Refleksi Tafsir Ayat 2 Surah Almulk


الَّذي خَلَقَ المَوتَ وَالحَيَوٰةَ لِيَبلُوَكُم أَيُّكُم أَحسَنُ عَمَلًا ۚ وَهُوَ العَزيزُ الغَفورُ Sahih International [He] who created death and life to test you [as to] which of you is best in deed – and He is the Exalted in Might, the Forgiving – Bahasa Melayu Dialah yang telah menjadikan adanya mati dan hidup – untuk menguji kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun; 1. Ayat 1 memberitahu kita bahawa semua sesuatu di dunia ini berada di bawah kekuasaan Allah swt. Ayat ini pula memfokus kepada manusia sebagai makhluk yang berada dalam kekuasaanNya. Salah satu tema dalam sejarah falsafah dan psikologi ialah makna kehidupan itu sendiri. Dalam psikologi kontemporari, khususnya psikologi positif, kebermaknaan (meaningfulness) diterima sebagai satu elemen penting kesejahteraan psikologikal. Kebermaknaan merujuk kepada sejauh mana individu merasa kehidupannya ada matlamat atau berguna (purpose) Dalam ayat ini disebut dengan jelas satu daripada matlamat kehidupan (membuat amal yang lebih baik). Existential crisis boleh dirungkai dengan menerima matlamat-matlamat dan tujuan kehidupan yang diterangkan dalam ajaran Islam. Kecelaruan psikologikal ada dikaitkan dengan merosotnya orientasi hidup yang optimis (seperti yang diukur melalui Life Orientation Test). Bahkan, merasai bahawa hidup sudah kurang atau tidak bermakna ialah simptom bagi kecelaruan psikologikal. 2. Beramal secara lebih baik (ahsanu ‘amala) boleh mengisi kehidupan secara bermakna. Perkataan ahsanu (lebih baik) adalah pernyataan yang bersifat relatif. Ia menuntut manusia membandingkan dirinya dengan orang lain. Upward comparison dan downward comparison adalah proses kognisi sosial yang normal. Membandingkan diri kita dengan orang yang lebih berjaya (upward comparison) dan kurang berjaya (downward comparison) boleh menghasilkan kesan baik (meningkatnya rasa gembira, dan penghargaan kendiri). Namun, mungkin juga ada kesan buruk (bertambahnya kemurungan, kegelisahan, dan berkurangnya kegembiraan). Ada faktor yang boleh mempengaruhi kesan akhir perbandingan itu seperti kepentingan ciri peribadi yang dinilai dan risiko dinilai sebagai orang yang lemah. Untuk mengurangkan kesan buruk daripada perbandingan sosial ini, kita perlu ingat bahawa kita membuat perbandingan sebagai hamba Allah swt yang cuba memenuhi suruhan-suruhannya. Memang kita digalakkan melihat orang yang lebih berjaya dalam hal-hal ibadah supaya kita bermotivasi untuk memperbaiki lagi amalan kita. Dalam konteks ini, saya melihat gerakan motivasi yang menekankan ‘potensi diri’ sebagai satu gerakan yang terlalu human-centred. Dalam banyak-banyak sekolah pemikiran dan aliran psikologi, humanisma sahaja yang menonjol dalam mengutarakan idea tentang potensi manusia. Idea seperti penyempurnaan kendiri (self-actualization) banyak diguna oleh penceramah motivasi untuk meyakinkan audien bahawa mereka adalah juara, terbaik, dan hebat. Adakah ini ahsanul ‘amala? Seperti dalam surah asShams, manusia diberi ilham untuk melakukan perkara yang keji dan perkara yang baik. Mencapai potensi tertinggi manusia perlu dilihat dalam konteks penghambaan diri kepada Allah swt. Jika kita dapat berusaha sehabis baik, tetapi tidak menjadi juara, makan janganlah bersedih. Harga diri kita (self-esteem) tidak terletak pada kejayaan yang kita capai. Sebaliknya kita perlu menilai sejauh mana kita telah berusaha untuk melakukan yang terbaik. 3. Amalan baik itu sendiri tidak dilihat sebagai satu dimensi. Ada banyak dimensi amal: dan kita mungkin baik dalam satu dimensi, tapi kurang dalam dimensi yang lain. Maka, jika kita ternyata kurang dalam satu-satu dimensi, itu bukan ‘hukuman’ untuk membuat kita bersedih. Sekurang-kurangnya kita masih berguna iaitu menjadi perbandingan untuk orang yang lebih kuat bagi dimensi tersebut. Dalam pada masa yang sama, kita boleh menggandakan usaha dalam dimensi yang merupakan kekuatan kita. 4. Perkataan liyabluwakum ditafsirkan sebagai ujian-ujian yang ringan dan biasa (common). Sebagai perbandingan, ujian-ujian besar adalah peristiwa yang mengakibatkan trauma. Perkataan iyabluwakum boleh kita pegang sebagai hujah bahawa stres adalah sebahagian daripada keperluan kehidupan. Sikap positif terhadap stresor boleh dibentuk dengan menganggapnya sebagai satu cara untuk kita memperbaiki amalan. Mengikut teori yang dikemukakan oleh Lazarus dan Folkman, stresor boleh menimbulkan stres jika kita berasa kita kurang kemampuan dan sumber untuk menghadapi sesuatu ancaman. 5. Di hujung ayat, nama Allah al-Aziz (Maha Kuasa) memberi peringatan bahawa Allah swt mampu menyiksa jika kita engkar arahan-arahanNya serta tidak berusaha melakukan amal yang baik. Di samping itu, dengan beriman kepada Allah al-Aziz, kita menanam keyakinan bahawa kita ada hubungan dengan sumber yang sangat berkuasa dalam menghadapi apa-apa stresor. Nama al-Ghafur pula memberi peringatan bahawa Allah swt sudi memaafkan hamba-hambaNya yang bertaubat dan mengaku kesalahan. Jika kita tidak dapat buat sehabis baik (atau pun kita buat sehabis buruk), maka kita mohon keampunan daripadaNya. Kegagalan kita tidak sepatutnya menjadi beban emosi sehingga menjejaskan kesihatan mental. Ada orang yang tidak melayan diri dengan baik (bersifat ihsan kendiri – self-compassion) apabila sukar memaafkan dirinya sendiri atas kesalahan yang dilakukan. Jika Allah swt yang menyuruh kita berbuat baik itu sendiri sudi nak memaafkan kita, maka kita sepatutnya boleh memaafkan diri sendiri. Dan Allah Maha Tahu #refleksiTafsir

