Razman Tunggu Surat Saman Saya Hannah Yeoh


malaysiakini.com
Diterbitkan: Jan 28, 2025 10:47 AM
Hannah Yeoh menyelar kesilapan terbaru oleh Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria yang secara salah menyebut menteri belia dan sukan itu anak pengasas YTL Corporation Berhad, Yeoh Tiong Lay

Menerusi platform X, Yeoh memberi amaran tentang tindakan undang-undang terhadap Razman, yang semalam memohon maaf atas kesilapannya semasa ucapan selama 30 minit baru-baru ini, dengan satu minit petikan dakwaan tersebut menjadi tular.

“Sebenarnya ucapan Razman Zakaria Pesuruhjaya PAS Perak yang menuduh saya macam-macam melebihi satu minit.

"Nantikan surat daripada peguam saya. Fitnah tidak boleh dibenarkan menjadi satu kebiasaan terutamanya oleh orang yang beragama,” kata ahli parlimen Segambut itu.
Semalam, pesuruhjaya PAS Perak itu mengaku salah kerana mendakwa Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh sebagai “anak YTL”.

Razman yang juga Adun Semanggol, Perak turut memohon maaf kepada Yeoh dan kumpulan YTL atas kesilapannya itu.

“Saya mengakui kesilapan fakta tentang kaitan Hannah Yeoh dan syarikat gergasi YTL. Saya mengakui bahawa Hannah Yeoh tiada kaitan dengan tokoh korporat atau syarikat YTL. Ia kesilapan petikan yang berlaku tanpa sengaja

“Dengan kenyataan ini saya menyatakan kekesalan dan pernyataan maaf kepada pihak YB Hannah Yeoh dan YTL serta mana mana pihak yang terkesan atau tersentuh dengan kenyataan atas kekeliruan fakta tersebut,” katanya melalui satu kenyataan.
Razman dalam ceramah malam kelmarin mendakwa pemimpin DAP itu sebagai “anak YTL”.

Kumpulan YTL diasaskan oleh mendiang Yeoh Tiong Lay. Anaknya Francis Yeoh Sock Ping kini menjadi pengerusi eksekutif.

Yeoh bagaimanapun menjawab “bukan semua Yeoh ada pertalian keluarga.”

Mengulas lanjut, Razman bagaimanapun menyalahkan media kerana “mengerat” video panjang ceramahnya untuk dijadikan tajuk berita.
“Ucapan saya yang dipetik Malaysiakini adalah ayat yang bukan isi utama apatah lagi ceramah tersebut menampilkan tiga tokoh utama,” katanya.

Ini permohonan maaf kedua Razman kepada pemimpin DAP dalam tempoh tidak sampai dua bulan.

Pada 11 Disember lalu, Razman memohon maaf kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming kerana mengaitkannya dengan insiden kibaran bendera China di Teluk Intan pada 24 Okt.

Kenyataan kontroversi terbaru daripada Razman dibuat tidak lama selepas Ahli Parlimen Kepala Batas Siti Mastura Muhammad, juga daripada PAS, membayar lebih RM830,000 kepada peguam tiga pemimpin DAP setelah kalah saman dalam kes yang hampir serupa.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2025/01/razman-tunggu-surat-saman-saya-hannah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Orang Kaya Ytl Ini Reaksi Hannah Yeoh Ramai Harap Razman Kena Saman

Anak Orang Kaya Ytl Ini Reaksi Hannah Yeoh Ramai Harap Razman Kena Saman

papar berkaitan - pada 27/1/2025 - jumlah : 103 hits
MUKA DIGELAPKAN KERANA KAKI FITNAH INI BERDOSA BESAR DAN FASIK DALAM ISLAM TAPI BODO DIMATA MASYARAKAT HarapandailyJanuary 27 2025Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh tampil mengulas dakwaan Pesuruhjaya Pas Perak Razman Zakaria kononnya beli...
Umno Yeoh Hantar Surat Lod Pada Razman

Umno Yeoh Hantar Surat Lod Pada Razman

papar berkaitan - pada 29/1/2025 - jumlah : 147 hits
Azie Dien1 UMNO hantar LOD pada Razman atas kaitan parti tersebut dengan YTL 2 Hannah Yeoh hantar saman pada Razman atas kaitan dengan YTL 3 Buat U Turn minta maaf pun dah tak guna dah 4 Jawab LOD dulu 5 Sambil tu boleh create propaganda UM...
Sempena Tahun Baharu Lunar Maafkanlah Razman Pemimpin Pkr Beritahu Hannah

