Raya Masih Awal Tapi Kuih Raya Sudah Habis
RAYA MASIH AWAL TAPI KUIH RAYA SUDAH HABIS | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. PERNAH tak berlaku dan pernah tak alami situasi ni. Raya masih awal lagi ni tapi kuih raya dah habis dalam stok. Hahaha. Serius mama babah pernah alami. Masa tu tetamu memang ramai. Kalau tak silap PC raya akhir sebelum COVID-19.
Tetamu ramai. Ada jugalah masak-masak. Biasanya kalau dah makan ni orang kurang nak makan kuih muih raya. Lagi la kalau rumah kita ni, dah jadi rumah akhir. Tapi Tahun tu macam terbalik la pulak. Jadi rumah pertama saudara mara datang bertandang.
Lucunya, mama babah cakap alhamdulillah biskut raya tak membazir, beli lagi malahan. Tambah lagi. Kita ni ada tetamu tetap juga yang tolong habiskan biskut raya. Toleh kanan kiri tak ada orang. PC la tu yang dimaksudkan. Hahahahahaha. Tapi memang betul pun. Tinggal habuk je banyak.
Lebih terkejut lagi bila balik rumah mertua pun sama juga. Kuih raya laku keras. Pun sama juga ada penyumbang khas yang buat biskut raya cepat habis. Adik2nya ipar dengan biras PC. Penyudahnya beli lagi juga biskut rasa tiga empat jenis. Hahahahaha.
Rupa-rupanya Allah SWT balas bagi cuti raya dua tahun. Allahu. Tu bila tak dapat balik raya hati sayu sangat-sangat. Tahun ni kira tahun pertama raya selepas sudah tidak ada perintah kawalan pergerakan. Virus tetap ada. Kita tetap juga tak boleh terlalu bebas ke mana-mana juga. Kes tetap meningkat cuma bezanya dalam situasi bervaksin. Namun risiko tetap sahaja ada.
Mahu tidak mahu semua perlu dijalani seperti biasa walau dalam waspada sentiasa.
Tinta Perdu Cinta ❤RAYA MASIH AWAL TAPI KUIH RAYA SUDAH HABIS
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.perducinta.com/2022/05/raya-masih-awal-tapi-kuih-raya-sudah.html