Redeem My30 Plus30 Buy 1 Free 1 Anjuran Prasarana Myrapid
Salam to all readers,
| Redeem My30 Plus30 [Buy 1 Free 1] dari Prasarana MyRapid | Seperti semua sedia maklum, sejak Covic tahun lepas prasarana dah start buat pas bulanan My100 & My50. Dari My100 prasarana keluarkan pula pas My30 ia sedikit sebanyak memberi kemudahan rakyat Malaysia yang 100% menaiki public transport macam aku. Tambah Covic-19 sekarang. Patutnya My30 tu sampai hujung tahun lepas sahaja tapi disebabkan dapat ramai sambutan dari masyarakat pihak prasarana continue lagi sehingga ke hari ini. I like! Sungguhpun jarang-jarang kena masuk office, aku tetap continue macam biasa.
Awal bulan 2021 pihak prasarana MyRapid ada buat contest My30 Plus30 iaitu pass bulanan Buy 1 Free 1. Aku salah seorang yang join contest yang dianjurkan ini. Siapa taknak grab memang rugilah. Dah jimat sebulan duit public transport. Ianya hanya terhad kepada 8,333 ribu orang sahaja untuk redeem. Kempen My30 Plus 30 ini dah bermula sejak 20 December 2020 dan bakal berakhir 31 March 2021. Lepas korang dah beli pass My30 setiap bulan dalam tempoh kempen ini, korang simpan resit tersebut dan walk in ke LRT Pasar Seni ataupun KL Sentral untuk redeem. Makesure korang isi details dalam (scan barcode yang dinyatakan dimana-mana LRT yang ada). Bila korang dah isi form tersebut korang akan terima email dan email tersebut korang kena print out dan tunjuk pada kaunter.
Ini second time aku datang ke LRT KL Sentral untuk activate kan pas My30 Plus 30. Hari pertama korang kena datang redeem dulu, nanti akan cop kertas email korang tersebut dan put tarikh dalam resit korang beli pas My30. Team prasarana akan informed korang boleh datang sekali lagi 6 hari sebelum date yang dinyatakan dalam resit tersebut untuk active kan Plus30. Kedengaran agak renyah, tapi itu standard la kan nak benda PERCUMA kena perlukan pengorbanan
Korang hanya boleh redeem dan activate kan pas My30 Plus30 ini hanya di LRT KL Sentral dan Pasar Seni sahaja, tempat lain korang takkan di layan. Dekat KL Sentral pula korang kena pergi kaunter yanng deret dengan McD tu. Hari pertama dorang open kaunter untuk redeem pun ramai gila orang beratur panjang. Aku pergi redeem pun hari ke-5 macam tu, waktu tu tak ada orang langsung. Aman je datang
Selesai redeem bolehlah pergi kerja balik kerja dengan aman 2 bulan ini. Apa-apa pun terima kasih banyak-banyak prasarana wujudkan pas My30 Plus 30 ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan bebanan kami yang kais pagi makan pagi kais petang makin petang. Apa-apa pun, SOP kena jaga pakai pelitup muka, kerap cuci tangan dan jaga penjarakan kita masing-masing
Thank you for reading
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.missazwarsyuhada.com/2021/01/redeem-my30-plus30-buy-1-free-1-anjuran.html