Jangan Main Main Kes Bayi Tertelan Najis Dalam Kandungan Ada 4 Kesan Buruk Kepada Bayi


Kita kerap mendengar istilah ‘bayi tertelan najis’ ketika dalam proses kelahiran atau dipanggil Sindrom Aspirasi Mekonium. Apakah keadaan yang sebenarnya berlaku?
Pada pagi itu, Anis (bukan nama sebenar)yang sudah melepasi dua hari daripada tarikh jangkaan bersalin melihat ada kesan air tanpa bau pada seluar dalamnya. Dia fikir itu adalah air kencing. Tetapi apabila diperhatikan ia sangat jernih dan tidak berbau hancing, membuatnya terfikir ia adalah lelehan air ketuban.
Kontraksi yang dirasai tidak terlalu kuat dan kesibukan di pejabat menyebabkan Anis berlengah untuk ke hospital. Sehinggalah pada tengah hari, air yang jernih tadi mula bertukar warna dan ada kepingan warna hijau di dalamnya. Maka dia terus bergegas ke hospital dan doktor menyarankan supaya dia segera melahirkan bayi menerusi pembedahan untuk mengelakkan bayi tertelan najis sendiri atau dipanggil Sindrom Aspirasi Mekonium.
Kita kerap mendengar istilah ‘bayi tertelan najis’ ketika dalam proses kelahiran atau dipanggil Sindrom Aspirasi Mekonium. Apakah keadaan yang sebenarnya berlaku? Menurut Dr Siti Aishah Daud, Pakar Obstetrik & Ginekologi Subang Jaya Medical Centre, Sindrom Aspirasi Mekonium merujuk kepada masalah pernafasan bayi. Ia sama ada disebabkan oleh bayi membuang najis dalam kandungan dan menyebabkan ia memasuki paru-paru.
Mekonium ialah najis berwarna hijau kegelapan yang dihasilkan oleh saluran gastrousus janin sebelum lahir. Ia terdiri dari sel epitilial usus, lanugo, mukus, air ketuban, hempedu dan air. Ia pekat dan melekit seperti tar. Pada kebiasaannya mekonium akan berada di dalam usus sehingga lahir. Selepas lahir bayi akan mengeluarkan mekonium selama beberapa hari dan diikuti oleh najis biasa yang berwarna kekuningan.
Tetapi dalam kes tertentu, bayi telah membuang air besar ketika di dalam kandungan lagi. Kebanyakan kes terjadi kepada bayi yang ‘stres’ (fetal distress) akibat oleh kekurangan darah atau oksigen. Lazimnya, ia disebabkan oleh masalah fungsi plasenta atau uri. Tetapi ada juga yang terjadi secara rawak tanpa sebab seperti kes Anis di mana bayinya tidak stres atau tertekan tetapi sudah melewati tarikh jangkaan bersalin.
BAYI TERTELAN MEKONIUM
Apabila mekonium dikeluarkan dan terbebas ke dalam air ketuban, ia kemudiannya akan disedut atau ditelan oleh bayi ke dalam paru-parunya. Hal ini juga akan menyebabkan tubuh bayi diselaputi najis dan menyumbat saluran pernafasan bayi selepas dilahirkan.
Pasukan yang merawat akan segera merawat bayi yang mengalami sindrom ini. Sejurus selepas dilahirkan, pasukan perubatan akan bertindak pantas dengan menyedut mulut, hidung dan tekak bayi untuk mengeluarkan mekonium jika bayi dalam keadaan lemah, tidak bernafas dan diselaputi mekonium. Mereka kemudiannya dirawat dengan antibiotik jika terdapat risiko jangkitan yang tinggi dan diberikan bantuan sampingan dengan oksigen juga akan diberi jika diperlukan. Bayi yang diberi alat bantuan pernafasan akan dipantau untuk mengelakkan sebarang komplikasi seperti pneumothorax atau PPHN.
SIAPA YANG BERISIKO?

