Relizema Dermarel Rawatan Dermatitis Atopik Penyakit Kronik Gatal Gatal


RELIZEMA DERMAREL RAWATAN DERMATITIS ATOPIK (AD) PENYAKIT KRONIK GATAL-GATAL - Bila cuaca panas, bila mengemas habuk sana sini. Mulalah, alahan gatal-gatal tu datang. Walau kami anak beranak tiada alahan mahu pun dermatitis atopik (AD), ada baiknya kami dapatkan perlindungan seawal yang mungkin . AD ini merupakan PENYAKIT KRONIK, lebih 20% kanak-kanak dan 8% orang dewasa di peringkat global penghidap AD

RELIZEMA DERMAREL RAWATAN DERMATITIS ATOPIK (AD) PENYAKIT KRONIK GATAL-GATAL
Rangkaian Relizema Dermarel yang terbukti secara klinikal yang dibuatkan bagi golongan dewasa dan kanak-kanak untuk memberikan perlindungan jangka panjang dan mencegah keradangan serta memberikan kelegaan segera apabila berlaku keradangan



Dermatitis atopik – apa dan mengapa?
Dermatitis atopik (turut dikenali sebagai ekzema atopik) adalah penyakit keradangan kulit kronik yang dikategorikan berdasarkan kegatalan teruk dan tompokan berkuping pada kulit. Rasa gatal menjadi sangat teruk sehingga ia mampu mengganggu waktu tidur, aktiviti harian, masa pembelajaran dan ketika bekerja. Ia biasanya terjadi berbeza mengikut usia, dan boleh dibahagikan kepada tiga fasa – fasa bayi atau anak kecil (4 bulan ke dua tahun); fasa kanak-kanak, (2-10 tahun); fasa remaja dan dewasa, (10 tahu ke dewasa. Dalam kalangan bayi, AD boleh bermula sebagai keruping di bahagian kepala, kemudian merebak ke muka dan anggota badan, sehingga pada lipatan kulit. Sementara di peringkat dewasa, AD boleh memberi kesan kepada wajah dan pada bahagian atas kawasan kemaluan



Patogenesis (mekanisme biologi yang menyebabkan penyakit) bagi AD adalah kompleks dan masih kurang difahami, walaupun ia secara umumnya dikaitkan kepada ketidakseimbangan lapisan perlindungan pada permukaan kulit, faktor imunologi dan pruritus (kegatalan). Terbaharu, stres oksidatif turut dikaitkan kepada patogenesis AD. Stres oksidatif berlaku apabila pembentukan spesies oksigen reaktif (molekul reaktif dan radikal bebas daripada molekul oksigen) di dalam sel melebihi kapasiti sel itu untuk menyingkirkannya. Stres oksidatif menggalakkan inflamasi pada tisu dengan mengakibatkan peningkatan pengeluaran protein yang terlibat dalam inflamasi secara genetik



Merawat dermatitis atopik
Untuk menghalang keradangan, usaha untuk mengurangkan kulit yang kekeringan, secara utamanya adalah dengan penggunaan krim pelembap atau emolien setiap hari di samping mengelakkan punca kerengsaan seperti alergen dan fabrik yang mengakibatkan iritasi. Bila kekeringan dapat dikurangkan, rasa hendak menggaru dan risiko untuk jangkitan kulit juga akan berkurangan. Mengelakkan mandi dengan lama dan menggunakan air panas juga boleh mengekang kulit daripada menjadi kering, dan emolien perlulah disapu pada kulit sejurus selepas mandi bagi memastikan bahagian epidermis sentiasa lembap dan dapat menambahkan lapisan perlindungan kulit, manakala minyak mandian dapat membantu mengurangkan keradangan



Penggunaan emolien bagi rawatan dermatitis atopik adalah sangat penting, kerana AD turut dikaitkan dengan anomali pada lapisan perlindungan kulit yang membolehkan penyerapan alergen ke dalam kulit dan seterusnya dapat meningkatkan iritasi dan menyebabkan keradangan berterusan. Sementara itu, rawatan perubatan untuk keradangan biasanya melibatkan penggunaan krim kortikosteroid, manakala AD yang teruk mungkin memerlukan ubat imunosupresan sistemik atau fototerapi dengan sinaran ultraviolet4. Sementara itu, sebarang sabun mandi digunakan perlulah daripada jenis yang tidak merengsa dan dilengkapi formula alergenik yang rendah selain pH dalam jisim kulit fisiologi sekitar 5-6

Relizema™-DermaRel™ 

Pilihan mummy kerana rangkaian ini terbukti secara klinikal untuk golongan dewasa dan kanak-kanak sebagai perlindungan jangka masa panjang, mencegah keradangan, memberikan kelegaan segera apabila gatal-gatal.
Ianya telah diuji secara dermatologi pada dewasa dan kanak-kanak untuk merawat dermatitis atopik, dermatitis lampin dan eritema
Yang dapat menenangkan, membaiki dan melindungi kulit yang kering dan sensitif.

