Dosa Fitnah Lebih Besar Daripada Membunuh Benarkah Pernyataan Popular Ini Mufti


Pasti ada ramai yang pernah mendengar dakwaan bahawa dosa menfitnah itu adalah lebih besar daripada membunuh. Pernyataan ini meniti di bibir ramai sehinggakan tersebar luas dalam kalangan masyarakat.
Namun, sejauh manakah kebenaran di sebalik kenyataan ‘popular’ ini? Adakah ianya merupakan sesuatu yang sahih atau cakap-cakap yang boleh mendatangkan salah faham?
Jom ikuti penjelasan oleh Mufti Wilayah seperti di bawah agar kita sama-sama dapat mengetahui dan merungkai kebenaran menerusi saluran yang tepat.
Soalan:
Assalamualaikum. Kita sering mendengar kata-kata ‘dosa memfitnah lebih besar daripada membunuh’ dan ada yang menyatakan ‘lebih baik membunuh daripada memfitnah!”.
Benarkah pernyataan begini SS Datuk Mufti? Jazakallah.
Jawapan:
Alhamdulillah pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kesudahan.
Tersebar luas dalam kalangan masyarakat Pernyataan atau dakwaan bahawa dosa memfitnah dalam erti kata membuat tuduhan palsu terhadap seseorang adalah lebih besar dosanya daripada membunuh telah tersebar luas dalam kalangan masyarakat.
Banyak nasihat dan peringatan diberikan akan bahayanya fitnah dan betapa besarnya dosa melakukan pertuduhan palsu terhadap seseorang atau mereka-reka berita yang tidak benar tentang sesuatu perkara. Mereka berdalilkan dua ayat al-Qur’an yang sering dipetik untuk menyokong pernyataan tersebut:
وَالْفِتْنَةُ أَشَدُّ مِنَ الْقَتْلِ
Maksudnya: … dan (ingatlah bahawa angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan…
(Surah Al-Baqarah: 191)
وَالْفِتْنَةُ أَكْبَرُ مِنَ الْقَتْلِ
Maksudnya: Dan (ingatlah), angkara fitnah itu lebih besar (dosanya) daripada pembunuhan.
(Surah Al-Baqarah: 217)
InshaAllah, pada kesempatan ini kami akan jelaskan maksud sebenar kedua-dua petikan ayat al-Qur’an ini berdasarkan konteks keseluruhan ayat dari sudut siyaq al-ayat (urutan sebelum dan selepas ayat) beserta tafsiran daripada para ulama’ tafsir yang mu’tabar.
Konteks Penurunan Ayat
Bagi ayat 191 Surah Al-Baqarah, ayat penuhnya ialah:
وَاقْتُلُوهُمْ حَيْثُ ثَقِفْتُمُوهُمْ وَأَخْرِجُوهُم مِّنْ حَيْثُ أَخْرَجُوكُمْ وَالْفِتْنَةُ أَشَدُّ مِنَ الْقَتْلِ وَلاَ تُقَاتِلُوهُمْ عِندَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ حَتَّى يُقَاتِلُوكُمْ فِيهِ فَإِن قَاتَلُوكُمْ فَاقْتُلُوهُمْ كَذَلِكَ جَزَاء الْكَافِرِينَ
Maksudnya: Dan bunuhlah mereka (musuh yang memerangi kamu) di mana sahaja kamu dapati mereka, dan usirlah mereka dari tempat yang mereka telah mengusir kamu; dan (ingatlah bahawa angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan dan janganlah kamu memerangi mereka di sekitar masjid Al-Haraam sehingga mereka memerangi kamu di situ. Oleh itu kalau mereka memerangi kamu (di situ), maka bunuhlah mereka. Demikianlah balasan bagi orang-orang yang kafir.
Manakala bagi ayat 217 surah yang sama pula, ayat penuhnya ialah:
يَسْأَلُونَكَ عَنِ الشَّهْرِ الْحَرَامِ قِتَالٍ فِيهِ قُلْ قِتَالٌ فِيهِ كَبِيرٌ  وَصَدٌّ عَن سَبِيلِ اللَّـهِ وَكُفْرٌ بِهِ وَالْمَسْجِدِ الْحَرَامِ وَإِخْرَاجُ أَهْلِهِ مِنْهُ أَكْبَرُ عِندَ اللَّـهِ ۚ وَالْفِتْنَةُ أَكْبَرُ مِنَ الْقَتْلِ ۗ وَلَا يَزَالُونَ يُقَاتِلُونَكُمْ حَتَّىٰ يَرُدُّوكُمْ عَن دِينِكُمْ إِنِ اسْتَطَاعُوا ۚ وَمَن يَرْتَدِدْ مِنكُمْ عَن دِينِهِ فَيَمُتْ وَهُوَ كَافِرٌ فَأُولَـٰئِكَ حَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ ۖ وَأُولَـٰئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ ۖ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ
Maksudnya: Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) berperang dalam bulan yang dihormati; katakanlah: “Peperangan dalam bulan itu adalah berdosa besar, tetapi perbuatan menghalangi (orang-orang Islam) dari jalan Allah dan perbuatan kufur kepadaNya, dan juga perbuatan menyekat (orang-orang Islam) ke Masjid Al-Haraam (di Makkah), serta mengusir penduduknya dari situ, (semuanya itu) adalah lebih besar lagi dosanya di sisi Allah. Dan (ingatlah), angkara fitnah itu lebih besar (dosanya) daripada pembunuhan (semasa perang dalam bulan yang dihormati). Dan mereka (orang-orang kafir itu) sentiasa memerangi kamu hingga mereka (mahu) memalingkan kamu dari ugama kamu kalau mereka sanggup (melakukan yang demikian); dan sesiapa di antara kamu yang murtad (berpaling tadah) dari ugamanya (ugama Islam), lalu ia mati sedang ia tetap kafir, maka orang-orang yang demikian, rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah ahli neraka, kekal mereka di dalamnya (selama-lamanya).
Komentar Ulama’ Tafsir
Kami nukilkan disini takrifan dan maksud kalimah fitnah yang terdapat dalam kedua-dua ayat di atas:
Imam at-Thabari Makna fitnah dalam ayat والفتنة أشد من القتل ialah syirik, maka ayat ini bermaksud penentangan kaum kafir musyrikin terhadap orang Mu’min sehingga dia kembali menjadi musyrik, adalah lebih dahsyat dan lebih memudaratkan berbanding dia dibunuh dalam keadaan dia tetap berpegang teguh pada agamanya (Islam). Beliau turut menukilkan pandangan Mujahid yang mempunyai maksud yang sama dalam hal ini. (Rujuk Jami’ul Bayan fi Ta’wil al-Qur’an, 3/565)
Imam al-Qurthubi Menurut beliau, ayat ini turun berkenaan salah seorang sahabat yang bernama Waqid bin Abdillah at-Tamimiy r.a yang telah membunuh ‘Amru bin al-Hadhramiy pada akhir bulan Rejab (salah satu bulan haram) dalam satu ekspedisi bersama beberapa orang sahabat yang lain, dalam usaha menangani ancaman musyrikin Quraish di Mekah.
Maka, fitnah dalam ayat ini merujuk kepada usaha orang kafir untuk memaksa kaum Muslimin supaya kembali kepada kekufuran, dan ia adalah lebih besar kemudaratannya berbanding usaha balas kaum Muslimin untuk kembali memerangi mereka meskipun pada bulan-bulan haram.
(Rujuk Tafsir al-Qurthubi, 2/351 dan 3/46)
Syaikh Abdurrahman as-Sa’di Kata Syeikh as-Sa’di, berperang sewaktu bulan-bulan haram di Tanah Haram (Mekah) merupakan satu mafsadah, namun demikian fitnah yang dilakukan oleh kaum Musyrikin iaitu menghalang manusia daripada agama Allah dan melakukan syirik merupakan mafsadah yang lebih besar. Maka berperang dalam keadaan tersebut adalah diharuskan.
Daripada ayat ini jugalah salah satu kaedah fiqh yang masyhur diambil: Mengambil / melakukan mudarat yang lebih kecil untuk mengelakkan mudarat yang lebih besar.
(Rujuk Taysir al-Karim ar-Rahman, 1/89 dan 1/97)
Kesimpulan
Kesimpulannya, dua ayat al-Qur’an yang dipetik berkenaan fitnah itu tidak memberi maksud dosa memfitnah orang lain seperti tuduhan zina tanpa bukti adalah lebuh besar dosanya berbanding membunuh. Istilah fitnah dalam konteks ayat di atas merujuk kepada penentangan kaum kafir musyrikin terhadap orang Mu’min dan kesyirikan mereka terhadap Allah SWT.
Tidak tepat sama sekali Sangkaan bahawa dosa memfitnah seperti menuduh seseorang adalah lebih besar dosanya berbanding membunuh adalah tidak tepat sama sekali dan tersasar daripada kehendak sebenar al-Qur’an.
Kefahaman terhadap al-Qur’an hendaklah bersumberkan daripada tafsiran para ulama’ mu’tabar, dan bukan sekadar sangkaan (zhann) atau ikut-ikutan tanpa penelitian.
Wallahu a’lam.
Sumber : muftiwp.gov.my


