Realiti Kehidupan Apabila Bekerja Dari Rumah


“Apa yang seronoknya bekerja dari rumah?”
 
Bekerja dari rumah bukanlah pilihan PERTAMA mahupun matlamat UTAMA saya.
 
Tidak.
 
Seperti kebanyakkan orang lain, saya juga bermula dengan membina kerjaya di syarikat swasta.
 
Tak pernah pun sebenarnya terlintas dalam fikiran saya, yang pada satu hari nanti,  saya akan menjadi seorang freelancer yang bekerja dari rumah.

Selain menawarkan khidmat penulisan secara freelance, saya juga aktif menghasilkan konten bagi tujuan mendapatkan jualan untuk syarikat yang menjalankan program affiliate.
 
Bekerja dari rumah adakalanya seperti suatu impian yang sukar untuk dibayangkan oleh sesetengah orang.
 
Awal-awal dulu, semasa konsep bekerja dari rumah masih belum menjadi suatu kebiasaan, ramai juga yang salah anggap dan menyangka yang saya sebenarnya sedang menganggur.
 
Kerap juga saya ditanya soalan seperti
“Kau tak kerja ke hari ni?”
“Kau tak nak cari kerja ke?”
 
Realitinya, orang yang kerja dari rumah memang akan kelihatan seperti orang yang tak bekerja.
Tapi sebenarnya, setiap hari adalah hari bekerja, dan setiap hari juga adalah hari cuti bagi saya.

 
Kerja dari rumah ini ada kelebihannya yang tersendiri.
Kita tidak perlu bersesak dalam trafik, tak ada bos yang memantau setiap pergerakan, dan kita ada kebebasan untuk mengatur waktu sendiri.
 
Namun, tanpa rutin dan disiplin kerja yang baik, kerja dari rumah boleh buatkan hidup kita huru-hara, tidak produktif, dan boleh mengganggu keseimbangan hidup.
 
Sudah tentu, kita tak mahu perkara seumpama itu berlaku dalam kehidupan kita.
 
Rutin Ideal untuk Freelancer & Pemilik Bisnes Kecil yang Bekerja dari Rumah Bila saya tulis artikel ini, saya bukannya tulis untuk semua orang yang bekerja dari rumah.
 
Sudah tentu, akan ada golongan yang akan dapati, apa yang saya tulis ini tidak begitu relevan dengan cara kerja mereka.
 
Maklumlah, pada hari ini memang ada syarikat swasta diluar sana yang menawarkan pelan kerja hybrid.
 
Para pekerja ada pilihan, sama ada nak masuk pejabat atau selesaikan kerja hanya dari rumah.
 
Pada pandangan saya, untuk golongan seperti ini, anda akan dapati apa yang saya ceritakan disini tidak begitu relevan dengan kehidupan anda.
 
Tapi saya tulis artikel ini untuk mereka yang melalui atau akan lalui kehidupan seperti yang saya lalui.
 
Mereka yang ingin menjadi seorang freelancer atau pemilik bisnes secara kecil-kecilan.
 
Tak kisahlah sama ada model perniagaan yang anda pilih adalah jenis perkhidmatan, menjual produk fizikal, ataupun membangunkan konten (kandungan) untuk laman web atau media sosial milik anda.
 
Artikel ini ingin cuba membantu anda membentuk rutin kerja yang ideal apabila anda memilih untuk bekerja dari rumah.
 
Saya juga akan membincangkan beberapa cabaran yang mungkin dihadapi serta cara menanganinya.
 
Tanpa membuang lebih banyak masa, mari kita lanjutkan kepada perbincangan utama kita.
 
(1) Mulakan Hari dengan Rutin Pagi yang Konsisten Jangan terus duduk depan laptop sebaik sahaja anda bangun dari tidur.
 
Sebaik-baiknya, kita mulakan dengan rutin pagi yang membantu kita bersedia secara mental dan fizikal.
 
Contohnya,
i. Bangun pada waktu yang sama setiap hari
Tujuannya supaya kita boleh susun jadual kerja yang konsisten setiap hari.
 
ii. Elakkan tidur terlalu lewat dan pastikan anda mendapat tidur yang cukup.
Jangan terlalu asyik dengan kerja sehingga mengabaikan masa rehat. Sebaliknya, kita contohi rutin kerja sewaktu kita masih bekerja dengan majikan dulu.
 