Sempena Tahun Baharu Lunar Maafkanlah Razman Pemimpin Pkr Beritahu Hannah

papar berkaitan - pada 28/1/2025 - jumlah : 258 hits
freemalaysiatoday com 28 Jan 2025 01 21 PMPengarah Komunikasi PKR Lee Chean Chung berkata polemik dicetuskan pemimpin PAS itu jika tidak ditangani dengan konstruktif akan menjarakkan lagi sesama rakyat Razman Zakaria sebelum ini menuduh Han...
Fitnah Hannah Teruskan Saman Terhadap Pesuruhjaya Pas Perak

Fitnah Hannah Teruskan Saman Terhadap Pesuruhjaya Pas Perak

papar berkaitan - pada 28/1/2025 - jumlah : 112 hits
Hannah Yeoh telah mengarahkan peguamnya untuk meneruskan saman fitnah terhadap Razman kerana memfitnahnya sebagai anak YTL KUALA LUMPUR 28 Jan Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh meneruskan saman fitnah yang dilempar oleh Pesuruhjaya Pas Pe...
Hannah Bantah Kenyataan 4 Saksi Dalam Saman Pensyarah Uum

Hannah Bantah Kenyataan 4 Saksi Dalam Saman Pensyarah Uum

papar berkaitan - pada 4/2/2025 - jumlah : 96 hits
freemalaysiatoday com03 Feb 2025 07 21 PMPeguam menteri belia dan sukan itu berkata pernyataan saksi itu menyentuh perkara di luar pliding saman Hannah Yeoh memfailkan saman terhadap Kamarul Zaman Yusoff pada 2022 berkait dua hantaran Faceb...
Terkejut Dengar Ucapan Menghasut Ramai Harap Hannah Saman Ustaz Aktivis Ini

Terkejut Dengar Ucapan Menghasut Ramai Harap Hannah Saman Ustaz Aktivis Ini

papar berkaitan - pada 18/1/2025 - jumlah : 137 hits
HarapandailyOrang ramai berharap Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh mengenakan tindakan undang undang terhadap seorang aktivis bergelar ustaz yang disifatkan menghasut rakyat Pengerusi Persatuan Kebajikan Surplus Pulau Pinang Mohd Sophian ...
If Hannah Yeoh Can Be Mistaken As Ytl S Daughter Yeo Bee Yin Will Soon Become Michelle Yeoh S

If Hannah Yeoh Can Be Mistaken As Ytl S Daughter Yeo Bee Yin Will Soon Become Michelle Yeoh S

papar berkaitan - pada 28/1/2025 - jumlah : 282 hits
PAS has done it again In the party s infinite wisdom and unparalleled talent for connecting imaginary dots Perak PAS Commissioner Razman Zakaria has claimed that Youth and Sports Minister Hannah Yeoh is the daughter of YTL Corp s late found...
Sabah Mulls Age Restriction For Mount Kinabalu Climbers

Startups Vs Established Industries

Yerin Gfriend Kongsi Dah 2 Tahun Bekerja Di Insurans Kesihatan Nasional

Warga Emas Meninggal Dunia Kkm Jelaskan Tiada Keperluan Wujudkan Unit Kesihatan Di Bazar Ramadan

Miti Probing Case Of Nvidia Powered Servers Shipped To Malaysia

Apa Itu Konjac Adakah Konjac Membantu Proses Pembakaran Lemak Bagi Menurunkan Berat Badan

Nasi Lemak Lobster Jb

Snowy Trails Cozy Inns Skiing Town To Town In Quebec


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Beli Mata Wang Kripto Di Luno

Doa Menghilangkan Kesedihan Gelisah Allahumma Inni A Udzubika Minal Hammi Wal Hazan

Puasa Sebagai Terapi Jiwa Menghadapi Stres Dan Cabaran Hidup

Resepi Ayam Masak Merah Kenduri

Turun Berat Badan Di Bulan Puasa Dengan Mengelakkan 4p

Opec Mula Tingkatkan Pengeluaran Minyak Mulai April