Alyah Masih Dalam Proses Hijrah Selepas Berhijab


                                                                                                                                                                                ALYAH tidak pernah melabelkan dirinya sebagai individu yang sudah berhijab sepenuhnya.


BERHIJRAH menuju kebaikan merupakan suatu fasa yang bukan mudah untuk diselusuri. Lebih-lebih lagi apabila karier yang ditunjangi berkait rapat dengan dunia hiburan.

Begitupun, perjalanan yang diatur dalam tempoh memperkemaskan jati diri tidaklah selancar seperti yang difikirkan. Dugaan dan cabaran yang datang berbisik perlu ditepis sebaiknya agar tiada cakap-cakap belakang yang timbul di kemu- dian hari.

Itulah yang sering terlintas di benak fikiran pemilik nama Noor Hasliah Abu Hasan ini.

Lebih dikenali dengan nama pentas Alyah, penyanyi berusia 33 tahun ini ternyata lebih berhati-hati dalam menjaga tingkahnya sejak dia berhijrah kira-kira setahun yang lalu.

"Hijrah itu terlalu besar maknanya. Walaupun saya telah mengenakan hijab tahun lalu, saya masih dalam proses untuk menjadi yang lebih baik.

"Saya tidak melabel diri sebagai seorang individu yang telah berhijrah sepenuhnya kerana saya masih dalam industri. Cuma, saya hanya perlu menjaga tata susila sebagai seorang wanita Muslimah," luahnya sambil tersenyum.

Kelihatan anggun mengenakan busana rona kombinasi hitam dan emas, Alyah yang ditemui pada majlis berbuka puasa anjuran Sony Music Malaysia di Pusat Konvensyen TM, Kuala Lumpur baru-baru ini turut mengakui, sebagai seorang yang dikenali, dia tidak mampu untuk memuaskan hati semua pihak.

"Pada awal fasa mengenakan hijab, saya fikirkan bahawa ia merupakan suatu proses yang mudah. Namun tidak dinafikan, dugaan yang saya terima juga semakin menebal.

"Sebagai seorang selebriti, apa sahaja yang saya lakukan pasti menjadi bualan. Baik atau buruk, kita tetap akan dikritik. Sejujurnya, saya tidak boleh memuaskan kehendak semua orang," luahnya.

Fenomena berhijab

Sejak kebelakangan ini, ramai antara selebriti yang mengambil keputusan untuk berhijrah dengan mengenakan hijab dan menutup aurat.

Lebih-lebih lagi dengan kedatangan bulan Ramadan, beberapa orang selebriti turut mengambil keputusan untuk memakai tudung.

Menyentuh mengenai perkembangan tersebut, pelantun lagu Kisah Hati ini enggan meletakkan dirinya sebagai hakim bagi mengulas mengenai trend berkenaan.

Tuturnya, dia juga pernah berada ditempat mereka sebelum ini. Sebagai individu yang baru bertukar imej, dia lebih gemar untuk memperbaiki serta bermuhasabah diri.

"Jika mahu diikutkan, bidang seni bukanlah tempat yang sesuai untuk seseorang yang sedang berhijab untuk meneruskan karier.

"Justeru, seperti yang dikatakan tadi, saya masih menyanyi dan merakamkan lagu. Saya tidak berani untuk menyuarakan pendapat mengenai fenomena berhijab yang melanda industri kini," ujarnya.

Tambah Alyah, dia mengambil langkah berdiam diri kerana dia juga pernah melalui fasa tersebut suatu ketika dahulu.

"Suatu ketika dahulu, saya juga tidak berhijab. Justeru, tidak molek rasanya saya memberikan pandangan terhadap keputusan artis lain untuk berubah dan menutup aurat," tuturnya sambil tersenyum.

Sesal Separuh Nyawa

Apabila bercakap tentang perkembangan kariernya, perkara pertama yang dibayangkan adalah kesungguhan anak jati negeri Johor ini menempa nama sebagai seorang penyanyi.

Selepas lagu Kisah Hati dan beberapa buah single lain, Alyah kini muncul pula dengan sebuah lagu baharu berjudul Sesal Separuh Nyawa.

Lagu berentak balada ini mendapat sentuhan Alfie Tiga dan Aidil serta liriknya ditulis oleh Shah Shamsiri dan Alyah sendiri.

Menyambung legasi klip video Kisah Hati yang pernah menjadi bualan peminat beberapa tahun lalu, Alyah sekali lagi memberi tanggungjawab mengarahkan klip video bagi lagu baharunya itu kepada pengarah terkemuka Ghaz Abu Bakar.

Menariknya, jalan cerita yang ditampilkan dalam klip tersebut begitu meninggalkan kesan di hati penonton. Ditanya adakah jalan cerita itu ada kena mengena dengan pengalaman hidupnya, Alyah menegaskan, ia hanyalah rekaan semata-mata.

Namun, dia tidak menyangkal bahawa perkara sebegitu banyak berlaku dalam masyarakat masa kini.

"Jalan ceritanya mungkin ada kena mengena dengan masyarakat kita tetapi ia bukanlah penga- laman saya sendiri.

"Saya lebih memfokuskan pada teknik visual yang diterapkan dalam video itu kerana ia merupakan penampilan saya yang pertama dengan hijab," tutur- nya lagi.

Ramadan

Melewati hari-hari pada bulan Ramadan tahun ini, Alyah mengakui bahawa dia banyak mengurangkan aktiviti seninya dan lebih gemar menghabiskan masa bersama keluarga.

"Selama lapan tahun bergelar penyanyi, saya tidak pernah berehat apabila tibanya bulan Rama- dan. Maklumlah, pada awal waktu dikenali, saya perlu rajin bekerja untuk membina nama. Sehingga sering berbuka puasa dalam kereta.

"Namun tahun ini, saya mahu menghabiskan masa bersama keluarga dan menjalani ibadah puasa bersama-sama," ujarnya.

Penyanyi yang turut bergelar ibu angkat kepada Mohd. Alif, 8, dan Naziatul Afiqah, 4, ini turut ber- kata, lebaran tahun ini bakal disambut secara sederhana di kampung halamannya di Johor.

"Seperti tahun-tahun sebelum ini saya bakal pulang ke Johor bersama anak-anak. Persiapan hari raya juga dilakukan secara sederhana," katanya menutup bicara.-kosmo
View the original article here


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://kipastembak.blogspot.com/2014/07/alyah-masih-dalam-proses-selepas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pm Baharu Masih Perlu Jalani Proses Undi Percaya Agong

Pm Baharu Masih Perlu Jalani Proses Undi Percaya Agong

papar berkaitan - pada 18/8/2021 - jumlah : 351 hits
Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah KUALA LUMPUR Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah menitahkan supaya perdana menteri kesembilan yang dilantik perlu segera m...
Trump Di Boo Selepas Suruh Penyokong Ambil Vaksin Covid 19 Video

Trump Di Boo Selepas Suruh Penyokong Ambil Vaksin Covid 19 Video

papar berkaitan - pada 24/8/2021 - jumlah : 157 hits
Trump Di Boo Selepas Suruh Penyokong Ambil Vaksin Covid 19 VIDEO BEKAS Presiden Amerika Syarikat Donald Trump diejek selepas mengarahkan penyokongnya untuk mengambil vaksin dalam satu perhimpunan di Alabama Ribuan penyokong membanjiri perhi...
Makin Manis Fieya Julia Selepas Bertudung Yang Penting Dah Tak Dapat Dm Lelaki Gatal

Makin Manis Fieya Julia Selepas Bertudung Yang Penting Dah Tak Dapat Dm Lelaki Gatal

papar berkaitan - pada 23/8/2021 - jumlah : 376 hits
Fieya Julia gembira penampilannya kini dengan mengenakan hijab berjaya mengikis pandangan negatif segelintir individu terhadapnya Menurut Fieya atau nama sebenar Nur Syafiyah Sejali 21 imej tidak bertudung sebelum ini membuatkan ada pihak y...
19 807 Kes Baharu Covid 19 Sabah Catat Kes Tertinggi Selepas Selangor

