Realisme Tanjung Piai




oleh Ab Jalil Backer
Politik adalah sesuatu yang sangat menarik kerana pusingan perubahan yang berlaku dalam politik ‘sangat ganas’ dan sukar dijangka. Hari ini anda boleh di atas beberapa minggu lagi anda mungkin sudah berada di bawah. Semalam anda dijulang esok anda boleh dilanyak secukupnya.
Lapan belas bulan lalu ramai orang memuji dan memuja kejayaan Pakatan Harapan (PH) memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 dan mengeji bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.
Hari ini jumlah yang percaya kepada PH makin berkurangan dengan sangat banyak, manakala BN dan Pas mula mendapat sokongan rakyat. Malahan Mohd Najib yang berhadapan puluhan pertuduhandan di pandang seperti ‘pariah’ politik lapan belas bulan lalu, kini mungkin sudah lebih popular dari PH.
Populariti PH pada awal pentadbiran sangat jelas apabila mereka menang selesa dalam empat Pilihan Raya Kecil (PRK) terawal iaitu PRK Sungai Kandis, Balakong, Seri Setia dan Port Dickson.
Walaupun keempat-empat kawasan ini merupakan kawasan PH dalam PRU-14, namun kekalahan parti pembangkang secara berturut-turut ini mewujudkan pergolakan politik sehingga menyebabkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan percutian sementara.
Apabila Mahkamah membuat keputusan kemenangan BN dalam PRU-14 bagi Parlimen Cameron Highland tidak sah, PH begitu yakin akan merampas kerusi tersebut. UMNO pula dalam keadaan tidak stabil dan sedang melalui proses pemulihan di bawah Timbalan Presiden Datuk Seri Utama Mohamad Hassan yang memangku jawatan Presiden.
Dalam keadaan itu BN membuat keputusan di luar kebiasaan dengan menamakan Ramli Mohd Noor sebagai calon. Pencalonan Ramli dari masyarakat orang Asli yang bukan ahli UMNO pun ketika itu telah memberi perspektif baharu kepada parti yang dilihat sebagai ‘dinasour politik’ ini.
Kekalahan PH di Cameron Highland sangat mengejutkan. Dengan kekuatan segala jentera kerajaan Persekutuan sehingga Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, sendiri turun berkempen, PH masih gagal merampas kerusi tersebut.
Dalam PRK seterusnya BN merampas kerusi DUN Semenyih dari parti Bersatu dan kemudiannya mengekalkan Dun Rantau yang diadakan pemilihan semula atas arahan mahkamah.
Realiti di Tanjung Piai
Tidak ramai pemerhati politik memberi peluang kepada BN untuk menang apabila parti tersebut membuat keputusan meletakkan calon dari masyarakat Cina di kerusi majoriti Melayu.
Bagaimanapun BN meneruskan kejutan apabila merampas kerusi Parlimen Tanjung Piai dengan mudah berdasarkan majoriti 15, 086 undi.
Di sebalik hiruk-pikuk dan riuh-rendah kemenangan besar ini, realiti sebenar tidaklah sehebat digambarkan. Tiga calon teratas, Wee Jeck Seng (BN) menerima 25,466 undi, Karmaine Sardini (PH) 10,380 undi dan Wendy Subramaniam (Gerakan) 1,707 undi.
Dalam PRU-14, PH mendapat undi sebanyak 21,255, BN dapat 20,731 undi dan Pas 2,962 undi. Jumlah undi BN dan Pas dalam PRU-14 ialah 23,693. Ini bermakna BN atau Muafakat Nasional hanya mendapat peningkatan undi sebanyak 1773 sahaja.
Jelas di sebalik segala keputusan kerajaan yang meragukan, kegagalan menunaikan janji dan perbalahan dalaman PH, BN masih belum boleh mendabik dada mendapat sokongan kuat rakyat.
Jumlah keluar mengundi 74.5 peratus berbanding 88% dalam PRU-14 menunjukkan ada indikator lain perlu diambil kira oleh BN. Ini termasuk ketidakhadiran pengundi luar dan protes pengundi yang tidak berpuas hati dengan PH tetapi belum bersedia mengundi BN.
Dalam masa yang sama terdapat perubahan pola undi masyarakat Cina kepada BN kerana faktor calon dan juga sentimen PRK. Pengundi masyarakat Cina juga mempunyai kecenderungan mengundi pembangkang dalam PRK.
Justeru peningkatan undi sebanyak 1773 ini bukanlah jaminan perkara yang sama akan berulang dalam PRU-15 nanti.
Oleh kerana politik sentiasa berhadapan pusaran ganas naik turun, BN harus mengambil kira persepsi pengundi atas pagar dalam berhadapan PRU akan datang. Jangan mudah menganggap kemenangan ini sebagai satu isyarat penerimaan rakyat kepada BN secara total.
Harus ada kaji sellidik kebolehterimaan majoriti pengundi terhadap hala tuju, idea dan kepimpinan parti menjelang PRU akan datang. Pemimpin harus sedia berkorban untuk kemenangan parti bukan sebaliknya.
BN dan Maufakat Nasional ada peluang untuk mengambil alih pentadbiran negara dalam PRU-15.
Namun masih banyak kerja dan perubahan perlu dilakukan jika mahu menang. PRU menentukan kerajaan tidak sama dengan PRK yang menjadi pentas pergolakan politik dalaman, protes rakyat dan kredebiliti calon.
Pengundi masih dalam keadaan tunggu dan lihat terhadap perubahan dan komitmen baharu BN terutamanya UMNO. Kita menunggu sama ada UMNO sedar akan keperluan ini atau sekadar leka dibuai angin petang di Tanjung Piai.
(Sebahagian artikel ini diterbitkan dalam Sinar Harian 25 November 2019)




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/11/25/realisme-tanjung-piai/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pakatan Harapan Sudah Bersedia Untuk Kalah Di Prk Tanjung Piai

Pakatan Harapan Sudah Bersedia Untuk Kalah Di Prk Tanjung Piai

papar berkaitan - pada 16/11/2019 - jumlah : 368 hits
Pakatan Harapan tidak yakin mereka akan menang pilihan raya kecil Tanjung Piai Sebab itulah mereka menyebarkan surat palsu mendesak ahli PKR jangan keluar mengundi supaya calon PPBM kalah kononnya untuk memaksa Perdana Menteri Tun Dr Mahath...
Mca Think Tank Predicts Bn Landslide Victory In Tanjung Piai

Mca Think Tank Predicts Bn Landslide Victory In Tanjung Piai

papar berkaitan - pada 16/11/2019 - jumlah : 274 hits
MCA founded think tank Institute of Strategic Analysis and Policy Research has predicted its own party s landslide victory in the Tanjung Piai by election Insap deputy chairperson Pamela Yong in a statement said her think tank is forecastin...
How Pakatan Harapan Is Going To Explain Losing The Tanjung Piai By Election

How Pakatan Harapan Is Going To Explain Losing The Tanjung Piai By Election

papar berkaitan - pada 16/11/2019 - jumlah : 602 hits
The strategy here is simple Pakatan Harapan already knows they are going to lose the Tanjung Piai by election So they are sabotaging themselves in a by election which they already know they are going to lose Then they can cry victim and bla...
Prk Tanjung Piai Hak Rakyat Yang Dinafikan

Prk Tanjung Piai Hak Rakyat Yang Dinafikan

papar berkaitan - pada 16/11/2019 - jumlah : 363 hits
AMINUDDIN YAHAYA Ramai penganalisis politik menganggap PRK Tanjung Piai kali ini adalah kritikal untuk kedua dua blok parti politik iaitu BN dan Pakatan Harapan Jika BN menang maka akan membuatkan PH yang selaku kerajaan menjadi semakin ter...
Pemimpin Pakatan Ingatkan Pengundi Tanjung Piai Buat Keputusan Bijak

Pemimpin Pakatan Ingatkan Pengundi Tanjung Piai Buat Keputusan Bijak

papar berkaitan - pada 16/11/2019 - jumlah : 290 hits
Pemimpin Pakatan ingatkan pengundi Tanjung Piai buat keputusan bijak Dikemas kini 11 minit yang lalu Diterbitkan pada 15 Nov
Surat Kepada Pengundi Tanjung Piai

Surat Kepada Pengundi Tanjung Piai

papar berkaitan - pada 16/11/2019 - jumlah : 269 hits
Noor Amin Ahmad Saudara saudari setanah air KATA MP Pilihan raya kecil Tanjung Piai diadakan kerana kekosongan berikutan kematian Dr Mohd Farid Rafik ahli parlimen yang telah dipilih oleh pengundi di sini semasa PRU 14 Meskipun baru setahun...
Prk Tanjung Piai Tun M Rayu Pengundi Jangan Silap Pangkah

Prk Tanjung Piai Tun M Rayu Pengundi Jangan Silap Pangkah

papar berkaitan - pada 15/11/2019 - jumlah : 439 hits
PONTIAN Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad memohon penduduk Tanjung Piai untuk tidak mengundi calon yang salah hanya untuk menunjukkan perasaan marah kepada Kerajaan Perdana Menteri berkata jika mereka berbuat demikian ia aka...
Roads Jammed As Ummah Gathering Kicks Off At Tanjung Piai

Roads Jammed As Ummah Gathering Kicks Off At Tanjung Piai

papar berkaitan - pada 15/11/2019 - jumlah : 258 hits
The roads leading to the Unity of the Ummah gathering at the Tanjung Piai constituency tonight were packed with cars and people as more than 10 000 people converged on a field in Kampung Sawah Pekan Nanas to attend the event The event s org...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization