Ree Bekas Setiausaha Politik Mb Kedah Didakwa Rasuah Rm400 000




 KUALA LUMPUR: Bekas Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, terhadap dua tuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM400,000 membabitkan unsur nadir bumi (REE).
Bagaimanapun, Mohamad Hilmi Abdul Wahab, 50, mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dikemukakan di hadapan Hakim, Suzana Hussin.
Mengikut pertuduhan, Mohamad Hilmi meminta dan menerima suapan wang tunai masing-masing berjumlah RM250,000 serta RM150,000 daripada Pengarah Kumpulan Perlombongan REE Sdn Bhd, Liana Mamat @ Khalid, 40.
Permintaan rasuah itu melalui seorang lelaki dikenali sebagai Syed Muhammad Syid Aluvi, 34.
Kedua-dua kesalahan rasuah sebagai dorongan kepada tertuduh selaku Setiausaha Politik Muhammad Sanusi untuk membantu Kumpulan Perlombongan REE Sdn Bhd untuk mendapat kelulusan permohonan lesen perlombongan dan penjelajahan REE di Kedah.
Kesalahan didakwa dilakukan di Sunway Kiara Hills, Jalan 32/70A, Taman Sri Hartamas, di sini dan sebuah restoran di Desa Sri Hartamas, pada 4 serta 11 Julai lalu, mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 (Akta 694) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama.
Seksyen terbabit memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan jika dapat dinilai atau berbentuk wang atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi jika disabitkan kesalahan.
Susulan pengakuan tidak bersalah itu, Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin, mencadangkan jaminan antara RM30,000 hingga RM60,000 bagi kedua-dua tuduhan dihadapi Mohamad Hilmi.
"Syarat tambahan pasport diserahkan kepada mahkamah dan melaporkan diri ke pejabat SPRM Kedah setiap bulan kerana alamat tertuduh di Kuala Ketil.
"Selain itu, tertuduh tidak boleh mengganggu saksi pendakwaan hingga kes selesai," katanya.
Bagaimanapun, peguam bela Mohamad Hilmi, Syed Naquiddin Shahab, memohon jaminan RM20,000 atas alasan anak guam perlu menanggung lapan ahli keluarga membabitkan lima anak yang masih bersekolah, ibu bapa mentua dan ibu yang uzur.
"Anak guam tidak bekerja dan sudah ditamatkan kontrak (sebagai Setiausaha Politik Muhammad Sanusi) selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Kedah sebelum ini.
"Semua syarat tambahan boleh dituruti dan ia dapat mengurangkan jumlah jaminan bagi kedua-dua kes.
"Anak guam juga memberi kerjasama sepenuhnya kepada pegawai penyiasat sejak kes disiasat pada Julai lalu," katanya.
Hakim membenarkan jaminan RM45,000 terhadap Mohamad Hilmi dengan seorang penjamin dan syarat tambahan seperti dicadangkan pihak pendakwaan, selain menetapkan sebutan semula kes pada 12 Januari tahun depan.
Media melaporkan Muhammad Sanusi mengesahkan memberi keterangan kepada SPRM bagi membantu siasatan berhubung isu berkaitan REE di Sik.
Proses memberi keterangan kepada pegawai SPRM dibuat di pejabat Menteri Besar Kedah itu pada dua bulan lalu dan Muhammad Sanusi memaklumkan memberi kerjasama penuh bagi membolehkan siasatan kes berkenaan berjalan lancar.
Pada 18 Julai lalu, SPRM memulakan siasatan berhubung kecurian REE yang dijalankan secara haram sehingga mengakibatkan kerugian kepada kerajaan - BH

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2023/11/ree-bekas-setiausaha-politik-mb-kedah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rasuah Rm400 000 Berkait Ree Bekas Pembantu Sanusi Mengaku Tak Salah

Rasuah Rm400 000 Berkait Ree Bekas Pembantu Sanusi Mengaku Tak Salah

papar berkaitan - pada 20/11/2023 - jumlah : 170 hits
FMT ReportersMohamad Hilmi Abdul Wahab didakwa meminta dan menerima suapan wang tunai RM250 000 serta RM150 000 daripada Pengarah Kumpulan Perlombongan REE Sdn Bhd Liana Mamat Khalid PETALING JAYA Bekas setiausaha politik Menteri Besar Keda...
Dua Bekas Pegawai Didakwa Mb Kedah Tidak Lagi Boleh Membungkam

