Fitnah Hannah Teruskan Saman Terhadap Pesuruhjaya Pas Perak


 

Hannah Yeoh telah mengarahkan peguamnya untuk meneruskan saman fitnah terhadap Razman kerana memfitnahnya sebagai ‘anak YTL’.
KUALA LUMPUR, 28 Jan – Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh meneruskan saman fitnah yang dilempar oleh Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria yang secara salah menyebut beliau sebagai anak pengasas YTL Corporation Berhad, Yeoh Tiong Lay.
Menerusi hantaran di platform X jam 10.03 pagi ini, Yeoh memberi amaran tentang tindakan undang-undang terhadap Razman, yang semalam memohon maaf atas kesilapannya semasa ucapan selama 30 minit baru-baru ini, dengan satu minit petikan dakwaan tersebut menjadi tular.
“Sebenarnya ucapan Razman Zakaria Pesuruhjaya Pas Perak yang menuduh saya macam-macam melebihi satu minit.
Hantaran di X Hannah Yeoh yang akan meneruskan saman terhadap Razman kerana memfitnahnya sebagai ‘anak YTL’.“Nantikan surat daripada peguam saya. Fitnah tidak boleh dibenarkan menjadi satu kebiasaan terutamanya oleh orang yang beragama,” kata ahli parlimen Segambut itu.
Semalam, Pesuruhjaya Pas Perak itu mengaku salah kerana mendakwa Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh sebagai “anak YTL”.
Razman yang juga Adun Semanggol, Perak turut memohon maaf kepada Yeoh dan kumpulan YTL atas kesilapannya itu.
“Saya mengakui kesilapan fakta tentang kaitan Hannah Yeoh dan syarikat gergasi YTL. Saya mengakui bahawa Hannah Yeoh tiada kaitan dengan tokoh korporat atau syarikat YTL. Ia kesilapan petikan yang berlaku tanpa sengaja.

“Dengan kenyataan ini saya menyatakan kekesalan dan pernyataan maaf kepada pihak YB Hannah Yeoh dan YTL serta mana mana pihak yang terkesan atau tersentuh dengan kenyataan atas kekeliruan fakta tersebut,” katanya melalui satu kenyataan.
Razman dalam ceramah malam kelmarin mendakwa pemimpin DAP itu sebagai “anak YTL”.
Kumpulan YTL diasaskan oleh mendiang Yeoh Tiong Lay. Anaknya Francis Yeoh Sock Ping kini menjadi pengerusi eksekutif.
Yeoh bagaimanapun menjawab “bukan semua Yeoh ada pertalian keluarga.”
Mengulas lanjut, Razman bagaimanapun menyalahkan media kerana “mengerat” video panjang ceramahnya untuk dijadikan tajuk berita.

“Ucapan saya yang dipetik Malaysiakini adalah ayat yang bukan isi utama apatah lagi ceramah tersebut menampilkan tiga tokoh utama,” katanya.
Ini permohonan maaf kedua Razman kepada pemimpin DAP dalam tempoh tidak sampai dua bulan.
Pada 11 Disember lalu, Razman mengeluarkan memohon maaf kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming kerana mengaitkannya dengan insiden kibaran bendera China di Teluk Intan pada 24 Okt.
Kenyataan kontroversi terbaru daripada Razman dibuat tidak lama selepas Ahli Parlimen Kepala Batas Siti Mastura Muhammad, juga daripada Pas, membayar lebih RM830,000 kepada peguam tiga pemimpin DAP setelah kalah saman dalam kes yang hampir serupa.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/01/fitnah-hannah-teruskan-saman-terhadap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hannah To Serve Perak Pas Chief With Letter Of Demand

Hannah To Serve Perak Pas Chief With Letter Of Demand

papar berkaitan - pada 28/1/2025 - jumlah : 197 hits
DAP s Hannah Yeoh said Perak PAS chief Razman Zakaria can expect to be served with a letter of demand from her lawyers soon PETALING JAYA Hannah Yeoh is set to serve a letter of demand on Perak PAS chief Razman Zakaria who recently claimed ...
Fitnah Besar Pas Terhadap Citra Baik Agama Islam

Fitnah Besar Pas Terhadap Citra Baik Agama Islam

papar berkaitan - pada 31/1/2025 - jumlah : 246 hits
Ridzuan Abu BakarRidzwan Abu Bakar PSU Amanah Nasional Salah satu daripada makna fitnah di dalam Al Quran adalah menserupakan kebenaran dengan kebatilan atau dengan makna yang lebih mudah difahami adalah menjadikan yang batil itu sebagai ha...
Fitnah Pas Terhadap Amanah Satu Bentuk Serangan Tersusun

