Refleksi Tafsir Ayat 3 Surah Almulk


 Refleksi tafsir: Perspektif psikologi - ayat 3 surah alMulk.
الَّذي خَلَقَ سَبعَ سَمٰوٰتٍ طِباقًا ۖ مّا تَرىٰ في خَلقِ الرَّحمٰنِ مِن تَفٰوُتٍ ۖ فَارجِعِ البَصَرَ هَل تَرىٰ مِن فُطورٍSahih International[And] who created seven heavens in layers. You do not see in the creation of the Most Merciful any inconsistency. So return [your] vision [to the sky]; do you see any breaks
Bahasa MelayuDialah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis; engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah; (jika engkau ragu-ragu) maka ulangilah pandangan – (mu) – dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan
1. Seorang ahli psikiatris, Klaus Conrad, menggunakan istilah apophenia untuk menerangkan kecenderungan melihat corak atau hubungan tertentu antara objek yang tidak tersusun. Sebagai contoh, mungkin kita sendiri ada nampak buaya, arnab, dan haiwan lain pada gumpalan awan. Awan berkenaan tidak disusun untuk menyerupai haiwan-haiwan tersebut, tapi kitalah yang Menyusun maklumat daripada deria mata hinga kita ‘melihat’ haiwan di atmosfera. Conrad mengaitkan apophenia dengan skizofrenia. Jika kuat sangat kecenderungan melihat corak, kemungkinan ada gangguan terhadap fungsi otak. Dalam ayat ini, Allah swt secara jelas menyuruh manusia melihat kejadian langit. Bukan sekadar melihat saja-saja; tapi melihat untuk penelitian yang mendalam dan mengaitkannya dengan Allah swt yang Maha Pemurah dan Maha Berkat. Perkataan tabaqa ditafsirkan sebagai berlapis-lapis atau tersusun. Mungkin pada pandangan sekali imbas, tidak kelihatan susunan itu. Tapi kita dituntut untuk setidak-tidaknya berfikir tentang susunan yang Allah swt cipta bagi kejadian langit. Jika apophenia merujuk kepada melihat benda yang tak wujud, visual agnosia pula merujuk kepada tidak dapat melihat benda yang wujud. Orang yang masih berfungsi matanya, yakni tidak buta, tidak dapat mengecam objek yang ada di hadapannya disebabkan gangguan saraf. Jika disuruh melukis objek yang di depan matanya, dia tidak mampu berbuat demikian. Dia nampak, tapi dia tidak faham apa yang dia nampak. Jika manusia tidak boleh lihat susunan dan aturan dalam kejadian langit, malah kejadian-kejadian lain, maka mungkin itu boleh dianggap sebagai visual agnosia. Agnosia berasal daripada perkataan Greek. Perkataan yang sama juga melahirkan istilah agnostik untuk merujuk kepada orang yang tidak membuat komitmen untuk percaya kepada Tuhan. Dari segi Bahasa, mungkin boleh dikatakan orang yang Tidak mahu percaya kepada Tuhan adalah orang yang tidak nampak susunan dan aturan yang merupakan tanda-tanda kebesaran Tuhan. 2. “engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah” Saya tertarik dengan struktur ayat ini. Ia mengingatkan saya kepada pernyataan hipotesis. Ia seolah-olah satu cabaran kepada manusia untuk menguji hipotesis berkenaan. Yang lebih menarik, hipotesis itu dinyatakan dalam bentuk hipotesis alternatif (H alt: Pada ciptaan Allah swt ada yang tidak seimbang). Dalam kaedah pengujian hipotesis, kita perlu menyatakan hipotesis nul dan alternatif. Dan jika kita ada walau satu bukti untuk hipotesis alternatif (yakni ada yang tidak seimbang), maka kita akan menolak hipotesis nul (yakni semua ciptaan ada keseimbangan). Ayat ini sekaligus memberi kita jawapan kepada ujian hipotesis itu. Kita tidak akan dapat bukti untuk menerima hipotesis alternatif. Maka kita perlu percaya dan menerima bahawa pada ciptaan Allah itu ada keseimbangan. Saya belum mampu nak mengulas lanjut tentang maksud-maksud khusus keseimbangan; Cuma di sini saya hendak menonjolkan cara keseimbangan itu dipersembahkan kepada manusia untuk diperhatikan dan diuji. 3. Manusia digalakkan untuk melihat bukan sekali sahaja. Hipotesis keseimbangan tadi boleh diuji berkali-kali: lihatlah langit berkali-kali. Perkataan al-basor digunakan untuk merujuk kepada pandangan mata dan juga fikiran. Kita gunakanlah proses sensasi (deria) dan proses persepsi (pemprosesan maklumat deria) untuk melakukan ujian hipotesis itu. Dalam kaedah sains, pengujian yang berulang oleh orang yang sama mahupun orang yang berbeza sangat digalakkan. Pengujian berulang kali dapat meneguhkan keyakinan kita terhadap dapatan kajian. Pengujian berulang kali yang digalakkan dalam ayat ini mudah-mudahan dapat meneguhkan iman dan aqidah kita. #refleksitafsir

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pakalang.blogspot.com/2021/07/refleksi-tafsir-ayat-3-surah-almulk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Refleksi Tafsir Ayat 1 Surah Almulk

Refleksi Tafsir Ayat 1 Surah Almulk

papar berkaitan - pada 12/7/2021 - jumlah : 460 hits
Refleksi tafsir Perspektif psikologiDengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani Blessed is He in whose hand is dominion and He is over all things competent Maha Berkat Tuhan yang menguasai pemerintahan dan memanglah Ia Maha Ku...
Refleksi Tafsir Ayat 2 Surah Almulk

Refleksi Tafsir Ayat 2 Surah Almulk

papar berkaitan - pada 12/7/2021 - jumlah : 364 hits
Sahih International He who created death and life to test you as to which of you is best in deed and He is the Exalted in Might the Forgiving Bahasa Melayu Dialah yang telah menjadikan adanya mati dan hidup untuk menguji kamu siapakah di an...
Refleksi Tasir Surah Al Mulk Ayat 4

Refleksi Tasir Surah Al Mulk Ayat 4

papar berkaitan - pada 13/7/2021 - jumlah : 344 hits
Sahih InternationalThen return your vision twice again Your vision will return to you humbled while it is fatigued Bahasa MelayuKemudian ulangilah pandangan berkali kali nescaya pandanganmu itu akan balik kepadamu dengan hampa sedang ia pul...
Surah Yunus Ayat 81 82 Amalan Pemusnah Sihir

Surah Yunus Ayat 81 82 Amalan Pemusnah Sihir

papar berkaitan - pada 9/7/2021 - jumlah : 2120 hits
Surah Yunus Ayat 81 82 Amalan Pemusnah Sihir Sihir adalah satu perbuatan syirik menyegutukan Allah berdosa besar hukumnya Sesiapa yan melakukan sihir dan tidak mahu bertaubat nasuha maka neraka jahanam lah tempat mereka Perbuatan sihir mema...
Rahsia Surah Yassin Ayat Ke 58

Rahsia Surah Yassin Ayat Ke 58

papar berkaitan - pada 5/7/2021 - jumlah : 878 hits
RAHSIA SURAH YASSIN AYAT KE 58 Barang siapa yang membaca YAASIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah tersebut SALAAMUN QAULAM MIR RABBIR RAHIM dan diulang sebanyak 7 kali untuk 7 niat baik inshaaAllah dengan izin Yang Maha Esa dan Maha Kuas...
Surah Al Insyirah Ayat

Surah Al Insyirah Ayat

papar berkaitan - pada 1/7/2021 - jumlah : 316 hits
SURAH AL INSYIRAH AYAT 1 Bukankah Kami telah melapangkan bagimu Dadamu 2 Dan Kami telah meringankan daripadamu Bebanmu 3 Yang memberati tanggunganmu 4 Dan Kami telah meninggikan bagimu Sebutan namamu 5 Oleh itu maka bahawa sesungguhnya tiap...
Surat Al Maidah Ayat 2 Arab Latin Arti Tafsir Dan Kandungan

Surat Al Maidah Ayat 2 Arab Latin Arti Tafsir Dan Kandungan

papar berkaitan - pada 30/6/2021 - jumlah : 549 hits
Surat Al Maidah ayat 2 adalah ayat tentang tolong menolong Juga tentang beberapa larangan Berikut ini arti tafsir dan kandungan maknanya Surat Al Maidah termasuk madaniyah Imam Ahmad meriwayatkan surat ini turun ketika Rasulullah shallallah...
Doa Surah Al Hijr Ayat 9 Laris Perniagaan

Doa Surah Al Hijr Ayat 9 Laris Perniagaan

papar berkaitan - pada 30/6/2021 - jumlah : 1054 hits
Doa Ayat Pelaris Surah al Hijr Ayat 9 Selain kita berusaha bersungguh sungguh kita juga mesti iringi usaha dengan doa kepada Allah SWT agar perniagaan kita berjaya Siapa yang nak menanggung rugi dalam usaha yang dilakukan dengan modal yang ...
Kelebihan Amalkan Surah 3 Qul Sebelum Tidur

Kelebihan Amalkan Surah 3 Qul Sebelum Tidur

papar berkaitan - pada 5/7/2021 - jumlah : 626 hits
Kelebihan Amalkan Surah 3 Qul Sebelum Tidur Alah bisa tegal biasa Kalau dah selalu buat insyallah akan akan terbiasa Banyak kelebihan kita mengamalkan membaca surah 3 qul ini sebelum tidur Pernah cakap kat Naura dan Fiyah sebelum tidur past...
Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Put Aside Egos And Resolve Rice Crisis Mat Sabu Syed Hussin Told

Bufet Ramadan 2025 Di Le Meridien Petaling Jaya

How A Parent S Affection Shapes A Child S Happiness For Life

Surat Al Isra Ayat 1 Arti Dan Tafsir Ayat Isra Mi Raj

Tarikh Pembayaran Emolumen Bulanan Bagi Tahun 2025

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu

Buffet Ramadan The Westin Desaru Coast


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Warung Jdt Sarap

Warong Wak John Kampung Parit Jelutong Parit Raja Johor

Resepi Pandan Burn Cheesecake

Lima Lelaki Warga Indonesia Ditembak Ditinggalkan Di Hospital Serdang Dalam Keadaan Parah

Pertama Kali Dalam Sejarah Denmark Pendakwa Raya Fail Pertuduhan Kes Hina Al Quran

Pemuda Amanah Akui Sukar Saingi Pas