Referee Malaysia Vs Thailand Batalkan Gol
Referee Malaysia Vs Thailand Batalkan Gol. Baru saja tamat perlawanan di antara Malaysia menentang Thailand piala kejohanan piala AFF Mitsubishi tahun 2023. Perlawanan ini dijangka menjadi perlawanan yang sengit kerana Malaysia bertemu dengan Thailand yang merupakan musuh tradisi sejak dahulu lagi dalam perlawanan bola sepak.
Perlawanan bola sepak antara Malaysia berlangsung di stadium nasional bukit Jalil yang merekodkan jumlah kehadiran penonton sebanyak puluh-puluh ribu untuk menyaksikan perseteruan di antara Malaysia dan Thailand dalam memenangi bola sepak piala AFF Mitsubishi peringkat separuh akhir.
Dalam perlawanan tersebut menjadi pelbagai kontroversi di antara kedua-dua pasukan kerana masing-masing mencari kemenangan yang mana berakhir dengan keputusan Malaysia menang dengan jumlah 1-0. Tetapi menjadi polemik di antara rakyat Malaysia dan menimbulkan ketidak puas hati kerana tindakan refree yang telah bertindak membatalkan gol yang dijaringkan oleh pemain Malaysia.
Referee Malaysia Vs Thailand Batalkan Gol
Gol Kedua Malaysia Tidak Dikira…
Panas terkini dengan insiden pembatalan gol yang dibuat oleh pengadil daripada Korea selatan,Kim Dae Yong pada minit 56. Gol tersebut didakwa oleh pihak Malaysia bawa gold itu adalah sah kerana pemain Malaysia menjaringkan gol dengan cara yang sah tanpa menjatuhkan pemain lawan. Malang terjadi apabila pengadil bertindak memberi keputusan bahawa itu tidak menjadi gol kerana terdapat pelanggaran diantara pemain Malaysia dan Thailand.
Menurut pandangan pengadil perlawanan telah membatalkan gol tersebut kerana disyaki pemain Malaysia iaitu Darren lok telah mengasari pemain pihak lawan iaitu pertahanan. Tetapi jika dilihatkan dalam perlawanan tersebut kita boleh dapati bahawa pemeriksa tiada pun yang membuat kekasaran kepada pemain Thailand tersebut.
Bahkan jika dilihat jelas di dalam video atau perlawanan tadi kita dapati penjaga gol sendiri yang telah mengasari pertahanan mereka. Permainan berhenti sebentar bagi Beri laluan kepada pengadil untuk membuat keputusan sama ada gol Malaysia yang dijaringkan oleh Dominic Tan dikira ataupun tidak.
Malaysia Rugi Gol Kedua Tidak Dikira
Macammana Boleh Tidak Dikira Gol..
Itulah yang dirasakan oleh peminat dan penyokong bola sepak Malaysia apabila diimbau kembali mengenai insiden yang berlaku tadi bawa gol kedua Malaysia tidak dikira sekali tidak dianggap sah oleh pengadil perlawanan.
Gol kedua adalah penting untuk di bawa bekal bagi menghadapi saingan perlawanan kedua di stadium Thailand. Perlawanan separuh akhir kedua dijangka bermula pada beberapa hari lagi dan sihat negara telah menyiapkan persiapan yang lengkap dan rapi dengan hanya berbekalkan “satu gol sahaja”.
Tekanan Kepada Kem Malaysia
Melihatkan insiden tadi kita dapati kem Malaysia merasakan tekanan yang tersendiri kerana gol yang terang-terangan Shahdan diambil kira sepatutnya tidak terjadi kerana kemungkinan adanya kesilapan pengadil dalam membuat keputusan. Kim Dae Yong, pengadil perlawanan yang berasal daripada Korea selatan itu membuat keputusan sejurus selepas mendengar penjelasan dan mendapatkan pandangan daripada pembantu pengadil yang lain.
Sepatutnya pengadu utama perlu meneliti dan boleh melakukan satu keputusan yang tepat dan jelas jika melihat insiden tadi. Sudah terang bersuluh bahawa pemain saya tidak mengasari pemain Thailand dan ini membuatkan seluruh rakyat Malaysia masakan tidak adil dengan penafian gol kedua tersebut.
Penyokog Malaysia Gagal Menahan Emosi..
Marah itulah yang dirasakan oleh kebanyakan penyokong Malaysia yang menyaksikan perlawanan tadi. Masakan tidak merasakan tidak marah dengan tindakan pengadil yang tidak membenarkan jaringan gol kedua tersebut. Kita merasakan hak kita diambil dan tidak diberikan kembali dan ditempatkan di tempat yang betul dengan keputusan oleh pengadil sebentar tadi.
Sejurus dengan keputusan pengadil yang telah membatalkan gol tersebut penyokong Malaysia gagal menahan emosi dan membaling berapa botol ke dalam padang kerana sebagai protes dengan keputusan yang tidak adil dilakukan oleh pengadil.
VAR Wajar Disediakan Setiap Perlawanan
Melihat kepada insiden yang berlaku tadi, keputusan pengadil terang-terangan adalah tidak betul dan sepatutnya diperbetulkan melalui pembuktian yang sah. Malangnya perlawanan ini tidak mempunyai kecanggihan dalam penilaian pengadilan bola sepak iaitu VAR. VAR merupakan satu sistem pengadil yang menggunakan video secara menyeluruh di dalam stadium untuk memastikan keputusan yang dibuat oleh pengadil adalah tepat dan tidak salah yang boleh mengakibatkan pertelingkahan dalam perlawanan bola sepak.
Amatlah wajar bagi kejohanan piala AFF Mitsubishi tahun 2023 dihadirkan dengan penggunaan sistem VAR agar setiap perlawanan yang diharungi diadili dengan betul dan adil untuk kedua-dua pasukan.
Malaysia Bawa Bekal Tipis Ke Rumah Thailand
Walau bagaimanapun dengan insiden yang berlaku tadi kita harus menguji dengan skuad negara yang berjaya memenangi perlawanan tadi dengan kelebihan satu gol di tempat sendiri. Namun perjuangan Malaysia belum berhenti disitu sahaja dan skuad negara akan singgah ke stadium Thailand Untuk berentap sekali lagi seterusnya melayakkan diri ke perlawanan akhir sama ada bertemu dengan negara Vietnam atau negara Indonesia.
Perlawanan ini dijangka sengit di antara Malaysia dan Thailand kerana Thailand ingin membalas dendam dengan kekalahan 1-0. Manakala skuad negara perlu untuk bermain permainan pertahanan atau secara agresif untuk menempah slot ke perlawanan akhir dalam usaha untuk memenangi piala AFF Mitsubishi edisi tahun 2023.
Diharapkan negara Malaysia terus maju di dalam bola sepak di peringkat antarabangsa kerana harapan kita adalah untuk melihat negara Malaysia maju ke hadapan setaraf dengan negara-negara maju dalam bidang bola sepak.
Isu Pengadil Sedang Hangat Di Malaysia
Isu yang berlaku sebentar tadi menimbulkan keraguan di dalam hati rakyat Malaysia ketika menonton bola sepak. Sebelum ini kita juga digemparkan dengan keputusan yang tidak adil dibuat oleh perlawanan di antara Vietnam menentang Malaysia. Pengadil tersebut jelas mempunyai bias kepada vietnam.
Akibat ketidakadilan oleh seorang pengadil boleh menyebabkan skuad negara merasa down dan tertekan yang mana boleh membuat persembahan skuad negara menjadi tidak agresif dan terlalu mudah untuk bersaing dengan pemain pihak lawan.
Penyokong Malaysia juga mengharapkan agar persatuan bola sepak Malaysia untuk menegaskan kepada FIFA dalam menuntut keadilan dan kebenaran kepada skuad negara yang diuji dengan ketidakadilan dalam perlawanan bola sepak. Diharapkan perlawanan seterusnya di antara Malaysia VS Thailand berpihak kepada Malaysia.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.sistemguruonline.my/2023/01/referee-malaysia-vs-thailand-batalkan-gol.html