Realme Band Berbaloi Atau Tidak Untuk Dibeli
realme Band, Berbaloi Atau Tidak Untuk Dibeli?
realme band secara rasminya menjadi fitness band pertama untuk aku. Dah lama aku pasang angan-angan nak pakai gelang tangan pintar atau orang panggil penjejak kesihatan ni okeh. Biasanya pemakai fitness band adalah mereka yang selalu bersukan dan jogging. Pendek kata aktiviti yang keluarkan peluh la. Tujuan utama untuk rekod tahap kesihatan.
Bagi aku pula yang baru berjinak-jinak nak bersukan jadi aku cari jam tangan pintar mampu milik tapi dalam masa yang sama menawarkan fungsi lain, incase aku tiba-tiba malas nak keluar bersukan. Lol. Bagai orang mengantuk disorongkan bantal, aku menang realme band masa hadiri media event realme Fan Festival dekat Damansara
Menang realme band Hasil Masuk Contest
Untuk memiliki realme band ni aku kena lari sejauh 2KM dalam masa 15 minit di atas treadmill. Penat aku berlari dan ada kisah kelakar jadi masa tu dan namanya kan rezeki akhirnya realme band jadi milik aku. Alhamdulillah.
Selepas 1km rasa nak give up dan dalam masa berbaki 5 minit tiba-tiba berlaku gangguan elektrik. Treadmill terpadam dan pihak realme menghadiahkan realme band kerana kesungguhan aku berlari pakai seluar jeans dan sneaker. Ahaks. Orang kata kalau rezeki tak kemana.
realme Band Review
Pendapat aku ini adalah hasil gabungan pengalaman sendiri dan juga ulasan yang aku tonton di Youtube ya. Ada Youtuber yang aku rasa adil dalam memberi ulasan dan ada juga yang macam krik krik. Ini jam kesihatan pertama aku jadi dengan fungsi, reka bentuk aku berpuas hati.
Harga realme band ini ialah RM129 dan realme suka buat sale jadi beli masa ada promosi. Lebih jimat. Ada tiga warna tersedia iaitu Hijau, Kuning dan Hitam. Aku punya warna hitam. Realme band ni sesuai dipakai oleh semua orang sebab fungsi dia termasuklah mengira kadar dengup jantung, pantau corak tidur, jogging, cricket, yoga dan lari.
Review aksesori, Buds Air Sini
Selain tu apa yang aku suka tentang realme band ni ialah:
Tak perlu beli cable tambahan untuk caj jam. Hanya perlu cucuk di powerbank. Caj dia pun laju je. Bateri boleh tahan sehingga 9 hari. Fungsi heart rate measurement yang akan imbas nadi setiap 5 minit secara otomatik. Berat jam ni ialah 20 gram je jadi memang tak mengganggu dan sangat ringan. Rekaan Tali jam dia nipis dan melengkung jadi dia elok terletak di pergelangan tangan. Tali jam kiri dan kanan boleh dibuka. Keluasan screen jam ni ialah 0.96 inci cukup luas untuk aku dan malangnya screen dia bukan screen sesentuh. Ada simbol bulat kena tekan. Tapi aku masih lagi suka. Kalis air dan debu. Untuk buat tetapan kena download aplikasi realme link. Ini paling penting. Boleh terima dan baca notifikasi, SMS, Whatsapp, Call, TikTok. Jadi mudah tak perlu tengok telefon. Fungsi notifikasi ni boleh di off di aplikasi realme link.
Setakat yang aku cuba tanpa buat tetapan di realme link aku berpuas hati dan rasa selesa. Ringan dan cantik je terletak. Jam ni tak bergerak-gerak jadi kemas melekat dekat pergelangan tangan. Untuk korang yang minat nak beli, baru nak cuba pakai fitness band dan memang pengguna realme aku rasa berbaloi beli.
Review telefon Realme XT 64mp Quad Camera Snapdragon
Rasanya aku tak kisah nak hadiahkan realme fitness band untuk anak aku yang sulong tu, nak educate dia tentang teknologi dalam masa yang sama jaga kesihatan. Serius aku teruja dan pasti anak aku double triple teruja.
Review realme band ni berdasarkan pengetahuan dan juga pembacaan aku sahaja. Kalau tak memenuhi expectation korang aku mohon maaf awal-awal okeh. Sebelum beli tanya diri semula apa tujuan korang beli fitness band dan berapa bajet korang. jumpa lagi di lain entri.
Boleh beli dekat SINI
Product Description (realme Shopee)
Size: 19.6*11.9*240mm (W*H*L)Weight: 20gWrist strap: Removable wrist strap Width: 16mm Adjustable length: 152-227mmBattery: 90mAh(BIS) charging Theoretical working time up to10 days Screen size: 2.4cm (0.96'')Resolution: 80*160 Single virtual button
Sensor: 3-axis accelerometer
Heart rate sensor
Rotor Vibration motor
IP68(1.5m) water Resistance rating
Connectivity: Bluetooth 4.2
realme link APP
Android 5.0+
Automated heart rate measurement: -
- 24-hour real-time heart rate
- Resting heart rate
- Exercise heart rate
- Sleep detection
- Steps throughout the day
- Calories
- Distance
- Water reminder
- Sedentary reminder
Sport mode support: -
- Cricket
- Yoga
- Running
- Walking
- Hiking
- Climbing
- Cycling
- Spinning
- Fitness
Other Function: -
- Clock
- Date display
- Horizontal and vertical screen
- Dial
- Cloud multi-dial
- OTA upgrade
- Cloud multi language font
- Data storage
- All-day data
- Automatic motion recognition
- Call notification
- Message reminder
- Alarm reminder
- Goal completion reminder
- Binding confirmation reminder
- Low battery reminder
- Brightness adjustment
- Automatic brightness reduction at night
- Approach unlock
- Weather forecast
- Wear monitoring
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.rodiahamir.com/2020/09/realme-band-berbaloi-atau-tidak-untuk-dibeli.html