Redzuan Yusof Tewas Pemilihan Naib Presiden Ppbm



(FMT) – Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mohd Redzuan Yusof gagal mendapat tempat dalam barisan kepimpinan baru PPBM setelah tewas dalam saingan merebut salah satu daripada 3 jawatan naib presiden dalam pemilihan parti itu.
Dalam satu kenyataan, PPBM mengumumkan 3 naib presidennya yang baru, iaitu menteri pusat Ronald Kiandee dan Radzi Jidin, serta orang kuat PPBM Melaka Mohd Rafiq Naizamohideen.
Jawatan pengerusi PPBM tidak dipertandingkan selepas bekas pengerusi parti itu Dr Mahathir Mohamad terbatal keahlian beliau sebelum ini.
Dalam pada itu jawatan presiden kekal dimenangi oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan timbalannya disandang oleh Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu susulan tiada pertandingan bagi 2 jawatan itu.
Redzuan merupakan seorang daripada 16 calon yang bertanding merebut jawatan naib presiden PPBM. Turut tewas ialah pengerusi PPBM Johor Mazlan Bujang.
Redzuan adalah antara ahli awal PPBM dan merupakan ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti itu.
Bagi 20 jawatan ahli MPT pula, terdapat muka-muka baru dipilih, termasuk Menteri Ekonomi, Mustapa Mohamed; Timbalan Menteri Pertahanan, Ikmal Hisham Abdul Aziz; Timbalan Menteri Kerjaraya, Eddin Syazlee Shith; Timbalan Menteri Undang-Undang, Shabuddin Yahya;Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Rosol Wahid dan bekas menteri besar Johor Dr Sahruddin Jamal.
Turut diumum sebagai pemenang jawatan ahli MPT ialah Abdul Hakim Gulam Hassan, Zainol Fadzi Paharudin, Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid, Razali Idris, Wan Saiful Wan Jan, Azlinda Abdul Latif, Taufik Yaacob, Rafiq Abdullah, Lajim Ukin, Suhaili Abdul Rahman, Mohamed Farid Mohamed Zawawi, Zulkifli Zakaria, Yazid Yunus dan Shamsilah Siru.
Jawatan pengerusi dan timbalan pengerusi tetap pula masing-masing dimenangi oleh Mohd Suhaimi Abdullah dan Hisham Suboh.
Pemilihan PPBM diadakan secara serentak semalam melibatkan 23,438 perwakilan yang mengundi dalam persidangan bahagian.
Daripada 179 bahagian PPBM, 177 daripadanya berjaya menjalankan persidangan, sementara 2 gagal bermesyuarat kerana tidak cukup korum.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2020/08/23/redzuan-yusof-tewas-pemilihan-naib-presiden-ppbm/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pak Wan Kecundang Di Tangan Timb Negeri Pemilihan Naib Presiden Bersatu

Pak Wan Kecundang Di Tangan Timb Negeri Pemilihan Naib Presiden Bersatu

papar berkaitan - pada 24/8/2020 - jumlah : 594 hits
Pemilihan Bersatu yang melibatkan kira kira 20 000 ahli menyaksikan sekurang kurangnya seorang menteri kabinet dan beberapa tokoh terkemuka tewas dalam perebutan jawatan kepemimpinan tertinggi parti Menteri Tugas tugas Khas Mohd Redzuan Md ...
Rasmi Jk Pemilihan Bersatu Umum Muhyiddin Presiden Faizal Timbalan

Rasmi Jk Pemilihan Bersatu Umum Muhyiddin Presiden Faizal Timbalan

papar berkaitan - pada 23/8/2020 - jumlah : 321 hits
Diterbitkan Hari ini 11 04 amPerdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin diumum sebagai Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia secara rasmi hari ini bagi penggal 2019 hingga 2022 Sementara itu Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu...
Pemilihan Sulung Ppbm Hambar Tanpa Kumpulan Dr M

Pemilihan Sulung Ppbm Hambar Tanpa Kumpulan Dr M

papar berkaitan - pada 15/8/2020 - jumlah : 269 hits
Nora Mahpar PETALING JAYA Penganalisis politik menjangkakan pemilihan sulung PPBM tidak kompetitif dan hambar tanpa saingan daripada kumpulan diketuai bekas pengerusinya Dr Mahathir Mohamad dengan kumpulan diketuai Presiden PPBM Muhyiddin Y...
Bersatu Bincangkan Pelantikan Azmin Sebagai Naib Presiden Bersatu

Bersatu Bincangkan Pelantikan Azmin Sebagai Naib Presiden Bersatu

papar berkaitan - pada 24/8/2020 - jumlah : 532 hits
Bersatu bakal membincangkan pelantikan Azmin Ali sebagai seorang daripada naib presiden parti itu kata timbalan presidennya Ahmad Faizal Azumu Beliau berkata perkara itu akan dibincangkan pada mesyuarat agung luar biasa parti yang akan diad...
Majoriti Bahagian Bersatu Di S Gor Sokong Muhyiddin Kata Naib Presiden

Majoriti Bahagian Bersatu Di S Gor Sokong Muhyiddin Kata Naib Presiden

papar berkaitan - pada 20/8/2020 - jumlah : 395 hits
Majoriti bahagian Bersatu di Selangor menyokong presiden parti Muhyiddin Yassin kata naib presidennya Abdul Rashid Asari Ini selepas pemimpin Bersatu bahagian Klang Kuala Selangor dan Jeram keluar parti awal bulan ini Tindakan keluar parti ...
Pengakuan Naib Presiden Pkr Menjawab Banyak Misteri

Pengakuan Naib Presiden Pkr Menjawab Banyak Misteri

papar berkaitan - pada 27/8/2020 - jumlah : 268 hits
Kerajaan yang ditinggalkan BN bukanlah hampir bankrap seperti yang didakwa Mengurangkan bantuan rakyat dan melancarkan Tabung Harapan hanyalah strategi politik bukan keperluan ekonomi Cekik leher rakyat Tunggu sehingga mereka terkapai minta...
Ppbm Rasmi Masuk Muafakat Nasional

Ppbm Rasmi Masuk Muafakat Nasional

papar berkaitan - pada 27/8/2020 - jumlah : 737 hits
Setiausaha Agung Barisan Nasional Annuar Musa berkata Muafakat Nasional menerima PPBM dalam gabungan itu yang turut dianggotai Umno dan PAS Beliau berkata MN menerima penyertaan PPBM dan ingin melihat penyatuan serta perpaduan orang Melayu ...
Ppbm Youth Congratulates Syed Saddiq On New Party

Ppbm Youth Congratulates Syed Saddiq On New Party

papar berkaitan - pada 25/8/2020 - jumlah : 389 hits
Former PPBM Youth chief Syed Saddiq Syed Abdul Rahman PETALING JAYA PPBM Youth has congratulated Syed Saddiq Syed Abdul Rahman on his plan to create a new youth centric party thanking its former chief for his previous work in leading the pa...
Ppbm Jadi Lebih Umno Daripada Umno

Ppbm Jadi Lebih Umno Daripada Umno

papar berkaitan - pada 27/8/2020 - jumlah : 501 hits
Pada hari Sabtu 22 Ogos Parti Pribumi Bersatu Malaysia mengadakan pemilihan pucuk pimpinan peringkat nasional Pada majlis pembukaannya Presiden Muhyiddin Mohd Yassin mengumumkan pembukaan keahlian Bersatu kepada semua bangsa dan kemasukan M...
Senarai Dokumen Penting Yang Perlu Diselamatkan Semasa Banjir

4 Jenis Makanan Viral Kegilaan Gen Z Trend Makanan Popular Di Media Sosial

Kenapa Travel Insurance Tetap Penting Walaupun Pampasan Tidak Maksimum

Albert Wants Footage Released After Cops Say No Evidence Of Gun Pointing

Bursa Malaysia Lepasi 1 640 Mata Paras Tertinggi Tahun Ini

Rayhana Oo Rayhana

Contoh Soalan Muet Format Terkini 2026

Apa Yang Kita Biasakan Itulah Yang Anak Kita Pelajari


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Kedai Kopi Tasik Shah Alam Tempat Makan Santai Kegemaran Keluarga

Kerajaan Tamat Perjanjian Pajakan Helikopter Black Hawk Langkah Strategik Untuk Pengurusan Aset Pertahanan

Hidup Yang Serabut Pentingnya Mengingati Tujuan Asal

Jalani Hidup Ini Dengan Apa Adanya

Totalenergies Raih Kontrak 21 Tahun Bekalkan Tenaga Untuk Pusat Data Google Dari Projek Solar Di Kedah

Adam Adli Dilantik Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Isu Ptptn Kembali Diperkatakan Teringat Berguling Guling Dulu