Dua Bekas Pegawai Didakwa Mb Kedah Tidak Lagi Boleh Membungkam

papar berkaitan - pada 22/11/2023 - jumlah : 290 hits
B Nantha KumarPKR hari ini mempersoalkan sikap membungkam Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor susulan tindakan mahkamah yang mendakwa dua bekas pegawainyaberkaitan usaha sama perlombongan unsur nadir bumi di negeri itu Timbalan Setia...
Bekas Ceo Mbi Kedah Juga Berdepan Dua Tuduhan Rasuah

Bekas Ceo Mbi Kedah Juga Berdepan Dua Tuduhan Rasuah

papar berkaitan - pada 21/11/2023 - jumlah : 146 hits
K PRAGALATH Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kedah Muhammad Sobri Osman mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan meminta dan menerima rasuah RM4 juta melibatkan perlombongan nadir bumi Dalam tuduhan pertama Muhamad Sobr...
Sanusi Thanks Govt For Picking Kedah For Exploration Of Ree

Sanusi Thanks Govt For Picking Kedah For Exploration Of Ree

papar berkaitan - pada 26/11/2023 - jumlah : 235 hits
Menteri besar Sanusi Nor hopes that mining of rare earth elements in Kedah can begin by the middle of next year to boost the state s revenue PETALING JAYA The Kedah government has expressed its gratitude to the federal government for select...
Pegawai Penguat Kuasa Disyaki Minta Rasuah Rm30 000 Ditahan Sprm

Pegawai Penguat Kuasa Disyaki Minta Rasuah Rm30 000 Ditahan Sprm

papar berkaitan - pada 7/11/2023 - jumlah : 255 hits
Norzamira Che Nohbhnews bh com myKUALA LUMPUR Seorang pegawai penguat kuasa ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia hari ini selepas disyaki meminta suapan kira kira RM30 000 daripada pemilik sebuah syarikat Sumber berkata lelaki ber...
6 Warga Indonesia Didakwa Miliki 41 000 Liter Petrol Tanpa Lesen

6 Warga Indonesia Didakwa Miliki 41 000 Liter Petrol Tanpa Lesen

papar berkaitan - pada 16/11/2023 - jumlah : 314 hits
Mahkamah membenarkan enam tertuduh itu diikat jamin RM5 000 dengan dua penjamin tempatan setiap seorang PETALING JAYA Enam warga Indonesia mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Sandakan hari ini atas tuduhan memiliki barang kawalan iait...
Antara Ree Rasuah Dan Penafian

Antara Ree Rasuah Dan Penafian

papar berkaitan - pada 21/11/2023 - jumlah : 143 hits
Tertuduh Muhamad Sobri Osman 63 mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan sejurus pertuduhan dikemukakan terhadapnya di hadapan Hakim Rohatul Akmar Abdullah Mengikut pertuduhan Muhamad Sobri didakwa meminta suapan bagi dirinya iaitu wang...
Selangor S Parking Deal Stinks To High Heaven

Gain In Demand Skills With An Sap Training Course In Malaysia

Anak Mulan Jameela Murung Kerana Teruk Dibuli Netizen Sejak Wedding Al Ghazali Ahmad Dhani Berang Amp Buat Laporan

Teoh Beng Hock A Tragedy That Pushed Malaysia Toward Legal Reform

Suka Makan Ikan Salmon Di Daily Coffee Keningau

The Joy Of Natural Posing Creating Authentic Connections In Photos

Pekerja Kilang Anggota Tentera Maut Kemalangan Berasingan Di Melaka Malam Tadi

Dr M S Nine Lives Syed Saddiq Lets The Cat Out


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Logo Yang Hebat Subahanallah

Manisnya Kalau Ada Majlis Doa Selamat Dan Taubat

Bbp168 3 Bbp168 Top 56 By Cornelius

Baj88thb 5 May Baj88thb Top 67 By Arlen

Uefa Hukum Palace

5 Kedai Kopi Aesthetic Instagrammable Di Kuala Pilah Untuk Lepak Chill