Reformasi Apa Kalau Masih Ditakuk Lama Nazri Bidas Ph


SHAH ALAM - Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz mengesahkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan merupakan calon tunggal daripada blok kerajaan untuk dilantik sebagai Timbalan Speaker Parlimen baharu pada persidangan Parlimen minggu hadapan.
Jelas bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) itu, pencalonan Ahmad bagi menggantikan Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said yang meletak jawatan dua minggu lalu adalah satu keputusan tepat kerana kerusi itu masih perlu diisi oleh calon blok kerajaan.
Tambahnya, kerajaan juga tidak akan sesekali memberi ruang kepada calon bukan kerajaan bagi mengisi jawatan berkenaan, walaupun terdapat desakan supaya calon daripada pembangkang dipertimbangkan.
Beliau turut difahamkan bahawa bekas Timbalan Speaker Parlimen, Nga Kor Ming bakal dicadangkan oleh blok pembangkang untuk menduduki semula kerusi itu melalui proses pemilihan baharu di Parlimen kelak.
"Kerusi Timbalan Speaker Parlimen masih perlu diisi dengan calon kerajaan dengan kita tidak akan sesekali memberi jalan kepada calon pembangkang mengisinya.
"Kita akan memilih Ahli Parlimen Pontian ini sebagai calon tunggal blok kerajaan dengan pembangkang dijangka akan mencadangkan Ahli Parlimen Teluk Intan, Nga Kor Ming.
"Dalam isu ini, pembangkang tidak perlu cakap banyak kononnya kerajaan perlu lebih terbuka menerima calon mereka untuk mengisi jawatan Timbalan Speaker Parlimen. Ini kerana sewaktu kerajaan Pakatan Harapan (PH), mereka sendiri pun langsung tidak beri ruang kepada kami sebagai pembangkang ketika itu," katanya.
Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan Ketua Pembangkang Negeri Perak, Dr Abdul Aziz Bari bahawa pihak kerajaan akan mencadangkan Ahmad sebagai calon Timbalan Speaker Parlimen pada persidangan Parlimen akan datang.
Jelas Abdul Aziz lagi, cadangan itu akan meninggalkan kesan kepada kemuliaan dan ketinggian Parlimen sebagai badan perundangan negara.
Selain itu, Naib Pengerusi DAP Perak itu berpandangan keputusan melantik seseorang yang masih terpalit dengan 'kluster mahkamah' akan menjadikan Parlimen bahan jenaka di dalam dan luar negara.
Mengulas lanjut, Mohamed Nazri turut membidas sikap retorik pembangkang yang hanya menuntut kerajaan melakukan reformasi dan pembaharuan dalam amalan demokrasi, sedangkan mereka masih berada di takuk politik lama.
Ujarnya, keputusan PH melantik seorang hakim yang didakwa anti kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk menjadi Speaker Parlimen sewaktu menjadi kerajaan sepatutnya menjadi ukuran 'keikhlasan' sebenar koalisi itu di mata rakyat.
"PH tidak pernah amal pun apa yang mereka tuntut dan cakap. Jangan sekadar lihat sesuatu perkara itu adil hanya setelah dilakukan kerajaan, sedangkan mereka sendiri pun langsung tidak membawa pembaharuan apa-apa sewaktu menjadi kerajaan," katanya.