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/06/16/dosa-fitnah-lebih-besar-daripada-membunuh-benarkah-pernyataan-popular-ini-mufti/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Fitnah Lebih Besar Mungkin Berlaku Pada Pru15 Pas

Fitnah Lebih Besar Mungkin Berlaku Pada Pru15 Pas

papar berkaitan - pada 23/6/2019 - jumlah : 214 hits
PH akan jadi kerajaan sepenggal kerana gagal tunai janjiBANGI PAS tidak menolak kemungkinan fitnah lebih besar bakal berlaku bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang Serentak itu wakil Kelantan Datuk Che Abdullah Mat Nawi menggesa semu...
Iphone 2019 Dilaporkan Akan Hadir Dengan Kapasiti Bateri Lebih Besar Mencapai 3650 Mah Pada Versi Max

Iphone 2019 Dilaporkan Akan Hadir Dengan Kapasiti Bateri Lebih Besar Mencapai 3650 Mah Pada Versi Max

papar berkaitan - pada 19/6/2019 - jumlah : 199 hits
Apple pada tahun ini dijangka akan hadir dengan 3 model iPhone baru dengan sejumlah fungsi yang diperbaharui Mengikut informasi yang tertiris iPhone 2019 dijangka akan menyertakan kapasiti bateri lebih besar untuk memanjangkan penggunaan pe...
Mufti Jelaskan Bahayanya Kesan Fitnah Serta Doa Untuk Menghindarinya

Mufti Jelaskan Bahayanya Kesan Fitnah Serta Doa Untuk Menghindarinya

papar berkaitan - pada 17/6/2019 - jumlah : 375 hits
Kamus Dewan Edisi Keempat mentafrifkan fitnah sebagai tuduhan khabar mahupun kisah yang direka untuk tujuan memburukkan atau memberi bencana kepada seseorang Perkataan fitnah diambil dari bahasa Arab yang bermaksud cubaan atau ujian Fitnah ...
Benarkah Tunanetra Memiliki Kemampuan Pendengaran Yang Lebih Tajam

Benarkah Tunanetra Memiliki Kemampuan Pendengaran Yang Lebih Tajam

papar berkaitan - pada 14/6/2019 - jumlah : 186 hits
Pahlawan super seperti Daredevil atau yang lokal seperti Si Buta dari Gua Hantu merupakan tokoh buta yang memiliki kemampuan luar biasa Selain kemampuan bertarung salah satu hal luar biasa yang mereka punya adalah pendengaran super tajam ya...
Isu Qazaf Mufti Patut Lebih Berani

Isu Qazaf Mufti Patut Lebih Berani

papar berkaitan - pada 17/6/2019 - jumlah : 244 hits
Saya tertarik dengan catatan Mufti Wilayah Persekutuan Dato Seri Dr Zulkifli Mohamad al Bakri yang menyiapkan 4 buah artikel Bayan Linnas berhubung isu video yang mengaitkan seorang lelaki dengan seseorang yang didakwa sebagai menteri kabin...
Jerung Yg Lebih Besar Dari Najib Bakal Dipetik Sprm

Jerung Yg Lebih Besar Dari Najib Bakal Dipetik Sprm

papar berkaitan - pada 9/6/2019 - jumlah : 373 hits
Kalau sekadar ikan bilis Tak perlulah Tun bersusah payah lantik Latheefa Lebai dah support
Bertunang Musim Raya Lebih Mudah Jimat Dan Tidak Perlu Sembunyi Sembunyi

Bertunang Musim Raya Lebih Mudah Jimat Dan Tidak Perlu Sembunyi Sembunyi

papar berkaitan - pada 3/6/2019 - jumlah : 459 hits
BERTUNANG MUSIM RAYA LEBIH MUDAH JIMAT DAN TIDAK PERLU SEMBUNYI SEMBUNYI Pertunangan adalah janji bagi kedua belah pihak iaitu bakal suami dan isteri dalam mengikat tali perkahwinan dan selalunya ia melibatkan waktu waktu yang telah ditetap...
Bpn Sebut Prabowo Sandi Akan Berjiwa Besar Jika Kalah Di Mk

Bpn Sebut Prabowo Sandi Akan Berjiwa Besar Jika Kalah Di Mk

papar berkaitan - pada 23/6/2019 - jumlah : 139 hits
BPN Sebut Prabowo Sandi Akan Berjiwa Besar Jika Kalah di MK Meski begitu bukan berarti pihaknya akan puas dengan hasil yang akan diputuskan oleh Majelis Hakim MK jika permohonan mereka tak dikabulkan
Duta Besar Tunisia Terinspirasi Strategi Pembangunan Desa Di Indonesia

Duta Besar Tunisia Terinspirasi Strategi Pembangunan Desa Di Indonesia

papar berkaitan - pada 22/6/2019 - jumlah : 193 hits
Tunisia akan mengirimkan utusannya ke Indonesia untuk mempelajari strategi pembangunan desa Indonesia Ia berharap Indonesia memberikan dukungan untuk berbagi pengetahuan dan pengalaman bersama Tunisia
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Pernah Makan Ikan Puyu

Ke Pantai Telok Kemang

My K Drama Pilgrimage

Hiburan Kisah Jawab Exam Online Atas Pokok Pernah Tular Gadis Dari Sabah Ini Kini Bergelar Pelajar Perubatan

Sixth Sense Kembali Dengan Spin Off Yoo Jaesuk Disertai Ahli Baru Seperti Go Kyungpyo Mimi

Tak Cerdik Jangan Sokong La Parti Ni