Reformasi Tidak Mati Ia Cuma Menyusur Akar Mendepani Realiti Kuasa
Alif Jamil

Saya terpanggil untuk bersama² merungkai kekeliruan yg sedang melanda jiwa ramai anak² muda hari ini..
Mereka yg pernah berdiri dijalan perjuangan dgn idealisme yg sama tetapi kini terbelah antara kesetiaan untuk bersama Pemimpin Malaysia Madani yg sedang memegang tampuk kuasa atau bersama Reformis Sejati yg memilih menegur dari luar gelanggang.
Saya menulis bukan untuk memihak tetapi untuk memahami.
Bukan juga untuk membakar semangat membuta tuli, tapi untuk kesedaran bahawa reformasi ini tidak pernah mati sebaliknya ia menyusur akar dalam mendepani realiti kuasa.
Diantara tokoh senior dan tokoh muda ini,
Seorang diangkat sebagai pemimpin Malaysia yg membawa semangat dan roh Malaysia Madani.
Seorang lagi disanjung sebagai Reformis Sejati.
Dan kita generasi muda yg membesar di tengah dua arus ini tertanya² siapakah yg patut kita bersama ..
1. Anwar Ibrahim.
Negarawan yg memilih realiti dan kestabilan.
PMX bukan lagi pemimpin pembangkang atau aktivis jalanan yang hanya lantang dipodium..
Sebaliknya beliau kini seorang Perdana Menteri Malaysia yg memegang amanah 33 juta nyawa dan seluruh sistem negara.
Beliau berdepan dgn defisit fiskal, hutang RM1.5 trilion, tekanan dari Umno, DAP, GPS dan ancaman PN diluar pagar.
Setiap langkahnya bukan lagi soal idealisme semata² tetapi soal strategi untuk survival negara.
Kalau terlalu idealistik, ekonomi akan tumbang.
Kalau terlalu keras, kerajaan akan rebah.
Kalau terlalu lembut, integriti terhakis.
Maka beliau memilih jalan yg perlahan, realistik tapi tersusun dan cermat..
Subsidi ditapis, fiskal diseimbangkan, pelaburan kembali masuk dan ringgit perlahan² stabil.
Langkah beliau mungkin tidak sempurna tapi berpijak di bumi yg nyata.
Kerana beliau tahu bahawa reformasi tanpa kuasa hanya akan tinggal slogan semata²..
2. Rafizi Ramli.
Reformis yg memilih semangat idealisme dari kuasa..
Namun jangan kita sesekali menafikan suara Rafizi.
Beliau bukan gila kuasa, bukan juga seorang pengkhianat.
Beliau menegur bukan untuk menghina, tetapi untuk mengingat dan meluruskan..
Bahawa reformasi ini suatu prinsip yg tidak boleh dijalankan dgn tangan yg terikat pada kompromi.
Beliau bersuara tentang integriti, ketelusan, tentang kroni baharu yg cuba bertunas, tentang badan penguatkuasa yg mula longgar, tentang jurang antara rakyat dan Putrajaya yg melebar.
Dan dalam diam, ramai diantara kita tahu ada kebenaran dalam tegurannya.
Kerana reformasi tanpa keberanian bersuara akhirnya akan menjadi pentadbiran biasa yg hilang roh dan jiwa.
Hakikatnya..
PMX dan Rafizi ini bukanlah musuh dalam nilai, mereka cuma berbeza jalan dan pendekatan..
Anwar Ibrahim mahu memelihara kuasa untuk mempertahankan kedudukan, tekad dan usahanya dalam membangunkan semula negara.
Rafizi pula mahu menggoncang kuasa untuk kembalikan semula semangat reformasi.
Satu perlahan tapi stabil.
Satu lagi berani tapi berisiko.
Dan Malaysia perlukan kedua-duanya sekali..
Anwar Ibrahim adalah tangan yg membina struktur.
Rafizi pula adalah suara yg menjaga nurani.
Tanpa Anwar Ibrahim, negara tidak akan stabil.
Tanpa Rafizi, semangat reformasi akan mati perlahan².
Jadi dimanakah anak muda harus berdiri ??
Pada saya, kita tidak berdiri diantara dua insan, tetapi diantara dua falsafah perjuangan.
Satu berjuang mempertahankan kuasa demi kestabilan, satu lagi menegur kuasa demi kejujuran.
Kita bukan penyokong buta.
Kita pewaris akal yg mampu berfikir dgn waras.
Kita bukan fanatik individu.
Kita adalah penyambung idealisme dan perjuangan tanah air kita.
Jika PMX tersasar, kita tegur dgn adab.
Jika Rafizi melampau, kita imbang semula dgn waras.
Itulah politik yg bertanggungjawab.
Kerana Reformasi ini bukanlah milik Anwar Ibrahim atau Rafizi Ramli..
Ianya milik rakyat yg berani menegur, memperbetul dan berjuang dgn jujur dan ikhlas..
Anwar Ibrahim sedang mempertahankan negara dari ribut, menahan gelombang fitnah, tekanan politik dan badai ekonomi yg datang silih berganti.
Dalam setiap langkahnya, beliau memikul beban rakyat agar tiang negara ini tidak patah ditengah jalan perubahan.
Rafizi pula sedang menyalakan semula api kesedaran dalam jiwa rakyat bahawa perjuangan itu belum selesai selagi keadilan belum menjadi budaya, dan integriti belum menjadi nadi pemerintahan.
Dan kita generasi muda ini mesti menjadi jambatan antara keduanya supaya ianya seimbang.
Kerana hanya dgn keseimbangan itu barulah negara ini mampu bergerak kehadapan tanpa mengkhianati akar perjuangannya.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://wrlr.blogspot.com/2025/10/reformasi-tidak-mati-ia-cuma-menyusur.html