Ditanya sama ada pelantikan Ahmad akan memberi implikasi buruk kepada kerajaan susulan beliau antara pemimpin terpalit kes mahkamah, Mohamed Nazri tidak melihat perkara itu satu isu yang perlu diperbesarkan.
Tambah beliau lagi, selagi mana Ahli Parlimen Pontian itu belum disabitkan atas kes mahkamah dihadapinya dan masih berstatus wakil rakyat, maka Ahmad berhak dilantik sebarang jawatan kerajaan.
"Mengenai kes perbicaraan mahkamah membabitkan Ahmad, saya pun tidak tahu kedudukan terkini perbicaraan kes beliau.
"Bagi saya, selagi beliau belum disabitkan hukuman, tidak ada masalah. Kalau beliau masih mengekalkan status ahli Parlimen, mengapa Ahmad tidak boleh dilantik menjadi Timbalan Speaker Parlimen?," katanya.
Dalam perkembangan lain, Mohamed Nazri turut mengenepikan spekulasi pihak pembangkang ada mengemukakan usul menukar Speaker Parlimen pada persidangan Parlimen minggu hadapan.
"Setakat saya tahu, tiada usul menukar Speaker Parlimen daripada pihak pembangkang pada sidang Parlimen minggu hadapan.
"Kita akan kekalkan Speaker Parlimen sedia ada, Datuk Azhar Azizan Harun seperti sediakala," katanya.
Sementara itu, Felo Penyelidik Ilham Centre, Profesor Madya Dr Hamidin Abdul Hamid memberi pandangan berbeza dengan Mohamed Nazri, sebaliknya beliau bersetuju dengan pendapat dilontarkan Abdul Aziz.
Jelas beliau, UMNO sebenarnya perlu bertindak matang dengan tidak memilih calon Timbalan Speaker Parlimen yang mempunyai 'baggage' seperti Ahmad untuk diketengahkan sebagai wakil blok kerajaan.
"Saya rasa seharusnya sesiapa sahaja yang memegang jawatan di Dewan Rakyat perlu bersih daripada sebarang pendakwaan kes mahkamah bagi membolehkan integriti Parlimen dipelihara.
"Hal ini kerana sesiapa yang dilantik sebagai Speaker dan Timbalan Speaker Parlimen tidak lagi terikat dengan jawatan dalam parti, sebaliknya perlu bersikap neutral dan telus dalam menguruskan perjalanan dan peraturan mesyuarat Dewan Rakyat.
"Selain itu, calon Timbalan Speaker Parlimen sepatutnya mempunyai latar belakang perundangan bagi membolehkan individu berkenaan menjalankan tugas itu dengan sebaiknya," katanya.
Dalam pada itu, Hamidin turut mempersoalkan keputusan UMNO untuk tidak mencalonkan ramai lagi pemimpin parti yang bukan terdiri 'kluster mahkamah' serta berkemampuan besar menggalas tanggungjawab berkenaan berbanding Ahmad.
"Saya berpandangan mungkin pemimpin seperti bekas Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah antara calon-calon yang layak diketengahkan UMNO selain pertimbangan mengembalikan Azalina sendiri.
"Selain itu, saya juga skeptikal dengan keperluan UMNO menganggap jawatan Timbalan Speaker Parlimen adalah kuota jawatan milik parti itu dan pandangan itu tidak betul," katanya.
Laporan dipetik dari Sinar Premium
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2021/09/nazri-dedahkan-siapa-calon-tunggal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Itu Notis Lama Rentas Daerah Masih Tidak Dibenarkan Polis Sabah