Ibu yang berisiko menyebabkan bayi mengalami stres sehingga membuang najis ketika dalam kandungan
Kehamilan melebihi tarikh jangkaan 40 minggu menyebabkan uri tidak berfungsi baik. Kandungan yang melewati 40 minggu boleh menyebabkan uri `lebih matang’. Uri adalah organ yang memberi khasiat dan oksigen kepada janin di dalam rahim. Apabila uri matang, ia tidak dapat memberi oksigen secukupnya kepada janin. Air ketuban juga pada waktu ini juga akan berkurangan dan menyebabkan kandungan mekonium  menjadi pekat. Oleh itu sindrom ini lebih kerap terjadi kepada kandungan yang ‘lebih hari’ (past due) berbanding dengan bayi pramatang atau cukup bulan.
Jangkitan kuman pada ibu. Ibu yang menghidap diabetes semasa hamil. Ibu yang menghadapi proses kelahiran yang mempunyai komplikasi menyebabkan ia lama atau sukar. Ibu yang mengalami masalah tekanan darah tinggi. Ibu yang merokok dan mengambil dadah. KESAN TERTELAN NAJIS KEPADA BAYI
Sindrom ini boleh menyebabkan pelbagai komplikasi kepada bayi. Antaranya ialah;
Mekonium boleh menyebabkan saluran pernafasan bayi tersumbat. Secara tidak langsung paru-paru terlampau berkembang sehingga menyebabkan Pneumothorax iaitu keadaan di mana paru-paru bocor. Ia juga boleh menyebabkan tekanan yang tinggi pada saluran darah di paru-paru  atau Persistent Pulmonary Hypertension of Newborn (PPHN). Oleh itu bekalan darah ke paru-paru berkurangan menyebabkan bayi sukar bernafas. Walaupun mekonium itu steril, kehadirannya di dalam saluran pernafasan boleh menyebabkan jangkitan/ keradangan paru-paru Pneumonitis. Di dalam situasi yang jarang berlaku, Sindrom Aspirasi Mekonium  yang teruk boleh menyebabkan kurang bekalan oksigen ke otak bayi. USAHA UNTUK MENGELAKKANNYA
Memang ia tidak boleh dielakkan tetapi sekurang-kurangnya ibu boleh mengambil langkah berjaga-jaga. Tidak terhad kepada golongan yang berisiko sahaja. Bagi ibu yang disenaraikan berisiko tinggi, mereka perlu sentiasa berwaspada dan melihat sekiranya terdapat lelehan air ketuban bermula dari minggu ke-34 kehamilan.
Selain itu, segera mendapatkan rawatan dan nasihat daripada doktor pakar sekiranya merasakan ciri-ciri bayi stres seperti bayi kurang bergerak, pendarahan, perut berasa senak dan kejang, tekanan darah naik serta kenaikan berat badan secara tiba-tiba.
Bagi mengurangkan risiko terjadinya Sindrom Aspirasi Mekonium, proses kelahiran perlu dipendekkan lebih-lebih lagi bagi bayi yang sudah stres di dalam kandungan. Kerjasama ibu dan pasangan menerima cadangan doktor untuk melahirkan menerusi pembedahan atau menggunakan alat bantu dapat mengurangkan masa kelahiran dan seterusnya mengelakkan terjadinya sindrom ini.
INFO: Kira-kira 5 % sahaja bayi yang membuang najis dalam kandungan akan mengalami Sindrom Aspirasi Mekonium. Bayi yang awalnya mengalami pernafasan laju akan mula bernafas secara semula jadi selepas empat hari. Sindrom ini jarang menyebabkan kerosakan kepada paru-paru.
The post Jangan Main-Main Kes Bayi ‘Tertelan’ Najis Dalam Kandungan, Ada 4 Kesan Buruk Kepada Bayi! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/jangan-main-main-kes-bayi-tertelan-najis-dalam-kandungan-ada-4-kesan-buruk-kepada-bayi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Main Main Denggi Masa Hamil Boleh Akibatkan Bayi Lahir Tak Cukup Bulan Atau Janin Mati Dalam Kandungan

Jangan Main Main Denggi Masa Hamil Boleh Akibatkan Bayi Lahir Tak Cukup Bulan Atau Janin Mati Dalam Kandungan

papar berkaitan - pada 17/12/2018 - jumlah : 534 hits
Denggi adalah wabak berbahaya apatah lagi jika menghinggapi wanita hamil Rawatan dan pemantauan perlu diberikan segera kerana kegagalannya boleh mengakibatkan pelbagai masalah seperti kelahiran bayi tidak cukup bulan atau kematian janin dal...
Bayi Disahkan Pesakit Kanser Neuroblastoma Termuda Kes Rare Ketumbuhan Membesar Sejak Dalam Kandungan

Bayi Disahkan Pesakit Kanser Neuroblastoma Termuda Kes Rare Ketumbuhan Membesar Sejak Dalam Kandungan

papar berkaitan - pada 23/12/2018 - jumlah : 641 hits
Baru berusia 2 bulan bayi ini pesakit kanser termuda Didiagnos pada usia 25 hari kesnya dianggap kes yang jarang berlaku di mana ketumbuhan bemula sejak dari dalam kandungan ibu Si comel ini terus kuat melalui rawatan demi rawatan serta pem...
Selepas Ini Jangan Main Beli Lagi Tau Kenali 6 Jenis Stroller Untuk Bayi Sebelum Anda Membelinya