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pakalang.blogspot.com/2021/07/refleksi-tafsir-ayat-2-surah-almulk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Refleksi Tafsir Ayat 3 Surah Almulk

Refleksi Tafsir Ayat 3 Surah Almulk

papar berkaitan - pada 12/7/2021 - jumlah : 402 hits
Refleksi tafsir Perspektif psikologi ayat 3 surah alMulk Sahih International And who created seven heavens in layers You do not see in the creation of the Most Merciful any inconsistency So return your vision to the sky do you see any break...
Refleksi Tafsir Ayat 1 Surah Almulk

Refleksi Tafsir Ayat 1 Surah Almulk

papar berkaitan - pada 12/7/2021 - jumlah : 455 hits
Refleksi tafsir Perspektif psikologiDengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani Blessed is He in whose hand is dominion and He is over all things competent Maha Berkat Tuhan yang menguasai pemerintahan dan memanglah Ia Maha Ku...
Refleksi Tasir Surah Al Mulk Ayat 4

Refleksi Tasir Surah Al Mulk Ayat 4

papar berkaitan - pada 13/7/2021 - jumlah : 341 hits
Sahih InternationalThen return your vision twice again Your vision will return to you humbled while it is fatigued Bahasa MelayuKemudian ulangilah pandangan berkali kali nescaya pandanganmu itu akan balik kepadamu dengan hampa sedang ia pul...
Surah Yunus Ayat 81 82 Amalan Pemusnah Sihir

Surah Yunus Ayat 81 82 Amalan Pemusnah Sihir

papar berkaitan - pada 9/7/2021 - jumlah : 2109 hits
Surah Yunus Ayat 81 82 Amalan Pemusnah Sihir Sihir adalah satu perbuatan syirik menyegutukan Allah berdosa besar hukumnya Sesiapa yan melakukan sihir dan tidak mahu bertaubat nasuha maka neraka jahanam lah tempat mereka Perbuatan sihir mema...
Rahsia Surah Yassin Ayat Ke 58

Rahsia Surah Yassin Ayat Ke 58

papar berkaitan - pada 5/7/2021 - jumlah : 873 hits
RAHSIA SURAH YASSIN AYAT KE 58 Barang siapa yang membaca YAASIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah tersebut SALAAMUN QAULAM MIR RABBIR RAHIM dan diulang sebanyak 7 kali untuk 7 niat baik inshaaAllah dengan izin Yang Maha Esa dan Maha Kuas...
Surah Al Insyirah Ayat

Surah Al Insyirah Ayat

papar berkaitan - pada 1/7/2021 - jumlah : 278 hits
SURAH AL INSYIRAH AYAT 1 Bukankah Kami telah melapangkan bagimu Dadamu 2 Dan Kami telah meringankan daripadamu Bebanmu 3 Yang memberati tanggunganmu 4 Dan Kami telah meninggikan bagimu Sebutan namamu 5 Oleh itu maka bahawa sesungguhnya tiap...
Surat Al Maidah Ayat 2 Arab Latin Arti Tafsir Dan Kandungan

Surat Al Maidah Ayat 2 Arab Latin Arti Tafsir Dan Kandungan

papar berkaitan - pada 30/6/2021 - jumlah : 541 hits
Surat Al Maidah ayat 2 adalah ayat tentang tolong menolong Juga tentang beberapa larangan Berikut ini arti tafsir dan kandungan maknanya Surat Al Maidah termasuk madaniyah Imam Ahmad meriwayatkan surat ini turun ketika Rasulullah shallallah...
Doa Surah Al Hijr Ayat 9 Laris Perniagaan

Doa Surah Al Hijr Ayat 9 Laris Perniagaan

papar berkaitan - pada 30/6/2021 - jumlah : 1041 hits
Doa Ayat Pelaris Surah al Hijr Ayat 9 Selain kita berusaha bersungguh sungguh kita juga mesti iringi usaha dengan doa kepada Allah SWT agar perniagaan kita berjaya Siapa yang nak menanggung rugi dalam usaha yang dilakukan dengan modal yang ...
Kelebihan Amalkan Surah 3 Qul Sebelum Tidur

Kelebihan Amalkan Surah 3 Qul Sebelum Tidur

papar berkaitan - pada 5/7/2021 - jumlah : 623 hits
Kelebihan Amalkan Surah 3 Qul Sebelum Tidur Alah bisa tegal biasa Kalau dah selalu buat insyallah akan akan terbiasa Banyak kelebihan kita mengamalkan membaca surah 3 qul ini sebelum tidur Pernah cakap kat Naura dan Fiyah sebelum tidur past...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Joker123th 100

Rahman Lao Masakan Cina Asli Muslim Di Bangi

Cuti Sekolah Tak Bosan Pelbagai Aktiviti Untuk Anak Anak

Telefilem This Is Pilah

Tip Masak Sagu Supaya Hasilnya Cantik Tak Melekat

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias