Rekod Sprm 1 300 Ditangkap 30 Ikan Besar 13 Ceo


MALAYSIAKINI



    Malaysia mencapai kadar sabitan rasuah sebanyak 91 peratus dan tangkapan tinggi dalam tempoh setahun ketika SPRM diterajui oleh Mohd Shukri Abdull sebagai ketua pesuruhjayanya.

Bagi tempoh Mei 2018 hingga Mei 2019, agensi itu membuat tangkapan hampir 1,300 orang antaranya melibatkan 30 ahli politik VVIP atau 'ikan besar', 13 pegawai pengurusan tertinggi, 30 ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan swasta, serta 137 pegawai pengurusan profesional.

Mohd Shukri berkata SPRM mencatat kejayaan besar dengan menjadikan Malaysia setaraf dengan Singapura, Hong Kong dan Singapura dalam usaha membanteras rasuah.
Dalam tempoh setahun itu juga, katanya Malaysia mendapat pengiktirafan tinggi antarabangsa apabila SPRM dianugerahkan oleh Global Investigation Review (GIR) yang berpangkalan di Washington, Amerika Syarikat sebagai ‘The Most Emerging Enforcement for 2018’ dalam usaha perangi rasuah dan salah guna kuasa.

“Berduyun-duyun delegasi luar negara datang nak belajar dengan kita. Setiap bulan ada saja agensi luar negara datang nak belajar dengan kita.

“ Kita begitu kerap dipanggil badan-badan antarabangsa untuk memberi talk di international seminar,” katanya dalam satu pertemuan dengan media di Putrajaya hari ini.

Mohd Shukri bersara awal sebagai Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) pada 31 Julai 2016 sebelum kembali sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM pada Mei 2018 untuk tempoh dua tahun secara kontrak. Mohd Shukri, 58, bagaimanapun memutuskan untuk memendekkan kontraknya yang sepatutnya berakhir pada 17 Mei 2020.
Latheefa Beebi Koya dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu berkuat kuasa 1 Jun setelah Mohd Shukri membuat keputusan memendekkan kontraknya.

Mohd Shukri berkata pengiktirafan yang diterima membuktikan standard penyiasatan SPRM bertambah baik.

Pada sidang medianya, hari ini, Mohd Shukri turut menyatakan rasa kesalnya kerana dilemparkan dengan pelbagai tuduhan yang mendakwa beliau diarah meninggalkan SPRM kerana didakwa menutup beberapa kes berprofil tinggi.

Ini antaranya termasuk melibatkan Hishammuddin Hussein, Shahrizat Abdul Jalil dan Ahmad Zahid Hamidi.

Menjelaskan tuduhan berkenaan, Mohd Shukri berkata, seingat beliau, sepanjang menerajui SPRM, tidak ada fail dibuka terhadap Hishammuddin.

Dalam kes NFC Corp melibatkan Shahrizat, ia disiasat polis manakala Ahmad Zahid pula telah menghadapi pertuduhan, katanya.

Mengenai dakwaan terdapat pihak yang tidak berpuas hati dengan beliau kerana didakwa melepaskan pasport bekas Peguam Negara Mohd Apandi Ali, Mohd Shukri menjelaskan tindakan itu tiada kena mengena dengan dirinya.
“Itu dilepaskan Jabatan Imigresen, Apandi buat permohonan di mahkamah, jadi apa kaitan dengan SPRM dan saya,” katanya.

Mohd Shukri berkata beliau juga dituduh menerima rasuah daripada pemimpin parti politik dan beliau menafikannya kerana tuduhan itu tidak berasas.

“Saya merayu pada mereka biarlah saya meninggalkan SPRM dalam keadaan aman. Saya tidak mahu lagi fitnah-fitnah yang tidak baik. Biar saya bersama keluarga dengan aman sebab saya telah buat sedaya terbaik mungkin kepada SPRM dan negara,” katanya.- Bernama




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/06/rekod-sprm-1300-ditangkap-30-ikan-besar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rekod Sprm 1 300 Ditangkap 30 Ahli Politik Vvip 13 Ceo 137 Pegawai Pengurusan Profesional

Rekod Sprm 1 300 Ditangkap 30 Ahli Politik Vvip 13 Ceo 137 Pegawai Pengurusan Profesional

papar berkaitan - pada 9/6/2019 - jumlah : 444 hits
Malaysia mencapai kadar sabitan rasuah sebanyak 91 peratus dan tangkapan tinggi dalam tempoh setahun ketika SPRM diterajui oleh Mohd Shukri Abdull sebagai ketua pesuruhjayanya Bagi tempoh Mei 2018 hingga Mei 2019 agensi itu membuat tangkapa...
Jerung Yg Lebih Besar Dari Najib Bakal Dipetik Sprm

Jerung Yg Lebih Besar Dari Najib Bakal Dipetik Sprm

papar berkaitan - pada 9/6/2019 - jumlah : 447 hits
Kalau sekadar ikan bilis Tak perlulah Tun bersusah payah lantik Latheefa Lebai dah support
Gps Perlu Bimbang Jika Latheefa Sasar Ikan Besar Sarawak