Selepas Ini Jangan Main Beli Lagi Tau Kenali 6 Jenis Stroller Untuk Bayi Sebelum Anda Membelinya

papar berkaitan - pada 12/12/2018 - jumlah : 645 hits
Namun masih ramai dalam kalangan ibu bapa yang tidak tahu bahawa terpadat pelbagai jenis stroller dan kegunaanya Pening nak pilih yang mana Jangan risau di bawah ini kami senaraikan 6 jenis stroller yang berbeza jenis untuk dijadikan pandua...
Beberapa Minggu Lahir Bayi Kerap Menangis Jangan Fikir Tak Cukup Susu Faktor Ini Pun Kena Tahu

Beberapa Minggu Lahir Bayi Kerap Menangis Jangan Fikir Tak Cukup Susu Faktor Ini Pun Kena Tahu

papar berkaitan - pada 24/12/2018 - jumlah : 480 hits
Kerap kali ibu bertanya bayinya kerap menangis terutama dalam tempoh satu hingga dua minggu selepas kelahiran Ramai pula yang beranggapan si ibu tidak cukup susu ataupun susu ibu menyebabkan anak kembung ataupun macam macam alahan dan masal...
Jangan Biar Bayi Berbaring Je Tummy Time Boleh Kuatkan Otot Merangsang Bayi Umur Sehari Dah Boleh Mula

Jangan Biar Bayi Berbaring Je Tummy Time Boleh Kuatkan Otot Merangsang Bayi Umur Sehari Dah Boleh Mula

papar berkaitan - pada 24/12/2018 - jumlah : 472 hits
Tummy time atau meniarap banyak manfaatnya kepada bayi Ransangan mudah ini tidak perlukan alatan pun Mama papa boleh mulakan dari umur bayi seawal sehari Meniarap bukan sahaja salah satu perkembangan fizikal bayi Ia juga adalah satu bentuk ...
Ibu Kena Bijak Kawal Emosi Ketika Hamil Ada Kesannya Pada Bayi Dalam Kandungan Take Note

Ibu Kena Bijak Kawal Emosi Ketika Hamil Ada Kesannya Pada Bayi Dalam Kandungan Take Note

papar berkaitan - pada 12/12/2018 - jumlah : 335 hits
Orang orang lama selalu berpesan jangan terlalu beremosi bila mengandung Ceriakan diri dan elakkan daripada stress Rupanya hal ni bukan cakap kosong sahaja Malah diakui oleh pakar Menurut emosi anak dan bayi yang dikandung sememangnya sanga...
Cara Cuci Buah Avocado Tentukan Khasiatnya Pada Bayi Jangan Salah Cuci Ibu

Cara Cuci Buah Avocado Tentukan Khasiatnya Pada Bayi Jangan Salah Cuci Ibu

papar berkaitan - pada 22/12/2018 - jumlah : 532 hits
Buah avocado atau alpukat adalah buah yang popular diberikan pada bayi kerana ia ada lemak baik dan nutrien serba lengkap Ia juga merupakan makanan hebat untuk diberikan pada bayi yang baru mula makan makanan pejal Akan tetapi ramai ibu bap...
Sejujurnya Kes Kali Ini Lagi Teruk Dari Sebelum Ni Eina Azman Bantu Bayi Derita Ekzema

Sejujurnya Kes Kali Ini Lagi Teruk Dari Sebelum Ni Eina Azman Bantu Bayi Derita Ekzema

papar berkaitan - pada 13/12/2018 - jumlah : 594 hits
Sebelum ini Datin Eina Azman dan suaminya Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Abdullah telah membantu dua orang kanak kanak menghidap penyakit kulit Mereka telah membawa keluarga tersebut bertemu pakar kulit bagi mendapatkan rawatan Terbaru Eina Az...
Susu Ibu Pelbagai Rasa Setiap Hari Sebab Itu Bayi Excited Bila Nampak Ibu Depan Mata

Susu Ibu Pelbagai Rasa Setiap Hari Sebab Itu Bayi Excited Bila Nampak Ibu Depan Mata

papar berkaitan - pada 26/12/2018 - jumlah : 559 hits
Kenapa susu ibu buat bayi excited bila nampak ibu dia Fakta ini ramai ibu yang tak tahu kan Sebenarnya susu ibu adalah yang paling sedap untuk anak berbanding susu formula dipasaran kerana rasanya lain dari yang lain Berilah susu yang mahal...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Anak Anak Tak Izin Rita Rudaini Kahwin Lagi Mommy Seorang Pun Dah Cukup

Coretan Penuh Makna Syasya Rizal Setelah Bergelar Ibu

Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching