Rekaan Dalaman Interior Design Yang Popular Dari Idw Design


Salam. Memiliki sebuah rumah dengan Rekaan Dalaman atau Interior Design yang cantik, selesa dan berfungsi dengan baik merupakan impian dan angan-angan yang indah. Nova percaya setiap orang mesti ada angan-angan untuk memiliki rumah impian mereka. Berangan itu percuma kan, 😊 namun ia tidak mustahil ya. Yang penting kita terus berusaha untuk memiliki apa yang diimpikan kerana tiada perkara yang mustahil dilakukan jika anda terus berusaha dan mencuba. Kekalkan positivity dan momentum yang baik, anda pasti akan memilikinya. Yang paling penting, kita terus berdoa dan memohon agar dipermudahkan urusan-urusan kita. Bercakap mengenai impian, Nova juga sedang berusaha dan berharap rumah impian Nova akan dapat dimiliki dalam hujung tahun 2021 ini. InsyaAllah. Dalam pada itu, Nova dah buat survey and research untuk reka bentuk dalaman atau hiasan dalam yang menjadi impian Nova. Ha.. ni nak kongsi ni. Benda yang baik kan elok dikongsi bersama....



200 Koleksi Rekaan Dalaman dari IDW Design

Di Awal Penubuhan IDW Design & BuildDengan kata-kata "Interior Design Can Now Be Owned by All Malaysian", IDW Design & Build (IDW) merupakan sebuah syarikat yang ditubuhkan pada tahun 2007 sebagai sebuah syarikat rekaan dalaman dan pengubahsuaian oleh dua orang anak muda yang berusia 21 tahun. Mereka ialah IDr Lokman Hakim dan IDr Rabiatul Adawiyah. Kata orang, setiap rekaan dalaman perlukan ilmu untuk mendapatkan hasil yang "impressive"  dan "wow". Kedua-dua mereka mempunyai Diploma Pengajian Interior Designer dan Ijazah Interior Architecture serta Master of Science Facilities Management. Pada usia yang muda; 23 tahun, mereka telah menerima tawaran untuk merancang dan mengubahsuai sebuah banglo yang berharga RM1.1 juta dan sebuah lagi projek besar untuk merancang sebuah kolej yang berharga RM17 juta. Melalui pelbagai dugaan, jatuh dan bangun di dalam bidang ini, mereka terus bangkit untuk menggapai impian bersama. Seterusnya, mereka meneruskan tekad dan iltizam dengan melanjutkan pelajaran lagi di dalam Sarjana Pengurusan Fasiliti Sains, disamping menguruskan syarikat IDW. Pada tahun 2012 mereka telah memutuskan untuk menjalinkan ikatan yang sah dan mengambil keputusan untuk berkahwin. Bersama-sama bangkit menempuh cabaran yang dihadapi, mereka tetap kuat dalam membina empayar IDW. Ha.. itulah serba sedikit pengalaman yang dikongsi oleh kedua-dua pengasas IDW Design & Build.


"Syarikat kami memberi tumpuan kepada kecemerlangan reka bentuk yang membawa makna & inovasi teknologi. Asas kemahiran yang unik membolehkan syarikat mencapai kejayaan dalam pelbagai cabang." Lokman Hakim, CEO IDW Design

Tragedi Kebakaran Menjadikan Mereka Lebih Kuat Perkongsian mereka mengenai tragedi kebakaran, yang hampir meragut nyawa keluarga ini sewaktu mereka tinggal di rumah percutian mereka di New Zealand sekitar tahun 2017, memberi impak yang sangat besar kepada mereka berdua. Kemalangan ini membuka mata Lokman Hakim dan Rabiatul Adawiyah untuk mencipta versi legasi IDW yang lebih kuat dan menjadi ‘faktor pendorong’ untuk mendidik dan mengembangkan pasukan mereka menjadi lebih kuat. Mereka bertekad untuk membantu 1 juta pemilik hartanah untuk mendapatkan rumah impian mereka yang cantik dan sempurna. Tiada impian yang mustahil dengan usaha yang gigih. tekad dan iltizam. Semoga kejayaan terus mengiringi IDW. 

 
New Normal Ketika Pandemik COVID-19 MelandaPandemik COVID-19 yang melanda tahun 2020 merupakan satu kejutan besar kepada dunia. IDW perlu mempelbagaikan solusi untuk terus maju di kala menghadapi pandemik ini. Dengan minda dan mentaliti yang teguh, Lokman Hakim, Rabiatul Adawiyah dan pasukan IDW telah bersiap siaga dalam menghadapi cabaran futuristik ini. Fokus utama mereka kini, adalah menganalisis setiap kemungkinan yang mendatang dan berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada setiap pelanggan yang mempercayai IDW. Kebaikan dari musibah yang melanda, dengan Perintah Kawalan Pergerakan (MCO), banyak pemilik rumah merasakan mereka memerlukan rumah yang lebih baik dan kondusif. IDW telah menerima permintaan yang cukup tinggi sehingga menjadi pelopor terutamanya dalam merancang tempat yang selesa untuk bekerja, belajar dan menghabiskan masa bersama keluarga. IDW 'New Normal' ini mengilhami koleksi buku pertama mereka yang berjudul IDW Design Collection dalam membantu lebih banyak pemilik rumah mendapatkan rumah impian mereka

Nova tidak ketinggalan untuk mendapatkan buku sulung dari IDW Design untuk keselesaan dan kehidupan yang lebih baik bagi kami sekeluarga

200 Rekaan Dalaman Yang Ekslusif dari IDW DesignIDW merupakan sebuah syarikat rekaan dalaman yang dipercayai dan terkenal dengan perkhidmatan  ekslusif  yang diberikan kepada setiap pelanggannya. IDW berjaya merancang dan membina setiap projek naik taraf rumah menjadikannya kelihatan mewah, dengan susun atur yang baik, cekap tenaga, reka bentuk yang mampan, segar, praktikal, ergonomik, harmoni dan seimbang. Semua eleman ini termasuk di dalam setiap projek yang dilaksanakan. Ia semestinya adalah satu pelaburan yang bernilai dengan hasil yang memuaskan bagi setiap pelanggan IDW. Bukan sahaja itu, malah IDW berusaha sebaik mungkin dalam memberi kesedaran kepada setiap pemilik rumah untuk memahami gaya dan pilihan dengan reka bentuk yang berkualiti bersesuaian dengan gaya hidup pelanggan. 
"Banglo berkeluasan 6000 kaki persegi mengambil masa selama setahun untuk disiapkan. Perancangan reka bentuk ruang diilhamkan dengan mengambil kira bilangan penghuni, gaya hidup dan pengurusan ruang yang tepat dan ideal."
Sebelum - Penampilan ruang bersebelahan pintu masuk yang diberi suntikan menarik dengan perubahan struktur dinding bersebelahan binaan tangga.
Selepas Persembahan ruang ditata hias menarik menyaksikan dominasi gaya moden klasik.
Sebelum - Major structure renovation melibatkan pecahan lantai untuk membentuk double volume ceiling yang menghubungkan terus pandangan aras atas dan aras bawah
Perancangan ruang direka rapi untuk memastikan pengaliran udara dan cahaya menembusi segenap ruang kediaman

Sungguh berbeza sekali hasil sentuhan magis IDW menjadikan rumah ini kelihatan mewah, cantik, tersusun rapi, segar dan paling penting ianya begitu mempesonakan. Memang berbeza sangat jika menggunakan kepakaran professional dengan idea sendiri yang banyak kekurangan ni. Namun semua ini tidak mustahil sekarang tau. 💖 Dengan pelancaran Buku Koleksi Reka Bentuk IDW pada tahun 2021, impian anda akan menjadi kenyataan! IDW menawarkan buku ini dengan harga yang sangat sangat sangat berpatutan dan mampu milik oleh sesiapa sahaja. Kalau nak tahu, terdapat 200 rekaan dalaman yang eksklusif dengan elemen dan gaya menawan untuk setiap kawasan yang terdapat di dalam rumah, lengkap dengan lukisan terperinci, reka bentuk 3D dan rujukan konsep sebagai sumber inspirasi anda dalam membina rumah impian.  Koleksi Rekaan Dalaman ini akan membantu anda mendapatkan idea untuk membina rumah idaman
Sebagai contoh, berikut adalah sample rekaan dalaman bagi Ruang Tamu dengan lukisan terperinci oleh pakar yang anda boleh tiru. 😜Kenapa anda perlu dapatkan buku ini? Jika anda nak ubah suai rumah, sebaik-baiknya anda dapatkan nasihat dari mereka yang pakar. Namun dengan buku ini, ia boleh menjadi rujukan dan buah fikiran, konsep yang anda mahukan. Buku ini mengandungi reka bentuk dalaman bagi Ruang Tamu, Ruang Makan, Dapur, Ruang Laundry, Bilik Tidur, Ruang Istirehat Keluarga, Walk-in Wardrobe, Ofis, Foyer dan Ruang Solat. See banyak sangat kan, bayangkan ada 200 rekaan dalaman yang boleh dirujuk. Nak masuk rumah baru memanglah teruja sangat! Sudah semestinya! Banyak yang perlu difikirkan dan diambil kira terlebih dahulu contohnya, Skala Ruang, Susun Atur, Warna dan Fungsi Ruang tersebut. Jika anda boleh dapatkan khidmat rundingan secara terus bersama pakar dekorasi adalah sangat baik sebelum memulakan sesuatu projek. Proses ini adalah penting agar rumah anda tidaklah menjadi caca marba, membazir masa, pembaziran penggunaan ruang dan akhirnya hasilnya tidak seperti yang diharapkan. Jadi dengan adanya buku ini, anda boleh tunjukkan reka bentuk dalaman yang anda suka dan serahkan pada mereka yang pakar untuk menghasilkannya. Banyak tau design dalam buku ni.. semua up to date, trending dan in sangat! 💕

Jadi apa tunggu lagi jomlah dapatkan buku ini dengan harga yang sangat berpatutan. Anda boleh ke pautan di bawah untuk maklumat lanjut berkenaan buku ini tau. Jangan tunggu lama-lama sementara ada promosi ni cepat-cepat grab tau! Nova sudah, anda bila lagi?... 
https://idw.design/idw-collection-design/

Kalau anda nak baca lebih lanjut dan dengar tips-tips yang dikongsi oleh Team IDW anda boleh ke pautan berikut (Banyak sangat tips rekaan dalaman di media sosial IDW! Follow tau!):
Laman Web : https://idw.design/
IG : https://www.instagram.com/idw.design/
FB : https://www.facebook.com/idwdesigns
Twitter : https://twitter.com/idwdesign
Youtube :  IDW
Alamat:
IDW Design Sdn Bhd
Seksyen U12, 40170 Shah Alam
No Tel : 03-33459536
Emel : [email protected]


Sekian, terima kasih semua singgah di sini. Semua yang dipaparkan di posting ini adalah Hak Cipta dari IDW Design. 

http://feeds.feedburner.com/NovaLeezaMyDiary

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://novaleeza.blogspot.com/2021/05/rekaan-dalamaninterior-design-yang.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+NovaLeezaMyDiary+(NOVA+LEEZA+%7C%7C+My+Diary)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Honda Reveals New Interior Design Philosophy In This Short Video

Honda Reveals New Interior Design Philosophy In This Short Video

papar berkaitan - pada 27/4/2021 - jumlah : 180 hits
Simplicity in design requires not only a strong philosophy but a discipline toward the user experience said Johnathan Norman Creative Lead for Honda Interior Design in the U S This video shows an inside look and what Honda is planning for i...
Interior Design Tips For Your Condo

Interior Design Tips For Your Condo

papar berkaitan - pada 6/5/2021 - jumlah : 403 hits
If you ve purchased your very first condo recently or have downsized to one after living in a large home for years you may be needing a little help to know how best to decorate the The post appeared first on
Nama Gelang Emas Popular Dengan Design Terkini

Nama Gelang Emas Popular Dengan Design Terkini

papar berkaitan - pada 2/5/2021 - jumlah : 903 hits
Nama gelang emas popular dan design terkini Perempuan dan emas memang dah jadi sahabat sejati kan Kalau dulu saya tak kisah pun pasal gelang dan rantai emas ni Tapi bila dah masuk umur 30an memang teringin nak ada seutas gelang Beli emas de...
10 Produk Lotus Popular Yang Kini Boleh Didapati Di Malaysia

10 Produk Lotus Popular Yang Kini Boleh Didapati Di Malaysia

papar berkaitan - pada 7/5/2021 - jumlah : 454 hits
Carian Google 2020 menunjukkan orang Malaysia paling gemar mencari resepi makanan Hal ini mungkin berikutan pandemik Covid 19 yang memaksa kita duduk di rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bagi mengisi masa lapang rata rata r...
The 12 Most Popular Digital Products You Can Sell Online

The 12 Most Popular Digital Products You Can Sell Online

papar berkaitan - pada 5/5/2021 - jumlah : 260 hits
THE 12 MOST POPULAR DIGITAL PRODUCTS YOU CAN SELL ONLINE As the team behind an eCommerce plugin we constantly see the different types of products people are selling online Most commonly online stores sell digital products or physical produc...
Cara Masak Kerutub Kuzi Kurma Lauk Raya Popular

Cara Masak Kerutub Kuzi Kurma Lauk Raya Popular

papar berkaitan - pada 10/5/2021 - jumlah : 207 hits
Setiap kali puasa dan nak raya ramai yang mengikuti dan menantikan apa yang Che Nom masak di Youtubenya mahupun di Resipi Che Nom Menjelang Raya RASA ingin kongsikan 3 jenis resipi yang disediakan olehnya Tiga menu ni sangat popular terutam...
Panggil Menteri Atau Ustaz Popular

Panggil Menteri Atau Ustaz Popular

papar berkaitan - pada 5/5/2021 - jumlah : 289 hits
NORMAN RADZUANMenteri Agama terkejut umat Islam minta bantuan gereja Perlukah panggil Menteri atau Ustaz Popular PANGGIL TOK SIAK SURAU PUN SAH MAJLIS Di usia remaja saya sudah mengikuti jamaah2 Islam Saya melihat yg berserban berjanggut da...
Selepas Umum Keluar Lee Kwangsoo Running Man No 1 Bagi Ranking Selebriti Program Popular Kini

Selepas Umum Keluar Lee Kwangsoo Running Man No 1 Bagi Ranking Selebriti Program Popular Kini

papar berkaitan - pada 10/5/2021 - jumlah : 219 hits
Selepas mengumumkan bakal meninggalkan Running Man selepas 11 tahun berlari bersama Lee Kwang soo nampaknya menarik perhatian ramai buat rancangan itu Untuk pengetahuan anda Good Data Corporation sentiasa mengeluarkan data mengenai drama da...
Design Poster Jom Terawih Berjemaah Masjid Taman Pulai Indah

Design Poster Jom Terawih Berjemaah Masjid Taman Pulai Indah

papar berkaitan - pada 23/4/2021 - jumlah : 698 hits
Design PosterJom Terawih BerjemaahMasjid Taman Pulai Indah designmurah design4daawah designposter DesignSimple DesignCantik designcantik upahdesign upahdesignmurah upahdesignposter PosterCantik RamadanMubarak Berminat untuk tempah design po...
Fungi Wechat Yang Ramai Tak Tahu

Ziana Zain Duta Rasmi Csa Academy

Hospital Kuala Pilah

Ramadan Bazaars 2024 Exploring The Culinary Delights Of Selangor S Ramadan Bazaars

Saya Dan Rafizi Tiada Isu Peribadi Kata Puad

Hallway Wall Art Mockup For A Sophisticated Look

Patut Tak Boleh Daftar

Doa Agar Amalan Diiterima Allah Sepanjang Bulan Ramadan



5 Masalah Sosial Yang Akan Timbul Akibat Penggunaan Kereta Elektrik

Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru


Data Analytics In Business Decisions

Lirik Lagu Berdamai Ghea Inderawani

Drama Sebiru Hujung Borneo

Iddah Bercerai Panduan Pengiraan Tempoh Iddah Untuk Wanita Bercerai

Tvet Tahfiz Mara Bidang Pengajian Syarat Kemasukan

Den Manjo Feat Eda Ezrin Adik Jando Abe Dudo Raya Chord