19 807 Kes Baharu Covid 19 Sabah Catat Kes Tertinggi Selepas Selangor

papar berkaitan - pada 23/8/2021 - jumlah : 250 hits
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah PUTRAJAYA Jumlah kes positif Covid 19 mencatatkan penurunan kepada 19 807 kes pada Ahad berbanding 22 262 kes pada Sabtu Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berka...
Keadaan Tidak Mengizinkan Solia Bubar Selepas 5 Hari Sahaja Jadi Kumpulan K Pop

Keadaan Tidak Mengizinkan Solia Bubar Selepas 5 Hari Sahaja Jadi Kumpulan K Pop

papar berkaitan - pada 24/8/2021 - jumlah : 254 hits
Tak pernah berlaku rasanya apabila kumpulan K Pop hanya mampu bertahan selama 5 hari sahaja Baru baru ini SOLIA mengumumkan pembuburan kumpulan mereka selepas hanya beberapa hari bertapak dalam industri hiburan Untuk pengetahuan mereka iala...
Vaksin Ni Tuhan Ke Apa Jangan Jadi Haiwan Ternakan Mati Selepas Vaksin Suhaimi Saad

Vaksin Ni Tuhan Ke Apa Jangan Jadi Haiwan Ternakan Mati Selepas Vaksin Suhaimi Saad

papar berkaitan - pada 23/8/2021 - jumlah : 390 hits
Vaksin ni Tuhan ke apa Jangan jadi haiwan ternakan mati selepas vaksin Suhaimi SaadBekas penyanyi nasyid Suhaimi Saad 41 kembali menjadi bualan netizen di media sosial susulan beberapa kenyataannya tidak bersetuju dengan pelaksanaan pemberi...
Pm Dikritik Selepas Mp Umno Ikut Rombongan Ke Kawasan Banjir

Pm Dikritik Selepas Mp Umno Ikut Rombongan Ke Kawasan Banjir

papar berkaitan - pada 24/8/2021 - jumlah : 239 hits
malaysiakini comDiterbitkan 24 Aug 2021 12 12 pmDikemaskini 12 25 pmPerdana Menteri Ismail Sabri Yaakob menerima kritikan selepas tersebar gambar memaparkan rombongan ahli ahli parlimen turut serta dalam lawatan rasminya ke daerah dilanda b...
Isu No Anwar No Dap Selesai Selepas Ph Jumpa Pm Umno

Isu No Anwar No Dap Selesai Selepas Ph Jumpa Pm Umno

papar berkaitan - pada 26/8/2021 - jumlah : 242 hits
NASUHA RAHMANJika sebelum ini Umno menegaskan pendirian mereka no DAP no Anwar namun selepas pertemuan Naib Presiden Umno Datuk Seri Ismail Sabri bersama tiga pimpinan Pakatan Harapan hari ini pendirian itu terpaksa diketepikan Presiden PKR...
Anwar Slams Hypocritical Criticism Over His Response To Najib S Apology

A Sucker Punch For Rm1 000 What S The Value Of Dignity In Malaysia

Makan Malam Tiga Beranak Di Adam Kitchen

Rakyat Malaysia Jadi Tentera Upahan Di Ukraine Dipercayai Masih Hidup Kpn

Tan Sri Vincent Tan Dan U Mobile

Empat Sekawan Dipenjara Tiga Tahun Culik Budak Perempuan

Pengalaman Anak Kena Prolonged Jaundice

Sabah Air Belum Mohon Lesen Perkhidmatan Udara Kata Menteri Pengangkutan


echo '';
Biodata Terkini Penyanyi Illa Sabry Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Senyawa iQIYI Malaysia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Project Projek Exit Astro Originals

Pelajari Asal Usul Nama Makhluk Seram Kisah Fiksyen Barat Yang Terkenal

10 Fakta Filem Kahar Kapla High Council Yang Ramai Tak Tahu Prekuel Drama Project Projek High Council


Tv Samsung Rosak Tamat Tempoh Hayat

30 Lagu Bakal Berentap Dalam Muzik Muzik 39 Separuh Akhir Siapa Akan Mara Ke Ajl 39

Celebrity Legs And Feet In Tights Variety Pack 143

Cucur Sayur

Kedah Jheaik Siasat Tok Kadi Buli Pengantin

Seorang Wanita Tergamak Penggal Kepala 2 Anak