Gps Perlu Bimbang Jika Latheefa Sasar Ikan Besar Sarawak

papar berkaitan - pada 7/6/2019 - jumlah : 359 hits
MALAYSIAKINI Adun Padungan Wong King Wei menasihatkan pemimpin kerajaan negeri Sarawak agar tidak mempersoalkan latar belakang Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baru tetapi sebaliknya risau tentang siasatan berhubung rasuah di negeri itu Dalam sa...
Polda Metro Bekuk Bandar Besar Narkotika Di Kampung Bahari 1 300 Pil Ekstasi Disita

Polda Metro Bekuk Bandar Besar Narkotika Di Kampung Bahari 1 300 Pil Ekstasi Disita

papar berkaitan - pada 16/6/2019 - jumlah : 330 hits
Jajaran Subdit II Direktorat Reserse Narkoba Polda Metro Jaya mengamankan seorang bandar besar narkotika di Kampung Bahari Tanjung Priok Jakarta Utara bernama Hendriana Salomonia alias Ria binti Yohanes Dari penangkapan itu polisi menyita r...
Ikan Terbesar Di Dunia Yang Ditangkap Menggunakan Pancing

Ikan Terbesar Di Dunia Yang Ditangkap Menggunakan Pancing

papar berkaitan - pada 3/6/2019 - jumlah : 547 hits
Pemancing bernama Dino Ferrari berjaya menangkap dan mengeluarkan kembali Catfish seberat 280 pon berukuran panjang 2 67 meter Catfish bersaiz gergasi itu dipercayai yang terbesar yang pernah ditangkap dengan cara dipancing Ferrari menangka...
Jom Tempah Popia Simpul Ikan Biliks Kek Batik Untuk Raya

Jom Tempah Popia Simpul Ikan Biliks Kek Batik Untuk Raya

papar berkaitan - pada 27/5/2019 - jumlah : 772 hits
Jom Tempah Popia Simpul Ikan Biliks Kek Batik Untuk Raya Salam Kita lagi dua minggu nak sambut raya Huwarghhhh dah buat persiapan ke tak Kuih raya dah beli ke tak uzu dah beli sikit sikit kuih raya tu pon tart nenas je Hihihi yang bekerja n...
Ikan Keli Golek Bangkit Selera Berbuka Puasa

Ikan Keli Golek Bangkit Selera Berbuka Puasa

papar berkaitan - pada 27/5/2019 - jumlah : 519 hits
KUALA TERENGGANU Keharuman bau ikan keli yang dibakar dan keenakan rasa kuah percik yang dimakan bersama perahan limau kasturi membangkitkan selera penggemar menu ikan keli golek untuk dijadikan sebagai juadah ketika berbuka puasa Apa yang ...
Dosa Fitnah Lebih Besar Daripada Membunuh Benarkah Pernyataan Popular Ini Mufti

Dosa Fitnah Lebih Besar Daripada Membunuh Benarkah Pernyataan Popular Ini Mufti

papar berkaitan - pada 16/6/2019 - jumlah : 610 hits
Pasti ada ramai yang pernah mendengar dakwaan bahawa dosa menfitnah itu adalah lebih besar daripada membunuh Pernyataan ini meniti di bibir ramai sehinggakan tersebar luas dalam kalangan masyarakat Namun sejauh manakah kebenaran di sebalik ...
Saya Bukan Melayu Tapi Lahir Dan Besar Di Malaysia Amelia Henderson Bidas Pengkritik Rasis

Saya Bukan Melayu Tapi Lahir Dan Besar Di Malaysia Amelia Henderson Bidas Pengkritik Rasis

papar berkaitan - pada 15/6/2019 - jumlah : 1055 hits
Kegembiraan pelakon Amelia Henderson setelah memenangi anugerah Star Model 2019 di majlis Anugerah Festival Model Asia ke 14 2019 sedikit tercalar oleh komen rasis netizen yang mempersoalkan kelayakannya memenangi kategori itu Individu yang...
Minuman Jambu Air Power Ni Memang Refresh Tak Terkata Sesuai Sangat Untuk Cuaca Panas

Renaming Port Dickson A Historical Identity That Should Not Be Erased

Petrol Bahas Diparlimen Atau Warung Ngopi Kampung

Bully Victim Began Drawing Strange Monsters Cut Herself Says Mother The Vibes 23 09 2025

Health Ministry Targets Vape E Cigarette Ban By Mid 2026

Yen Melemah Selepas Komen Pengerusi Fed Powell

Bertemu Ketua Pengawas Zaman Sekolah Menengah Dahulu

Talentcorp Memperkasa Belia Sabah Melalui Yes Rock The School Mega 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Apa Itu Aptx Lossless Teknologi Audio Tanpa Wayar Dengan Kualiti Cd

Pertolongan Allah Dekat

Peria Goreng Dengan Udang

Rendang Kerang Nasi Lemak Haji Din Tanjung Malim

Jasa Penyewaan Cold Storage Pontianak Solusi Efektif Bagi Pemilik Dapur Mbg Di Kalimantan Barat

Syarikat Design Printing Malaysia Custom Packaging Marketing Event Material