Kita boleh peruntukkan masa kerja 8 ke 12 jam setiap hari.
 
Kemudian kita atur masa supaya kita boleh dapat rehat yang mencukupi.
 
iii. Buat senaman ringan atau regangan
Aktiviti ini dapat membantu meningkatkan tenaga dan mood.
 
Lagi bagus kalau kita boleh luangkan sedikit masa pada waktu pagi untuk jogging.
 
iv. Sarapan dan mandi
Walaupun anda tidak keluar rumah, pastikan anda mandi bagi memberikan kesegaran.
 
Ambil sarapan supaya anda tidak kena gastric.
 
v. Senaraikan tugasan dan perancangan harian
Rancang apa yang perlu dilakukan supaya hari anda lebih tersusun.
 
Bila dah tahu apa senarai tugasan yang ingin diselesaikan, susun tugasan tersebut mengikut kaedah Eisenhower.
 
Setiap hari, kita tanyakan soalan ini kepada diri kita sendiri.
“Apa yang aku nak capai pada hari ini?”
 
Mudah-mudahan apa yang dirancangkan itu berjaya direalisasikan.
 
Kerja sendiri ini kita perlu lebih sistematik.
 
Kita sendiri perlu pantau hasil kerja dan produktiviti.
Untuk membuat pemantauan, sudah tentu kita perlu ada SOP kita sendiri.
 
2. Tetapkan Tempat Kerja yang Kondusif Mungkin ada yang membayangkan, bila dia kerja dari rumah nanti, dia akan buat kerja diatas katil sahaja.
 
Buka mata, terus boleh mula buat kerja.

Bekerja di atas katil atau sofa mungkin selesa, tetapi ia boleh mengurangkan produktiviti.
 
Kalau nak buat begitu, sekali-sekala mungkin boleh.
 
Tapi kalau nak jadikan kebiasaan, ianya langsung tak sesuai.
 
Adalah lebih baik, kalau…
 
i. Gunakan meja khas untuk kerja.
Tak perlu beli meja pejabat yang mahal-mahal.
 
Anda boleh dapatkan meja kerja yang simple macam kat bawah ini.

Harga dia pun tak terlalu mahal.
Boleh jimat banyak duit untuk perabot.
Kalau anda nak tahu harga, boleh semak dekat pautan ini.
 
ii. Pastikan ruang kerja bersih dan bebas gangguan.
Jangan gunakan meja kerja anda untuk tujuan lain selain kerja, misalnya untuk dijadikan meja makan, meja tempat nak potong bawang dan sebagainya.
 
Semua ini akan menyebabkan ruang kerja anda kotor dan menjemput kehadiran serangga.
 
iii. Gunakan kerusi yang selesa untuk menjaga postur badan.
Oleh kerana kita akan bekerja dalam tempoh masa yang agak panjang, pemilihan kerusi kerja yang selesa dan ergonomik adalah sangat penting.
 
Ini dapat mengelakkan kita daripada mengalami sakit-sakit badan di kemudian hari.
 
iv. Jika perlu, gunakan fon kepala untuk menghalang bunyi luar.
Kalau kita terpaksa bekerja dalam suasana yang agak bising, suka ataupun tidak, kita perlu mempunyai satu kaedah untuk menghalang bunyi bising tu.
 
Kalau anda nak ikut cadangan saya, saya syorkan anda buat kerja sambil menggunakan earphone ataupun earbud.
Tapi janganlah pasang lagu atau dengar muzik.
 
Saya syorkan anda pasang bunyi “white noise”, “pink noise” ataupun “brown noise”.
 
Bunyian seperti ini dapat menenangkan fikiran dan pada masa sama dapat membantu anda berfikir dengan lebih kreatif.
 
(3) Gunakan Teknik Pengurusan Masa Pengurusan masa adalah topik yang sangat penting dan sensitif.
 
Bila bekerja sendiri ini, masa kerja kita akan bersifat anjal. Maksudnya, tak kisahlah walau jam berapa kita mula bekerja, kita boleh adjust masa kita supaya setiap hari kita akan bekerja selama 8 jam.
 
Atau bagi sesetengah orang, dia mungkin hanya perlu bekerja 3 ke 4 jam sahaja sehari, namun sudah boleh hasilkan pendapatan yang mencukupi untuk keperluan hidupnya.
 
Walaubagaimanapun, masa mudah terbuang jika tiada kawalan.

Penting untuk mereka yang nak bekerja sendiri untuk tahu cara dan kaedah untuk menguruskan masa dengan berkesan.
 
Ada beberapa teknik yang anda boleh gunakan, iaitu
i. Teknik Pomodoro
Menggunakan teknik ini, kita akan bekerja selama 25 minit, kemudian rehat 5 minit.
 
Teknik ini boleh bantu mengekalkan fokus pada tahap paling baik dan mengelakkan kita jadi cepat bosan dengan kerja yang sedang kita lakukan.
 
ii. Batching tugas
Kumpulkan tugas serupa dan selesaikan sekaligus.
 
iii. Prioritikan kerja penting terlebih dahulu
Terdapat satu kaedah yang dikenali dengan nama kaedah Eisenhower Matrix yang kita boleh gunakan bagi tujuan menguruskan masa dengan berkesan.
 
Menerusi kaedah ini, kita akan cuba mengenal pasti kerja yang mana satu yang perlu didahulukan, daripada senaraian kerja yang ada.
 
Kita akan bahagikan setiap tugasan kepada empat jenis kategori yang berbeza.
A. Penting & Mendesak (Urgent & Important)
Tugas yang perlu diselesaikan segera.
Contoh: projek klien dengan tarikh akhir yang hampir.
 
B. Penting tetapi Tidak Mendesak (Important but Not Urgent)
Tugas jangka panjang yang membawa manfaat besar.
Contoh: membina portfolio, menghasilkan konten untuk laman web & media sosial, belajar kemahiran baru.
 
C. Tidak Penting tetapi Mendesak (Not Important but Urgent)
Tugas yang perlu dibuat tetapi boleh didelegasikan atau outsource kepada orang lain.
Contoh: menjawab emel biasa, kerja pentadbiran kecil.
 
D. Tidak Penting & Tidak Mendesak (Not Important & Not Urgent)
Tugas yang tidak membawa impak besar dan boleh dielakkan.
Contoh: melayari media sosial tanpa tujuan, menonton video secara berlebihan.
 
Kalau anda boleh praktikkan kaedah pengurusan masa, saya pasti anda akan dapat manfaatkan masa yang ada dengan lebih berkesan.
 
(4) Rehat Secukupnya untuk Elakkan Burnout Bekerja terlalu lama tanpa rehat boleh menyebabkan keletihan mental.
 
Mungkin akan ada yang tertanya-tanya, logik ke untuk seseorang itu bekerja terlalu lama apabila bekerja sendiri?
Jawapan saya, ianya memang logik!
 
Terutama sekali kalau seseorang itu memang betul-betul sangat sukakan kerja yang dia lakukan.
Bukan setakat suka, tapi cintakan kerjanya!
 
Sudah tentu, bila bekerja sendiri ini, kita pastinya akan pilih kerja yang kita betul-betul suka sahaja.
 
Saya suka menulis.
Jadi, saya pilih bidang kerja yang memerlukan saya menghasilkan karya penulisan.
 
Kadang-kadang saya pun lalui perkara yang lebih kurang sama.
 
Saya menulis artikel demi artikel, dan tanpa saya sedari jam sudah menunjukkan pukul 5.00 pagi.
 
Dalam masa satu jam, azan Subuh akan dilaungkan.
 
Tak kan nak tidur pula kan?
Kalau tidur nanti takut tak terjaga untuk solat Subuh.
 
Rutin yang sama berlangsung untuk beberapa hari.
Saya hanya akan masuk tidur selepas menunaikan solat Subuh.
 
Tapi rutin ini tak bertahan lama, sebab selepas itu badan mula rasa penat, otak tak boleh nak berfikir secara kreatif, dan mood pun mula hilang untuk menulis artikel baru.
 
Kita ni bukannya robot.
Sedangkan robot pun perlu ada masa untuk direhatkan. Kita apatah lagi.
 
Jadi, bila kita nak bekerja dari rumah ini, perkara berikut ini perlu dilakukan.
i. Ambil rehat pendek setiap jam untuk meregangkan badan.
Kita perlu berehat sekurang-kurangnya 5 – 10 minit bagi setiap jam bekerja.
 
ii. Jauhkan diri dari skrin komputer sekurang-kurangnya 5-10 minit setiap jam.
Jangan duduk dihadapan skrin monitor terlalu lama.
Merenung skrin komputer terlalu lama boleh membuatkan mata kita jadi sangat letih.
 
iii. Keluar sebentar untuk hirup udara segar.
Cuba luangkan masa beberapa minit setiap hari untuk melakukan aktiviti monotonous.
 
Saya syorkan buat aktiviti berjalan kaki sama ada mengelilingi taman perumahan tempat anda tinggal atau pergi ke taman tasik berhampiran anda.
 
Akhir sekali, kalau ada bajet,
iv. Pergilah bercuti!


Kerja ini memang tak akan habis.
 
Kalau kita terlalu fokus pada kerja, tahu-tahu masa berlalu begitu sahaja.
 
Kita pun semakin lama semakin tua.
Anak-anak kita semakin meningkat dewasa.
 
Sedar-sedar, kita hilang banyak masa yang berharga untuk bersama dengan mereka.
 
Pada saya, itu bukanlah kehidupan ideal yang kita semua mahukan, apabila memilih untuk bekerja dari rumah.
 
Sepatutnya bila kita pilih untuk bekerja dari rumah, kita akan ada banyak masa bersama keluarga dan melihat anak-anak kita membesar depan mata.
 
Tapi kalau sampai kita terlalu sibuk dengan kerja, saya kira itu dah lari dari matlamat asal kenapa nak kerja dari rumah.
 
(5) Elakkan Gangguan & Tetapkan Batasan Cabaran utama bekerja dari rumah ialah gangguan daripada ahli keluarga, media sosial, atau kerja rumah.
 
Untuk mengatasi masalah ini:
i. Beritahu ahli keluarga tentang waktu kerja anda.
Pastikan semua orang tahu, bilakah waktu anda bekerja.
 
Paling penting, sila hormati waktu anda sedang bekerja.
Jangan ganggu.
Jangan sibuk-sibuk nak ajak berbual.
Jangan nak ajak pergi mana-mana.
Jangan nak suruh-suruh buat itu ini.
 
ii. Gunakan aplikasi timer atau penapis laman web untuk mengelakkan gangguan media sosial.
Anda boleh gunakan timer untuk membantu anda kekalkan fokus untuk bekerja.
 
Untuk gangguan lain dari segi media sosial misalnya, boleh log out buat sementara waktu.
Simpan smartphone anda dalam locker, atau laci buat sementara.
 
iii. Tetapkan waktu khas untuk kerja rumah supaya ia tidak mengganggu waktu kerja.
Ada banyak pinggan mangkuk dalam singki?
Ada banyak kain baju yang perlu dicuci?
Rumah perlu vakum dan mop?
 
Sabar.
Biarkan dulu.
 
Semua tu termasuk dalam perkara yang penting tapi tak mendesak.
 
Ianya boleh dilakukan kemudian.
Bila?
Selepas habis waktu anda bekerja.
 
Waktu kerja, kita fokus dengan kerja.
 
Apa-apa perkara yang tak berkaitan dengan kerja, itu semua kita boleh selesaikan selepas habis waktu bekerja.
 
Tapi kalau anda rasa anda perlu selesaikan semua itu sekarang juga, pastikan anda ganti semula masa yang anda gunakan untuk buat kerja rumah itu tadi.
 
(6) Tetapkan Waktu Tamat Kerja Seterusnya kita bincangkan pula mengenai masa yang sesuai untuk berhenti bekerja.
 
Orang yang memilih untuk bekerja dari rumah ini, boleh melalui keadaan dimana dia akan bekerja lebih lama, disebabkan ketiadaan had masa yang jelas.
 
Benda ini biasa berlaku, terutama sekali kalau kita terlalu khusyuk dengan kerja.
 
Oleh kerana kita tidak mempunyai bos yang akan menyelia kerja kita, maka kita ada kebarangkalian untuk kerja lebih masa, atau kerja kurang masa.
 
Tetapkan waktu tamat kerja dan patuhi jadual tersebut.
 
Pastikan ada masa untuk aktiviti peribadi dan bersama keluarga.
 
Simpan laptop atau alatan kerja selepas waktu tamat untuk mengelakkan godaan bekerja lebih lama.
 
(7) Jaga Kesihatan Fizikal & Mental Kerja dari rumah ini sebenarnya bukan untuk semua orang.
 
Ada orang yang memang tak boleh dan tak sesuai pun untuk kerja dari rumah.
 
Dia akan rasa sunyi, rasa kosong dan paling teruk dia akan mula rasa stress.
 
Oleh kerana kita nak elakkan kesihatan mental dan fizikal kita terjejas, maka beberapa langkah berikut boleh diambil, iaitu
i. Ambil masa untuk bersenam sekurang-kurangnya 30 minit sehari
Dulu sewaktu kita bekerja dengan majikan, mungkin kita tak ada banyak masa untuk buat senaman.
 
Satu-satunya aktiviti fizikal yang kita lakukan, adalah berjalan kaki beberapa meter untuk ke tempat kerja.
 
Tapi bila kita kerja dari rumah, kita tak perlu ke mana-mana, sebabnya kerja kita boleh dijalankan hanya dari rumah.
 
Ini bukan gaya hidup yang sihat.
Sebaik-baiknya, kita perlu luangkan sedikit masa untuk buat senaman.
 
Saya syorkan anda laburkan sedikit duit untuk beli alatan senaman, yang membolehkan anak bersenam di rumah.
Tak kisahlah, sama ada anda beli dumbell, mesin treadmill dan sebagainya.
 
ii. Hubungi rakan atau keluarga untuk elakkan rasa terasing
Sentiasa berhubung dengan rakan yang baik dengan anda atau dengan keluarga.
 
Ini bagi mengelakkan anda terasa begitu sunyi, sepi dan terasing.
 
iii. Amalkan gaya hidup sihat dengan pemakanan yang baik dan waktu tidur yang teratur
Jaga diet pemakanan dan juga pastikan anda dapat tidur yang mencukupi.
 
8. Dari Mana Datangnya Pendapatan Jika Bekerja Dari Rumah? Salah satu kebimbangan mereka yang mahu bekerja dari rumah ialah persoalan tentang bagaimana untuk mendapatkan pendapatan yang stabil.
 
Kalau pendapatan kita tidak stabil, kita bukan semata-mata akan menyusahkan orang lain, malahan kita mungkin terpaksa kembali kepada dunia pekerjaan.
 
Berikut adalah beberapa cara biasa freelancer dan pemilik bisnes kecil menjana pendapatan
 
i. Freelancing
Kita tawarkan perkhidmatan seperti penulisan, reka bentuk grafik, pemasaran digital, terjemahan, data entry dan lain-lain melalui platform seperti Upwork, Fiverr, atau media sosial.
 
Lagi banyak klien yang kita boleh dapatkan, maka lagi tinggi pendapatan yang bakal kita hasilkan.
 
ii. Menjalankan Bisnes Online
Menjual produk fizikal atau digital melalui Shopee, Lazada, Etsy, atau laman web sendiri.

Anda tak pandai nak jual barang di Shopee?
Tak apa jangan risau.
Anda boleh muat turun sahaja panduan ini.
 
iii. Menjadi Content Creator
Kita juga boleh menjana pendapatan melalui YouTube, TikTok, blog, atau media sosial dengan menghasilkan kandungan yang menarik.
 
Sesetengah platform seperti Youtube dan juga blog memberi peluang kepada penggunanya untuk menjana pendapatan melalui penyiaran iklan berbayar.
 
iv. Kelas dan Kursus Online
Apabila kita sudah mempunyai pengalaman yang banyak dalam bidang ini, dan kita boleh tunjukkan bahawa kita memang berjaya dalam bidang yang kita ceburi, pada waktu itu kita boleh mula menawarkan kelas atau sesi coaching.
 
Kelas boleh dilakukan secara bersemuka atau secara virtual sahaja.
 
Boleh juga gunakan Google Meet, atau mungkin menggunakan Video Call.
 
Cara lain ialah kita buat sesi rakaman dalam bentuk video dan kita jual video rakaman tersebut.
 
v. Affiliate Marketing
Menerusi program affiliate, kita akan menerima bayaran dalam bentuk komisen dengan mempromosikan produk milik orang lain.
 
Syaratnya?
Kita kena berjaya dapatkan jualan terlebih dahulu.
 
Tak pandai buat jualan?
Tak ada masalah.
 
Kita boleh gantikan dengan buat konten.
Kalau kita rajin buat konten, kita tak akan rasa begitu terbeban dengan syarat untuk buat jualan itu.
 
Kita boleh wujudkan satu SOP, misalnya dalam sehari kita nak hasilkan 10 konten berbeza dan setiap konten akan mempromosikan link affiliate.
 
Mungkin dari 10 konten tersebut, hanya 3 konten yang agak panjang, dan selebihnya adalah konten jenis ringkas.
 
vi. Pelaburan & Trading
Kita menggunakan kemahiran dalam membaca graf dan meramalkan pergerakkan harga saham, forex, atau kripto untuk menjana pendapatan.

Pelaburan atau perdagangan adalah satu aktiviti yang berisiko, dan anda mungkin akan kehilangan semua modal anda.
 
Pada sisi yang lain, jika anda benar-benar mahir dalam bab pelaburan, anda boleh menghasilkan keuntungan yang cukup besar dalam masa yang agak singkat.
 
Setiap sumber pendapatan ini memerlukan perancangan dan usaha yang konsisten untuk membuahkan hasil.
 
Anda mungkin tidak ada masa yang cukup untuk mencuba semuanya.
Jadi, saranan saya ialah, anda pilihlah dua atau tiga cara sahaja.
Itupun sudah cukup memadai.
 
Kesimpulan Bekerja dari rumah boleh menjadi pengalaman yang produktif dan menyeronokkan jika anda mempunyai rutin dan disiplin kerja yang tersusun.
 
Dengan mengamalkan disiplin, mengurus masa dengan baik, dan menjaga keseimbangan antara kerja dan kehidupan peribadi, anda boleh menikmati kebebasan bekerja sendiri tanpa mengorbankan kesihatan dan kesejahteraan anda.
 
Cuba terapkan rutin yang dicadangkan ini dan lihat perubahan positif dalam produktiviti dan keseimbangan hidup anda!
 
Atau jika anda ada cadangan atau pendapat lain, apa kata anda kongsikan dibahagian komen dibawah.
 
 
The post Realiti kehidupan apabila bekerja dari rumah appeared first on Blog Sabree Hussin.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sabreehussin.com/realiti-bekerja-dari-rumah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Deko Rumah Sewa 800 Kaki Persegi Yang Sangat Menarik Reka Bentuk Ringkas Tapi Lengkap

Deko Rumah Sewa 800 Kaki Persegi Yang Sangat Menarik Reka Bentuk Ringkas Tapi Lengkap

papar berkaitan - pada 1/3/2025 - jumlah : 93 hits
Deko Rumah Sewa 800 sqft yang Sangat Menarik Penampilan yang ringkas tetapi lengkap dengan segala kemudahan Kredit Anis Syuhada Deko Rumah Sewa 800 sqft yg Sangat Cantik Simple look tapi Lengkap semuanya Kredit Anis Syuhada The post appeare...
50 Rumah Musnah Terbakar Di Kota Kinabalu

50 Rumah Musnah Terbakar Di Kota Kinabalu

papar berkaitan - pada 1/3/2025 - jumlah : 79 hits
Bomba berkata kebakaran membabitkan rumah setinggan jenis tidak kekal dengan anggaran 50 rumah musnah PETALING JAYA Dianggarkan 50 rumah setinggan musnah dalam kebakaran di Kampung Cempaka Likas Kota Kinabalu pagi tadi Bagaimanapun kejadian...
Hiburan Dah Berbulan Aku Tak Jumpa Han Yuki Kena Blocked Di Whatsapp Cik Epal Bawa Polis Ke Rumah Jofliam

Hiburan Dah Berbulan Aku Tak Jumpa Han Yuki Kena Blocked Di Whatsapp Cik Epal Bawa Polis Ke Rumah Jofliam

papar berkaitan - pada 28/2/2025 - jumlah : 82 hits
Menerusi pempengaruh dan usahawan Cik Epal telah berkongsi satu rakaman video di mana dia memaklumkan terpaksa menggunakan khidmat pihak polis untuk mengambil kembali anak anaknya Han dan Yuki daripada jagaan bekas suaminya Jofliam Kata Cik...
Takut Lepas Check Cctv Sampai Tunggu Depan Rumah Lisa Dedah Kisah Ngeri Diikuti Peminat Sasaeng

Takut Lepas Check Cctv Sampai Tunggu Depan Rumah Lisa Dedah Kisah Ngeri Diikuti Peminat Sasaeng

papar berkaitan - pada 1/3/2025 - jumlah : 120 hits
Bukan senang kan bila dah jadi artis popular ni sebab kadang kadang mereka harus berdepan dengan peminat yang melampaui batas Artikel Berkaitan Terbaru Lisa BLACKPINK telah muncul dalam program temu bual eksklusif Woody FM di YouTube bagi m...
Nak Kurus Sebelum Raya Tapi Malas Nak Keluar Rumah Gunakan Stepper Ini Sebagai Solusi

Nak Kurus Sebelum Raya Tapi Malas Nak Keluar Rumah Gunakan Stepper Ini Sebagai Solusi

papar berkaitan - pada 2/3/2025 - jumlah : 158 hits
Nak kurus sebelum raya tapi malas nak keluar rumah Stepper ni penyelesaiannya Boleh buat dekat rumah sambil tengok movie senang dan efektif Siap dapat percuma tali dan earbuds lagi Korang boleh tekan link dekat bawah ni jom kurus dan sihat ...
Kanak Kanak Cedera Tong Gas Meletup Di Rumah

Kanak Kanak Cedera Tong Gas Meletup Di Rumah

papar berkaitan - pada 3/3/2025 - jumlah : 72 hits
Recqueal Raimibhnews bh com myTUARAN Seorang kanak kanak lelaki berusia 10 tahun cedera selepas tong gas petroleum cecair di dapur rumahnya di Kampung Berungis di sini meletup petang tadi Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tuaran Penolong Kan...
Mohon Bantuan Kesan Remaja Perempuan Lari Dari Rumah Perlindungan

Mohon Bantuan Kesan Remaja Perempuan Lari Dari Rumah Perlindungan

papar berkaitan - pada 3/3/2025 - jumlah : 86 hits
BernamaPolis menerima laporan mengenai kehilangan Thavamalar 17 pada 5 13 petang semalam Foto PDRMKUALA LUMPUR Polis memohon bantuan orang ramai mengesan seorang remaja perempuan berumur 17 tahun yang dilaporkan hilang selepas melarikan dir...
Bintang Hollywood Gene Hackman Dan Isteri Ditemukan Mati Di Rumah

Bintang Hollywood Gene Hackman Dan Isteri Ditemukan Mati Di Rumah

papar berkaitan - pada 28/2/2025 - jumlah : 81 hits
BernamaPejabat Syerif Daerah Santa Fe mengesahkan Gene Hackman dan isterinya ditemukan dalam keadaan tidak bernyawa pada petang Rabu di rumah mereka di Santa Fe ReutersLONDON Pelakon Amerika Syarikat yang pernah memenangi Oscar Gene Hackman...
Madani Gov T Sending Palestinian Kids To International School Are The Expenses Borne By M Sian Taxpayers

Explainer What Is Opr And How Bank Negara S Decision Affects You

Ramkarpal Wants Preacher S Offensive Post Against Hindus Removed

Nikmati Sajian Eratkan Jalinan At Hilton Garden Inn Puchong Ramadan Buffet 2025

Mat Sabu Menteri Gagal

Ole Ole Dari Dubai

Pegawai Tribunal Kastam Ditemukan M Ti Dengan Leher Kaki Terjerut Pengikat Kabel

Banyak Kali Terkena Datang Makan Tapi Tak Bayar Wanita Luah Kecewa


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Braces Friendly Delights A Mouthwatering Guide To Enjoying Food With Braces

Memorial Day Feast Celebrate With Delicious Food And Meaningful Remembrance

Polis Siasat Vijayan Savarinathan Didakwa Hina Agama Islam

Menu Khairul Aming Telur Bungkus

Wujud Usaha Jahat Tanam Persepsi K Jaan Diam Islam Dihina Pmo

How To Conduct A Reliable Bank Employee Background Check In Malaysia