Fitnah Pas Terhadap Amanah Satu Bentuk Serangan Tersusun

papar berkaitan - pada 1/2/2025 - jumlah : 228 hits
1 Menteri Besar Kedah Sanusi Md Noor dalam ucapan di Kedah pada 31 1 2025 dalam program Himpunan Ummah Selamatkan Malaysia telah memfitnah AMANAH dengan mendakwa AMANAH dilahirkan oleh DAP Fitnah ini telah lama dimainkan dan ianya ditiupkan...
Dapat Duit Raya Cina Terima Kasih Pas Bayar Saman Fitnah Kepada Dap Ustazah Mastura Bayar Ha

Dapat Duit Raya Cina Terima Kasih Pas Bayar Saman Fitnah Kepada Dap Ustazah Mastura Bayar Ha

papar berkaitan - pada 24/1/2025 - jumlah : 191 hits
Ahli Parlimen Kepala Batas Siti Mastura Muhammad telah menyelesaikan bayaran saman fitnah berjumlah RM830 034 75 kepada tiga pemimpin DAP Bayaran itu dibuat ke akaun SN Nair Partners firma guaman yang mewakili veteran DAP Lim Kit Siang beka...
Saman Fitnah Muhyiddin Selesai Bayar Rm1 35 Juta Untuk Guan Eng

Saman Fitnah Muhyiddin Selesai Bayar Rm1 35 Juta Untuk Guan Eng

papar berkaitan - pada 24/1/2025 - jumlah : 196 hits
malaysiakini comMuhyiddin Yassin membayar RM1 35 juta sebagai ganti rugi fitnah yang ditetapkan ke atasnya ekoran saman dikemukakan Lim Guan Eng sementara menunggu rayuan kes tersebut Bekas perdana menteri itu juga membayar RM50 000 kepada ...
Razman Tunggu Surat Saman Saya Hannah Yeoh

Razman Tunggu Surat Saman Saya Hannah Yeoh

papar berkaitan - pada 28/1/2025 - jumlah : 224 hits
malaysiakini comDiterbitkan Jan 28 2025 10 47 AMHannah Yeoh menyelar kesilapan terbaru oleh Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria yang secara salah menyebut menteri belia dan sukan itu anak pengasas YTL Corporation Berhad Yeoh Tiong Lay Mene...
Anak Orang Kaya Ytl Ini Reaksi Hannah Yeoh Ramai Harap Razman Kena Saman

Anak Orang Kaya Ytl Ini Reaksi Hannah Yeoh Ramai Harap Razman Kena Saman

papar berkaitan - pada 27/1/2025 - jumlah : 191 hits
MUKA DIGELAPKAN KERANA KAKI FITNAH INI BERDOSA BESAR DAN FASIK DALAM ISLAM TAPI BODO DIMATA MASYARAKAT HarapandailyJanuary 27 2025Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh tampil mengulas dakwaan Pesuruhjaya Pas Perak Razman Zakaria kononnya beli...
Hannah Bantah Kenyataan 4 Saksi Dalam Saman Pensyarah Uum

Hannah Bantah Kenyataan 4 Saksi Dalam Saman Pensyarah Uum

papar berkaitan - pada 4/2/2025 - jumlah : 164 hits
freemalaysiatoday com03 Feb 2025 07 21 PMPeguam menteri belia dan sukan itu berkata pernyataan saksi itu menyentuh perkara di luar pliding saman Hannah Yeoh memfailkan saman terhadap Kamarul Zaman Yusoff pada 2022 berkait dua hantaran Faceb...
Meet The Aprilia Rsv4 X Gp A 90 000 Motogp Race Replica

The Trauma Code Heroes On Call Kdrama

Resepi Air Lai Chi Kang Buah Luo Han Guo Kering Manis Semula Jadi Menyegarkan

Saintis Jepun Temui Cara Tumbuhkan Semula Gigi Patah

Pemandu Audi Rempuh Dua Motosikal Urb Polis Positif Alkohol

Wanita Ditahan Ugut Khianat Guna Api

Tiket Percuma Di Aquaria Klcc Sempena Hari Jadi

Jangan Timbulkan Fitnah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pencipta Kandungan Terima Kiriman Kepala Babi

Panduan Mudah Faham Cara Guna Google Drive Di Komputer Telefon

Puji Sedap Lelaki Algeria Terus Jadi Ketagih Lepas Cuba Teh Tarik

Speedy Tigers Akhiri Kempen Piala Asia 2025 Di Tempat Ketiga

I M Muhyiddin S No 1 Supporter Hamzah Declares Amid Poison Pen Letter Claims

China Displays Five New Ucavs