Rayer Yang Patut Minta Maaf Tak Faham Bahasa Melayu Asri




Mufti Perlis, Mohd Asri Zainul Abidin mempertahankan kenyataannya terhadap Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer dan menafikan ia sebagai satu bentuk penghinaan kepada penganut agama Hindu di negara ini.
Menyifatkan Rayer sebagai "tidak faham bahasa", Mohd Asri mempersoalkan di mana kenyataannya yang didakwa menghina penganut agama lain.
"Setelah hampir dua minggu kenyataan saya, barulah dengan tiba-tiba ahli parlimen Jelutong itu rasa terhina. Saya hairan bagaimana dalam negara ini yang bahasa Melayu adalah bahasa utama boleh ada ahli parlimen yang tidak faham bahasa seperti beliau.
"Di mana ayat saya yang menghina agama beliau? Ayat saya itu untuk beliau faham betapa semua pihak jangan masuk campur urusan agama pihak lain. Bahkan rakan-rakan saya yang beragama Hindu juga ada yang menyokong kenyataan saya dan menganggap beliau sudah melampaui batas.
"Beliaulah yang patut minta maaf atas banyak kenyataan beliau yang membabitkan umat Islam di negara ini,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya petang ini.
Mohd Asri juga meminta kerajaan supaya tidak memberikan apa-apa jawatan kepada Rayer dengan mendakwa pemimpin DAP itu sering menimbulkan provokasi dalam masyarakat majmuk negara ini.
“Jika diberikan juga, bererti sensitiviti majoriti rakyat negara ini tidak dijaga," tambahnya.
Pada 6 Feb lalu, Mohd Asri menyatakan kesediaannya “bertempur” dengan seorang anggota parlimen DAP yang didakwanya lantang mempersoalkan program keagamaan anjurannya.
Ini susulan penganjuran Konvensyen Sunnah Antarabangsa Perlis (PISC) 2025 pada 24 hingga 27 Januari lalu yang menampilkan 18 penceramah antarabangsa terkenal termasuk penceramah kontroversi, Zakir Naik.
Rayer sebelum ini mempertikaikan kemunculan semula Zakir, yang kini diburu pihak berkuasa India dan dilarang berceramah di negara ini.
Dalam video di saluran YouTube rasminya, Mohd Asri berkata Rayer tidak sepatutnya mempersoalkan siapa yang dijemput untuk ke majlis anjurannya.
“Seperti mana saya tidak bertanya apa bahan digunakan untuk menyapu dahinya dan kenapa dia menyapu dahinya, demikian dia tidak perlu bertanya saya siapa yang ingin saya jemput," katanya.
Susulan itu, Rayer dalam satu sidang media di parlimen hari ini berkata kenyataan Mohd Asri merupakan penghinaan kepada penganut agama Hindu.
Menurutnya, dalam sidang medianya sebelum ini, dia hanya membangkitkan isu kebenaran untuk Zakir Naik berceramah di Perlis dan tidak sama sekali menghina Mufti Perlis mahupun penceramah kontroversi itu.
Rayer juga mempersoalkan apakah Mohd Asri akan memohon maaf setelah mengeluarkan kenyataan menghina itu seperti mana tindakan diambil seorang penjual jagung di Kota Warisan, Selangor.
Rayer merujuk tindakan peniaga berkenaan yang memohon maaf selepas menampal notis berbaur perkauman terhadap masyarakat India di gerainya baru-baru ini.
Mengulas lanjut, Mohd Asri berkata, apa yang diungkapkannya sebelum ini bukanlah penghinaan, namun Rayer sendiri gagal memahami bahasa Melayu.
"Untuk mudah faham, jika kita bertemu dengan seseorang dan berkata kepadanya: "Awak jangan bertanya saya orang mana, seperti mana saya tidak pernah bertanya siapa nama ayah awak", tiba-tiba dia rasa kita menghinanya, memanglah pelik orang itu.
"Sama ada dia merasakan ayahnya itu hina padahal kita tidak menghina, atau dia gagal faham bahasa, atau kita sebut 'jenis tidak faham bahasa'.
"Kedua-dua keadaan itu menunjukkan kualiti yang bukan pilihan masyarakat yang cerdik," katanya lagi. - Mkini


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2025/02/rayer-yang-patut-minta-maaf-tak-faham.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rpt Bahasa Melayu Lengkap Tingkatan 4 2020

Rpt Bahasa Melayu Lengkap Tingkatan 4 2020

papar berkaitan - pada 14/2/2025 - jumlah : 90 hits
Mungkin ada cikgu yang macam akak masih ternanti2 belas ehsan cikgu yang baik hati berkongsi RPT BAHASA MELAYU LENGKAP TINGKATAN 4 2020 Nasib baik ada group KSSM bersama JU dan beberapa orang guru daerah Klang yang sanggup mengorbankan masa...
Edpuzzle Video Pdpc Bahasa Melayu Yang Menarik

Edpuzzle Video Pdpc Bahasa Melayu Yang Menarik

papar berkaitan - pada 14/2/2025 - jumlah : 93 hits
Jom kita gunakan video edpuzzle di dalam kelas Tentu kelas kita ohsem
Soalan Percubaan Spm 2020 Percubaan Bahasa Melayu Spm 2020

Soalan Percubaan Spm 2020 Percubaan Bahasa Melayu Spm 2020

papar berkaitan - pada 14/2/2025 - jumlah : 128 hits
kredit maya picture https www mysumber com assets 2018 09 Soalan Percubaan SPM 1 png Saban tahun bulan November merupakan bulan kritikal bagi calon SPM termasuklah guru guru bagi calon SPM Namun kehangatan dan tahap kritikal untuk calon SPM...
Treasure Hunt Digital Dalam Pdpc Bahasa Melayu

Treasure Hunt Digital Dalam Pdpc Bahasa Melayu

papar berkaitan - pada 14/2/2025 - jumlah : 100 hits
Pada 2 4 Disember yang lalu telah diadakan Digital Classroom Bootcamp tapi akak hanya berpeluang menghadiri bootcamp tersebut pada 2 3 Disember sahaja kerana 4 5 Disember akak akan mengikuti bengkel lain aka nak makan epal di Menara CIMB An...
Wordwall Bina Latihan Bahasa Melayu Spm

Wordwall Bina Latihan Bahasa Melayu Spm

papar berkaitan - pada 14/2/2025 - jumlah : 89 hits
Lama dah tidak bertandang ke blog ni kerana hari hari masa diisi dengan aktiviti menambahkan ilmu sepanjang PKP ni Salah satu ilmu baru yang dipelajari ialah menyediakan bahan pdpc menggunakan apps Wordwall Memang seronok menggunakan apps n...
Raikan Staff Pasangan Cina Pilih Bersanding Ikut Tema Melayu Kacak Cantik Sungguh

Raikan Staff Pasangan Cina Pilih Bersanding Ikut Tema Melayu Kacak Cantik Sungguh

papar berkaitan - pada 20/2/2025 - jumlah : 138 hits
Bagi meraikan kebanyakan staf berbangsa Melayu pasangan pengantin berbangsa Cina sepakat memilih busana pengantin tradisional Melayu untuk majlis perkahwinan mereka Menerusi perkongsian dari satu akaun Tik Tok ashawedding yang bertanggungja...
Akta Dikemuka Dap Gugat Hak Istimewa Melayu Islam

Akta Dikemuka Dap Gugat Hak Istimewa Melayu Islam

papar berkaitan - pada 21/2/2025 - jumlah : 120 hits
harakahdaily netFebruary 20 2025KUALA LUMPUR Perkembangan mengenai Akta Pembaharuan Semula Bandar dan Akta Antidiskriminasi Kaum jelas merupakan ancaman terhadap hak istimewa Melayu Islam di negara ini Ketua Penerangan Dewan Himpunan Penduk...
Jual Arak Di Kawasan Melayu

Jual Arak Di Kawasan Melayu

papar berkaitan - pada 20/2/2025 - jumlah : 102 hits
Patut atau tidak arak diizin dijual di kedai yang letaknya di kawasan penduduk majoriti Melayu sekali gus orang Islam Atau penjualan arak di tempat majoriti Melayu Islam dilarang sama sekali Tidak boleh Habis cerita First thing first Persoa...
Pak Lah To Be Laid To Rest In Warriors Mausoleum

Perbelanjaan Menggunakan Kereta Proton E Mas 7

Resipi Kuih Peria Yang Sedap Mudah Tip Bentuk Jadi Cantik Guna Jaring Ini

Biografi Tun Abdullah Ahmad Badawi

Back To The Future Why Y2k Fashion Is Making A Major Comeback

Unleash Your Inner Artist Learn How To Paint

Mastering The Road Learn Driving Theory For A Solid Foundation

Sharing The Road With Trucks A Safety Guide For Drivers


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


5 Kesilapan Utama Owner Homestay Yang Sering Berlaku

Bila Dah Kahwin Mulut Jangan Puaka Suami Isteri Bergaduh Bila Suka Cakap Lepas

Beruntungnya Penuh Satu Beg Datin Atikah Suhaime Dapat Barang Kemas Dari Mentua

Ini Kata A Kadir Jasin

Pelihara Ayam Penelur Penuhi Keperluan Keluarga

Belasungkawa Tun Abdullah Ahmad Badawi Perginya Permata Negara Di Usia 85 Tahun