Relizema™ Cream (40ml dan 100ml) Produk utama dalam rangkaian ini, Relizema™ Cream adalah rawatan topikal generasi baharu yang disasarkan, diperkaya dengan bahan antioksidan (furfuryl palmitate). Dengan formulasi khasnya yang menawarkan tindakan pelindung kulit, ia membantu memulih dan mengekalkan penghalang lapisan kulit anda, disamping dapat melindungi dan melembapkan kulit dengan kesan yang menenangkan. Krim yang terbukti secara klinikal ini memberikan kelegaan segera untuk rasa gatal-gatal dan kemerahan yang berkaitan dengan dermatitis, termasuk dermatitis atopik dan kontak, serta eritema.
DermaRel™ Lipid Replenishing Cleanser (400ml)DermaRel™ Lipid-Replenishing Cleanser adalah gel pembersih harian yang diformulasikan bagi merawat wajah dan tubuh yang sensitif dan kering, sesuai untuk dewasa dan kanak-kanak. Mengandungi kombinasi kompaun yang inovatif bertindak secara sinergi yang dapat menambah semula lapisan filem hydrolipid kulit, pembersih ini membantu membaiki semula pelindung semula jadi kulit, menambahkan kandungan air dalam kulit dan menggalakkan penghidratan dengan lebih cepat. Ianya kaya dengan gliserin, nikotinamida, ceramida dan asid amino – seperti arginine, proline dan glisin – membentuk Faktor Pelembapan Semula Jadi (NMF).

DermaRel™ Ultra Hydrating Lotion (400ml)Formula yang kaya dalam DermaRel™ Ultra Hydrating Lotion menjadikannya ideal sebagai penjagaan harian bagi kulit kering dan sensitif dalam kalangan dewasa dan kanak-kanak. Formulasinya yang inovatif menggabungkan kompaun tiga jenis ceramida berbeza bagi membantu membaiki semula pelindung kulit semula jadi; gabungan minyak sayuran yang meningkatkan penghidratan dan keanjalan kulit; dan kompleks ceramida larut lipo larut lemak yang melindungi kulit.
DermaRel™ Spray & Go (100ml)DermaRel™ Spray & Go adalah semburan bukan-gas yang diformulasikan secara spesifik untuk melindungi kulit yang lembut dan sensitif pada kanak-kanak dan juga orang tua serta pesakit yang terlantar akibat ruam pada kawasan kemaluan dan punggung. Diformulasikan dengan zink oksida, zink glukonat, taurin dan panthenol, ianya semburan menenangkan dan mencegah sensasi kemerahan dan terbakar. Ia boleh disemburkan terus pada kawasan yang terjejas dan tidak perlu digosok, sekali gus meningkatkan kebersihan dan mengurangkan kerengsaan ketika dan selepas penggunaan produk.
Ya Allah , pendek kata mummy suka sangat set RELIZEMA DERMAREL RAWATAN DERMATITIS ATOPIK (AD) PENYAKIT KRONIK GATAL-GATAL. Walau tidak berpenyakit, tapi kalau gatal sket-sket pun dah rasa seronok pakai.
Daddy pun happy pakai, daddy start gatal sahaja badannya, macam allergy dengan ubat Thyroid tu. Tapi, nak buat macam mana kan. Kena makan jugak ubat huhuhu
Sambil tu, pakai set RELIZEMA DERMAREL RAWATAN DERMATITIS ATOPIK (AD) PENYAKIT KRONIK GATAL-GATAL terus. Haaaa, senang ! Tak payah pening dah lagi !
Di mana nak dapatkannya? Boleh dapatkan di farmasi terkemuka , secara walk in atau pun online juga.
Selanjutnya, korang boleh ke website mereka di :  www.relizema-dermarel.info 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.azlindaalin.com/2021/05/relizema-dermarel-rawatan-dermatitis-atopik-penyakit-kronik-gatal-gatal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Relizema Dermarel Rangkaian Produk Rawatan Penyakit Gatal Gatal Dermatitis Atopik

Relizema Dermarel Rangkaian Produk Rawatan Penyakit Gatal Gatal Dermatitis Atopik

papar berkaitan - pada 25/5/2021 - jumlah : 401 hits
Pernah kita sedari bahawa alahan dan keadaan seumpanya kian meningkat di seluruh dunia Antaranya dermatitis atopik iaitu antara penyakit kronik yang sering disebut di peringkat global dengan lebih 20 kanak kanak dan 8 orang dewasa di kebany...
Hidap Penyakit Aneh Tampar Diri Sendiri

