Jual Arak Di Kawasan Melayu


Patut atau tidak arak diizin dijual di kedai yang letaknya di kawasan penduduk majoriti Melayu sekali gus orang Islam? Atau penjualan arak di tempat majoriti Melayu Islam dilarang sama sekali? Tidak boleh. Habis cerita.
First thing first. Persoalannya siapa yang menjual arak di kedai di kawasan orang Melayu? Jika yang menjual yakni pemilik kedai orang Melayu-Islam maka pihak berwajib yakni para agamawan kenalah memberi nasihat sewajarnya. Tarbiah sikit.
Saya yang cetek ilmu agama pun tahu orang Islam bukan sahaja dilarang minum arak tetapi juga tidak dibenarkan menggalakkan perbuatan minum arak. Menjual boleh diibaratkan ‘menggalakkan’ arak diminum atau memudahkan orang minum arak. Boleh juga dianggap bersubahat. Tak kiralah jual kepada orang Islam atau bukan Islam.
Jika yang menjual memang orang Melayu-Islam jangan terus menghukum. Tanyalah terlebih dahulu mengapa mereka menjualnya? Adakah mereka dipaksa? Contoh: Orang Melayu yang mengendalikan convenience store ternama melalui kaedah francais. Adakah mereka selaku franchisee diwajibkan oleh syarikat induk iaitu franchisor menjual arak di kedai mereka? Jika iya, pertanyaan susulan ialah tidak bolehkah mereka menolak? Adakah mereka akan dikenakan tindakan jika enggan menjual arak?
Di Malaysia yang majoriti rakyat beragama Islam dan Islam agama Persekutuan adakah mana-mana pemegang francais yang berani memaksa orang Muslim jual arak?
Ada juga pihak, lazimnya orang politik yang terpaling Islamist, mendakwa jual arak di kawasan majoriti Melayu ialah untuk ‘mengganggu-gugat akidah umat Islam’. Tak tahulah saya tetapi saya akan setuju dengan dakwaan yang dilempar politikus itu jika arak diberi secara percuma. Ini jelas promosi arak free of charge. Percubaan menjejaskan akidah. Namun yang kita cakap ini mengenai arak dijual di kedai. Kata kuncinya ‘jual’, dan harganya pun boleh tahan mahal.
Sesiapa yang nak minum kena beli. Macam-mana ganggu-gugat akidah, selain si punya badan sendiri mahu beli? Jika tidak di kawasan orang Melayu beli di tempat lain. Bagi mereka, beli tetap beli. Sekali lagi kena tarbiah.
OK ini menyatakan apa yang nyata. Stating the obvious, kata orang putih. Dalam perniagaan semuanya mengenai ringgit dan sen. Keuntungan. Peniaga mahu barangan yang mereka jual laris. Apabila laku maka untunglah mereka. Lagi laku lagi lebar senyuman.
Sebaliknya jika barangan tak laku maka rugi. Peniaga pening kepala. Rugi meliputi pelbagai aspek. Rugi masa. Daripada mengangkut barangan tidak laku, lebih baik masa digunakan untuk hal lain. Rugi ruang. Daripada menempatkan barangan tidak laku, jauh lebih bagus menggunakan ruang untuk pamer barangan yang digemari pembeli.
Bayangkan satu kedai di kawasan penduduk majoriti Islam. Tak kiralah kedai itu dikendalikan oleh orang Islam atau bukan Islam. Kedai ada menjual arak yang dipamerkan dalam peti sejuk dan atas rak, selebihnya disimpan dalam store. Oleh kerana arak itu dijual di kawasan majoriti orang Melayu maka tidak laku kerana tidak ada orang Melayu datang membeli barangan haram. Lagipun, setahu saya, ada perundangan melarang menjual minuman beralkohol kepada orang Islam. Sama seperti larangan beli nombor ekor.
Jika tidak ada undang-undang demikian, eloklah pihak berkuasa menggunakan kuasa yang ada untuk wujudkan perundangan itu. Kalau boleh haramkan umat Islam beli nombor ekor bolehlah juga haramkan orang Melayu-Islam beli arak.
OK berbalik cerita kedai tadi. Tidak ada orang Melayu-Islam datang beli arak yang mereka jual. Yang datang mungkin seorang dua orang bukan Islam yang sememangnya boleh minum arak tetapi tidak ramai kerana kawasan sekitar kedai majoriti Melayu. Maka si pekedai muram. Kerugian as far as arak is concerned. Berlambak dalam peti sejuk. Bertong-tong di store. Stok masih banyak. Itu semua kos. Eloklah jual barangan yang pelanggan yakni orang Melayu di situ suka beli. Ada juga untung.
Lantas tak perlu larangan khusus mengharamkan kedai jual arak di kawasan Melayu. Peniaga sendiri akan memutuskan tidak mahu jual arak di kawasan ia tidak laku. Elok jual benda laku. That’s good business sense. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2025/02/jual-arak-di-kawasan-melayu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ura Taktik Halus Singkir Melayu India Miskin Keluar Dari Bandar

Ura Taktik Halus Singkir Melayu India Miskin Keluar Dari Bandar

papar berkaitan - pada 19/2/2025 - jumlah : 173 hits
malaysiakini comPARLIMEN l Ahli Parlimen pembangkang menyifatkan cadangan Akta Pembaharuan Semula Bandar adalah taktik halus untuk menyingkirkan orang Melayu daripada terus menetap di kawasan bandar Sambil menyifatkan bahawa tiada keperluan...
Ura Melayu Bakal Hilang Hartanah Di Dalam Bandar

Ura Melayu Bakal Hilang Hartanah Di Dalam Bandar

papar berkaitan - pada 20/2/2025 - jumlah : 182 hits
harakahdaily comFebruary 19 2025 Akta Pembaharuan Semula BandarKUALA LUMPUR Ahli ahli Parlimen Perikatan Nasional hari ini menyatakan bantahan terhadap cadangan penggubalan Akta Pembaharuan Semula Bandar oleh Kementerian Perumahan dan Keraj...
Aktiviti Sidang Media Khas Ngo Ngo Melayu Islam Isu Akta Pembaharuan Semula Bandar Ppim 18 02 2025

Aktiviti Sidang Media Khas Ngo Ngo Melayu Islam Isu Akta Pembaharuan Semula Bandar Ppim 18 02 2025

papar berkaitan - pada 18/2/2025 - jumlah : 221 hits
Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi menghadiri ke sidang media khas NGO NGO Melayu Islam membincangkan isu RUU Akta Pembaharuan Semula Bandar yang dibimbangi akan mengancam orang Melayu yang menghuni bandar
Rayer Yang Patut Minta Maaf Tak Faham Bahasa Melayu Asri

Rayer Yang Patut Minta Maaf Tak Faham Bahasa Melayu Asri

papar berkaitan - pada 18/2/2025 - jumlah : 136 hits
Mufti Perlis Mohd Asri Zainul Abidin mempertahankan kenyataannya terhadap Ahli Parlimen Jelutong RSN Rayer dan menafikan ia sebagai satu bentuk penghinaan kepada penganut agama Hindu di negara ini Menyifatkan Rayer sebagai tidak faham bahas...
Raikan Staff Pasangan Cina Pilih Bersanding Ikut Tema Melayu Kacak Cantik Sungguh

Raikan Staff Pasangan Cina Pilih Bersanding Ikut Tema Melayu Kacak Cantik Sungguh

papar berkaitan - pada 20/2/2025 - jumlah : 165 hits
Bagi meraikan kebanyakan staf berbangsa Melayu pasangan pengantin berbangsa Cina sepakat memilih busana pengantin tradisional Melayu untuk majlis perkahwinan mereka Menerusi perkongsian dari satu akaun Tik Tok ashawedding yang bertanggungja...
Akta Dikemuka Dap Gugat Hak Istimewa Melayu Islam

Akta Dikemuka Dap Gugat Hak Istimewa Melayu Islam

papar berkaitan - pada 21/2/2025 - jumlah : 166 hits
harakahdaily netFebruary 20 2025KUALA LUMPUR Perkembangan mengenai Akta Pembaharuan Semula Bandar dan Akta Antidiskriminasi Kaum jelas merupakan ancaman terhadap hak istimewa Melayu Islam di negara ini Ketua Penerangan Dewan Himpunan Penduk...
Madani Teguh Pertahan Melayu Pn Angkat Agenda Ekonomi Pun Tidak Mampu

Madani Teguh Pertahan Melayu Pn Angkat Agenda Ekonomi Pun Tidak Mampu

papar berkaitan - pada 22/2/2025 - jumlah : 151 hits
HarapandailyFebruary 21 2025Oleh FAIZ FADZILMalaysia dibina atas konsep segmentasi selari dengan kemajmukan rakyatnya Lantaran itu parti politik pra merdeka ditubuhkan atas konsep ini dan menjadi antara parti terbesar termasuk Umno dan Pas ...
Peminggiran Terancang Melayu Dan Bumiputera

Peminggiran Terancang Melayu Dan Bumiputera

papar berkaitan - pada 22/2/2025 - jumlah : 119 hits
harakahdaily netFebruary 22 2025Akta Pembaharuan Semula Bandar KUALA LUMPUR PAS Johor menegaskan pendirian menolak Akta Pembaharuan Semula Bandar kerana ia memberi tekanan kepada pemilikan hartanah orang Melayu dan Bumiputera di bandar Pesu...
Zurich Liga 7x7 All Stars Returns With Big Names

Tips Masak Sambal Tumis Udang Yang Mudah Dan Cepat

Tiktok Brand Select Is Coming Ovios Launches Two Must Have Bean Bag Chairs At Up To 50 Off

Kuala Lumpur To Host M360 Asean 2026 Fueling Regional Tech Vision

Mesyuarat Agung Pibg Sekolah Anak

Zontes 368g Motosikal Paling Diminati

First Covid 19 Related Death Recorded For This Year

Jerantut Square Pusat Komersial Bandar Baru Moden Utc Jerantut


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Drama Hilang Dalam Rindu

Misi Mengait Buah Avocado Berjaya

Sotong Bakar Thai Ala Street Food Bangkok Sos Pekat Melekat

Hutang Negara Turun Rm20 Bilion Grok Ai Dedah Sebaliknya Hahaha

Isyarat Dagangan Untuk Eur Usd Untuk 19 22 Jun 2025 Jual Di Bawah 1 1535

Liga Bolasepak Malaysia Umum Sri Pahang Fc Sah Tarik Diri Hanya 13 Pasukan Rebut Trofi Liga Super 2025 26