sungai Kedondong diselamatkan bomba Tujuh orang remaja yang terperangkap di Sungai Kedondong Batang Kali akibat arus deras diselamat pasukan bomba dan penyelamat malam tadi Komander Operasi Kanan Jabatan Bomba d...
Abbott Perkenal Pediasure 10 Untuk Memacu Tumbesaran Remaja Di Malaysia

Abbott Perkenal Pediasure 10 Untuk Memacu Tumbesaran Remaja Di Malaysia

papar berkaitan - pada 18/9/2021 - jumlah : 457 hits
Remaja memerlukan sehingga dua kali ganda nutrien yang penting untuk tumbesaran berbanding kanak kanak lebih muda Namun remaja di Malaysia gagal memenuhi keperluan diet mereka PediaSure 10 dirumus secara khusus untuk remaja berusia 10 hingg...
Eksekutif Pemasaran Pandu Lawan Arus Di Lebuh Raya Didakwa Bunuh 2 Remaja

Eksekutif Pemasaran Pandu Lawan Arus Di Lebuh Raya Didakwa Bunuh 2 Remaja

papar berkaitan - pada 20/9/2021 - jumlah : 184 hits
Eksekutif pemasaran pandu lawan arus di lebuh raya didakwa bunuh 2 remaja Seorang eksekutif pemasaran berusia 24 tahun didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan membunuh dua remaja di Lebuhraya Persekutuan lapan hari lalu K Devaasw...
Start Your Property Journey Here Malaysia S Real Estate Trends And Opportunities

We Re In Business As Usual Says Sapura Energy

Aktivis Saran Bekukan Aset Penceroboh Haram Musang King Raub Kembalikan Hasil Kepada Kerajaan Pahang

Anwar Abang Jo To Finalise Key Principles For Petronas Petros Talks

Tiada Sebab Klinik Swasta Farmasi Dapat Keistimewaan Sinar Harian 08 05 2025

Makan Santai Siakap Penyet Dan Mee Jawa Secukup Rasa

Casa En La Laguna By A4estudio A Sculptural Retreat Overlooking Laguna Blanca

Ranking Terkini Bola Sepak Malaysia 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Berita Kelahiran Dan Kematian Dalam Satu Hari

Mee Telur Goreng Yang Sangat Sedap

Tpfx Pontianak Selenggarakan Table Talks Kedua Di Kota Singkawang

Pelajar Parah Didakwa Dibelasah Beramai Ramai

Kes Faisal Halim Bukan Perkara Kecil Menteri Kbs Harap Siasatan Diteruskan

Beli Game Ps5 Lebih Mudah Dengan Apple Pay Kini Tersedia Di Malaysia