Hidap Penyakit Aneh Tampar Diri Sendiri

papar berkaitan - pada 15/5/2021 - jumlah : 332 hits
Kerana penyakit aneh tangan wanita ini menyerang dirinya sendiri Penyakit aneh ini bernama Alien Hand Syndrome Bayangkan diserang oleh salah satu tangan anda sendiri yang berulang kali cuba untuk menampar dan memukul anda Karen Byrne 55 tah...
Pesakit Kronik Tiada Harapan Sembuh Tidak Lagi Dihantar Ke Icu Exco Kedah

Pesakit Kronik Tiada Harapan Sembuh Tidak Lagi Dihantar Ke Icu Exco Kedah

papar berkaitan - pada 21/5/2021 - jumlah : 269 hits
Seperti yang diketahui umum jumlah jangkitan pandemik terus mencatatkan kenaikan dari hari ke hari dan dilihat semakin membimbangkan Rakyat disarankan untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan dan sentiasa menjaga kebersihan diri serta menda...
Woiii Pengetua Sapa La Nak Godam Fb Kau Tu Kecuali Tangan Kau Gatal Memaki Anak Didik Tukar Ja Ke Sarawak

Woiii Pengetua Sapa La Nak Godam Fb Kau Tu Kecuali Tangan Kau Gatal Memaki Anak Didik Tukar Ja Ke Sarawak

papar berkaitan - pada 13/5/2021 - jumlah : 196 hits
Guru didakwa keluar kata kata tidak wajar ditempatkan di JPN SelangorBernamaMei 11 2021 Kementerian Pendidikan dalam kenyataan menyebut tindakan seterusnya bergantung kepada hasil siasatan kes berkenaan selepas laporan polis dibuat murid te...
Koolit Cooling Moisturiser Mampu Atasi Kulit Kering Dan Gatal

Koolit Cooling Moisturiser Mampu Atasi Kulit Kering Dan Gatal

papar berkaitan - pada 11/5/2021 - jumlah : 402 hits
Koolit Cooling Moisturiser Mampu atasi Kulit Kering Dan Gatal Memiliki kulit yang cantik bersih serta sihat sememangnya menjadi idaman semua orang tidak kiralah wanita mahupun lelaki Tidak terhad kepada kecantikan dan kesihatan kulit wajah ...
Tuala Wanita Komersial Tidak Menyebabkan Penyakit Kanser

Tuala Wanita Komersial Tidak Menyebabkan Penyakit Kanser

papar berkaitan - pada 18/5/2021 - jumlah : 266 hits
TUALA WANITA KOMERSIAL TIDAK MENYEBABKAN PENYAKIT KANSER Saya telah diundang berceramah beberapa tahun oleh sebuah badan NGO Slot ceramah saya berkaitan dengan penyakit wanita pada usia 40an Mulanya ada seorang doktor wanita yang akan menya...
Kematian Harian 63 Kes Remaja 20 Tahun Tanpa Sejarah Penyakit Antara Jadi Mangsa

Kematian Harian 63 Kes Remaja 20 Tahun Tanpa Sejarah Penyakit Antara Jadi Mangsa

papar berkaitan - pada 27/5/2021 - jumlah : 158 hits
1 200 total views 1 102 views today Malaysia mencatatkan kes kematian harian tertinggi akibat jangkitan Covid 19 pada hari ini iaitu sebanyak 63 kes berbanding 60 kes pada semalam Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia kes kematian baharu i...
Hiburan Buat Rawatan Sedut Lemak Di Ibu Kota Zarina Anjoulie Didakwa Rentas Negeri Atas Urusan Tak Penting

Hiburan Buat Rawatan Sedut Lemak Di Ibu Kota Zarina Anjoulie Didakwa Rentas Negeri Atas Urusan Tak Penting

papar berkaitan - pada 28/5/2021 - jumlah : 595 hits
Pelakon Zarina Anjoulie sekali lagi mencuri perhatian netizen apabila dia ada berkongsikan rakaman video memaparkan dirinya sedang membuat rawatan sedut lemak di sebuah klinik dipercayai berlokasi di Ibu Kota kelmarin Apa yang menarik perha...
Berkat Sabar Hamil Usia 41 Tahun Pernah Cuba Rawatan Terhenti 2016 Jaga Suami Sakit

Berkat Sabar Hamil Usia 41 Tahun Pernah Cuba Rawatan Terhenti 2016 Jaga Suami Sakit

papar berkaitan - pada 26/5/2021 - jumlah : 303 hits
Rezeki anak itu semua rahsia Allah Ada yang berkahwin terus mendapat khabar gembira dan ada juga yang bertahun tahun menunggu masih belum ada rezeki Namun jika tak putus asa berusaha pasti akan ada peluangnya jika tiada masalah kesihatan Se...
Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

Fishing As A Stress Reliever