Realiti Sebenar Kisah Hidup Mowgli Legend Of The Jungle Yang Menyedihkan
Realiti Sebenar Kisah Hidup Mowgli, Legend Of The Jungle Yang Menyedihkan
Buat kaki movie, pasti anda pernah menonton atau sekurang-kurangnya tahu mengenai kewujudan animasi The Jungle Book dan filem Mowgli : Legend of the Jungle, dua filem yang diadaptasi dari karya pelukis terkenal Britain, Rudyard Kipling iaitu The Jungle Book.
Filem ini mengisahkan seorang anak kecil bernama Mowgli yang tercicir oleh ibu bapanya di sebuah kawasan hutan rimba India sewaktu percubaan melarikan diri selepas diserang harimau
Anak itu kemudiannya ditemui, diberi makan dan dibesarkan oleh sekawan serigala bersama seekor beruang dan seekor harimau kumbang sebelum akhirnya menjadi sebahagian dari keluarga serigala tersebut
Namun tahukah anda watak Mowgli didalam filem tersebut benar-benar wujud di India pada suatu masa dahulu? Malah ia menjadi inspirasi seorang penulis bernamaRudyard Kipling dalam menghasilkan bukunya, The Jungle Book.
Namun tahukah anda watak Mowgli didalam filem tersebut benar-benar wujud di India pada suatu masa dahulu?
Untuk pengetahuan anda, penulis terkenal Rudyard Kipling ini sebenarnya dilahirkan dan dibesarkan di India sebelum dihantar ke England untuk menyambung pelajarannya.
10 tahun di England, dia kemudian membuat keputusan untuk kembali ke India. Jadi anda sudah faham bukan dari mana lelaki berdarah inggeris ini mendapat inspirasi untuk menulis buku The Jungle Book
Kisah Sebenar Di Sebalik Watak Mowgli, The Legend Of The Jungle
Kisah ‘manusia serigala’ ini mula menjadi sebutan selepas sekumpulan pemburu di Bullandshahr, Uttar Pradesh, India bertemu dengan seorang budak lelaki dalam lingkungan 6 tahun sedang berjalan bersama sekawan serigala pada tahun 1867
Pelik dengan kejadian tersebut mereka kemudiannya mengekori rapat anak kecil tadi bersama kawanan serigala terbabit pulang ke habitat mereka
Disitu pemburu-pemburu ini kemudian nekad membunuh kesemua serigala tersebut lalu menculik anak berkenaan tanpa diapa-apakan
Tanggapan mereka, mereka baru sahaja menyelamatkan seorang budak kecil dari menjadi hidangan makanan buat sekumpulan serigala terbabit, namun sebaliknya yang di lihat oleh budak tersebut. Budak tersebut baru sahaja menyaksikan seluruh 'keluarga' nya dibunuh dengan kejam oleh manusia
Selepas di 'selamatkan' oleh sekumpulan pemburu terbabit, budak tersebut di bawa keluar dari hutan dan di hantar ke sebuah rumah anak yatim sebelum dibaptis dan diberi nama Sanichar; yang bermaksud Sabtu dalam bahasa Urdu
Difahamkan nama tersebut dipilih memandangkan Dina ditemui pada hari sabtu
Tidak seindah filem Mowgli
Bermula saat itu kisah Dina tidak seindah filem, dia bukan sahaja bergelut untuk hidup di dunia yang lebih moden, malah dia juga dikategorikan sebagai bebal kerana IQ nya yang terlalu rendah
Bukan sahaja tidak pandai menulis dan membaca, dia juga gagal bertutur seperti manusia biasa, sebaliknya hanya mengeluarkan bunyi seperti seekor haiwan
Malah postur jalan Dina juga lain dari manusia biasa. Dia dilihat sedikit bongkok sewaktu berjalan memandangkan sudah bertahun membiasakan diri merangkak bersama 'keluarga' serigalanya
Lebih memburukkan keadaan, dia juga gemar berbogel dan tidak begitu gemar disarungkan pakaian
Jelas Dina bukan hanya terasing, malah dia sentiasa berasa terancam selepas melihat sendiri ‘ahli keluarganya’ di bunuh dan dia secara paksa di bawa pergi dari tempat yang pernah digelarnya sebagai rumah
Akhirnya pada tahun 1895 di usia 29 tahun, Dina Sanichar dilaporkan meninggal dunia selepas menghidap batuk kering
Tiada momen indah bertemu wanita idaman seperti dalam The Jungle Book,juga tiada ending yang indah bergembira bersama keluarga serigala seperti filem Mowgli sebaliknya mati berseorangan di dunia yang begitu asing
P/s : Dapat anda bayangkan bagaimana keadaan manusia yang berperilaku seperti seekor haiwan?
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kongsikanaje.blogspot.com/2020/07/realiti-sebenar-kisah-hidup-mowgli-legend-of-the-jungle-yang-menyedihkan.html