Itu Notis Lama Rentas Daerah Masih Tidak Dibenarkan Polis Sabah

papar berkaitan - pada 14/9/2021 - jumlah : 263 hits
Notis yang membenarkan orang ramai rentas daerah tular di media sosial hari ini Rentas daerah masih tidak dibenarkan di Sabah KOTA KINABALU Pesuruhjaya Polis Sabah Idris Abdullah menafikan dakwaan kononnya orang ramai di negeri itu dibenark...
Lama Tak Keluar Rumah Fazura Rasa Macam Pelancong Bila Dapat Pergi Mall

Lama Tak Keluar Rumah Fazura Rasa Macam Pelancong Bila Dapat Pergi Mall

papar berkaitan - pada 12/9/2021 - jumlah : 454 hits
Sejak kerajaan Malaysia melonggarkan prosedur operasi standard dengan membenarkan pembukaan pelbagai sektor seperti perniagaan orang ramai dilihat sudah ber4ni keluar memulakan semula aktiviti harian Ketetapan membenar mereka yang sudah len...
Masak Lemak Nangka Setelah Sekian Lama Tak Makan

Masak Lemak Nangka Setelah Sekian Lama Tak Makan

papar berkaitan - pada 12/9/2021 - jumlah : 326 hits
Masak lemak Nangka dengan ikan goreng kena pulak dengan sambal belacan dah cukup dah untuk tambah berkali kali Itu belum masuk The post appeared first on
Isu Jemaah Solat Sudah Lama Dipersoalkan Menteri Agama Baru Nak Bincang

Isu Jemaah Solat Sudah Lama Dipersoalkan Menteri Agama Baru Nak Bincang

papar berkaitan - pada 12/9/2021 - jumlah : 197 hits
September 11 2021 Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Senator Idris Ahmad telah mengarahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia untuk mengambil tindakan membuat deraf ketetapan baharu mengenai prosedur operasi standard berkaitan solat berjemaah ...
Kembali Bekerja Setelah Sekian Lama Bercuti

Kembali Bekerja Setelah Sekian Lama Bercuti

papar berkaitan - pada 13/9/2021 - jumlah : 264 hits
Kembali bekerja setelah sekian lama bercuti Tak taulah nak kata excited ataupun tidak tapi punyalah siap awal tadi dari The post appeared first on
Lama Tak Berlakon Rupa Rupanya Preity Zinta Kini Petani Seronok Usahakan Kebun Epal

Lama Tak Berlakon Rupa Rupanya Preity Zinta Kini Petani Seronok Usahakan Kebun Epal

papar berkaitan - pada 13/9/2021 - jumlah : 697 hits
Pelakon Bollywood Preity Zinta yang sudah jarang muncul di k4ca televisyen dilihat semakin aktif melakukan aktiviti perkebunan Menerusi perkongsian di Instagram miliknya Preity kini banyak meluangkan masa untuk mengimbau kembali kenangan ma...
Alyah Masih Dalam Proses Hijrah Selepas Berhijab

Alyah Masih Dalam Proses Hijrah Selepas Berhijab

papar berkaitan - pada 26/8/2021 - jumlah : 314 hits
ALYAH tidak pernah melabelkan dirinya sebagai individu yang sudah berhijab sepenuhnya BERHIJRAH menuju kebaikan merupakan suatu fasa yang bukan mudah untuk diselusuri Lebih lebih lagi apabila karier yang ditunjangi berkait rapat dengan duni...
Kes Baharu Sabah Masih Tinggi Cecah 3 224 Kes

Kes Baharu Sabah Masih Tinggi Cecah 3 224 Kes

papar berkaitan - pada 26/8/2021 - jumlah : 256 hits
KES COVID 19 MENGIKUT DAERAH NEGERI SABAH 25 OGOS 2021 KOTA KINABALU Selepas kenaikan mendadak semalam kes baharu COVID 19 di Sabah masih merekodkan jumlah yang tinggi iaitu sebanyak 3 224 kes hari ini Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumaha...
Anugerah Bintang Popular Akan Berlangsung Tidak Lama Lagi Zul Ariffin Umum Sesuatu Yg Mengejvtkan Ramai

Anugerah Bintang Popular Akan Berlangsung Tidak Lama Lagi Zul Ariffin Umum Sesuatu Yg Mengejvtkan Ramai

papar berkaitan - pada 11/9/2021 - jumlah : 423 hits
Aktor terkenal Zul Ariffin mengumumkan pengunduran dirinya daripada sebarang pencalonan menerusi Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke 34 yang dijangka berlangsung pada 13 November depan Pengumuman mengenai penarikan dirinya daripada an...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Isteri Czer Tiga Kali Komen Suami Ni Buat Ramai Respect Malu Berdebat Dengan Orang Yang Lahirkan Anak Saya

Nabila Razali Selamat Bersalin Anak Pertama Timang Cahaya Mata Lelaki

Makan Laksa Sarawak Di King Laksa

Pantun Hujung Tahun Dan Selamat Bercuti

Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm