Botol Susu Kaca Antara Botol Terbaik Bpa Free Tak Mengeluarkan Bahan Kimia Berbahaya Kepada Bayi


Bisphenol A ataupun BPA adalah sejenis bahan kimia yang digunakan dalam pembuatan plastik polikarbonat dan resin epoksi sejak lebih 40 tahun yang lalu. Plastik polikarbonat digunakan dalam pembuatan bekas makanan termasuk botol susu agar ia keras dan lutsinar manakala resin pula digunakan untuk menyalut bekas besi seperti tin makanan termasuk tin susu formula, penutup botol dan paip air, bagi mengelakkan karat dan meningkatkan jangka hayat makanan di dalam tin itu.
Baca: Hargai Pengasuh Yang Baik, Mereka Insan Yang Memudahkan Urusan Hidup Kita. Rezeki Yang Sangat Besar

Berdasarkan beberapa kajian yang dijalankan, terutamanya ke atas haiwan, ia telah mendapati bahawa pendedahan kepada BPA dapat memberi kesan buruk kepada kesihatan-terutamanya pada perkembangan otak, sistem reproduktif dan juga menyebabkan barah. Kesannya bukan setakat kepada kanak-kanak kecil, malah kepada bayi sejak dari dalam kandungan lagi.
Susulan daripada penerbitan kajian-kajian itu, pada tahun 2012, Food and Drug Administration (FDA) telah mengharamkan penggunaan BPA di dalam pengeluaran botol susu bayi. Pada bulan Julai 2013, FDA pula mengharamkan penggunaan BPA pada tin susu formula. Sejak daripada itu, banyak syarikat-syarikat pengeluaran barangan bayi juga telah memberhentikan penggunaan BPA di dalam pengeluaran produk mereka seperti cawan minuman ataupun sippy cup.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga telah mengharamkan penjualan botol susu jenis polikarbonat (PC) yang mengandung BPA mulai 1 Mac 2012.
Maksud ‘BPA free’ 
Botol susu ‘BPA free’ adalah botol susu yang bebas dari BPA dan diperbuat daripada bahan plastik selain dari PC seperti Polypropylene (PP), Polyethersulfone (PES), Polyamides (PA), Polyphenylsulfone (PPSU) dan juga kaca.

Botol susu bebas BPA biasanya boleh dikenalpasti melalui:
Label ‘BPA-free’ yang terdapat pada botol atau pembungkus botol susu Mempunyai simbol kitar semula nombor ‘5’ bagi botol yang diperbuat daripada polypropylene (PP) Mempunyai simbol kitar semula nombor ‘7’ dengan perkataan PA bagi botol yang diperbuat daripada polyamide atau perkataan PES bagi botol yang diperbuat daripada polyethersulfone.
Botol susu kaca adalah yang terbaik kerana ia dapat menahan suhu yang panas, lutsinar dan tidak akan mengeluarkan bahan kimia yang membahayakan walaupun dipanaskan. Walaupun botol susu kaca tidak praktikal kerana berat dan mudah pecah, ia boleh bertahan seumur hidup sekiranya dijaga, disimpan dan dibasuh dengan rapi.
Jenis produk yang sering mengandungi BPA selain botol susu bayi.
Selain daripada botol susu bayi, BPA juga boleh terkandung di dalam produk lain seperti peralatan sukan (topi keledar, goggle), botol air plastik, peralatan perubatan (kateter, tiub, pengedap gigi ataupun dental sealant) dan juga lapisan dalam tin makanan dan minuman. Peralatan bayi dan kanak-kanak seperti cawan minuman (sippy cup), tin susu formula, plastik pemegang pada puting tiruan dan permainan pun boleh mengandungi BPA.

Penggunaan BPA pada botol susu telah diharamkan pada tahun 2012, jadi, botol susu lama yang dikeluarkan sebelum tahun 2012 juga mungkin mengandungi BPA.
Bagaimana BPA boleh masuk ke dalam tubuh manusia, apakah kesannya?
 Punca utama pendedahan kepada BPA adalah melalui pemakanan and minuman.
Kanak-kanak boleh terdedah kepada BPA secara langsung apabila makan atau minum daripada bekas yang diperbuat daripada BPA. Bayi di dalam kandungan dan bayi yang diberi susu ibu juga secara tidak langsung boleh terdedah kepada BPA. Ini adalah apabila ibu mengandung atau menyusu badan makan atau minum dari bekas yang diperbuat daripada BPA. BPA didapati terkandung di dalam air ketuban dan juga susu badan. Kadar BPA yang larut keluar dari plastik adalah lebih tinggi jika suhu adalah panas, contohnya apabila makanan dalam bekas plastik atau susu di dalam botol susu dipanaskan di dalam ketuhar gelombang mikro. Kajian yang dijalankan di University of Cincinnati menunjukkan BPA boleh larut keluar sebanyak 55 kali ganda lebih cepat apabila bekas dipanaskan. Kandungan BPA yang larut keluar juga bergantung kepada jenis makanan (lebih pada makanan berlemak, masin atau berasid) dan jangkamasa kontak makanan kepada bekas itu.

Apa yang mengejutkan adalah berdasarkan kajian oleh CDC, pengambilan BPA yang tertinggi adalah di kalangan bayi dan kanak-kanak. Ini adalah membimbangkan kerana di peringkat awal usia, organ kanak-kanak sedang berkembang dan kesan yang buruk boleh memberi komplikasi jangka masa panjang kepada mereka. Badan kanak-kanak juga kurang efisien untuk menghapuskan bahan-bahan merbahaya dari sistem badan mereka.
Apakah kesan BPA terhadap tubuh manusia?
Hormon: BPA menyerupai atau boleh mengganggu tindakan satu hormon yang dinamakan Estrogen, iaitu satu hormon yang membantu dalam pembentukan sistem reproduktif atau seksual sejak kanak-kanak lagi. Kajian menunjukkan ia boleh menyebabkan waktu akil baligh kanak kanak perempuan menjadi lebih awal. Ia juga dapat mengurangkan tahap kesuburan dan mengurangkan kadar kejayaan rawatan IVF. Di samping itu, bagi lelaki, ia dapat mengurangkan kualiti sperma. Otak: Ia memberi kesan negatif kepada perkembangan otak yang boleh mengakibatkan masalah pembelajaran, ingatan dan juga tingkahlaku seperti ADHD. Kanser: Kajian ke atas haiwan telah menunjukkan ia dapat meningkatkan risiko untuk mendapat kanser prostat dan hati dan juga mengurangkan respon kimotherapi terhadap sel kanser Penyakit Jantung dan kencing manis: Satu kajian besar diterbitkan di dalam Journal of American Medical Association pada tahun 2008 menunjukkan golongan dewasa yang mengandungi kandungan BPA yang tinggi di dalam badan mempunyai kebarangkalian yang lebih tinggi untuk mendapat kencing manis atau masalah jantung. Lain-lain: Ia dapat meningkatkan risiko obesiti, mengganggu sistem imuniti dan saraf. Cara kurangkan pendedahan pada BPA
Mungkin kita rasa sukar atau tidak mampu untuk mengelak dari pengambilan BPA secara sepenuhnya kerana banyak produk yang mengandungi BPA. Akan tetapi, kita boleh mempraktikkan beberapa langkah yang disyorkan oleh FDA bagi mengurangkan pendedahan sebanyak yang mungkin, lebih-lebih lagi bagi anak-anak kecil, ibu mengandung dan juga ibu yang menyusu badan.
Beli barang bayi yang dinyatakan sebagai ‘BPA-free’ ataupun tanpa BPA. Kebanyakan botol susu, cawan minuman dan barangan kanak-kanak lain akan dinyatakan sama ada ia ‘BPA-free’ apabila mengiklankan produk mereka. Elakkan dari menggunakan bekas plastik dalam penyediaan dan penyimpanan makanan, dan juga apabila makan. Gunakan alternatif lain seperti bekas kaca, porcelin atau besi tahan karat yang tidak mengandungi BPA. Perhatikan kod kitar semula di bawas bekas untuk mengenalpasti jenis plastik yang digunakan. Betas plastik yang mengandungi BPA biasanya adalah lutsinar dan keras, dan diletakkan simbol ‘7’ ataupun huruf ‘PC’ di tepi simbol kitar semula. Elakkan juga penggunaan plastik dengan kod kitar semula ‘3’ (phthalates) dan juga ‘6’ (styrene) yang juga mempunyai bahan kimia yang boleh memberi kesan buruk kepada perkembangan kanak kanak. Jangan sama sekali menggunakan bekas plastik apabila memanaskan makanan. Suhu yang panas akan melarut keluar BPA dari bekas ke dalam makanan. Lebih baik jika menggunakan bekas kaca atau stoneware. Jangan panaskan susu formula atau susu ibu yang diletakkan dalam plastik atau botol susu di dalam ketuhar gelombang mikro. Air yang panas mendidih juga tidak sesuai untuk dituang terus ke dalam botol susu plastik apabila membancuh susu. Elakkan membasuh bekas plastik, botol susu, cawan minuman (Sippy cup) di dalam mesin basuh pinggan mangkuk. Air panas yang digunakan oleh mesin itu akan melarut keluar BPA. Basuh dengan tangan dan span atau berus lembut di dalam sinki seperti biasa. Jangan guna bekas plastik yang retak, bercalar, kusam atau sumbing kerana bukan sahaja BPA boleh larut keluar sekiranya ia mengandungi BPA, ia juga boleh mengandungi kuman di celah-celah dinding bekas itu. Tukar botol susu setiap 6 bulan. Adalah lebih baik sekiranya makan makanan segar (fresh) atau sejuk beku (frozen) daripada makan makanan dalam tin. Salutan dalam tin itu boleh mengandungi BPA Kredit: Dr Tengku Putri Zainab Baby and Child Specialist Clinic

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Botol Susu Kaca Antara Botol Terbaik, BPA Free & Tak Mengeluarkan Bahan Kimia Berbahaya Kepada Bayi appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/botol-susu-kaca-antara-botol-terbaik-bpa-free-tak-mengeluarkan-bahan-kimia-berbahaya-kepada-bayi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bahan Terbaik Kalau Nak Cakap Pada Walaun Dan Macai Bodo Umno Takda Faedah Apapun Kerajaan Bani Melayu Islam Bersatu

Bahan Terbaik Kalau Nak Cakap Pada Walaun Dan Macai Bodo Umno Takda Faedah Apapun Kerajaan Bani Melayu Islam Bersatu

papar berkaitan - pada 15/1/2021 - jumlah : 394 hits
BERSATU MELAYU ISLE LA SANGAT LEBAI HADI DAH KELUAR FATWA DEMI JAWATAN DAN KELOMPOK PENGUASA YANG MERAMPAS DAN TERLIBAT DALAM PEGKHIANATAN JADINYA TAK BOLEH PAKAI KALAU SAMA SAMA TERLIBAT DENGAN REGIM KLEPTOKRASI PEEEGEEEDAHHH COPY POSTER B...
Nurul 039 Izzah Zaini Antara 3 Pelajar Terbaik Gce O Di Madrasah Wak Tanjong Al Islamiah

Nurul 039 Izzah Zaini Antara 3 Pelajar Terbaik Gce O Di Madrasah Wak Tanjong Al Islamiah

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 208 hits
BERITAmediacorp Sebanyak 240 calon dari lima madrasah sepenuh masa menduduki peperiksaan GCE O tahun lalu menurut MUIS Persiapan menjelang peperiksaan GCE O di tengah tengah pandemik COVID 19 memang amat mencabar Suasana pembelajaran yang t...
1001 Kelebihan Bayi Susu Ibu

1001 Kelebihan Bayi Susu Ibu

papar berkaitan - pada 27/1/2021 - jumlah : 191 hits
1001 Kelebihan Bayi Susu Ibu Sebelum ini saya ada menulis dan berkongsi tentang tips penyusuan susu ibu kepada anda semua Ada sesetengah tips yang ibu ibu di Malaysia telah amalkan sejak sekian lama dan bagi ibu muda pula ambillah tips yang...
Sell The Idea Yang Sekarang Anak Dah Besar Antara Tip Untuk Wean Off Susu Ibu

Sell The Idea Yang Sekarang Anak Dah Besar Antara Tip Untuk Wean Off Susu Ibu

papar berkaitan - pada 23/1/2021 - jumlah : 226 hits
Risaunya macam mana nanti dah stop bagi susu badan tapi si kecil ni dah nak masuk 2 tahun Ramai ibu ibu yang tidak bersedia untuk menghentikan penyusuan badan malah tidak yakin dapat melakukanya Bagaimana caranya untuk menghentikan pemberia...
Sumber Vitamin C Terbaik Dari Bahan Semulajadi

Sumber Vitamin C Terbaik Dari Bahan Semulajadi

papar berkaitan - pada 11/1/2021 - jumlah : 397 hits
Sumber Vitamin C Terbaik dari Bahan Semulajadi Vitamin C atau dikenali sebagai asid askorbik sangat penting untuk pertumbuhan dan perkembangan tubuh manusia Vitamin C adalah vitamin yang larut dalam air maka ia tidak boleh disimpan dalam tu...
Hakikatnya Ada Yang Menderita Tajuk Drama Rahimah Tanpa Rahim Jadi Bahan Gurauan Di Media Sosial

Hakikatnya Ada Yang Menderita Tajuk Drama Rahimah Tanpa Rahim Jadi Bahan Gurauan Di Media Sosial

papar berkaitan - pada 24/1/2021 - jumlah : 320 hits
Sudah pun menemui penonton menerusi slot Akasia di saluran TV3 drama Rahimah Tanpa Rahim arahan pengarah Eoon Shuhaimi sebelum ini pernah menerima kritikan tajuk cerita yang bagi anggapan sesetengah netizen agak melucukan Sumber Harian Metr...
Cara Jimat Belanja Dengan Senarai Bahan Makanan Yang Betul

Cara Jimat Belanja Dengan Senarai Bahan Makanan Yang Betul

papar berkaitan - pada 24/1/2021 - jumlah : 502 hits
Cara Jimat Belanja Dengan Senarai Bahan Makanan Yang Betul Rakyat Malaysia mahupun rakyat negara mana sekalipun tak dinafikan ramai orang yang suka membeli belah Sebilangan orang suka membeli pakaian barangan kemas dan tak kurang juga yang ...
Tak Payah Berat Roti Butter Meletop 3 Bahan Ni Pun Dah Buat Anak Kenyang

Tak Payah Berat Roti Butter Meletop 3 Bahan Ni Pun Dah Buat Anak Kenyang

papar berkaitan - pada 23/1/2021 - jumlah : 440 hits
Cuti hujung minggu macam ni ada waktunya anak mula kelaparan di petang hari Tak perlu sediakan menu berat roti dengan butter dan kaya sudah cukup buat anak kekenyangan asalkan pandai berkreatif Sarapan ringkas pun amat sesuai Mudah Resipi d...
Potensi Bahan Buangan Dalam Penghasilan Biodiesel Sebagai Alternatif Bahan Bakar

Potensi Bahan Buangan Dalam Penghasilan Biodiesel Sebagai Alternatif Bahan Bakar

papar berkaitan - pada 22/1/2021 - jumlah : 262 hits
Oleh Dr Salmiah Jamal Mat Rosid dan Sarina Mat Rosid Pusat Asasi Sains dan Perubatan UniSZA Universiti Sultan Zainal Abidin dan Universiti Teknologi Malaysia Salah satu objektif Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu yang merangkumi 17 Matlamat P...
Jalan Penghubung Bandar Utama Di Pahang Perlu Dinaiktaraf

Jom Melabur Dalam Amanah Hartanah Bumiputera

Terengganu Fc Umum Harga Tiket Agarbomb Performance Cup 2024

Ocrevus Transforming Multiple Sclerosis Treatment Landscape In Malaysia

Hada Labo Hydrating Water Gel

Cops Fire 5 Shots During 70km Car Chase Near Baling

I Was Never Arrested Merely Barred From Overseas Travel Ex Src Director

Bila Rasa Diri Lebih Mulia Berbanding Orang Lain



10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Drama Thailand Thai Drama Terbaru Best Juga Tersedia Online

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Kuih Muah Tonton

10 Filem Indonesia Terbaru Best 2023 2024 Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Terbaru Best Di Platform Online Netflix Malaysia 2024 Mesti Tonton


Artis Cahaya Manis Music Duruk Ngabang Chord

Yoursay Time And Patience Running Out For Anwar

Put Targeted Subsidy Plan In Place Quickly To Combat Diesel Smuggling Govt Urged

Zii Jia Won T Join National Team For Thomas Cup Training

Koleksi Video Melawat Taiping 2024

Dua Bersaudara Maut Tiga Cedera Parah Nahas 4wd